Showing posts with label Travelog. Show all posts
Showing posts with label Travelog. Show all posts

Thursday, 9 May 2013

Jejalan : Krabi Island - Pictures

HOlla Peeps,


Dah 3 entry aku jamu korang dengan trip Jejalan aku ke Krabi bersama geng Software House Bake180. Harap ia membuka mata dan minat korang terhadap apa yang best kat Krabi ni. Rasanya dah sampai masa untuk tutup tirai.

Berikut adalah gambar gambar yang telah di edit khas untuk jamuan mata korang semua (jangan lupa click gambar untuk pembesaran sebab banyak gambar nampak blur bila dikecilkan). Kebanyakkan gambar di ambil pada waktu pagi. Enjoy.. ;)


Ao Nang Krabi Beach Pictures Edited By Saiazuan Blog using Picasa Sun Rise

Ao Nang Krabi Beach Pictures Edited By Saiazuan Blog using Picasa Unfinished Mosque

Ao Nang Krabi Beach Pictures Edited By Saiazuan Blog using Picasa The Streets

Ao Nang Krabi Beach Pictures Edited By Saiazuan Blog using Picasa The Streets

Ao Nang Krabi Beach Pictures Edited By Saiazuan Blog using Picasa The Streets

Ao Nang Krabi Beach Pictures Edited By Saiazuan Blog using Picasa The Streets

Ao Nang Krabi Beach Pictures Edited By Saiazuan Blog using Picasa The Streets

Ao Nang Krabi Beach Pictures Edited By Saiazuan Blog using Picasa The Streets

Ao Nang Krabi Beach Pictures Edited By Saiazuan Blog using Picasa The Streets

Ao Nang Krabi Beach Pictures Edited By Saiazuan Blog using Picasa Zebra Crossroads

Ao Nang Krabi Beach Pictures Edited By Saiazuan Blog using Picasa The Streets

Ao Nang Krabi Beach Pictures Edited By Saiazuan Blog using Picasa Shopping Streets


Alright, sampai sini sahaja Travelog Jejalan Krabi untuk kali ini. Semoga segala input yang aku berikan berguna untuk trip kalian nanti. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di Saiazuan Blog Facebook Page yang mana kebelakangan ni banyak mendapat soalan-soalan dari pembaca-pembaca baru Saiazuan Blog. Alhamdulillah.. Tanpa pembaca, aku takkan menulis sampai hari ini. Terima kasih kepada semua. 


Jangan lupa klik klik iklan untuk dana travelog akan datang. Tanpa klik, aku tak akan ke mana-mana :)




Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: peringatan kepada semua dan diri sendiri juga, jangan terlalu mudah percaya sesuatu tanpa sebarang bukti kukuh atau usul periksa.. 


click ads to for Travelog fund (",)

Wednesday, 1 May 2013

Jejalan : Songkran Festival di Krabi Island

HOlla Peeps,



Ketika trip kitorang ke krabi, kitorang agak lucky kerna dapat merasa sambutan Tahun Baru Thailand di sini. Songkran Festival adalah sambutan Tahun Baru (New Year) yang disambut di Thailand. Ia disambut dari 13 April sehingga 15 April. Biasanya ia disambut dengan bermain air atau membaling air ke orang lain. Tak kira pelancong atau tempatan, semua perlu bersiap sedia untuk di simbah air (ready to get wet!).


Biasaya diorang akan menggunakan pistol air untuk tembak mangsa mereka.

Menurut rakyat tempatan Thailand, ia adalah salah satu greet untuk tahun baru, jadi setiap orang harus rasa gembira di simbah dengan air. Mereka akan greet 'suk san wan songkran' kepada semua orang bermaksud 'Happy Songkran Day'


Disebabkan ramai menaiki Truck untuk menyambut festival ini, jalan menjadi Jem selama lebih 3 jam.

Budak-budak kecil pun tak ketinggalan turut serta join sambutan ini.


Mangsa-mangsa simbahan air. hehe

So, apa tunggu lagi? Set your date. Jangan lepaskan peluang menyertai Songkran festival untuk tahun depan.


