Showing posts with label musuh dalam selimut. Show all posts
Showing posts with label musuh dalam selimut. Show all posts

Tuesday, 14 February 2012

> Bagai Musuh Dalam Selimut

HOlla Peeps,

Bila sebut pasal kawan, mesti dikatakan kawan itulah tempat kita mengadu. Tempat kita bercerita. Tempat kita hilangkan rasa bosan. Tempat kita hu ha hu ha. Tempat kita meluahkan kasih sayang dan tempat kita tidur? Ops tak la kot?!!

Bila bercerita mengenai kawan ni, mostly adalah fun dan beautiful (macam love story la pula, tapi lain kisahnya sebab kalau laki ngan laki? gay la kot? dan sebaliknya la..) dan sure ada pertelingkahan punya (sedangkan lidah lagi tergigit)! Based on pengalaman/pemerhatian/bacaan, selalunya laki gaduh tak lama tempoh masanya macam perempuan bergaduh. Gaduh kejap je, then beberapa minit or jam dah elok balik, dah boleh main congkak sesama balik (apa ke congkak perginya tu?). Kalau perempuan, pasal perkara kecil, habis satu asrama tau pasal pergaduhan diorang. Betul tak kaum hawa?

Dan persahabatan ni jadi menyedihkan apabila kawan makan kawan, atau musuh dalam selimut yang mana ;
  • orang terdekat yang diam-diam berkhianat.
  • mempunyai musuh yang dekat dengan kita dan dapat mencelakai kita.
  • musuh dalam kalangan sendiri. (sumber : Wikiquote)

Sure ada pernah alaminya kan? Kita put trust, kita jujur dengannya, tapi di belakang, diam diam dia khianat, dalam diam memburukkan kita. Mungkin atas sebab dengki? Cemburu? Khianat? Dan mungkin saja-saja tikam kita? Mungkin diorang kurang senang dengan personaliti kita yang hebat itu?

Mungkin dia hanya rapat dengan kita untuk mengambil kesempatan atas apa yang kita miliki hari ini?

Tom n Jerry

Macam mana karakteristik manusia yang menjadi musuh dalam selimut ni?

  • Ia suka menggoda pasangan - yang mana suka memuji untuk mendapatkan perhatian.
  • Ia juga suka meminjam - tetapi tidak tahu untuk memulangkan wang yang dipinjam.
  • Selalu kita perasan, dia ni jenis selalu mungkir janji! Berbeza dengan yang tak tepati janji, yang tak tepati ni mungkin disebabkan masalah probadi yang menhalang dari tepati janji.
Mungkin banyak lagi karakteristik mereka yang berhati busuk ini. Kita takkan tahu, takkan perasan kerana selama ini kita duduk satu selimut dengannya.

Sebagai mangsa musuih dalam selimut ni, bersabar, redha dan brdoa la banyak-banyak agak pintu hati si pemakan mangsa dalam selimut ni tidak lagi melakukan perbuatan terkutuk tu. Dan janganlah bertindak menjadi peng-karma atau percaya kepada karma, iaitu bertindak membalas dendam terhadap mereka kerna percaya yang 'what goes around comes around'. Biarlah dia dapat pembalasan di akhirat kelak..

Hargai suatu persahabatan tu, jangan tikam belakang, jangan jadi musuh dalam selimut.. Dan ingatlah disebabkan mulut, badan binasa!



mulut orang perosak reputasi, pembunuh motivasi
mereka pakar fabrikasi, modifikasi
di depan senyum, belakang dengki
yang cemburu mungkin teman kita sendiri
siapa tahu?



-zuan-
p.s : insyaAllah esok aku akan ke Tropicana Mall, sesiapa ada terjumpa atau area berdekatan, roger-roger la ye.. Mungkin akan kurang blogwalking beberapa hari ni disebabkan quota broadband sudah kehabisan.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...