Sunday, 29 April 2012

> My Nestle Incredible Story

HOlla Peeps,

Setiap orang di Malaysia, pasti sukakannya, tak kira kanak-kanak, dewasa mahupun yang sudah tua. Setiap mereka pasti ada detik-detik manis ketika bersamanya.. Nestle, 100 Tahun Di Sisimu~!!!



Everyone has their memorable incredible stories, do you?


I got 2 different story from 2 of my fav drink of all time, Nescafe and Milo!


#1 Milo! Always Boost Me! (Korang tahu khasiat Milo?)
Me : "Umi, I feel out of energy.."
Umi : "Drink that Milo!"
Me : "Okay.... *drinking* WOAHHH FEEL ENERGIZED!!! Thanks UMI!!!!!"

#2 My Best Friend When I Wanna Stay Awake

Click to enlarge


And I combine this 2 drink into one video.. Special one to everyone who loves Nestle :)

enjoy the video, My Nestle Incredible Story





-zuan-
p.s : kebelakangan ni banyak entry aku bersaiz pendek..hahaha cuti sudah habis balik arau~ 

Friday, 27 April 2012

> Movie Review : The Avengers

HOlla Peeps,

Yeah, terasa macam baru semalam tengok trailer The Avengersehh semalam mana tengok trailer, terus tengok premiere screening hehe (Malaysian are lucky because US people need to wait until 4 May to watch this awesome movie)..



Sinopsis : Nick Fury is director of S.H.I.E.L.D, an international peace keeping agency. The agency is a who's who of Marvel Super Heroes, with Iron Man, The Incredible Hulk, Thor, Captain America, Hawkeye and Black Widow. When global security is threatened by Loki and his cohorts, Nick Fury and his team will need all their powers to save the world from disaster. (imdb)

Kenapa perlu tonton?

  • Filem lakonan mantap Robert Downey Jr., Chris Evans, Chris Hemsworth, Samuel L. Jackson Scarlett Johansson dan Jeremy Renner.
  • Pernah tertanya-tanya bagaimana Nick Fury menyatukan semua hero ini?
  • Jika selama ini tertanya-tanya dimana Hulk bersembunyi dan bagaimana Hulk kawal kuasanya, jawapannya ada di dalam filem ini.
  • Sebuah filem aksi, sfi-fi dan adventure.
  • Ever think how a man who slept for 70 years survive today's tech?
  • Loki yang dilihat di dalam Thor begitu licik, semakin licik dan menjadi jadi tricknya di dalam filem ini.
  • Official OST untuk filem ini adalah lagu nyanyian Soundgarden, Live to Rise.
  • Jika korang lihat si Tony Stark adalah seorang yang gila gila di dalam Iron Man, di dalam movie ni, dia dilihat, lebih gila! hehehe.
  • Penuh dengan aksi, drama dan CGI yang mantap!
  • Plot cerita yang tidak membosankan, ada naik turun dimana kemelut dalaman selepas hasutan Loki keatas ahli avengers.
  • Pengkritik movie macam aku susah nak kritik movie macam ni lol.
  • Tunggu sehingga habis credit, dimana post-credit scene akan memberi klu kepada sambungan filem Avengers?
  • Situasi serius selalu bertukar menjadi humor apabila masing-masing mula naikkan ego mereka.
    • and more humor.. 
Tony Stark: When they come, and they WILL come, they'll come for you.
Loki: I have an army.
Tony Stark: We have a Hulk.
Loki: I thought the beast had wandered off...
  • Tak perlu begitu mengenali semua watak Marvels untuk menghayati filem ini.


Rating : 9/10 (Worthy to watch more than once!)




-zuan-
p.s : ada 2 hari saki baki cuti...   

> Rasa Macam Baru Semalam

HOlla Peeps,


Mr Shy (Ezad), Zuan Macho Macho dan DN


Last jumpa dengan diorang ni bulan Febuari lepas.. Bak kata diorang (DN dan Ezad),


"Rasa macam baru semalam je jumpa kan?"


Hehe yeah, masa begitu cepat berlalu..


Thanks for the treat DN (",)

Jom layan Avengers!


-zuan-
p.s : ada sorang blogger ni, aku dapat jumpa and salam salam je, pastu dia hilang.. lol kena colek alien kot :P
p.s p.s : semalam pen merah pandang aku sekali je! Tak cukup kacak lagi tuk dia pandang dia kali rasanya lol.. 

