Sunday, 17 February 2013

Antara Sewa dan Ulang Alik - Problem Solved!

HOlla Peeps,

Dah pertengahan bulan febuari sekarang ni.. Aku masih belum buat keputusan samaada untuk menyewa bilik di kawasan berdekatan tempat praktikal ataupun hanya berulang-alik yang mengambil masa lebih satu jam setiap hari seperti yang disarankan kawan aku.

Hanya dengan elaun sebanyak 500, aku mungkin terpaksa berlapar ataupun kurangkan makan fastfood atau makanan berlauk dan hanya fokus dengan roti dan jem sekiranya aku menyewa bilik. Bukan hanya itu, aku mungkin perlu kurangkan keluar menaiki motosikal supaya boleh kurangkan penggunaan minyak dan perlu mencari rumah lebih jauh dari tempat praktikal sekiranya ingin membuat simpanan. Bill air dan elektrik juga mungkin menjadi isu dimana aku mungkin gunakan sedikit kerna banyak habiskan masa di pejabat, tetapi ada ke mesin kira percentage penggunaan tenaga elektrik? Walau bagaimanapun, aku ada kelebihan masa jika sewa bilik, kerna tidak perlu berkejaran mengejar pengangkutan awam dan mempunyai banyak masa rehat. Dan masa itu boleh digunakan sepenuhnya untuk blogging.

Jika aku mengambil langkah untuk ulang alik menaiki train, aku mungkin akan jimat separuh dari jumlah sebenar tambang pergi balik kerna kedengaran dari kawanku yang ktm akan berikan separuh harga kepada pelajar yang berulang-alik. Yang perlu risaukan adalah kadar bayaran menaiki rapid kl.. Apa yang perlu aku risaukan hanyalah makan tengah hari yang mana aku hanya keluarkan sebahagian duit untuk makan tengah hari dan boleh berjimat dengan makan malam di rumah. Kemungkinan besar, begitu banyak wang boleh di simpan jika aku berulang alik dari Solaris Dutamas ke Seremban setiap hari. Masa untuk rehat hanya ada di dalam train, dan berkemungkinan akan kurang blogging pada waktu itu.




Cuma persoalannya adalah, adakah masa akan berpihak kepada aku yang mana aku akan sentiasa dapat datang awal dan menjaga etika kerja. Aku berniat untuk menjaga prestasi dan etika kerja sepanjang praktikal dengan harapan diberi tawaran untuk bekerja di syarikat berkenaan supaya aku tidak menanam anggur di rumah untuk beberapa tempoh masa.

Persoalan seterusnya, apakah aku larat untuk berbuat demikian lima hari sehari setiap minggu selama 14 minggu? Jika tengok pada umur yang masih muda dan kesihatan tubuh badan, inshaAllah tiada masalah untuk berulang. Tapi aku harus ingat yang kita hanya mampu merancang, tetapi tuhan yang menentukan..

Ada kawan yang menasihati untuk hanya menyewa rumah supaya ada masa berehat dan buat aktiviti lain. Ada pula yang menyarankan menaiki kemudahan awam kerna lebih jimat dan ramai orang Seremban yang berulang-alik ke KL untuk mencari rezeki. Dengan berbekalkan lebih kurang 2 minggu sahaja sebelum praktikal bermula, dan solat istikharah yang aku mula amalkan untuk minta petunjuk daripadaNYA, aku harap keputusan akhir yang aku buat tidak merugikan mana-mana pihak termasuk diriku sendiri...


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: semakin lama, semakin kurang masa hangout dengan kawan-kawan. Nasib baik aku dan homies aku masih ada weekly event kitorang, iaitu futsal, setiap Jumaat malam Sabtu akan diluangkan masa dengan bermain futsal di komplex sukan paroi. Alhamdulillah, aktiviti ini masih kekal sehingga hari ini sejak kitorang tamat form 5, iaitu pada tahun 2005..


click ads to show your support (",)

35 comments:

  1. Replies
    1. bake180 @ Solaris dutamas

      Delete
    2. tempat praktikal elina ngan zila dlu..buat apa? update content website eh>ehehe

      Delete
  2. nice one...
    selamat menempuh alam praktikal.. :)
    *for this coming June, I'm next..huhu..praktikal oh praktikal~

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks.. to be honest, practical ni best.. pernah experience time diploma dlu, n need to do it again bila degree, but nevermind.. :)

