Showing posts with label Travel Blog. Show all posts
Showing posts with label Travel Blog. Show all posts

Monday, 22 April 2013

Jejalan : Krabi Island - Ao Nang Beach

HOlla Peeps,

Holla holla, selepas hampir satu minggu delay post entry trip Jejalan yang paling latest, iaitu ke Krabi Island Thailand! Trip jejalan ni di sponser Software House tempat aku praktikal, Bake180. So I'm kinda lucky, coz dapat join the trip walaupun just Budak Praktikal Dari Senawang hehe..

FYI, ini adalah trip ke 4 aku ke Thailand. Sebelum ini aku dah ke Hat Yai, Padang Besar (Thailand) dan Danok. Masyarakat di Thailand sangat ringan dengan senyuman dan tidak segan untuk berbahasa Inggeris walaupun tidak fasih dengannya.

Alright pasti ramai tertanya-tanya apa ada dekat Ao Nang Beach dan Krabi Island kan? For warm-up jom kita usya-usya salah satu tempat menarik di Krabi, iaitu Ao Nang beach. Ia berdekatan dengan tempat kitorang stay, iaitu Vogue Resort & Spa.









Alright, for your information;
  • Tempoh masa perjalanan ke Krabi Island dari LCCT dengan menariki Air Asia adalah lebih kurang 1 jam 20 minit. 
  • Perjalanan dari Krabi Airport ke Ao Nang Beach adalah lebih kurang 30-40 minit.
  • Ao Nang Beach ni adalah titik tengah wilayah pantai Krabi, Thailand.
  • Ao Nang special dengan Restaurant (yang mana banyak makanan halal boleh didapati), dan kedai cenderamata (souvenir) sebagai tarikkan pelancong.







Tak cukup teruja? Hehe alright, wait for next entry dimana kita akan Snookering di Hong Island.



Snorkeling di Hong Island
Songkran Festival
Good Morning Ao Nang, Krabi


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: Sorry lambat update hehe banyak kerja minggu ni.. Next jejalan entry maybe to USS at the end of year.. Sponsor pleaseeeeee hehee  


click ads for Travelog fund (",)

Wednesday, 26 September 2012

Jejalan : Gambar Sekitar Bandar Hat Yai

HOlla Peeps,

hatyai


Setelah aku berjaya membuatan ramai jeles dan teruja dengan Hat Yai di beberapa entry lepas, ini adalah finale entry bersiri Trip aku dan classmate aku ke Hat Yai Thailand.  Dah penat aku dok cerita pasal tempat ni, sampai tak cukup tidur aku nak siapakan entry ni..hehe


Kepada yang tekak raya 'loye' je nak makan makanan Thai, boleh hit Kelantan Restaurant! Makanan yang biasa kita makan seperti nasi goreng dan mee goreng dan banyak lagi ada dihidangkan disini. Dijamin halal.

Minat makanan exotic? Jangan lepaskan peluang untuk makan lipas, cengkerik dan banyak lagi di sini. Ia berdekatan dengan floating market. Loye tekak aku bila lalu gerai ni. Halal or not?

Bila korang ke Thailand, Beware of the DOG! Anjing merata-rata ada di sini.. Tapi jangan bimbang la, anjing takkan kejar kita kalau kita tak kejar dia hehehe

Agama rasmi di Thailand adalah Budha. Jadi di sini begitu banyak Temple dibina dengan senibina yang unik.

Floating market. Memang tak puas shopping makanan di sini. Banyak pilihan makanan yang awesome.
'truemove' adalah rangkaian network yang popular di Thailand.

Nasi Ayam versi Thai. Harga based on saiz ayam. Range dari 40  Baht hingga 70 Baht.

Plaza Market. One of shopping spot untuk mereka yang suka shopping! Variety of choices with reasonable price.

"Conservation of water to all life before the crisis will come"

Sentiasa ada bila masa diperlukan..

Night Hawker, atau pasar malam. Aktiviti menjual beli makan di malam hari juga sangat aktif di sini. Tetapi ia tidaklah sampai ke tengah malam kerna biasanya peniaga menutup kedai di sekitar jam 9 malam. 

