Monday, 24 September 2012

Jejalan : Hat Yai Floating Market

Alright, sebelum start cerita mengenai Floating Market, ada readers yang masih blur dengan trip yang aku buat ni. Alright-alright, aku dan kawan-kawan aku ke sini tanpa travel agent. Apa yang aku buat is Google beberapa tempat menarik di Hat Yai, dan terus ke sana bersama yang lain. Senang cerita, gamble je pergi dengan knowledge yang ada. Di sini banyak Tuk Tuk yang akan tolong hantar korang ke destinasi yang korang nak dengan rate yang murah (rujuk entry awal kalau tak tau Tuk Tuk tu apa). Untuk budget pula, just bawak RM250 is enough untuk sightseeing, penginapan, dan makan. 

HOlla Peeps,


klonghae floating market


Floating Market atau juga dikenali sebagai Klonghae Floating Market adalah destinasi popular di Hat Yai. Sesiapa yang ke Hat Yai, mesti akan ke sini untuk melihat keunikkan tempat ini. Ia tempat dimana ramai peniaga berniaga dengan menggunakan sampan. Terdapat macam-macam jenis makanan dan minuman tempatan dijual di sini. Di situ lah mereka masak, disitulah mereka bancuh air.


Mula sesak dengan orang ramai menjelang 3 petang.


Aku pada mula ragu-ragu makanan di sini halal or not. But apabila aku mula nampak peniaga ada yang berkopiah dan ada yang bertudung, plus ada antara mereka siap letak tanda halal di sampan mereka, aku mula giat membeli makanan daripada penjual makanan yang Muslim. Ada yang paham bahasa Melayu (sebab golongan patani banyak tinggal di Songkhla), tapi mereka kurang paham dengan English. So body language pun amat penting bila ke sini untuk mudahkan urusan jual beli. Jangan terkejut bila ada yang menerima RM didalam urusan jual beli (rujuk sini kalau nak tau currency Thailand).


Salah satu keunikan di sini adalah, air yang dijual tidak diletakkan di dalam bekas plastik, ia diletakkan di dalam cawan istimewa atau buluh yang kemudiannya boleh dibawa pulang sebagai tanda kenangan atau dekorasi di rumah.

Air Oren diletak di dalam buluh. Sedap dan sejuk je tekak bila minum.

This seller's 'roti sosej' is awesome! Sosej  dibalut dengan roti dan telur, mungkin dah biasa kita makan, tapi bila pekena yang ni, lagi awesome rasanya, tambah tambah lagi letak topping dia susu, perghhh..!!! Kalau korang singgah ke sini, make sure rasa satu. Boleh didapatkan dengan hanya 25 baht.

Aku lupa apa nama makanan ni, tapi rangup dan sedap. Sos dia secukup rasa.

Cara mereka memberi makanan yang hendak kita beli adalah letakkan di dalam raga kecil yang diikat pada batang rotan dan hulurkan kepada kita. Apa yang kita perlu lakukan adalah ambil barangan itu dan letakkan bayaran di dalam raga tersebut.  

Kebanyakkan penjual di sini adalah dari kalangan kaum hawa. Dan setahu aku kawasan floating market ini boleh memuatkan sehingga 100 buah sampan pada satu masa! Banyak kan? Jadi bayangkan betapa banyak pilihan makanan yang ada di sini yang akan membuatkan korang rambang mata.


Kentang putar diorang sangat rangup. Hanya 20 baht. Memang tak puas aku makan satu sampai kawan aku cakap gaya aku makan dah macam tak makan 2 hari! hahaha

Opss, sebelum terlupa, Floating market ni jaraknya hanya 15 minit perjalanan menaiki Tuk Tuk. Untuk pengetahunan semua, Floating Market hanya dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad, dari pukul 3 petang sehingga 9 malam. So kalau rancang nak ke Hat Yai, make sure korang datang time weekend atau korang akan terlepas peluang ke sini.

