Friday, 9 September 2011

Tutorial Origami Ros

HOlla Peeps,


Sangat jarang #saiazuanblog memaparkan tutorial atau tips kepada pembaca.. Eh, ni 1st time kot aku nak buat tutorial, tips tu mungkin dah banyak!!! Err, ada yang mintak aku buat tutorial papercraft, well kawan, papercraft tak perlukan tutorial sebab setiap model dah ada tutorial yang simple disediakan.. So, aku buat tutorial origami la, aku nak share skill aku membuat origami ros! Mau blaja macam mana nak buat origami ros? Excited nak buat then bagi kat pasangan masing-masing? Jom!! *Sapa pandai buat Origami Ros? Tengok-tengok la ye tutorial ni, klu aku ada salah buat part tutorial ni..


*bermula dari atas (kiri), atas (kanan), bawah (kiri) dan bawah (kanan)

1. Atas (kiri) : pastikan anda ada kertas bersais sama (segi empat sama) dan lipat kertas itu mengikut gambarajah (ikut arrow kalau lost).. 
2. Atas (kanan) : Kemudian lipat sedikit di hujung kertas, dan lipat sekali di bucu.. (berpandukan arrow yang diletakkan) besarkan gambarajah kalau kurang jelas. 
3. Bawah (kiri) : kemudia buka semula lipatan itu.. Pastikan ada lipatan seperti dalam bulatan. 
4. Bawah (kanan) : Bahagian ni sedikit sukar. Ikut langkah pertama, lipat dua bahagian pada kertas. Kemudian (langkah2), tekan pada kedudukan seperti arrow 2.

5. Atas (kiri dan kanan) : Selepas bahagian 4 ditekan, ia sepatutnya menjadi seperti dalam rajah 5 dan 6.. 
6. Bawah (kiri dan kanan) kemudian mengikut di kedudukan arrow 1,2 dan 3 (gambar bawah kiri), ada perlu lipat dibahagian tersebut magi menjadi seperti di rajah8 (gambar bawah kanan).

7. Atas (kiri) : kemudia buka semula lipatan, pastikan menjadi seperti di rajah 9 (atas kiri) pastikan ada lipatan seperti yang ditunjukkan pada kedudukkan arrow. 
8. Atas (kanan) : terbalikkan kertas (atas ke bawah) seperti di rajah 10 (atas kanan) pastikan ada lipatan di bahagian arrow. 
9. Bawah (kiri) : Bahagian yang penting dan menarik untuk dibuat.. Selepas anda terbalikkan kertas seperti di rajah 10, ikut arrow yang diberikan, 1 dan 1 ditolak, 2 dan 2 ditolak.. Anda akan nampak kertas itu dah mula membengkok ke atas.. 
10 Bawah (kanan) : teruskan seperti di rajah 12, bentuk ros dah mula kelihatan.. Secara kesimpulannya, anda hanya perlu tolak mengikut arrow yang ditunjukkan..


11. Atas (kiri) : Selepas langkah ke 10, terbalikkan origami anda seperti rajah  13, pasti jadi macam gambarajah, 
12. Atas (kanan) : nampak tak arrow pada gambarajah 14? Langkah ni perlu dibuat dengan gentle, atau lembut sebab ia penting untuk memberi bentuk bunga itu.. 
13. Bawah (kiri) : terbalikkan semula dan tekan bahagian yang kembung.. Seperti yang ditunjukkan pada gambarajah 
14. Bawah (kanan) : dan origami anda (dari bawah) sepatunya menjadi seperti gambarajah 16.

15. Atas (kiri kanan) : bentuk origami anda sepatutnya sudah seperti gambarajah 17 dan 18. 
16. Bawah (kiri) : bukak origami anda perlahan-lahan mengikut arrow yang ditunjukkan. Jangan bukak semua, sikit je sampai sama seperti gambarajah.. kalau terbuka sepenuhnya, kembali ke step 10. 
17. Bawah (kanan) : dari pandangan tepi. Perhatikan arrow 1, anda perlu lipat arrow 1 ke arrow 2.. 

18. Atas (kiri) : jika cara lipatan anda betul, (langkah 17) origami anda sudah sepatutnya sudah seperti di gambar atas kiri, Jika kurang tepat, cuba tengok balik di mana anda lipat.. 
19. Atas (kanan) Bawah (kiri kanan) : Teruskan lipatan seperti yang ditunjukkan. Langkah ini perlu anda lipat betul betul, sebab origami anda mungkin akan tercabut bahagian daunnya jika salah dilipat.

