Showing posts with label George Clooney. Show all posts
Showing posts with label George Clooney. Show all posts

Saturday, 18 February 2012

> Movie Review : The Decendants

HOlla Peeps,

#ThanksToNuffnang

Sinopsis : Dari penulis SIDEWAYS, pemenang Oscar® Alexander Payne,, THE DESCENDANTS sebuah filem yang berlatarkan Hawaii mengikuti kisah keluarga America yang tak menentu dan teratur.Matt King (lakonan George Clooney), seorang suami dan bapa kepada dua orang anak perempuan, perlu meneliti semula kesilapannya di masa lepas dan cuba mengemudi masa depannya bersama keluarganya apabila isterinya terlibat dalam kemalangan apabila menaiki bot ke Waikiki. Dia cuba membaiki semula hibungannya dengan anak perempuannya – Scottie (lakonan Amara Miller) berusia 10 tahun tetapi terlalu cepat matang dan banyak terpengaruh dengan kakaknya dan seorang yang berjiwa memberontak Alexandra (lakonan Shailene Woodley) yang berusia 17 tahun – sementara bergelut dengan keputusan untuk menjual tanah pusaka keluarganya yang mana broker hartanah yang ingin membeli harta pusaka mereka mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.


Kenapa perlu tengok filem ini?
  • Sebuah filem bergenre Komedi, Drama.
  • Memaparkan kisah hidup sebenar orang Hawaii yang sebelum ini kita anggap adalah seperti Paradise (Syurga).
  • Banyak unsur komedi dalam filem ini yang akan korang tergelak apabila menontonnya, walaupun ia bukanlah filem berbentuk komedi.
  • Mengikuti perjalanan bagaimana seorang bapa ingin membaiki hubungan dan memenangi semula hati anaknnya.
  • Perkembangan setiap watak menarik untuk diikuti. Bagaimana anak-anaknya secara perlahan berubah baik dan mula menerima bapanya, dan menerima hakikat yang ibu mereka tiada harapan.
  • Sebuah filem yang mempunyai plot yang tak membosankan sehingga membuatkan korang rasa takkan ke tandas untuk membuang air kecil supaya tak terlepas babak-babak menarik.
  • Mempunyai banyak mesej tersirat yang mengajar kita tentang erti hidup yang sebenar seperti jangan terlalu sibuk bekerja sehingga lupakan tanggungjawab terhadap keluarga, sifat sabar adalah sesuatu sifat yang mesti di dalam diri setiap individu bagi menangani sesuatu masaalah.
  • Sebuah filem yang korang takkan jangka penamatnya dan korang takkan minta untuk ditamatkan.
  • Berdurasi 2 jam, tetapi tak rasa yang ia adalah 2 jam kerana penuh dengan babak menarik dan dialog yang tak melalut.
  • Bak kata kawan aku "aku akan ingat movie ni sampai bila-bila sebab ia berkaitan dengan hidup kita".
  • Mengajak penonton berfikir apa tindakkan yang akan dilakukan jika berada didalam situasi yang sama Matt alami.
  • Lakonan mantap George Clooney dibantu beberapa pelakon yang hebat.
  • Di dalam kehidupan sebenar jangan terlalu mengharapkan keajaiban kerana tak semua benda ada keajaiban.

Rating : 8/10 (Ia sebuah filem yang sangat bagus dan sarat dengan mesej yang boleh dikatakan antara filem terbaik setakat ini untuk tahun ini. Tidak nampak kenapa anda perlu ke tandas untuk terlepas babak-babak menarik)





-zuan-
p.s : happy weekend peeps.. isnin or selasa ni aku publish review ghost rider.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...