Alrite, sampai sini dulu yok? Banyak lagi nak cerita.. Kalau cerita dalam satu entry, berpeluh ketiak kome membacanya hehe (",)


-zuan-
p.s: blogger kuat makan, mesti jeles gua dapat ke sini..hehe 


click ads to show your support (",)

28 comments:

  1. good info and good experience to share bro.

    kena gi sanan nanti nih.

    tempat tu unik.
    nampak macam susah cara dorang berniaga.
    yelaa, kalo salah apa apa, semua jatuh dalam sungai.

    tapi benda macam tu lah ada uniknya.

    ReplyDelete
  2. okey fine

    jeles ngn zuan

    next time nk berjalan ajkla

    skng nga pokai muahah

    ReplyDelete
  3. wahh bestnye,,,laki suka gamble kan,,tp kami pompuan asa mcm takut plak,,hehe,,papepun memg kene prepare ilmu trip tu dulula ek,,bukan gi buta je kan,,besttnyeee,,teringin nk gi jugklah

    ReplyDelete
  4. yg penting kat bahgian atas jmbatan tuh ade juai lipas gorang, dan semua mknan exotic....muntahhhh lalu situ huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yups yups.. tapi bau dia, perghhh~

      Delete
  5. very the unik
    best la kau jalan2 hehe
    xD

    ReplyDelete
  6. handal btul leh niaga atas sampan jer..

    ReplyDelete
  7. wahhhhhhhhhhhhhhhhh,zuan dah sampai hatyaiiiiii

    ReplyDelete
  8. Anonymous25/9/12 00:06

    potato spring tu pon ade jual gak ke kat floating market tu? waaaaaaaaaaa.. hebat..

    ReplyDelete
  9. aku pernah gak singgah float market ni masa ikut trip tahun lepas,
    diorang selamba kan jual2 atas smpan.. makan2 pon halal situ. tp area Nora Plaza, mmg xlah.. haha

    ReplyDelete
  10. haha.. thanks menjawab pertanyaan ku di entry lepas :D

    btw, nice sharing

    mmg ada hajat d hati nak pi sana

    :D

    ReplyDelete
  11. aku kat sana pegi melantak je hahaha

    ReplyDelete
  12. arghh coOl gila ! :D nak rase air oren dlm buluh tu, unik sgguh, hihi bestnya... :D

    ReplyDelete
  13. wah!! baru masuk sem terus berjalan..kaya..kaya..kaya.. ;p

    ReplyDelete
  14. mmg kaw2 bantai makan masa g sana ye...HAHA~

    ReplyDelete
  15. rm250 sekali penginapan dan makan? wah.. tak la mahal sangt ye

    ReplyDelete
  16. Wah good info & tips... Masa akak g bangkok dulu sepatutnya dalam jadual ade g ke Floating market, tapi disebabkan jalan jem..kitaorg terlepas floating market... :(

    ReplyDelete
  17. Sempoi wan, hari sabtu lepas aku p bukit kayu hitam..ingat alang2 dh dkt sempadan nk p terus hatyai..bila pikir balik..aku xde passport haha

    ReplyDelete
  18. syurga makanan..nyam nyam..good info anyway :)

    ReplyDelete
  19. nice pic! load n clear zuan!

    ReplyDelete
  20. Entry berserta gambar ko ni buat aku berkobar kobar nak gi thailand.. Aku sampai kesudah tak pegi lagi..

    Seronok la...

    ReplyDelete
  21. Rasa tak puas baca entri kau ni. Banyak info best.. Seronok²!

    Aku terbayang macam mana la kalau masa dia hulur makanan dalam raga kecik tu tiba² terjatuh ke bawah. Dia rugi, pelanggan pun mungkin kena tunggu lagi hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tu mungkin pernah jadi gak.. kita tak tau kan, sebab ramai orang kat situ, mungkin insiden macam tu pernah gak jadi..hehe

      Delete
  22. giler best... air dalam buluh tu... teruja aku! hahahahaa

    ReplyDelete
  23. Wah , bestnye . Nak pegi lah naty cuti . dekat jer dgn tempai vdah . Kelantan ke Thailand .

    ReplyDelete

Every comment worth a thousand thanks.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...