      Delete
  3. klau nk g praktikal, mmg itulah yg slalu kna pikir...nseb baik dlu praktikal dkt ngan umah...apepon,smoga dapat kputusan yang trbaik..klau ct, mybe swa tmpt dkt ngan praktikal ,sng :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ctk, it depends dengan area tu juga.. area solaris tu living cost dia tinggi.. my mistake actually bila fikir balik, but i need to start my career dengan langkah kanan n i feel that rasa susah right now, may profit me in future.. :)

      Delete
  4. zuannnnnnnnnn, zuan jangan fikir dengan elaun rm500 tu,kalau zuan ada something yang dapat buat duit (i mean bisness) kemungkinan besar dapat menampung perbelanjaan zuan every month, kalau onie maybe sewa bilik,taknak kelam kabut ulang alik...penat tahu... takpe zuan, nak huha huha dengan kawan-kawan kendian hari pun boleh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for the advice.. but right now, every cent counts.. dont have any monthly earning yg consistently feed me.. so takkan nak mintak parent feed lg, dah cukup bersyukur dapat berteduh.. i should be on my own feet right now i think :)

      Delete
    2. good....kalau zuan rajin,cari part time.... :D

      Delete
  5. Kalau lama lagi 2,3 bulan..
    Better cari bilik sewa kat area sana.
    Penat kot ulang alik tiap hari + buang masa =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang 3 bulan pun.. mungkin akan try ulang alik for few days dulu before remake my decision..

      Delete
  6. xde rumah saudara-mara berhampiran yg boleh ditumpang utk tempoh praktikal ni? nak sewa bilik boleh tapi jgn cari yg mahal2 lh. tp kalau mahal, bertahan lah utk ulang alik dulu. :)

    ReplyDelete
  7. my vote would go to sewa bilik,
    penat woo berulang alik sejam perjalanan.
    yes memang la buleh jumpa awek chomel yang mungkin berulang alik jugak dan selepas pat kali terserempak dlm tren or kat platform,
    'HI, dok berulang alik jgak ker?' adalah amat senang nak diucapkan
    sebagai ayat permulaan satu cerita chenta mega.
    tapi bro... think of all the sleep that u can get by getting home early? (Kalau menyewa la kan)

    daaaannn... bayangkan kalau ko dapat plak menyewa ngan housemate yg tak kisah nak bawak balik aweks ke rumah.. pergh!! heavenn!!!
    (Apo la pocket ni nasihatkan orang ker kanchah durjana)

    no no, the above statement adalah pocket yang muda.
    pocket yang tua lagi dah sakit buku lali bejalan ni,
    nasihatkan... CONSERVE ENERGY!! sila menyewa.
    maybe makan modal,, tapi atleast tak penat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks untuk pendapat pocket tu.. my biggest concern is energy.. tapi i think bila dah married baru saving energy becomes my priority hehehe :P

      p.s idea mengorat awek tu brilliant..hehehe

      Delete
  8. Yui ada satu cadangan kalau zuan nak ulang-alik. Ada satu bus cyberjaya ni...bas dts cyberjaya. Bayar every month, 300 untuk first time and 250 for the next month kalau tak silap. Pas mingguan RM80. Dari Seremban ke Cyberjaya. Dari Cyberjaya pergi KL Sentral. Untuk semua laluan lah sebenarnya. Sangat berbaloi rasanya untuk yang datang bekerja dari Seremban. Yui sekarang pun pakai bas ni sebab husband dah mula kerja untuk seminggu dua ni nanti dulu Summit ke Cyberjaya.

    Kalau nak sewa, mungkin agak mahal lagi-lagi kat kawasan kl. Kalau jauh sikit dari kl baru ada yang murah, tapi macam yang zuan cakap lah bil rumah, kos nak pegi keje balik keje lagi, makan minum lagi. Kalau kat rumah ada mak yang tolong masakkan. Ngeh ngeh

    Since zuan sekrang takde commitment lain selain pegi keje, masih single, masih muda, dan macam yang pocket tulis kat komen dia...mana la tahu boleh terserempak dengan awek cun ke..hihihihi

    Tapi itu hanya lah cadangan yui dan semua keputusan ada di tangan zuan sendiri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. * Yui sekarang pun pakai bas ni sebab husband dah mula kerja untuk seminggu dua ni nanti. Dari Summit ke Cyberjaya.

