Doodle doodle dodol~ Nama yang tidak asing lagi pada pengemar/atau kaki blog harini (semalam dan mungkin esok? Mayb ada je yang tak kenal doodle ni) kerana ia banyak terdapat pada banyak entry di banyak blog sampai bila aku baca entry tu, "oh doodle~"
Jom berkenalan dengan doodle. Apa itu doodle? Ia adalah coretan atau lukisan pada kertas yang dilukis oleh individu dalam keadaan tidak sedar, senang cerita dia lukis ketika perhatian dia kat tempat lain (eg. sedang call bf, then tangan dia melukis sesuatu dekat kertas tanpa dia sedari yang dia tengah lukis)..
![]() |
thanks to Cik Asfz sebab buat doodle tuk aku siap ada danbo lagi hehe.. apa lagi, terjah la blog dia sekarang huhu (",) (tanda love tu tak de makna apa-apa, so jgn risau gadis-gadis ya..hehe) |
Doodle juga ni dalam bahasa mudah faham, satu lukisan simple atau mudah (tapi comel / cute) yang abstrak dan boleh mewakili sesuatu.. Biasanya doodle ni banyak terdapat dalam buku text skolah untuk grab atau tarik perhatian pelajar atau murid-murid dari berkhayal ketika dalam kelas..
Tapi dalam dunia blog kini, doodle ni macam avatar, iaitu graphical representation atau perwakilan watak dalam bentuk grafikal bagi menunjukkan pengguna punya alter-ego (perwatakkan ke2 individu) atau character, ia boleh dalam bentuk 3D, Virtual, 2D, atau Icon seperti yang biasa digunakan dalam forum.
![]() |
contoh doodle yang diambil dari wiki |
Satu fakta menarik mengenai doodle ni menurut kajian, ia boleh meningkatkan daya ingatan dan perhatian seseorang individu terhadap sesuatu perkara termasuk mengelakkan dan mengurangkan berkhayal atau daydreaming..
-zuan-
p.s : rasanya tak dapat nak blogwalking malam ni sebab penat.. sok je la ye (",)