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: debaran pilihanraya makin terasa.. Persoalannya, adakah undi kita masih lagi Rahsia??? 


click ads to show your support (",)

Monday, 22 April 2013

Jejalan : Krabi Island - Ao Nang Beach

HOlla Peeps,

Holla holla, selepas hampir satu minggu delay post entry trip Jejalan yang paling latest, iaitu ke Krabi Island Thailand! Trip jejalan ni di sponser Software House tempat aku praktikal, Bake180. So I'm kinda lucky, coz dapat join the trip walaupun just Budak Praktikal Dari Senawang hehe..

FYI, ini adalah trip ke 4 aku ke Thailand. Sebelum ini aku dah ke Hat Yai, Padang Besar (Thailand) dan Danok. Masyarakat di Thailand sangat ringan dengan senyuman dan tidak segan untuk berbahasa Inggeris walaupun tidak fasih dengannya.

Alright pasti ramai tertanya-tanya apa ada dekat Ao Nang Beach dan Krabi Island kan? For warm-up jom kita usya-usya salah satu tempat menarik di Krabi, iaitu Ao Nang beach. Ia berdekatan dengan tempat kitorang stay, iaitu Vogue Resort & Spa.









Alright, for your information;
  • Tempoh masa perjalanan ke Krabi Island dari LCCT dengan menariki Air Asia adalah lebih kurang 1 jam 20 minit. 
  • Perjalanan dari Krabi Airport ke Ao Nang Beach adalah lebih kurang 30-40 minit.
  • Ao Nang Beach ni adalah titik tengah wilayah pantai Krabi, Thailand.
  • Ao Nang special dengan Restaurant (yang mana banyak makanan halal boleh didapati), dan kedai cenderamata (souvenir) sebagai tarikkan pelancong.







Tak cukup teruja? Hehe alright, wait for next entry dimana kita akan Snookering di Hong Island.



Snorkeling di Hong Island
Songkran Festival
Good Morning Ao Nang, Krabi


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: Sorry lambat update hehe banyak kerja minggu ni.. Next jejalan entry maybe to USS at the end of year.. Sponsor pleaseeeeee hehee  


click ads for Travelog fund (",)

Wednesday, 27 February 2013

3 Years in The Making - Memori di UiTM Perlis diabadikan Di Dalam Youtube

HOlla Peeps,

Aku bukan la seorang utubers or vloggers or videographer pro yang sentiasa update mengenai latest video shots kepada public di YouTube atau mana-mana site yang memberi service video sharing.. But when I have interest to make one, I do one..  So tak heran la klu one day, jika diberikan peluang aku boleh terbitkan my own movies di YouTube.. Ada several story dalam minda aku skrng ni yang mana jika di beri peluang, mungkin akan memberi impak berbeza dengan tipikal filem malaysia sekarang ni

Papepun, aku nak jamukan kepada korang video masam, masin, pahit, tawar dan manis di UiTM Arau Perlis.. Enjoy~



Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: apa favourite superhero korang? tetibaa~ 


click ads to show your support (",)

Wednesday, 26 September 2012

Jejalan : Gambar Sekitar Bandar Hat Yai

HOlla Peeps,

hatyai


Setelah aku berjaya membuatan ramai jeles dan teruja dengan Hat Yai di beberapa entry lepas, ini adalah finale entry bersiri Trip aku dan classmate aku ke Hat Yai Thailand.  Dah penat aku dok cerita pasal tempat ni, sampai tak cukup tidur aku nak siapakan entry ni..hehe


Kepada yang tekak raya 'loye' je nak makan makanan Thai, boleh hit Kelantan Restaurant! Makanan yang biasa kita makan seperti nasi goreng dan mee goreng dan banyak lagi ada dihidangkan disini. Dijamin halal.

Minat makanan exotic? Jangan lepaskan peluang untuk makan lipas, cengkerik dan banyak lagi di sini. Ia berdekatan dengan floating market. Loye tekak aku bila lalu gerai ni. Halal or not?

