Showing posts with label Travel Guide. Show all posts
Showing posts with label Travel Guide. Show all posts

Monday, 29 April 2013

Jejalan : Krabi Island - Snorkeling di Hong Island

HOlla Peeps,



Apa khabar? Alright, kita dah entry ke 3 untuk siri Jejalan ke Krabi Island. Harap semua berpuas hati dengan input dari Travelog kali ini. Untuk entry kali ini pula kita ke Hong Island! Yesssss kita Snorkeling di Hong Island.


Empat Island yang dilawati jika mengikuti Hong Island Trip


Mengikut site http://www.tripadvisor.com.my/, Hong Island ni salah satu daripada 55 attraction di Krabi Providence, dan berada di rank #7! Ini bermakna, ia antara tempat yang mesti dilawati jika ke Krabi.

Ada 4 checkpoint korang akan experience jika mengikuti trip Snorkeling di Hong Island, iaitu Hong Island,  Hong Lagoon, Paradise Island, dan Daeng Island. Rate yang biasa dikenakan adalah antara 900 baht ke 1000 baht. Trip bermula dari pukul 9 pagi dan berakhir kira kira 4 petang. Tak perlu risau nak bawa bekal kerna makanan disediakan oleh boat tour company.

Alright, no more talking, lets look at the picture that I had edited :)


Hassan, the Boat captain
Geng Software House Bake180
Masing-masing tak sabar menaiki boat


First Stop! Hong Island


Hong Island
Hong Island Drop Anchor
Hong Island Sign
Hong Island View
Hong Island Beach


Second Stop! Hong Lagoon


On the way to Hong Lagoon
Hong Lagoon
Hong Lagoon Snorkeling
Lets eat!


Third Stop! Paradise Island



Paradise Island
Paradise Island
Paradise Island Snorkeling



Last Stop! Daeng Island



Snorkeling at Daeng Island
Daeng Island
Daeng Island Snorkeling


Kecewa tak ada gambar ikan? Hehe maaf, hamba pakai Lumix GX1 je, tak kalis air.. Hehe please someone sponsor kamera Nikon yang boleh water resistant tu boleh tak?


Daeng Island Snorkeling


Alright, sampai sini dulu untuk entry Jejalan kali ni. Got few more picture to edit and upload.. Stay tuned..


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: ramai bercerita mengenai cerita Andai Itu TakdirNya lakonan Fiza Omar dan Nelydia Senrose.. best ke? 


click ads for next trip fund (",)

Monday, 22 April 2013

Jejalan : Krabi Island - Ao Nang Beach

HOlla Peeps,

Holla holla, selepas hampir satu minggu delay post entry trip Jejalan yang paling latest, iaitu ke Krabi Island Thailand! Trip jejalan ni di sponser Software House tempat aku praktikal, Bake180. So I'm kinda lucky, coz dapat join the trip walaupun just Budak Praktikal Dari Senawang hehe..

FYI, ini adalah trip ke 4 aku ke Thailand. Sebelum ini aku dah ke Hat Yai, Padang Besar (Thailand) dan Danok. Masyarakat di Thailand sangat ringan dengan senyuman dan tidak segan untuk berbahasa Inggeris walaupun tidak fasih dengannya.

Alright pasti ramai tertanya-tanya apa ada dekat Ao Nang Beach dan Krabi Island kan? For warm-up jom kita usya-usya salah satu tempat menarik di Krabi, iaitu Ao Nang beach. Ia berdekatan dengan tempat kitorang stay, iaitu Vogue Resort & Spa.









Alright, for your information;
  • Tempoh masa perjalanan ke Krabi Island dari LCCT dengan menariki Air Asia adalah lebih kurang 1 jam 20 minit. 
  • Perjalanan dari Krabi Airport ke Ao Nang Beach adalah lebih kurang 30-40 minit.
  • Ao Nang Beach ni adalah titik tengah wilayah pantai Krabi, Thailand.
  • Ao Nang special dengan Restaurant (yang mana banyak makanan halal boleh didapati), dan kedai cenderamata (souvenir) sebagai tarikkan pelancong.







Tak cukup teruja? Hehe alright, wait for next entry dimana kita akan Snookering di Hong Island.



Snorkeling di Hong Island
Songkran Festival
Good Morning Ao Nang, Krabi


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: Sorry lambat update hehe banyak kerja minggu ni.. Next jejalan entry maybe to USS at the end of year.. Sponsor pleaseeeeee hehee  


click ads for Travelog fund (",)

Wednesday, 26 September 2012

Jejalan : Gambar Sekitar Bandar Hat Yai

HOlla Peeps,

hatyai


Setelah aku berjaya membuatan ramai jeles dan teruja dengan Hat Yai di beberapa entry lepas, ini adalah finale entry bersiri Trip aku dan classmate aku ke Hat Yai Thailand.  Dah penat aku dok cerita pasal tempat ni, sampai tak cukup tidur aku nak siapakan entry ni..hehe


Kepada yang tekak raya 'loye' je nak makan makanan Thai, boleh hit Kelantan Restaurant! Makanan yang biasa kita makan seperti nasi goreng dan mee goreng dan banyak lagi ada dihidangkan disini. Dijamin halal.

Minat makanan exotic? Jangan lepaskan peluang untuk makan lipas, cengkerik dan banyak lagi di sini. Ia berdekatan dengan floating market. Loye tekak aku bila lalu gerai ni. Halal or not?

