Friday, 23 September 2011

> Penghulu Segala Hari

HOlla Peeps,


"Bangun Adam, dah pukul berapa ni! Nanti terlepas Jumaat ko! Sapa nak jawab bila ko kena soal dalam kubur nanti?"


Setiap hari jumaat , lelaki wajib melakukan solat Jumaat (solat fardu yang dilakukan 2 rakaat setiap hari Jumaat bagi menggantikan Zohor) secara berjemaah selepas mendengar kutbah jumaat di masjid. Hukum melakukan Solat Jumaat adalah Fardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf lelaki dengan syarat-syarat tertentu.

Masjid Negeri Arau.. Kalau aku tak ke masjid dekat matrix, aku ke sini la..


Dalil Al-Quran tentang solat Jumaat :

Firman Allah SWT:
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," (Surah Al-Jumu'ah: 9)

Hadis tentang solat Jumaat : 

Sabda Rasulullah SAW: 
"Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." (Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim).


Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud)



Nak pahala lebih? Jom lakukan perkara yang sunat dilakukan pada hari jumaat :

  1. Mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke Masjid.
  2. Memotong kuku.
  3. Memotong, mencabut atau mengunting bulu (ketiak, hidung, misai).
  4. Bersugi.
  5. Memakai wangi-wangian.
  6. Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik.
  7. Bersegera ke masjid.
  8. Berniat Iktikaf.
  9. Solat sunat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid.
  10. Perbanyakkan zikir, membaca Al Quran dan selawat ke atas Nabi.

Korang biasa buat tak? Mesti buatkan? Bagus (",) dan kalau ada perkara sunat yang lain yang ingin ditambahkan, sila tinggalkan di ruangan komen.. ARIGATOU~



Laman rujukkan : wiki Solat_Jumaat




-zuan-
p.s : hanya entry copy and paste dari satu sumber untuk ingatkan mereka yang lupa akan solat jumaat, hmm apa kutbah minggu ni? 

45 comments:

  1. ayuh bangun kaum adam

    ReplyDelete
  2. Terima kasih berkongsi...
    da g solat

    ReplyDelete
  3. eh...masjid matrik..

    masjid uitm sndri ada >.<''

    ReplyDelete
  4. 1 4 5 6 je.. yg lain.. hehe.. :p

    ReplyDelete
  5. Anonymous23/9/11 10:59

    thanx utk ilmu yg di kongsi.. ada jugak amalkan serba sedikit tiap minggu dari dulu. alhamdulillah ada yang da jadi amalan jumaat ku.. :)

    ReplyDelete
  6. entri yg paling menarik d hari Jumaat.. :)

    ReplyDelete
  7. selamat hari jumaat :)

    selamat bersolat jumaat jua

    ReplyDelete
  8. Peringatan yg sgt baik adakala sesetengah tu rilek je fonteng...wuwu

    ReplyDelete
  9. selamat menunaikan solat jumaat. dan selamat beramal.
    happy friday :)

    ReplyDelete
  10. peringatan untuk semua..terutama lelaki muslim...

    ReplyDelete
  11. selamat hari jumaat :)

    ReplyDelete
  12. selamat hari jumaat zuan,p solat jumaat nuh :)

    ReplyDelete
  13. Anonymous23/9/11 13:54

    ermmm xpernah g solat jumaat lorr:(

    ReplyDelete
  14. haaa...khutbah apa hari nie zuan??

    ReplyDelete
  15. Pusat Islam main campus uitm ada air-conditioner... hehehe...

    selamat hari jumaat dear...

    ReplyDelete
  16. seb bek ko ingatkan zuan..aku baru teringat yang aku tak potong kuku lagi..

    link! mg ade ketip kuku dop?(sambil mnjerit ke arah org katil depan aku.)

    ReplyDelete
  17. Anonymous23/9/11 16:14

    semayang asar lak....

    amik wuduk dari umah satu lg...setiap langkah leh pahala gak

    ReplyDelete
  18. info yang bagus... good!!

    ReplyDelete
  19. bgs jgk entry cmni..spy dpt buka pmbaca ttg solat jumaat, prkara sunat2 jumaat..kdg2 kte tau bnda2 ni tapi kte tak buat, so it's a good reminder

    ReplyDelete
  20. wah bnyk bnd sunat y leh dilakukan heheh

    ReplyDelete
  21. yeah! harus saling mengingati.selalu nampak kaum adam berjalan2 ketika solat jumaat didirikan.

    amalan sunat tu hari2 buat lagi molek kan. nice sharing :)

    ReplyDelete
  22. bagus nasihat ni..saling igt mengingati antara 1 sama lain ;)

    ReplyDelete
  23. "Bangun zuan, dah pukul berapa ni! Nanti terlepas Jumaat ko! Sapa nak jawab bila ko kena soal dalam kubur nanti?"

    ;p ahaha~emm,,xsabo nak tgu entry sal dak skola zaman skang.. ;)

    ReplyDelete
  24. selamat hari jumaat zuan~
    nice entry utk peringatan bersama, kaum adam mahupun hawa. :)

    ReplyDelete
  25. one more thing..

    i pernah dengar orang cakap kalau lelaki tak pergi solat jumaat 3x berturut pon , nanti bila dia dah kawen and ade anak perempuan , dia tak boleh walikan anak dia .

    betul ke tak wallahualam .
    tanyelah uztaz , hehe .

    thanks for sharing zuan !

    ReplyDelete
  26. this entry is interesting indeed.

    ReplyDelete
  27. Anonymous23/9/11 23:35

    ska statement tu..sape nk jawab dlm kubur haha

    ReplyDelete
  28. khutbah sal judi dan keburukannya. sama tak? haha XD

    ReplyDelete
  29. bagus entry ni.. mari dapat pahala lebih di hari jumaat..

    ReplyDelete
  30. Dr sudut pdgn peribadi aku seorang non muslim, bg aku lelaki yg mnunaikan tanggungjawab dia sgt mbuatkan aku kagum sbb ianya bkn 'senang'

    ReplyDelete
  31. hari jumaat dpt pisang free..smlm aku dpt belimbing free dekat masjd :D

    ReplyDelete
  32. maaf lambat dtg. semalam sy tak online. busy sgt. hehe :) tp ramai je yg skip solat jumaat. tak senonoh betul laki yg skip.

    ReplyDelete
  33. Jumaat kalau di tinggalkan hitam hatinyerrr....


    eeemmm sejak-sejak ni ramai orang dah melencong lepak kat shopping complex atau makan kat kedai makan .... tak pergi sembahyang jumaat pun.... cehhh rehat pada hari jumaat kan panjang

    buat pembaca blog kami
    firestartingautomobil.blogspot.com
    bukandoktorveterinar.blogspot.com
    Jom Terjah entry terbaru ??
    kesan embun pagi pada kereta

    ReplyDelete
  34. jgn lupe g awl...huhuuu

    ReplyDelete
  35. ada jugak yg tak pi..selamber je lepak kat kedai makan

    ReplyDelete

Every comment worth a thousand thanks.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...