Dah boleh guling guling atasa jalan dah di waktu 12 malam dan ke atas. Tiada kegiatan merempit walaupun di malam minggu di sini. Tenang je malam di kota Hat Yai.

-zuan-
p.s: apa ubat untuk orang malas?  


click ads to show your support (",)

Monday, 24 September 2012

Jejalan : Hat Yai Floating Market

Alright, sebelum start cerita mengenai Floating Market, ada readers yang masih blur dengan trip yang aku buat ni. Alright-alright, aku dan kawan-kawan aku ke sini tanpa travel agent. Apa yang aku buat is Google beberapa tempat menarik di Hat Yai, dan terus ke sana bersama yang lain. Senang cerita, gamble je pergi dengan knowledge yang ada. Di sini banyak Tuk Tuk yang akan tolong hantar korang ke destinasi yang korang nak dengan rate yang murah (rujuk entry awal kalau tak tau Tuk Tuk tu apa). Untuk budget pula, just bawak RM250 is enough untuk sightseeing, penginapan, dan makan. 

HOlla Peeps,


klonghae floating market


Floating Market atau juga dikenali sebagai Klonghae Floating Market adalah destinasi popular di Hat Yai. Sesiapa yang ke Hat Yai, mesti akan ke sini untuk melihat keunikkan tempat ini. Ia tempat dimana ramai peniaga berniaga dengan menggunakan sampan. Terdapat macam-macam jenis makanan dan minuman tempatan dijual di sini. Di situ lah mereka masak, disitulah mereka bancuh air.


Mula sesak dengan orang ramai menjelang 3 petang.


Aku pada mula ragu-ragu makanan di sini halal or not. But apabila aku mula nampak peniaga ada yang berkopiah dan ada yang bertudung, plus ada antara mereka siap letak tanda halal di sampan mereka, aku mula giat membeli makanan daripada penjual makanan yang Muslim. Ada yang paham bahasa Melayu (sebab golongan patani banyak tinggal di Songkhla), tapi mereka kurang paham dengan English. So body language pun amat penting bila ke sini untuk mudahkan urusan jual beli. Jangan terkejut bila ada yang menerima RM didalam urusan jual beli (rujuk sini kalau nak tau currency Thailand).


Salah satu keunikan di sini adalah, air yang dijual tidak diletakkan di dalam bekas plastik, ia diletakkan di dalam cawan istimewa atau buluh yang kemudiannya boleh dibawa pulang sebagai tanda kenangan atau dekorasi di rumah.

Air Oren diletak di dalam buluh. Sedap dan sejuk je tekak bila minum.

This seller's 'roti sosej' is awesome! Sosej  dibalut dengan roti dan telur, mungkin dah biasa kita makan, tapi bila pekena yang ni, lagi awesome rasanya, tambah tambah lagi letak topping dia susu, perghhh..!!! Kalau korang singgah ke sini, make sure rasa satu. Boleh didapatkan dengan hanya 25 baht.

Aku lupa apa nama makanan ni, tapi rangup dan sedap. Sos dia secukup rasa.

Cara mereka memberi makanan yang hendak kita beli adalah letakkan di dalam raga kecil yang diikat pada batang rotan dan hulurkan kepada kita. Apa yang kita perlu lakukan adalah ambil barangan itu dan letakkan bayaran di dalam raga tersebut.  

Kebanyakkan penjual di sini adalah dari kalangan kaum hawa. Dan setahu aku kawasan floating market ini boleh memuatkan sehingga 100 buah sampan pada satu masa! Banyak kan? Jadi bayangkan betapa banyak pilihan makanan yang ada di sini yang akan membuatkan korang rambang mata.


Kentang putar diorang sangat rangup. Hanya 20 baht. Memang tak puas aku makan satu sampai kawan aku cakap gaya aku makan dah macam tak makan 2 hari! hahaha

Opss, sebelum terlupa, Floating market ni jaraknya hanya 15 minit perjalanan menaiki Tuk Tuk. Untuk pengetahunan semua, Floating Market hanya dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad, dari pukul 3 petang sehingga 9 malam. So kalau rancang nak ke Hat Yai, make sure korang datang time weekend atau korang akan terlepas peluang ke sini.