Bila korang ke Thailand, Beware of the DOG! Anjing merata-rata ada di sini.. Tapi jangan bimbang la, anjing takkan kejar kita kalau kita tak kejar dia hehehe

Agama rasmi di Thailand adalah Budha. Jadi di sini begitu banyak Temple dibina dengan senibina yang unik.

Floating market. Memang tak puas shopping makanan di sini. Banyak pilihan makanan yang awesome.
'truemove' adalah rangkaian network yang popular di Thailand.

Nasi Ayam versi Thai. Harga based on saiz ayam. Range dari 40  Baht hingga 70 Baht.

Plaza Market. One of shopping spot untuk mereka yang suka shopping! Variety of choices with reasonable price.

"Conservation of water to all life before the crisis will come"

Sentiasa ada bila masa diperlukan..

Night Hawker, atau pasar malam. Aktiviti menjual beli makan di malam hari juga sangat aktif di sini. Tetapi ia tidaklah sampai ke tengah malam kerna biasanya peniaga menutup kedai di sekitar jam 9 malam. 

Dah boleh guling guling atasa jalan dah di waktu 12 malam dan ke atas. Tiada kegiatan merempit walaupun di malam minggu di sini. Tenang je malam di kota Hat Yai.

-zuan-
p.s: apa ubat untuk orang malas?  


click ads to show your support (",)

Monday, 24 September 2012

Jejalan : Hat Yai Floating Market

Alright, sebelum start cerita mengenai Floating Market, ada readers yang masih blur dengan trip yang aku buat ni. Alright-alright, aku dan kawan-kawan aku ke sini tanpa travel agent. Apa yang aku buat is Google beberapa tempat menarik di Hat Yai, dan terus ke sana bersama yang lain. Senang cerita, gamble je pergi dengan knowledge yang ada. Di sini banyak Tuk Tuk yang akan tolong hantar korang ke destinasi yang korang nak dengan rate yang murah (rujuk entry awal kalau tak tau Tuk Tuk tu apa). Untuk budget pula, just bawak RM250 is enough untuk sightseeing, penginapan, dan makan. 

HOlla Peeps,


klonghae floating market


Floating Market atau juga dikenali sebagai Klonghae Floating Market adalah destinasi popular di Hat Yai. Sesiapa yang ke Hat Yai, mesti akan ke sini untuk melihat keunikkan tempat ini. Ia tempat dimana ramai peniaga berniaga dengan menggunakan sampan. Terdapat macam-macam jenis makanan dan minuman tempatan dijual di sini. Di situ lah mereka masak, disitulah mereka bancuh air.


Mula sesak dengan orang ramai menjelang 3 petang.


Aku pada mula ragu-ragu makanan di sini halal or not. But apabila aku mula nampak peniaga ada yang berkopiah dan ada yang bertudung, plus ada antara mereka siap letak tanda halal di sampan mereka, aku mula giat membeli makanan daripada penjual makanan yang Muslim. Ada yang paham bahasa Melayu (sebab golongan patani banyak tinggal di Songkhla), tapi mereka kurang paham dengan English. So body language pun amat penting bila ke sini untuk mudahkan urusan jual beli. Jangan terkejut bila ada yang menerima RM didalam urusan jual beli (rujuk sini kalau nak tau currency Thailand).


Salah satu keunikan di sini adalah, air yang dijual tidak diletakkan di dalam bekas plastik, ia diletakkan di dalam cawan istimewa atau buluh yang kemudiannya boleh dibawa pulang sebagai tanda kenangan atau dekorasi di rumah.

Air Oren diletak di dalam buluh. Sedap dan sejuk je tekak bila minum.

This seller's 'roti sosej' is awesome! Sosej  dibalut dengan roti dan telur, mungkin dah biasa kita makan, tapi bila pekena yang ni, lagi awesome rasanya, tambah tambah lagi letak topping dia susu, perghhh..!!! Kalau korang singgah ke sini, make sure rasa satu. Boleh didapatkan dengan hanya 25 baht.

Aku lupa apa nama makanan ni, tapi rangup dan sedap. Sos dia secukup rasa.