20. Atas (kiri kanan) Bawah (kiri) : Lipatan terakhir (langkah 18 dan 19) untuk mengikat daun. sekarang ikut arrow 1 dan 2.. tolak perlahan-lahan (rujuk gambar atas kiri kanan dan bawah kiri) 
21. Bawah (kanan) : Jika cara lipatan anda pada langkah 20 betul, sepatutnya origami anda sudah menunjukkan seperti gambarajah bawah kanan. Kemudian perhatikan bucu pada arrow tersebut.. Lipatkan ia ke dalam untuk menyembunyikannya.. Lipat setiap bucu (di bahagian bawah) yang ada dan pastikan bahagian bawah anda rata

22. Atas (kiri kanan) : Seperti diterangkan pada langkah 21.\ 
23. Bawah (kiri kanan) : Jika langkah anda pada 21 dan 22 betul, origami anda sepatutnya mampu diletakan seperti di gambarajah bawah (kiri) dan sekarang perhatikan pula bucu (pada gambarajah bawah kiri) seperti yang ditunjukkan pada arrow dan lipatkannya. Dan gambarajah bawah kanan adalah hasil origami anda.. 


Siap? Jadi tak? Harap jadi la ye, lagipun ni tutorial 1st aku dan harap korang tak sesat jalan dengan tutorial ni (aku malas nak buat video tutorial sbb nak upload video tu lambat pulak nanti.. habis quota broadband aku kang, huhu).. So lepas ni boleh la buat origami ni then bagi dekat your mom korang, tak pun bagi kat your dad, suruh bagi kat your mom hehe..


Bila masa aku blaja buat benda alah ni? *Aku blaja kat jepun la bai! haha kidding.. 


Ada suatu kesah menyayat hati disebalik origami ros ni (sempat bercerita lak), it starts with uninteresting two weeks in april.. Guess what? aku pernah buat 30 origami ros special for someone, but in return, i got nothing back.. After that event, one thing i learn, "you may give something but it doesnt confirm you that you will get something in return" so move on, coz there is someone else who will appreciate what you give..



-zuan-
p.s : aku nak tanya girls la, klu sorang laki ni buat origami ros depan-depan korang tuk bagi special for korang kan, korang suka tak? hurm.. klu tak suka, means aku pernah buat big mistake la.. :(    

64 comments:

  1. ce bagi gua satu zuan. ce bagi ce bagi

    ReplyDelete
  2. hahaaa...berbelit belit tangan nie nak putar..

    ReplyDelete
  3. aku try buat, da x mcm bunga ros aq tengok..haha phail btol aq bab origami ni

    ReplyDelete
  4. aku tak tau nak komen la beb,
    dari segi usaha, origami lagi susah,
    (Yer la, ko manusia, maner la buleh 'buat' bunga ros original kan)

    tp dari segi originality atau norma..
    pompuan suka bunga betul kot...

    as men, we luv the usaha :D heheh
    (Sekadar nukilan ikhlas, jangan marah beb!!)

    tapi good tutorial!!
    pocket buleh belajor nih!!

    ReplyDelete
  5. wahh cntik2 :)
    sy suka sbb sy suka rose!

    ReplyDelete
  6. positif bro, she not mean to be with u lah..

    kurang2 ko berani memberi sesuatu kepada org yg kau suka walau end up with nothing kan.. kire tiada sesalan lah, kurang2 ko ada exp..

    chill!

    ReplyDelete
  7. arisha surrender dari awal..i can't do this very well. arisha tidak mempunyai jiwa seni..so i thought i couldn't do this at all..even i try it many times, i'm totally sure takkkan menjadi..ahahaha..arisha pernah buat origami ros once i were in form1, tapi hasilanya tak seberapa baik..:(

    anyways, i'll try to do this when i get leisure time..so thanks for sharing this tutooooooo ya!!

    ReplyDelete
  8. Anonymous9/9/11 12:51

    samapai step kedua fail. aku suke buat origami tapi kalau dah susah sangat jadi malas.

    ReplyDelete
  9. ah..aku tahu step yg lagi senang...hahaha..mai la hntaq kat umah aku 30 ros tu..t aku hntaq ayam penyet p umah ang..agagaga

    ReplyDelete
  10. ska je.. hahahahapost kt umah ak 100..
    bunga origami nih xyah siram pakai air.. xkn mati punyer..