Thursday, 26 April 2012

> Happy 50 Dad!

HOlla Peeps,

Today the coolest dad on earth are celebrating his 50th Birthday!



Lilin tidak ditiup, kenapa? (sila rujuk blog madammondoq untuk rujukkan)


"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Dengan penuh rasa kesyukuran, kami berhimpun pada pagi ini, untuk meraikan sambutan hari lahir abah kami, Norhalik Masoud , sebagai tanda kasih dan sayang  kami kepadanya maka kami memohon  kepadaMu  agar Engkau panjangkanlah umurnya dalam  rahmat, iman yang mantap, tenaga yang kuat, pemikiran yang hebat, rezeki yang tak kunjung sejat dan penuh berkat.
 
Ya Allah Ya Sami‟u Ya „Alim,
Kami menitipkan doa ini, dengan bersungguh harap agar engkau kurniakan kepada
saudara kami ini hati yang suci, sentiasa berbudi murni, tekad dan semangat yang tinggi, amalan yang terpuji agar dengannya dapatlah dia menjadi insan yang cemerlang duniawi  dan ukhrawi serta mampu menghadapi cabarannya tanpa goyah jatidiri.
 
Ya Allah Ya Karim,
Sejahterakanlah kehidupan saudara kami ini, bahagiakanlah dirinya agar kesejahteraan
dan kebahagiaannya menjadi tempias berharga kepada kesejahteraan keluarga, agama,
bangsa dan negara. Amin Ya Rabbal Alamiin."
(rujukkan doa)



-zuan-
p.s : jom lyan premiere Avengers malam ni kat OU 

> Mont Blanc for Me! Thanks CP Global Intertrade

HOlla Peeps,

Remember this entry? Alhamdulillah, aku terpilih sebagai pemenang contest yang dianjurkan tu.. Thanks for the support peeps.. Jom usya gift yang aku dapat tu;






Seriously, it is one cool bag! Thank you CP GLOBAL INTERTRADE!!! (",)


Alhamdulillah, ini semua hasil usaha dan rezeki dari kalian semua juga :)


-zuan-
p.s : harini dah hari rabu, ada beberapa hari lagi nak spend sebelum kembali ke UiTM.. 

Wednesday, 25 April 2012

> Samsung Global Blogger: Your video is live!

HOlla Peeps,

Remember what I did yesterday? I just got an email sayin that ;

Congratulations!
You can now see your audition video on the Samsung Global Blogger website:
http://samsungglobalblogger.my.msn.com/videos/1394 
Our judges will now consider your audition as they decide who would make a great Samsung Global Blogger. Good luck with your entry!


Wohoo!!! Now i'm in audition for Samsung Global Blogger. Hope I'm enlisted for finale!


samsung global blogger
Wanna see that I shout? Checkout and spread the word


What I totally like about this contest is, all the consideration, falls to the judge hand! So totally no voting process (no like, no "please vote for me" bla bla bla)!


BTW anyone watchin AVENGERS tomorrow at OU?


-zuan-
p.s : tetiba rasa poyo plak dok tulis dalam bahasa omputih.. lol 

Tuesday, 24 April 2012

> Done! Time To Pray For Luck

HOlla Peeps,


Finallyyyyyyyyyyyy zuan has come back, to blogging world!!!! (with the rock's style holding a mike)


Well, recently I've been workin on Samsung Global Blogger audition video. Thanks to everyone who help me in completing this video. Just a lil trim after one shoot recording session, and uploading the video *And it took ages for me to upload the video using broadband*


Well, I hope I win a trip to LONDON!!!! (",)


Korang dah submit video korang?


-zuan-
p.s : kepada pemenang GA, sila jangan marah abang posmen kalau tak sampai gift korang ek hehehe 

Monday, 23 April 2012

> Ready Set GO!

HOlla Peeps,

Isnin kembali lagi,
Dan isini harini ini adalah hari isnin yang ke 17 untuk tahun ini...


zuan give away
Akhirnya dapat juga aku send GA yang telah berkurun aku delay
kepada top komentator, sila tunggu abang posmen bermula hari esok ya hehe


-zuan-
p.s : Hari ke3 aku bercuti.. Masih tak henti henti aktiviti aku.. Harini banyak juga kerja nak kena buat.. 