      Delete
    2. Oh! Lagi satu! Kalau zuan ada touch and go, and pakai lebih 80 kali tak silap (cek kat website touch & go, malas nak cek ni :p) boleh dapat rebate 20%, dia akan pulangkan balik 20% yang kita dah spend. So boleh jimat sikit kat situ.

      Delete
    3. Lagi satu! Ada satu lagi! Ngahaha...pasal zuan tak nak parents tanggung tu is a very good intention tapi untuk 3 bulan ni it's okay actually. Zuan boleh la bagi kat mak at least 50 ke setiap bulan. Diorang faham sebab zuan masih praktikal, masih belajar. Dah betul-betul keje nanti, semua dah stabil baru lah zuan boleh fikir nak buat tu...nak buat ni.

      Kalau zuan nak buat part-time, yui memang ada nak buat something partner dengan zuan and a few others. Tapi this one takes a long time to establish and need a proper plan.

      Heh, cakap je pandai yui ni kan last-last tak jadi. LOL

      Delete
  9. sabar jelah...itulah dugaan semasa belajar

    ReplyDelete
  10. just stay with me.... takde hal lah, solaris dutamas tu dekat je ngan shah alam... ;)

    aku slalu g sane...

    ReplyDelete
  11. Ulang alik je bro....lagipun sabtu ahad tak kerja kan... okey la tue

    ReplyDelete
  12. waktu kehadiran ke tempat kerja sangat2 penting...dari situ kita dapat nilai prestasi seseorang pekerja itu...semoga apa yang telah dirancang oleh bro berjalan dengan lancar...amin...:)

    ReplyDelete
  13. banyak benda nak consider kan. pikirlah sebaiknya tapi memang letih la ulang alik.hmmm

    ReplyDelete
  14. Oleh sebab ko dah fikir dan planning sama ada nak sewa atau ulang alik, harap2 keputusan yg dibuat tu adalah yg terbaik. Tapi naik tren memang penat. Kadang2 perjalanan yg selama sejam tu boleh jadi lebih sebab ramai sangat orang.

    Apa2 pun, try ulang alik dulu tengok macam mana. Kalau rasa ok dengan ulang alik, buat je macam tu. Kalau rasa penat ke, tak jumpa awek comel dlm tren ke, time tu boleh la siap sedia untuk menyewa..

    boleh jugak try tanya kawan2 blogger lain kot2 ada yg menyewa dekat2 situ dan sudi bagi ko menyewa sekali dengan diorang. Rumah bujang biasanya lagi ramai lagi syok. Sewa pun boleh jadi lebih murah bila dok ramai2.

    ReplyDelete
  15. naik tren mmg penat

    penat menunggu, penat berdiri/duduk

    tp naik tren lebih jimat

    ttg sewa atau ulang alik tu

    better sewa reramai sbb nnt lebih jimat

    btw buat keputusan baik2 ok :)

    selamat berinternship ok :D

    ReplyDelete
  16. selamat ber LI jugak la..sama macam saya

    tiap2 hari ulang alik selama setengah jam dan tak dpt elaun.. lg sedih

    ReplyDelete
  17. alah bisa tegal biasa, mungkin kerja nanti itu pilihan yg ada, terpaksa duduk jauh dr tempat kerja. terutamanya bila dah kawin, isteri pun kerja jauh dr tempt kita kerja.
    moga bro pilih yg terbaik buat bro.

    ReplyDelete
  18. kalau aku, sewa. janji dekat. apa-apahal senang.

    ReplyDelete
  19. Kalau nak ulang alik setiap hari mmg terasa jauh la zuan..lagi2 kalau naik tren...lagi la terasa lama...keluar awal2 pagi..malam baru ko sampai rumah...esoknya nak kena keluar pagi lagi...semoga dpt buat pilihan yg terbaik bro..

    ReplyDelete
  20. xlame tu...tabah mengharungi praktikal yer ^^ dlu pon msa praktikal ulang alik jgk nek tren KTM...lg pyah sbb KTM lg masa ye berterabur...Rapid KL much better... :))

    ReplyDelete
  21. kagum dengan awak , anak muda..!
    :)

    *tapi tak bermakna la kak dayah nak mengalah mcm tu jer kasik awak menang lagi komen kat blog kid tu yer..
    hehe..

    ;)

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum sya plajr dri ukm,brp ye tambg prgi dn balik dri ukm ke segambut?sbb sya nak berulang alik

    ReplyDelete

Every comment worth a thousand thanks.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...