Thursday, 1 September 2011

> Tidur di Siang Hari

HOlla Peeps,

Pukul 3 Petang di hari selasa.. kebosanan melanda diri sebab tak ada apa nak buat di hari raya ke2 ni, kawan-kawan pun belum balik lagi, so takkan la nak beraya sorang-sorang kan? So aku mengantuk, sepatutnya dah solat zuhur, tapi aku lambat-lambatkan.. Ya, tak elok lambatkan solat.

Aku baring atas katil.. "bestnyaaaa baringgggg~ jap g aku zohor" dalam kepala aku...Tup-tup terlena kejap dalam 3:15 aku rasa.. Jarang orang mimpi di siang hari, dan aku bermimpi di siang hari... kisahnya begini..

seram wei klu macam ni

Menaiki motosikal bersama rakanku, tapi aku tak nampak muka dia sebab aku membonceng je.. Waktu malam, suram.. Jalan kosong dan hanya ditemani lampu jalan.. Banyak pokok tinggi-tinggi.. "Kenapa aku macam pernah lalu jalan ni?" dalam mimpi pun aku boleh berfikir??? Lalu satu pokok besar, aku nampak ada lembaga berwarna putih, ketika tu pun aku terfikir "aku pernah nampak benda ni..
Kemudian memasuki suatu terowong.. nampak 3 lembaga di salam terowong itu di sebelah kanan.. Badan mereka diselaputi kain putih.. Kawan yang bawak aku dah pengsan! Aku kat belakang? Pandang depan nampak lembaga duduk di antara aku dan kawan aku!!! "Ya Allah! Ya Allah!! Ya Allah!!!" itu je yang keluar dari mulut aku..

Dan aku tersedar.. Ya Allah, aku tertidur.. Dah lebih 5 minit aku tertidur, terjaga pada 3:30 kalau tak silap aku.. Cepat-cepat aku ambek wuduk dan solat Zohor..


Pengajaran yang aku dapat petang tadi :

  1. Jangan tidur di waktu petang.. tak elok.. boleh ganggu proses pemikiran, mungkin sebab tu aku mimpi bukan-bukan..Ikut sunnah, tidur 10 minit sebelum zuhur boleh meningkatkan daya tumpuan disamping menambahkan kesegaran badan.
  2. Jangan lewatkan solat.
  3. Jangan malas, malas menyebabkan mengantuk.


-zuan-
p.s : ni bukan cobaan! ini betul-betul.. jadikan pengajaran apa yang aku alami ni.. Lepasni aku akan tidur cukup-cukup di malam hari, so tak de la mengantuk di siang hari! tapi ada ke maksud tersirat disebalik mimpi tu? 

19 comments:

  1. auuuu...bgus2..nuru pon xnk tdo lwt2 dh huhuhu

    ReplyDelete
  2. elok ta tido waktu ptg.










    tgn didade mate keatas

    ReplyDelete
  3. bapak lah..naseb aku ta pernah mimpi macam tuh..haha..tu la kau..lmbt2 lg.. *err mcm aku ta buat pulak mcm tu :P

    ReplyDelete
  4. bla bc entry ni, mcm pening smbil poie tgok kalender..sbbnye ari selasa ari raya 1 kan??ari rbu bwu ari raya ke-2..hee..:P

    ReplyDelete
  5. hahaha.. menakutkan.. tapi kdg2 malam pun mimpi gak pelik2 nih..

    ReplyDelete
  6. wan..kucing mane wan ? aku blur... (~_~)

    ReplyDelete
  7. Anonymous1/9/11 04:04

    aaaa...maksud tersirat tak tersirat langsung. sah sah sebab ko lewatkan solat. kan kan kan.

    ReplyDelete
  8. ni hantu siang datang bro!!nak beraya

    ReplyDelete
  9. Anonymous1/9/11 06:46

    Confirm seram gegila kan? --

    Haha, ada pengajarannye ;)

    ReplyDelete
  10. dkt sini pn dh xde aktiviti raya kedua..huhuuu..aa solat awal waktu la seeloknya kan :)

    ReplyDelete
  11. mimpi yG membawa pengertian...seeloknya tunai kewajipan dulu..tapi pelik lepas sembahyang hilang ngantuk

    ReplyDelete
  12. Kalau kat hometown wa kat kuching, raya ke-2 pun msh meriah =)

    Scary eh mimpi tu. Mau bpeluh2 time tjaga tu.

    Psst; error 404 tu dah difix =)

    ReplyDelete
  13. Selamat Hari Raya Aidilfitri... Kalau kat Kuching sini maseh lagi ada tengok orang jalan beraya...

    ReplyDelete
  14. kite xsuke mimpi hantuu..takooott..sb kite mmg penakot..adoii acane nk ilang kan penakot ni haa..kdg ase xbest plak ade ase takot kat antu.. hahaha

    ReplyDelete
  15. tidur yg sebaik2nya tidur sebelum sk waktu zuhur..itu pon kjap jek.jgn lelame sgt ;)

    ReplyDelete
  16. tak rasa camtu lah zuan...

    yg tak digalakkan, tidur lepas asar. sbb boleh buat kita jadi nyayuk. lepas zuhur, tak menjadi masalah. rasanya, zuan penat sgt tu. terlelap kejap jer pun dah mula otak tu visual mcm2.

    sebelum tidur tu, tepuk2 tak bantal dgn katil? mane tahu, ada bernda lain atas tu.

    ReplyDelete
  17. hmmm...

    bukanlah maksudnya kalau tidur sekali-sekala lepas asar terus jd nyanyuk. andainya diamalkan selalu, barulah jd nyanyuk. mcm, 40 hari berturut-turut.

    mungkin dah habis ramadhan. syaitan tgh praktis balik skill mengganggu yg kena kunci sebulan tu. ada pelaung jer, dia rembat jer lah.

    ReplyDelete
  18. kegiatan masa lapang di hostel kalau xde kelas time petang adalah tidur.

    -_-

    ReplyDelete
  19. Anonymous5/9/11 10:37

    kadang kadang ada maksud jugak mimpi ni. tapi bila tanya dekat mak dia cakap mainan tidur je.

    mimpi zuan mungkin mimpi yang nak menyedarkan hee :)

    ReplyDelete

Every comment worth a thousand thanks.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...