Setelah mendengar Peter Jackson (pengarah LOTR) mengumumkan untuk buat filem The Hobbit pada tahun 2005 selepas beliau mengeluarkan cerita King Kong, aku terus menantikan filem ini. Tetapi sayangnya, menyepi sehingga 2010 yang mana beliau mengeluarkan statement akan kembali mengeluarkan watak middle earth. The Hobbit akhirnya berjaya menemui semua peminat karya Peter Jackson dan LOTR.
Berdebar-debar aku menunggu saat hujung minggu untuk menonton filem ini, dan ternyata, tidak sia-sia perjalanan dari Arau ke Alor Star semata-mata untuk tonton filem ini (Jitra Cinema hanya tayangkan filem berformat 3D).
Seperti biasa, tiada spoiler akan didedahakn di dalam review ini. Hanya sinopsis ringkas dan alasan mengapa perlu filem ini ditonton.
Sinopsis: Bilbo Baggins, seorang Hobbit yang tinggal di Shire di pilih oleh Gandalf the Grey untuk mengikuti pengembaraan bersama 13 Dwarf yang diketuai pahlawan lagenda, Thorin Oakenshield untuk claim semula istana mereka daripada Smaug. Perjalanan membawa mereka ke Wild; iaitu melalui treacherous lands swarming dengan Goblins dan Orcs, deadly Wargs, Giant Spiders, Shapeshifters dan tak terkecuali Sorcerers. Walaupun destinasi mereka terletak ke Timur dan Wastelands of Lonely Mountains, pertama mereka mesti melaui Goblin Tunnels, di mana Bilbo bertemu makhluk yang akan mengubah hidupnya selama-lamanya ... (sumber)
Kenapa Filem Ini Berbaloi Ditonton?
- Smeagol kembali di dalam filem ini yang mana ia menceritakan bagaimana Bilbo Baggins ditemukan dengan 'The One Ring'.
- Filem arahan pengarah hebat Peter Jackson (King Kong, LOTR) yang dilakonkan lineup yang tidak mengecewakan seperti Martin Freeman dan Ian McKellen.
- Filem bergenre fantasi yang mana seekor naga menjadi main antagonist.
- Kebanyakkan tempat-tempat di dalam LOTR ada di dalam filem ini yang mana Bilbo pernah ceritakan beberapa pengembaraannya kepada Frodo.
- Pada yang belum tengok LOTR, dinasihakan tengok filem ini untuk mendapatkan feel melayan trilogi LOTR.
Rating: 9/10 (Super-duper adventure menanti anda di sana yang mana setiap scene sangatlah rugi jika ditinggalkan)
-zuan-
p.s: aku cuba lain kan style review untuk kali ni.. hope gettin better than before sebab inginkan pembaca review yang setia daripada anda ;)
click ads to show your support (",)