Bila korang ke Thailand, Beware of the DOG! Anjing merata-rata ada di sini.. Tapi jangan bimbang la, anjing takkan kejar kita kalau kita tak kejar dia hehehe

Agama rasmi di Thailand adalah Budha. Jadi di sini begitu banyak Temple dibina dengan senibina yang unik.

Floating market. Memang tak puas shopping makanan di sini. Banyak pilihan makanan yang awesome.
'truemove' adalah rangkaian network yang popular di Thailand.

Nasi Ayam versi Thai. Harga based on saiz ayam. Range dari 40  Baht hingga 70 Baht.

Plaza Market. One of shopping spot untuk mereka yang suka shopping! Variety of choices with reasonable price.

"Conservation of water to all life before the crisis will come"

Sentiasa ada bila masa diperlukan..

Night Hawker, atau pasar malam. Aktiviti menjual beli makan di malam hari juga sangat aktif di sini. Tetapi ia tidaklah sampai ke tengah malam kerna biasanya peniaga menutup kedai di sekitar jam 9 malam. 

Dah boleh guling guling atasa jalan dah di waktu 12 malam dan ke atas. Tiada kegiatan merempit walaupun di malam minggu di sini. Tenang je malam di kota Hat Yai.

-zuan-
p.s: apa ubat untuk orang malas?  


click ads to show your support (",)

Monday, 24 September 2012

Jejalan : Hat Yai Floating Market

Alright, sebelum start cerita mengenai Floating Market, ada readers yang masih blur dengan trip yang aku buat ni. Alright-alright, aku dan kawan-kawan aku ke sini tanpa travel agent. Apa yang aku buat is Google beberapa tempat menarik di Hat Yai, dan terus ke sana bersama yang lain. Senang cerita, gamble je pergi dengan knowledge yang ada. Di sini banyak Tuk Tuk yang akan tolong hantar korang ke destinasi yang korang nak dengan rate yang murah (rujuk entry awal kalau tak tau Tuk Tuk tu apa). Untuk budget pula, just bawak RM250 is enough untuk sightseeing, penginapan, dan makan. 

HOlla Peeps,


klonghae floating market


Floating Market atau juga dikenali sebagai Klonghae Floating Market adalah destinasi popular di Hat Yai. Sesiapa yang ke Hat Yai, mesti akan ke sini untuk melihat keunikkan tempat ini. Ia tempat dimana ramai peniaga berniaga dengan menggunakan sampan. Terdapat macam-macam jenis makanan dan minuman tempatan dijual di sini. Di situ lah mereka masak, disitulah mereka bancuh air.


Mula sesak dengan orang ramai menjelang 3 petang.


Aku pada mula ragu-ragu makanan di sini halal or not. But apabila aku mula nampak peniaga ada yang berkopiah dan ada yang bertudung, plus ada antara mereka siap letak tanda halal di sampan mereka, aku mula giat membeli makanan daripada penjual makanan yang Muslim. Ada yang paham bahasa Melayu (sebab golongan patani banyak tinggal di Songkhla), tapi mereka kurang paham dengan English. So body language pun amat penting bila ke sini untuk mudahkan urusan jual beli. Jangan terkejut bila ada yang menerima RM didalam urusan jual beli (rujuk sini kalau nak tau currency Thailand).


Salah satu keunikan di sini adalah, air yang dijual tidak diletakkan di dalam bekas plastik, ia diletakkan di dalam cawan istimewa atau buluh yang kemudiannya boleh dibawa pulang sebagai tanda kenangan atau dekorasi di rumah.

Air Oren diletak di dalam buluh. Sedap dan sejuk je tekak bila minum.

This seller's 'roti sosej' is awesome! Sosej  dibalut dengan roti dan telur, mungkin dah biasa kita makan, tapi bila pekena yang ni, lagi awesome rasanya, tambah tambah lagi letak topping dia susu, perghhh..!!! Kalau korang singgah ke sini, make sure rasa satu. Boleh didapatkan dengan hanya 25 baht.

Aku lupa apa nama makanan ni, tapi rangup dan sedap. Sos dia secukup rasa.

Cara mereka memberi makanan yang hendak kita beli adalah letakkan di dalam raga kecil yang diikat pada batang rotan dan hulurkan kepada kita. Apa yang kita perlu lakukan adalah ambil barangan itu dan letakkan bayaran di dalam raga tersebut.  

Kebanyakkan penjual di sini adalah dari kalangan kaum hawa. Dan setahu aku kawasan floating market ini boleh memuatkan sehingga 100 buah sampan pada satu masa! Banyak kan? Jadi bayangkan betapa banyak pilihan makanan yang ada di sini yang akan membuatkan korang rambang mata.


Kentang putar diorang sangat rangup. Hanya 20 baht. Memang tak puas aku makan satu sampai kawan aku cakap gaya aku makan dah macam tak makan 2 hari! hahaha

Opss, sebelum terlupa, Floating market ni jaraknya hanya 15 minit perjalanan menaiki Tuk Tuk. Untuk pengetahunan semua, Floating Market hanya dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad, dari pukul 3 petang sehingga 9 malam. So kalau rancang nak ke Hat Yai, make sure korang datang time weekend atau korang akan terlepas peluang ke sini.

Alrite, sampai sini dulu yok? Banyak lagi nak cerita.. Kalau cerita dalam satu entry, berpeluh ketiak kome membacanya hehe (",)


-zuan-
p.s: blogger kuat makan, mesti jeles gua dapat ke sini..hehe 


click ads to show your support (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...