Alrite, sampai sini dulu yok? Banyak lagi nak cerita.. Kalau cerita dalam satu entry, berpeluh ketiak kome membacanya hehe (",)


-zuan-
p.s: blogger kuat makan, mesti jeles gua dapat ke sini..hehe 


click ads to show your support (",)

Saturday, 22 September 2012

Jejalan : Hat Yai Thailand - Wanthana Mansion

HOlla Peeps,

Alrite, di entry kalini aku nak share tempat penginapan kitorang selama 3D2N di Hat Yai. Hotel yang kitorang sewa adalah Wanthana Mansion. Kira-kira 15 minit perjalanan berjalan kaki dari Hat Yai Train Station. Ia adalah sebuah hotel yang tenang keadaan sekitarnya,tetapi begitu dekat dengan main road dan dekat dengan tempat makanan halal untuk muslim. Jika kelaparan di tengah malam, 7eleven pun dekat je, senang cerita, setiap lorong ada kedai serbaneka tu.


Kunci bilik Wanthana Mansion. Ada hanya 24 buah bilik yang mana setiap tingkat ada hanya 6 bilik

Satu bilik disediakan 2 set single bed, Ada bilik yang sediakan queen size bed.

Disediakan Peti Sejuk, TV, Meja dan Cermin dan Almari pakaian. Untuk pengetahuan korang, di Thailand mereka menggunakan antena Parabola untuk mendapatkan signal rancangan TV. Begitu banyak channel pilihan untuk ditonton di bilik sampai aku terlupa yang aku sedang bercuti hehehe..

Bilik air selesa digunakan dan dilengkapi dengan hot shower.

Pemandangan dari Wanthana Mansion di malam hari. Tenang je waktu malam dia.

Pemandangan dari Wanhana Mansion pada siang hari. Landmark untuk mencari Wanthana Mansion ini adalah, ia berdekatan dengan sebuah Tokong (psst aku ada ternampak ular berkeliaran di kawasan Tokong tu pada waktu malam, agak agak tu haiwan peliharaan diorang ke? hehe).



Pada yang ingin ke Hat Yai tetapi belum ada tempat menginap yang sesuai, aku mencadangkan menginap di  Hotel ini. Rate yang dikenakan tidak begitu mahal, iaitu satu bilik untuk tiga hari dua malam adalah 800 bhat. Mereka mempunyai penyambut tetamu yang begitu mesra dan ramah (Walaupun mereka tak begitu memahami bahasa inggeris) dan sedia memberi perkhidmatan kepada pelanggan 24/7. 

Wanthana Mansion
Address: 127/4 Suphasarnrangsan Road, Hat Yai, Songkhla, 90110
Telephone: +66 (0)74 261555-8, +66 (0)74 221000
Rate: Bt520 per night or Bt6,800 per month which goes down to Bt5,800 for stays of three months or longer. On the monthly rate electricity is charged for separately at Bt6 per unit.


-zuan-
p.s: apa aktiviti hujung minggu korang? 


click ads to show your support (",)

Thursday, 20 September 2012

Jejalan : Hat Yai Thailand Trip

Setelah banyak persoalan dan banyak andaian mengenai ke mana sebenarnya aku pergi di entry lepas, well peeps, the question is about to be answered..

HOlla Peeps,

Tak lengkap rasanya jika belajar di Perlis tetapi tidak mendapatkan 'Buku Merah' untuk ke negara sebelah, Thailand. Setelah hampir 3 tahun menuntut ilmu di sini, akhirnya hajat ke oversea (Negara sebelah je pun~) termakbul. Ia hanyalah trip 1 jam dari Padang Besar Perlis ke Hat Yai dengan menaiki keretapi dengan rate hanya RM5.30. Kalau korang dari Arau pula, just RM9..