    ReplyDelete
  11. wish i hav a lot of time to do dis.. huhu...

    btw... there are a lot of people never appreciate anything you do but still have people who will appreciate soon. just be patience.. Allah know what best for you.. :)

    ReplyDelete
  12. Anonymous9/9/11 14:00

    nak try buat tapi pening tengok step dia. haha.

    yeahh, move on sebab must be someone who are destined untuk kita.

    of course sebab mostly girls akan suka punya, so no mistakes at all lahh kan :) hahah

    ReplyDelete
  13. aduuuhhhh..rumitnya tu..huhu

    ReplyDelete
  14. ehh mcm lawee.tp klu buat mesti xjd.hampess.last2 suruh zuan anta bunga ros kt saya.hihi

    ReplyDelete
  15. Sangat creative!!

    Akan cube...

    ReplyDelete
  16. pergghhh..kalau saya la, kalau saya la kan, ada jejaka bagi origami ros ni utk saya, mesti cairrr haha..sebab jiwa perempuan ni lembut tau..lembut2 pun tak semestinya hatinya cair sebab jatuh cinta..cair sebab terharu..hehe

    ReplyDelete
  17. huhu sgt sweet ok..bg origami roses kat someone....ouh2 bertuahnye gal tu..uhuhu nice tutorial wan!

    ReplyDelete
  18. waahh,,kreatif nyee,,

    suweeett owke kalau ade lelaki leyh buat kn origami bunge ni byk2 then bg kt ira , kompem cair hati ,,huhu

    ReplyDelete
  19. tudia, tutorial sejati..huhu..memang best bro..

    ReplyDelete
  20. dulu slalu rajin buat origami burung bangau sudhnye skg da lupe ish2..mmg mnguji iman kalo nk buat yg ros plak..kahkah..tapi puas aty kan..:P

    ReplyDelete
  21. Can u make one for me? Then I'll tell u the answer whether a girl would like or not :D

    Impress by ur talent very much.

    ReplyDelete
  22. cameo kamu dalam 2nd short gua...

    jgn lupe baca ye, mamat gadget

    ;D

    ReplyDelete
  23. Wah....!

    Putar, jilat, celup...:P

    ReplyDelete
  24. sesuai untuk di buat depan kekasih kan2

    ReplyDelete
  25. sedekad dah aku tak lipat ketas nie.. kecik2 dulu suka la.. ~~

    ReplyDelete
  26. romatik pe buat bunga ros kat awek..hihi

    p/s: kalo nak lg romantik kan waktu ros origami dah siap, buat le magic keluarkan bunge ros betul pulak..haha xP

    ReplyDelete
  27. wa..jiwangle awak..leh cube ni..huhu

    ReplyDelete
  28. uii, rajinnya.
    nampak macam rumit. malas nk buat. haha~

    suka bunga hidup.

    ReplyDelete
  29. origami--seni paling tekun n best dipelajari..mestilah awek suka kalau pakwe wat gitu live depan mata dia..hehe..

    aku just reti wat kapal air je hahaha..benda lain failed hehe

    ReplyDelete
  30. Mungkin origami ko tak letak RM sebab tulah dierang tak return back...

    ReplyDelete
  31. Anonymous10/9/11 00:03

    org laki pon leh ke nk wt bunga2 cenggini??haha

    ReplyDelete
  32. nampak mcm susah jee.. malas la

    ReplyDelete
  33. perghh kau pernah buat kasi dekat awek ke?? hebat kau..

    ReplyDelete
  34. Anonymous10/9/11 01:23

    jangan sedih2.
    meh bagi chemay 1 bunga ros tuhh.
    then chemay reply dengan 10 bijik bintang kertas
    :)

    ReplyDelete
  35. Wah nak cuba la kalau ada ms nanti hihi. Den cuma geti buat pakai straw, atau kertas pjg..yg beso gitu mmg den give up awl hihi

    Mungkin that lady xsuke kot? Tp kalau dia bg false hope, too bad ko tkena. Aku suka je kalau org bg pe pun. Yg ptg, IKHLAS

    ReplyDelete
  36. mesti terharu kot kalau dapat! sweet lah kalau sanggup susah payah buat ros nih. =)

    ReplyDelete
  37. wooo,
    kalau buat depan awek, terus cair awek.


    HAHAHAHAH

    ReplyDelete
  38. berbakat gila.......huhuhuu

    even I can`t make the easy one..huuhu
    shame..

    ReplyDelete
  39. weyhh smart doe :D hehe
    buatkan boleh haha

    ReplyDelete
  40. weh...pesal saya try wat xjadik......erm..

