Saturday, 22 September 2012

Jejalan : Hat Yai Thailand - Wanthana Mansion

HOlla Peeps,

Alrite, di entry kalini aku nak share tempat penginapan kitorang selama 3D2N di Hat Yai. Hotel yang kitorang sewa adalah Wanthana Mansion. Kira-kira 15 minit perjalanan berjalan kaki dari Hat Yai Train Station. Ia adalah sebuah hotel yang tenang keadaan sekitarnya,tetapi begitu dekat dengan main road dan dekat dengan tempat makanan halal untuk muslim. Jika kelaparan di tengah malam, 7eleven pun dekat je, senang cerita, setiap lorong ada kedai serbaneka tu.


Kunci bilik Wanthana Mansion. Ada hanya 24 buah bilik yang mana setiap tingkat ada hanya 6 bilik

Satu bilik disediakan 2 set single bed, Ada bilik yang sediakan queen size bed.

Disediakan Peti Sejuk, TV, Meja dan Cermin dan Almari pakaian. Untuk pengetahuan korang, di Thailand mereka menggunakan antena Parabola untuk mendapatkan signal rancangan TV. Begitu banyak channel pilihan untuk ditonton di bilik sampai aku terlupa yang aku sedang bercuti hehehe..

Bilik air selesa digunakan dan dilengkapi dengan hot shower.

Pemandangan dari Wanthana Mansion di malam hari. Tenang je waktu malam dia.

Pemandangan dari Wanhana Mansion pada siang hari. Landmark untuk mencari Wanthana Mansion ini adalah, ia berdekatan dengan sebuah Tokong (psst aku ada ternampak ular berkeliaran di kawasan Tokong tu pada waktu malam, agak agak tu haiwan peliharaan diorang ke? hehe).



Pada yang ingin ke Hat Yai tetapi belum ada tempat menginap yang sesuai, aku mencadangkan menginap di  Hotel ini. Rate yang dikenakan tidak begitu mahal, iaitu satu bilik untuk tiga hari dua malam adalah 800 bhat. Mereka mempunyai penyambut tetamu yang begitu mesra dan ramah (Walaupun mereka tak begitu memahami bahasa inggeris) dan sedia memberi perkhidmatan kepada pelanggan 24/7. 

Wanthana Mansion
Address: 127/4 Suphasarnrangsan Road, Hat Yai, Songkhla, 90110
Telephone: +66 (0)74 261555-8, +66 (0)74 221000
Rate: Bt520 per night or Bt6,800 per month which goes down to Bt5,800 for stays of three months or longer. On the monthly rate electricity is charged for separately at Bt6 per unit.


-zuan-
p.s: apa aktiviti hujung minggu korang? 


click ads to show your support (",)

30 comments:

  1. ni ikut pakej ke men redah je,,;)

    ReplyDelete
  2. untuk first picture tu zuan.

    24 tingkat ke, 24 bilik?

    sangat selesa.
    dan sangatlah murah.

    good info.

    ReplyDelete
  3. Bilik dia nampak cantik and selesa...
    jadi backpackers ke zuan??

    ReplyDelete
  4. menarik lah pulak aku tgk...

    ReplyDelete
  5. pernah dok hotel depan yg main road tuh ape tah nama dia...

    ReplyDelete
  6. untunglah dapat pegi bercuti....=)
    kt nie busy ngan keja ajer..weekend pun kena siapkn keja opis kat rumah....=,="
    bila lah dpt merasa bcuti gie oversea agaknya..huhuhu..

    ReplyDelete
  7. cantik n selesa jer tgk hotel tu eheee...best la bley g bercuti

    ReplyDelete
  8. 800 baht utk 3 hari 2 malam? sgt murah ye....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan DN...dalam RM80..murah tu..3D 2N tu...nampak selesa je hotelnya kan..:D

      Delete
  9. cantik view dari hotel bila malam..:D

    ReplyDelete
  10. wahhh..teringin pula shida nk g..berapa wan kos nye citer skit.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak jalan jalan je, bawak 250 dah cukup.. tapi kalau nak beli barang, nak makan puas puas, bawak la 300 dan ke atas :)

      Delete
  11. eh murahnya, dan sangat selesa ni

    ReplyDelete
  12. zuan, bajet 3days2night kat sana brape?

    zuan pi under travel agent ke atau without agent?

    ReplyDelete
    Replies
    1. budget cuma 250, dan without travel agent :)

      Delete
    2. uit uit maceh menjawab persoalan di entry terbaru :D

      Delete
  13. harga yang amat berbaloi...lagipun bilik hotel most of time tu rehat dan tido je la kan.....

    ReplyDelete
  14. nice la ...
    boleh ke situ lepas ni ...
    best trip :D

    ReplyDelete
  15. Kalau 800 bhat murah sangat dik.. selesa kot..

    ReplyDelete
  16. 800 baht untuk 2 malam satu bilik? Maknanya jatuh RM20 satu malam sorang? Perghh..murahnyer.. Betul ke?

    ReplyDelete
  17. cantik lak tuala digubah macam tu..kalau dkna p sana kompom tak buka hahaa

    ReplyDelete
  18. Nice!..dekat sana hotel RM60 dh boleh dpt..ehehe

    ReplyDelete
  19. nice.. ada info pasal hotel semua. memandangkan ada kawan planning nak ke sana, akan disarankan pakej hotel ini!
    tengs!!

    ReplyDelete
  20. untuk 2 malam 800 baht! nice! looking forward for that!hehehehehe

    ReplyDelete
  21. Boleh tahan selesa la bilik yang kauorang sewa tu. Kalau boleh mesti kauorang nak lepak lama lagi kan.. ;D

    ReplyDelete
  22. Anonymous29/9/14 12:52

    anda semua SILA JANGAN DATANG HATYAI PADA 3/10/2014 - 7/10/2014 yer...

    JANGAN MENGINAP KAT HOTEL WATHANA MANSION ni yer....

    SEBAB saya dan kawan2 saya nk menginap di situ... sebab muraahhhh sgt2...!

    *lariiikkkkk...*

    ReplyDelete

Every comment worth a thousand thanks.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...