Aku dan classmate di Stesen Kereta Api Padang Besar Perlis menuggu tren. 
Masing-masing cover perut LOL

Ops jangan tanya aku "gi sana shopping apa?" or "tak ada cendera mata tuk I?", sebab aku ke sana nak jejalan je dan Hat Yai ni bukanlah tempat shopping barang murah seperti di Padang Besar macam yang ramai fikir. Walaubagaimanapun, di Hat Yai still boleh jumpa macam-macam stuff menarik dengan harga yang berpatutan untuk dibeli dan diberikan kepada yang tersayang.


"Sawadika~" comel patung ni, rasa nak bawak balik je kalau boleh

Buat pengetahuan semua, Hat Yai terletak di sebelah Selatan Thailand, dan sangat dekat dengan Negeri Perlis kalau drive mungkin mengambil masa dalam 30 minit dari Padang Besar. Hat Yai terletak di dalam daerah Songkhla Thailand. Ia adalah bandar ke empat terbesar di dalam Thailand! (Woahh bayangkan betapa besarnya Thailand ni) Ia adalah salah satu destinasi popular bagi pelancong dari Malaysia dan Singapura.


Map bandar Hat Yai. 
Kitorang banyak berpandukan pada map ni ketika di sana

Pada aku, travelling is about seeing other peoples place. Jadi baju tu memang tak banyak aku bawak untuk mengurangkan beban di bahu aku. Cukup la nak bawak baju dan pakaian untuk pakai jalan dan tidur. Dan yang penting, bila travel, kena la bawak kamera kan. Gambar-gambar yang bakal di kongsikan oleh aku didalam entry bersiri ini adalah yang diambil oleh aku sendiri (menggunakan kamera Lumix GX1), dan dibantu freelance photographer, Ame Kusanagy. So thanks Mr Kusanagy kerna sudi menjadi juruphoto kami ;)


Keadaan di Train Station Hat Yai (Hat Yai Junction)

Keadaan di Hat Yai Junction tidak begitu sesak di hari minggu mungkin kerna lebih ramai yang selesa menaiki bus atau transport lain (seperti bus dan kapal terbang) untuk ke sini selain menaiki keretapi. Banyak yang mengambil peluang berniaga di Stesen dengan menjual, Air, Snack dan Buah buahan. Kegiatan jual beli adalah normal di sini. Kalau yang dahaga lepas turun train, boleh terus beli air kat sini, harga pun murah dan banyak pilihan.


Suasana di Hat Yai pada pukul 11 pagi sana.

The best thing bila jejalan dekat bandar Hat Yai ni adalah, tingkah laku pemandu di situ, sentiasa memberi keutamaan kepada pejalan kaki walaupun traffic light diorang bewarna hijau. 

Pada mulanya kitorang merancang untuk stay di hotel yang berdekatan dengan station keretapi, tetapi disebabkan hari minggu dan banyak hotel sudah penuh ditempah pelancong, kami menerima tawaran pemandu 'Tuk Tuk' untuk stay di hotel yang lebih kurang 15 minit berjalan kaki ke train station (Rate yang dikenakan agak berpatutan, nanti aku ceritakan di entry akan datang mengenai hotel yang kitorang sewa).


Tuk Tuk boleh memuatkan sehingga 7 orang penumpang

Pada yang blur, 'Tuk Tuk' adalah sejenis pengangkutan yang popular di negara ini. Ia seperti teksi atau van, tetapi mampu menampung lebih banyak penumpang dengan harga yang lebih murah (kalau pandai deal, boleh dapat lagi murah). Cakap je nak pergi mana, diorang boleh bawa ke destinasi. Tetapi ia kurang selesa dan agak merbahaya untuk dinaiki kerna tiada pintu di belakang.


Fee untuk menaiki Tuk Tuk (10 Baht lebih kurang RM1).

Alrite, sampai sini dulu la aku cerita pasal trip aku ke Hat Yai. Till then, see ya.. (",)


-zuan-
p.s: sorry la lambat update, sibuk pilih gambar dan sibuk dengan kelas..hehe


click ads to show your support (",)

Wednesday, 19 September 2012

> Teaser : Where I'm heading?

HOlla Peeps,


Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4


-zuan-
p.s: ada sesiapa nak sponser Zuan pergi Jakarta tak?  


click ads to show your support (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...