Cara mereka memberi makanan yang hendak kita beli adalah letakkan di dalam raga kecil yang diikat pada batang rotan dan hulurkan kepada kita. Apa yang kita perlu lakukan adalah ambil barangan itu dan letakkan bayaran di dalam raga tersebut.  

Kebanyakkan penjual di sini adalah dari kalangan kaum hawa. Dan setahu aku kawasan floating market ini boleh memuatkan sehingga 100 buah sampan pada satu masa! Banyak kan? Jadi bayangkan betapa banyak pilihan makanan yang ada di sini yang akan membuatkan korang rambang mata.


Kentang putar diorang sangat rangup. Hanya 20 baht. Memang tak puas aku makan satu sampai kawan aku cakap gaya aku makan dah macam tak makan 2 hari! hahaha

Opss, sebelum terlupa, Floating market ni jaraknya hanya 15 minit perjalanan menaiki Tuk Tuk. Untuk pengetahunan semua, Floating Market hanya dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad, dari pukul 3 petang sehingga 9 malam. So kalau rancang nak ke Hat Yai, make sure korang datang time weekend atau korang akan terlepas peluang ke sini.

Alrite, sampai sini dulu yok? Banyak lagi nak cerita.. Kalau cerita dalam satu entry, berpeluh ketiak kome membacanya hehe (",)


-zuan-
p.s: blogger kuat makan, mesti jeles gua dapat ke sini..hehe 


click ads to show your support (",)

Saturday, 22 September 2012

Jejalan : Hat Yai Thailand - Wanthana Mansion

HOlla Peeps,

Alrite, di entry kalini aku nak share tempat penginapan kitorang selama 3D2N di Hat Yai. Hotel yang kitorang sewa adalah Wanthana Mansion. Kira-kira 15 minit perjalanan berjalan kaki dari Hat Yai Train Station. Ia adalah sebuah hotel yang tenang keadaan sekitarnya,tetapi begitu dekat dengan main road dan dekat dengan tempat makanan halal untuk muslim. Jika kelaparan di tengah malam, 7eleven pun dekat je, senang cerita, setiap lorong ada kedai serbaneka tu.


Kunci bilik Wanthana Mansion. Ada hanya 24 buah bilik yang mana setiap tingkat ada hanya 6 bilik

Satu bilik disediakan 2 set single bed, Ada bilik yang sediakan queen size bed.

Disediakan Peti Sejuk, TV, Meja dan Cermin dan Almari pakaian. Untuk pengetahuan korang, di Thailand mereka menggunakan antena Parabola untuk mendapatkan signal rancangan TV. Begitu banyak channel pilihan untuk ditonton di bilik sampai aku terlupa yang aku sedang bercuti hehehe..

Bilik air selesa digunakan dan dilengkapi dengan hot shower.

Pemandangan dari Wanthana Mansion di malam hari. Tenang je waktu malam dia.

Pemandangan dari Wanhana Mansion pada siang hari. Landmark untuk mencari Wanthana Mansion ini adalah, ia berdekatan dengan sebuah Tokong (psst aku ada ternampak ular berkeliaran di kawasan Tokong tu pada waktu malam, agak agak tu haiwan peliharaan diorang ke? hehe).



Pada yang ingin ke Hat Yai tetapi belum ada tempat menginap yang sesuai, aku mencadangkan menginap di  Hotel ini. Rate yang dikenakan tidak begitu mahal, iaitu satu bilik untuk tiga hari dua malam adalah 800 bhat. Mereka mempunyai penyambut tetamu yang begitu mesra dan ramah (Walaupun mereka tak begitu memahami bahasa inggeris) dan sedia memberi perkhidmatan kepada pelanggan 24/7. 

Wanthana Mansion
Address: 127/4 Suphasarnrangsan Road, Hat Yai, Songkhla, 90110
Telephone: +66 (0)74 261555-8, +66 (0)74 221000
Rate: Bt520 per night or Bt6,800 per month which goes down to Bt5,800 for stays of three months or longer. On the monthly rate electricity is charged for separately at Bt6 per unit.


-zuan-
p.s: apa aktiviti hujung minggu korang? 


click ads to show your support (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...