Wednesday, 20 February 2013

Kinohimitsu Health Pad Review

HOlla Peeps,

Selepas beberapa minggu cuba mencabar limitasi badan aku yang sudah dimanjakan selama berbulan bulan di Arau, badan aku mula lenguh-lenguh dan tak bermaya. Rasa mengantuk je walaupun dah tidur 8 jam sehari. Badan mula malas nak buat heavy stuff.. Pagi semalam pun aku skip jogging sebab sakit kaki.. Nak pi massage malas pulak, lagipun takut mahal.

Then aku ke Store Watsons terdekat untuk cari penawar atau kurangkan masalah tuk masalah ni. Belek punya belek, jumpa Kinohimitsu,




Aku dengar produk ini sangat bagus dengan berfungsi membuang harmful waste dari badan kita.. Dikatakan boleh menyihatkan tubuh badan la, bangun pagi je rasa fresh. Selain itu, ia melegakan sengal-sengal badan dan mengurangkan kesakitan dekat joint joint badan. Ia juga berfungsi menguatkan sistem immunisasi badan, melegakan kepenatan, menngkatkan daya konsentrasi dan produktiviti. Dan banyak lagi la, boleh refer dekat nearest watsons atau doktor yang pakar pasal ni.

Aku pun try la malam semalam, tampal dekat kaki;


kinohimitsu ditampal di kaki yang dikatakan mampu menjarigkan gol seperti Messi


Selain tu boleh gak tampal dekat bahu, tangan atau mana-mana tempat yang rasa korang nak tampal. Tapi jangan tampal dekat tempat yang tak sepatutnya pulak, hehe lain pulak color dia nanti xD


selepas 7 jam. Agak berair tapak kaki selepas tampalan dibuka


Secara keseluruan aku takde la rasa fully recovered pun, mungkin sebab 1st time use. Kat belakang kotak pun ada mention; tuk yang baru guna kena pakai setiap hari selama dua minggu, kemudian proceed dengan pakai satu untuk satu minggu. Haha nasib baik bukan setiap hari, klu tak, rabak poket den.. Walau bagaimanapun, lenguh-lenguh di badan aku kurang sikit dari semalam dan alhamdulillah, boleh jogging keliling Giant pagi tadi.

Sapo pernah try benda alah ni? Ce cita sikit hasil eh~


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: bosan-bosan aku tengok la filem xxx balik kat hbo.. Bila dah tengok banyak cerita-cerita ohsem, ternyata cerita ni overrated sangat! Tak ohsem pun.. Ini semua poyo~ 


click ads to show your support (",)

18 comments:

  1. pernah pakai, memang ringan badan, digalakkan pakai masa tidur, bangun pagi minum air suam 3-4 gelas, bagi cuci toksin dalam perut...

    tapi kwn aku makan yg tea punya, memang berak2 and dia kata bangun sebab semua toksin klua..not bad dia kata cuma nya xleh makan if ada xtvt sbb 1 hari berak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih amalkan memakainya tak? kurang hitam hitam tu?

      Delete
    2. skrg dah x pakai, tapi sepanjang pakai memang ada kurang hitam2 toksin tu,...

      skrg nak try chinese tea, mungkin lg efiksyen sbb pengeluaran toksin tu kita nampak thru urine and berak2,

      yg tampal2 ni sama juga, tp lebih pd urine, kalau perasan bila kencing ada seidikit bau pelik and air kencing kuning pekat, dinasihatkan untuk minum air banyak + double dr kebiasaan

      Delete
    3. antara tea ngan pad ni, mana lagi murah? rasanya teh la kan?

      alright, akan banyakkan minum air bila pakai ni nanti..thanks for the tips

      Delete
  2. tak pernah cuba lagi..macam menarik..kena cari gak nie..nanti jangan lupa update kesan terbaru k..hehe :)

    ReplyDelete
  3. pernah pakai...dulu kami adik badik siap potong dua lg bg semua fmily pakai...memang oke laaa

    ReplyDelete
  4. oh lupe skrg dok pakai innershinee wahh feeling retis sat

    ReplyDelete
  5. rasa nak try jugak pakai. mesti hitam legam kalau pakai sebab banyak toksin huhu

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Zuan

    saya tak pernah cuba lagi

    ReplyDelete
  7. xpernah cuba lagi... rasanya pakai yoko yoko lg berkesan hilangkan lenguh & sengal badan.

    ReplyDelete
  8. Yang kinohimitsu tak pernah try la. aku beli yg kat pasar malam je. hahaha

    ReplyDelete
  9. bagus pakai koyok ni. lepas pakai beberapa kali, memang terasa kesannya.

    ReplyDelete
  10. kalau kinohimitsu nie mahal skit.... ko cari je kat facebook ramai yang jual local brand - kesan sama jee... kalau tak silap rm1 sekeping....dah pakai seminggu mesti best je rasa badan tu....

    ReplyDelete
  11. Akak pun selalu pakai ni.. tapi bukan jenama ni.. yg akak pakai tu untuk kuruskan badan.. hehehe

    ReplyDelete
  12. pernah try dan hasilnya macam zuan gak la....

    ReplyDelete

Every comment worth a thousand thanks.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...