    ReplyDelete
  41. cantiklah seh.



    nanti aku nk try buat dalam 30 bijik.

    ReplyDelete
  42. wah..smart la... mungkin kalau guna yng lembut sikit lagi lawa..
    nice..:D

    ReplyDelete
  43. Anonymous10/9/11 11:18

    ah sampai sekarang aku masih fail step kedua. tolong la.

    ReplyDelete
  44. kreatipnyee...kalu aku,mestilah suka..maybe sumtin wrong sumwhere yg buat 'dia' tak suke kot or maybe that is her fault yg tak reti appreciate sumtin..

    ReplyDelete
  45. meaw rasa kalau lelaki buat macam tu kat meaw,meaw hargai gila,gila-gila punya hargai... dari situ dah nampak kegigihan dia nak kat kita,tapiiii si dia yang zuan maksudkan tu mesti tak hargai...huu

    ReplyDelete
  46. waaa...keretip..nak satu..ngeee

    ReplyDelete
  47. zuan,nice one!
    tp ta dpt buat. t'ingin je nk buat.
    em, tgk step mcm belit2 pulak.

    #will appreciate that guy so much. dia menunjukkan keikhlasannya sbb tgk tutor ni pun da pening apetah lg nk buat kn. so, don't worry. Allah always be with u. chill~

    ReplyDelete
  48. macam tu rupanya buat origami ros..nice....hm bagi menjawab soalan last tu, saya rasa sangat2 sweet la buat that origami depan2 plak tu

    ReplyDelete
  49. mak aii.. kreatifnya... rajin lak tu wat tutorial benda ni.. huh.. bagus2..

    ReplyDelete
  50. adoi... buat utk org yg salah!

    cuba bg kat kawan mcm I ni...
    sure i melompat sampai jatuh tergolek punya.

    confirm akan FRAME dalam balang kaca siap suruh u signature kat clear glass tu. pergh! mesti akan SAYANG u sagt2 lah. al maklumlah! member gua kasi oohhh...

    sayangnya, i tak tau nak follow tutorial ni. personal tuition boleh? boleh buat utk wedding anniversary abg2 and kakak i plak. wee...

    ReplyDelete
  51. sampai skarg ni masih fail step kedua. arrrggghh..stresssss

    ReplyDelete
  52. baru baca tutorial nih. haha. dulu kat sekolah ada event hari guru dorang buat bunga ros pkai suratkhabar then dorang celup kale merah n hijau. idea budak laki jugak. hebat la korang. haha

    kalau dpt bunga ros origami gini mmg best ooh. haha

    ReplyDelete
  53. girl yang takde sentimental value je yang tak suke tu zuan.. aku walaupun tak suke bunga2 ni kan, tapi kalau si baju biru aku bagi bunga ros origami camtu, of kos la hepy giler.. terharu kot ngan effort die wat camtu.. sabar zuan.. mungkin ada hikmahnya suatu hari nanti..

    dulu member aku penah bagi duit singgit die lipat2 jadi bentuk love.. sampai skang aku simpan..

    ReplyDelete
  54. mestilah suka kot, buat sendiri tu!

    ReplyDelete
  55. ok ok ok. aku dah try buat. tak jadi. damn >.<

    ReplyDelete
  56. Mekacih sebab buatkan untuk kite hari tu...hikhiks

    eeeh gedik

    hahahahahahahhaha!

    ReplyDelete
  57. Nanti la nak buat...kalau tak jadi.....zuan punya pasal!

    ReplyDelete
  58. nak try buat la,nak bagi kat makwe kita,haha.......zuan,kalau laki buat gitu depan girlnya rasanya sweet gila kot,rasa tersangat dihargai..... yang pompuan zuan tu tak reti menghargai,onie tau sebab apa,sebab dia nak rose yang fresh,hahaha :P

    ReplyDelete
  59. huhu.. rajinnye nak ikut stiap step tu..
    klu org la, mmg x kan buat la.. hehehe

    p/s : ok ape laki buat mcm ni utk org yg dorg syg.. susah woo nak jpe.. hak3.. rugi la reject laki camtu.. haha :p

    ReplyDelete
  60. Tak tau apa respon wanita kalau kekasihnya buat origami bunga ros depan depan dia. Adakah dia rasa kekasihnya lembut atau romantik.

    ReplyDelete
  61. it is better kalo kau buat video .. rumit giler bro !! sampai hancur kertas aq ..

    ReplyDelete

Every comment worth a thousand thanks.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...