Showing posts with label Solat Jumaat. Show all posts
Showing posts with label Solat Jumaat. Show all posts

Friday, 23 September 2011

> Penghulu Segala Hari

HOlla Peeps,


"Bangun Adam, dah pukul berapa ni! Nanti terlepas Jumaat ko! Sapa nak jawab bila ko kena soal dalam kubur nanti?"


Setiap hari jumaat , lelaki wajib melakukan solat Jumaat (solat fardu yang dilakukan 2 rakaat setiap hari Jumaat bagi menggantikan Zohor) secara berjemaah selepas mendengar kutbah jumaat di masjid. Hukum melakukan Solat Jumaat adalah Fardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf lelaki dengan syarat-syarat tertentu.

Masjid Negeri Arau.. Kalau aku tak ke masjid dekat matrix, aku ke sini la..


Dalil Al-Quran tentang solat Jumaat :

Firman Allah SWT:
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," (Surah Al-Jumu'ah: 9)

Hadis tentang solat Jumaat : 

Sabda Rasulullah SAW: 
"Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." (Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim).


Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud)



Nak pahala lebih? Jom lakukan perkara yang sunat dilakukan pada hari jumaat :

  1. Mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke Masjid.
  2. Memotong kuku.
  3. Memotong, mencabut atau mengunting bulu (ketiak, hidung, misai).
  4. Bersugi.
  5. Memakai wangi-wangian.
  6. Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik.
  7. Bersegera ke masjid.
  8. Berniat Iktikaf.
  9. Solat sunat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid.
  10. Perbanyakkan zikir, membaca Al Quran dan selawat ke atas Nabi.

Korang biasa buat tak? Mesti buatkan? Bagus (",) dan kalau ada perkara sunat yang lain yang ingin ditambahkan, sila tinggalkan di ruangan komen.. ARIGATOU~



Laman rujukkan : wiki Solat_Jumaat




-zuan-
p.s : hanya entry copy and paste dari satu sumber untuk ingatkan mereka yang lupa akan solat jumaat, hmm apa kutbah minggu ni? 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...