HOlla Peeps,
Tengok jam, dah pukul 5:40! "
Ehh 5 minit lagi bus nak sampai!" Terus aku kemas-kemas barang takut tertinggal bus. Next bus in 30 minit. Sure sampai rumah pukul 8 lebih atau paling lewat pukul 9 malam kalau naik bus pukul 6:15 petang.
Slow slow kluar dari office takut boss nampak. Nampak permainan tu? Boss tak balik lagi, tapi pekerja dah balik dulu. Actually boss tak kesah pun aku kluar awal sebab diorang tau aku praktikal ulang alik dari
Senawang everyday. Ramai masih dok tanya kenapa tak cari rumah sewa atau bilik sewa je di area
Dutamas. Alasan aku, nak saving duit untuk beli
Ipad sebab time
Seminar Buat Duit Dengan Blog haritu tak dapat
Ipad.
Pantas je aku turun ke bawah ke arah tempat tunggu bus. Memang cantik timing. Bus dah sampai pun. Ramai que nak naik. Aku dah malas nak berebut-rebut nak naik. Lantak la kena berdiri pun. Bukan lama pun nak berdiri.
Lepas dah naik bus, tersenyum je aku dengan sorang pakcik berusia 50an yang dapat tempat duduk. Aku just berdiri di sebelah dia. Pakcik tu dah sedia maklum yang aku praktikal di salah sebuah company
Software House di
Solaris Dutamas. Biasa sembang sembang dengan dia. Pernah sekali hujan lebat dan banjir. Banjir selalu melanda di
jalan Duta sebab kerja-kerja siapkan
MRT. Pakcik tu cakap "
Ini la dia; Janji di Capati, Bahana Menanti." Lastly, aku agak blur kenapa dia salahkan government bila jadi banjir.
Janji Dicapati, Bahana Menanti?
Pernah sekali dia cerita; Kalau nak hidup senang sekarang ni kena business. Yes I agree, business sangat penting sekarang ni. Tak boleh hanya mengharap pada passive income dengan bekerja bawah orang. Dia ada suggest belajar dan pi seminar
Irfan Khairi.
At first I was like, which one is
Irfan Khairi ek? Adakah dia khaitan dengan
Khairi Jamaluddin? Then dia mentioned
Jutawan Internet. Ohhh baru aku dapat tangkap who is
Irfan Khairi. He is pakar
perniagaan internet. Bergelar jutawan dalam usia yang sangat muda.
Then aku google pasal
Irfan Khairi dan find this great quotes from him;
“Jangan percaya kepada perniagaan yang menjamin cepat kaya atau menawarkan jalan pintas untuk berjaya.”
Yes, sangat bersetuju dengan kata-katanya. Recently ramai terperangkap dengan skim cepat kaya seperti MLM. Akibatnya ramai kerugian. Ramai terlalu percaya dan ikut
fast track serta mula skip untuk berusaha keras bagi mendapatkan hasil. Ramai terlalu ingin hidup senang tanpa ingin sweat for it. Come on beb; No Sweat, No Rewards!
Mungkin diorang boleh berjaya dengan cara itu, tapi untuk berapa lama? Satu bulan? Satu tahun? Satu dekad? Rasanya tak sampai satu minggu. Sebab biasanya bila kita dapat sesuatu dengan mudah, kita jarang hargainya. Akibatnya berlaku kerugian.
Nampak tak kaitan banjir dan berjaya? Ia berkait rapat dengan istilah 'bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian'. Jika kita ingin senang untuk senang di masa hadapan, kita kena la hadapi susah pada harini. InshaAllah keberkatan akan ada untuk orang yang bersabar dengan ujianNYA. Dan akan ada jalan untuk orang yang tidak pernah kenal erti putus asa. Btw cerita ni dah berlalu about 2 months ago, dan aku baru terfikir nak ceritakannya disebabkan curiosity untuk share lebih tinggi dari biasa..
Till then, Adiós peeps ;)
-zuan-
p.s: selepas balik dari Seminar Buat Duit Dengan Blog, jari jemari aku semakin rajin menaip. Adakah ini tanda aku kuat mengarut?
click ads to aid me to become your millionaire next door (",)