Friday, 20 April 2012

> Homecoming | Makluman GA

Salam Jumaat,

Alhamdulillah, minggu penuh suka duka untuk aku sekali lagi hampir melabuhkan tirai.. Well, it is Student's Life..



Orange orange (alright) insyaAllah malam ni aku akan berangkat pulang ke kampung halaman untuk mid sem break for a week bersama classmate aku.. Doakan selamat perjalanan balik kami :)




Doa Naik Kenderaan :
"Segala puji bagi Allah yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami sedangkan kami sebelum ini tidak berdaya menguasainya, dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali"

Amin..

Sumber Doa : DOA-DOA PILIHAN


*Makluman kepadam top komentator yang aku mentioned akan dapat GA, insyaAllah nextweek proses penghantaran akan dilakukan.. Err makluman kepada #5 Mr.Clive#6 Adylia Qarissa dan #8 KiD. Korang bila nak PM aku address korang la? :P


-zuan-
p.s : happy weekend peeps! ada plan roger la ye (",)

Tuesday, 17 April 2012

> Marvel’s The Avengers

HOlla Peeps,


Gettin xcited about the content of this entry after u read the title? AYEEEEE!!!! Well if u are Nuffnangers, you should have the idea that this is a contest to win a pair of invitation to watch Premiere Screening The Avengers this 26 April at GSC One Utama!!!


The task is :
Tell us in the most creative and original way what superhero would you be if you could create a new member for The Avenger’s team and how would you save the world.



Well i dont think i need to select any superhero i wanna be, coz i already have to superpower in me! Dont believe ha??? Compare me with Jean Grey from X-MEN!




So believe me now?

I have the power to move object like Jean Grey from the X-Men! And if u watch Chronicles, you should notice that i have similar power with them!

And about the costume..
Hmm because i have the ability to move objects like telekinesis, i wanna have a costume like a mage! (Thanks to Yui Light for the idea) I'm going to use a costume similar to Natsu, a character from anime Fairy Tail!

Natsu of Fairy Tail Cosplay Concept

So with my power, how i am going to save the world?

  1. Its easy! I'm going to save helpless people by moving them to safe site using my abilities.
  2. With the ability to move objects, i'm going to manipulate the movement of enemy's weapons by bouncing back the weapons to them! And i can also crash airplanes easily with my ability.
  3. Basically, person who have this kind of abilities, have a great brain thinking coz the ability to manipulate movement of the object. So with my brain, i'm goin to help the team arrange the attack formation to bring the enemy down! Good teamwork can assure a victory!!!

 And i'm already in the poster!



So, can i get the pass???


-zuan-
p.s : berapa suhu kepanasan tempat korang? 

Monday, 16 April 2012

> Movie Review : Battleship

HOlla Peeps,

Zuan kembali dengan movie review setelah beberapa lama tak review movie (last aku review John Carter) best best untuk ditonton! SO movie apa pula nak review kalini?



BATTLESHIP!

Sinopsis : Based on the classic Hasbro naval combat game, Battleship is the story of an international fleet of ships who come across an alien armada whilst on a Naval war games exercise. An intense battle ensues over sea, land and air. What do they aliens - known as 'The Regents' - want? (IMDb)


Kenapa korang kena tengok movie ni?


  • Sebuah filem ber-genre sci-fi, aksi dan thriller!
  • Sebuah filem lakonan pelakon hebat seperti Taylor Kitsch (yang juga berlakon dalam John Carter), Liam Nesson dan penyanyi sensasi, Rihanna!
  • Jika korang peminat kapal perang terutamanya yang berbentuk futuristik seperti Transformers, korang perlu lihat teknologi yang mereka cuba bayangkan.
  • Kapal perang konsep HASBRO!
  • Jika korang peminat filem berbentuk Alien Invasion, ini sebuah filem yang sangat sesuai ditonton.
  • Plot cerita tak membosankan dibantu CGI yang awesome!
  • Korang tau macam mana nak ngorat anak Navy Admiral? Usya filem ni kalau nak tau bagaimana hehe.
  • Make sure korang stay sampai after credit kerna ada satu scene menarik selepas itu.
  • Berkemungkinan ada sequel?

Untuk menaikkan adrenalin korang untuk tonton filem ni, aku sertakan sekali teaser filem ini.



RATING : 8/10 (Totally awesome movie! Full of action, drama and surprise! Worth to watch more than once!!)

Rihanna sebagai Raikes


-zuan-
p.s : banyak benda aku nak tulis, tapi time constrain menidakkan aku.. So kerja perlu diutamakan dulu kan?  

Sunday, 15 April 2012

> Guess Who's Back?

HOlla Peeps,

trip to silverant

Selepas beberapa hari missing in action..


-zuan-
p.s : banyak kerja nak kena siapkan minggu ni, rasanya blog akan terabai lagi.. but dah prepare beberapa entry untuk minggu ni.. enjoy it peeps.. 

Thursday, 12 April 2012

> On A Trip

HOlla Peeps,

Apabila korang baca entry ni, sesungguhnya korang mungkin sedar yang penulis blog tiada di depan lappy nya ketika itu..





Penulis blog di dalam lawatan sambil belajar selama 3 hari ke beberapa syarikat multimedia di kl sehingga hari sabtu..

Jangan terlalu ombak rindu akan penulis blog, kerana penulis blog takde benteng besar nak halang ombak tu..


-zuan-
p.s : doakan zuan selamat pergi dan selamat balik :) 

Wednesday, 11 April 2012

> On Tribute : Do You Know Them? Miss Them?

HOlla Peeps,

Masih ingat watak Exia dan Dynames dari komik ATWR? Ia adalah titik permulaan dimana aku mula serius blogging..


atwr invasion plan
Ketika pengambaran ATWR #7 : Invasion Plan 

Aku ada berhajat nak sambung siri ke 7 ATWR. Story dah ada! But sad to say, aku kehilangan Exia! Exia telah di 'rogol' oleh individu yang masih misteri identitinya ketika aku tiada di rumah. Apabila aku pulang rumah je, tengok semua anggota badannya dah habis terburai. Banyak joint penting dah hilang. Kerosakkan teruk sehingga aku tak sanggup nak tunjuk kat korang apa jadi kat Exia.. Sobss~ R.I.P Exia..

Berikut adalah koleksi Comic : After Tea With Robot (ATWR) yang sempat aku siapkan:



-zuan-
p.s : mungkinkah lepas ni aku akan kembali berkarya dalam dunia komik dan robot? 

Monday, 9 April 2012

> Budak Sekolah Zaman Sekarang Perangai Pelik

HOlla Peeps,

Seronok kan lepak kat kedai, sembang-sembang ngan kawan rapat, bercerita mengenai macam-macam perkara.

Sebak rasa hati bila mengetahui salah seorang adik sedara kawan baik aku sendiri pernah dibuang sekolah akibat terlibat dalam kegiatan gangsterisma. Dia sedang berada  di tingkatan 5, tapi di buang sekolah dan sekarang sedang memohon untuk masuk semula ke sekolah dan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Di beritahu yang dia telah dibuang sekolah beberapa bulan sebelum tamat sesi persekolahan tahun lepas dimana dia sedang menduduki tingkatan 4. Jika dia di beri peluang untuk menduduki SPM tahun ini, pasti begitu banyak yang perlu dia lakukan untuk mendapat keputusan lebih elok




Mungkin sebab banyak terpengaruh dengan Crows Zero dan KL Gangster?




Memang tergamam aku apabila mendapat tahu berita ni dari kawan aku sendiri. Aku pernah berjumpa dengan adik sedara kawan baik aku ni. Kelihatan di mata aku, tiada gaya seorang gangster. Seorang yang tak banyak bercakap apabila berada semeja dengan aku. Barangkali dia menghormati orang yang lebih tua sehingga mendiamkan diri. Tapi hahikat sebenar yang aku baru ketahui yang dia ni adalah salah seorang Taiko di sekolah. Aku juga dengar yang dia juga tidak menghormati gurunya.. 

Pernah diceritakan kawan aku yang dia pernah marah cikgu sebab cikgu tegur salah seorang murid sama kelas dengannya. "Dia bangun kerusi, dia marah cikgu".

Rasanya mataku salah memberi penilaian..Harap yang dia dapat sambung pengajiannya di tingkatan 5, dan lebih penting, berubah perangai tu.. Takkan ke mana dengan perangai macam tu..


-zuan-
p.s : apa yang guru masa kini lakukan? berpeluk tubuh? We need GTO!!! 

Sunday, 8 April 2012

> ABPBH 2012 : And The Winner Goes To...

HOlla Peeps,

ABPH 2012 : And The Winner Goes To

Semua orang berdebar-debar dan ternanti-nati siapa pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian tahun ini kan? Well the writer of this blog already know the winner!!!


Host : Pemenang ABPBH 25 jatuh kepada.................
ZUAN! 


The Crowd : 

ehhh Zuan? 

Sapa tu??

BOoOoOoOooooooooo~

Undi Hantu ek?

Tak kenal Tak kenal!!!


Host : Tahniah kepada pemenang, sila Sampaikan Satu dua Kata,


ABPH 2012 : And The Winner Goes To


WTFish??!!!!


Ini entry mencapap~ #LOL xD



Moral Of The Entry : Jangan la mintak orang vote kita secara paksa or push push suruh vote, tak ikhlas vote tu masuk. Then kalau menang pun, fair ke? Berkat ke apa kita dapat tu? Renung-renungkan dan selamat beramal (",)


lebih 50% takkan baca keseluruhan entry ni dan akan fikir bukan bukan akan penulis blog ni #fakta


-zuan-
p.s : happy weekend, aku harap leh luang lebih masa untuk taip lebih banyak entry dan untuk blogwalking ke blog korang.. 

Friday, 6 April 2012

> Kerja Untuk Belajar?

HOlla Peeps,


"La la la
Hari hari kerja..
La la la
Bosan dengan kerja
La la la
Hidup harus kerja...kerja..."


Sure ramai yang dah bekerja mula rindu akan zaman belajar kan? Yang mana waktu belajar tak perlu buat benda yang sama kita buat setiap hari ketika bekerja. Menurut pengalamana aku bekerja, kerja boleh jadi membosankan dan boleh juga jadi menyeronokkan.. 

Kerja jadi membosankan kalau kita tak minat dalam bidang kerja kita, dan gaji yang diberikan terlalu sedikit dan tidak berbaloi dengan kerja yang dilakukan.

Kerja jadi best kalau kerja tu memang kerja yang kita minat nak buat, kerja tak memberi tekanan yang banyak dan semestinya gaji yang tinggi diberikan.


Tidak menghairankan jika ada dikalangan yang bekerja itu adalah seorang pelajar, dan sebaliknya. Ada yang sedang belajar, tetapi disebabkan masalah kewangan, mereka terpaksa membuat part time work di tempat tempat kerja yang menawarkan kerja part time kepada pelajar. Ada juga pelajar yang menggunakan blog atau laman sosial untuk mendapatkan pendapatan.

Apa pendapat korang mengenai pelajar yang bekerja sambil belajar?




So enjoy student life while you still study (",)


-zuan-
p.s : i need t manage my time properly... 

Thursday, 5 April 2012

> SENYAP Vol #1.1 Altimet Feat Bro Framestone

HOlla Peeps,

Pernah dengar senyap? Senyap bukan lah seperti senyap ketika berada di dalam perpustakaan atau pun senyap mendengar mereka berkata-kata, ia adalah singkatan kepada "Social Enforcement For National Youth Awareness Program" yang bertujuan memberikan kesedaran IT dan merapatkan jurang antara blogger dan Kementerian.

Sebelum ini   Kementerian Belia dan Sukan telah melaksanakan senyap 1.0 di PWTC dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM).


Kalini Senyap kembali menyenyapkan keadaan dengan pendekatan berlainan, iaitu dengan membawa 2 individu berpengaruh, ALTIMET (salah seorang dari Malaysian Youth Icon (MY ICON)) dan Bro Framestone (Senyap Blogger).

Kedua-dua ikon ini akan ditemubual diatas pentas yang santai lagi rileks buat pertama kalinya di Menara Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, Vyrec memperkenalkan My Icon Bean Bag Talk Show.

Ia hanya terbuka kepada 200 blogger sahaja! So 1st 200 come, got serve la. (Tarikh tutup penyertaan pula pada 9 April 2012).


Maklumat lanjut di - http://vyrec.com/senyap-vol-1-1-altimet-feat-bro-framestone/

*Sekarang permasalahan korang boleh hubungi broframestone di facebook https://www.facebook.com/framestone atau twitter https://twitter.com/#!/broframestone dengan hastag #Projek100Bloggers
Apa tunggu lagi? Join jom! Dan Jumpa korang di sana!!! *echo* disana!! disana! disana!~


-zuan-
p.s : 

Tuesday, 3 April 2012

> Top Commentator of March

HOlla Peeps,

Alright, seperti yang di janjikan pada entry lepas,



#1 Hanie Dew 












#5 Mr.Clive







#8 KiD









Kepada yang tersenarai, sila tinggalkan Nama dan Alamat beserta Nombor Phone di Facebook atau Twitter aku ek (kegagalan berbuat demikian menyebabkan anda kehilangan peluang mendapat sesuatu yang mempunyai 'sentimental value' dari penulis blog ini)..
Yang tak tersenarai tu, usaha la lebih mengomen blog ni kalau korang nak tersenarai untuk bulan hadapan..hehehe


-zuan-
p.s : busy dengan literature review recently, so sory kalau tak terbaca entry entry korang semua dalam masa terdekat ni.. 

Sunday, 1 April 2012

> Bila April

Semua sedia maklum yang penulis blog ni akan menjadi terlebih excited bila bercerita mengenai awal dan akhir bulan atau lebih tepat satu haribulan. Dia akan menulis hingga membuatkan pembacanya mempunyai syndrom membaca sehingga LOL #Fakta@Auta


HOlla Peeps,

April tahun lepas, penuh dengan duka
apabila duka lebih banyak terisi dari suka,
ku harapkan April kalini menjadi April yang istimewa,
untukku ingati sepanjang hidupku..


Ia sebuah puisi, khas untuk si dia, 
yang kembali kepada kekasih lama, tiada ombak rindu ingin ku nyanyikan,
hanya nak katakan, aku ingin bercinta selepas kawin,
kerna sudah serik dengan dosa, dosa yang semakin berat di bahuku..


*
**
**
**
**
**
**
**********
********
*****
***
*




illusion
#AkuTakkanSediakanBaldiKalauKorangMuntahLOL

Orange orange, cukup la bermadah dan bergiwang, We Can Work It Out!!!. Di Suatu Hari hatiku dicuri seorang gadis yang masih berlari keanak-anakkan yang mana tiada kaitan dengan Kisah dua Aku Kenal, Lagi Satu Aku Baru Kenal. Haippp kenapa la dia dok lari je? Dia tak tau ke aku Opocottt~ gila, lepas Jon Kata filem John Carter lebih hebat dari My Way! NO WAY!!! What the??? Nak berlakon filem The Hobbit ke? Dato' Papa tak cerita ke vocal aku mantap sampai aku dapat invitation karok kat REDBOX? Well makanan di Redbox rasanya kena improve kalau nak lawan Tempat Makan Best : Steamboat Embun Dingin Corner.

Aku ada sebab kenapa naik Public Transport Seperti KTM, dan disebabkan Kisah GTO, ehh bukan kereta GTO ok! Ni  GTO versi lain, ce google GTO, blog ni ada tak dalam page 1 result search dari 77,400,000  result (jumpah result tu mungkin berubah ubah)? Suatu pencapaian dari segi SEO blog ni, dan aku harap Contest Teka Angka Shakiddo.com dan Projek 100 Bloggers jadi rezeki aku untuk bulan ini kerna Bila Bercerita Mengenai Rezeki lain orang lain penerimaan rezeki mereka, well > Kalah Di Awal Perlumbaan, Tapi Menang Di Hujungnya kan?.

"Cuti Dah Nak Habis Bro" kata kawanku, skarang masa tuk fokus pada study, nak Jejalan ke Masjid Zahir lagi skali pun rasanya tak sempat. Ia Cantik Dipandang, Tetapi, jawablah sendiri. Suatu Penyakit Akhir Zaman yang apabila Ubat Yang Diminta takkan dapat kecuali kembali kepadaNYA.


Orange~ sampai sini je la aku membebel untuk bulan ni, bulan depan aku TAKNAK blog dah!!!! Boleh tak? Busy beb dengan FYP, etc.. Solid tak alasan tu? #LOL




Alright, nanti aku reveal top komentator bulan lepas yang mana akan mendapat sesuatu yang mempunyai sentimental value daripada aku..


-zuan-
p.s : xplorace uitm sangat memenatkan walaupun tak mencabar langsung permainan diorng.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...