Friday 8 July 2011

> DEMONSTRASI

INI BUKAN ENTRY BERUNSUR POLITIK
CUMA SHARE PENDAPAT



HOlla Peeps,

Beberapa hari lepas, aku ada terbaca notes dari the 4th, Dr. Mahathir bin Mohamad mengenai Demonstrasi yang akan dijalankan pada 9 July ini (esok la~)...

Beliau menceritakan mengenai pengalaman beliau semasa di mesir
berikut adalah antara petikan dari note beliau :


2. Saya baru kembali dari lawatan ke Mesir. Seperti kita semua maklum satu demonstrasi besar di Kaherah telah berjaya menjatuhkan Kerajaan Hosni Mubarak. 
3. Tetapi kesan demonstrasi tidak terhad kepada kejatuhan Kerajaan. Ekonomi Mesir merosot dengan amat teruk. Mesir, yang banyak bergantung kepada pelancongan mengalami kemerosotan 80 peratus semasa demonstrasi berlaku. Hari ini pun pelancong belum kembali dan banyaklah hotel yang kosong.

4. Serangan terhadap polis adalah satu jenayah. Sudah tentu jika polis diserang, maka polis terpaksa menggunakan kekerasan. Jika polis guna kekerasan maka ini akan dijadikan isu oleh yang berdemonstrasi. 
5. Mungkin kerana ingin mengelak daripada tindak balas maka polis diarah berundur dan tinggalkan tempat demonstrasi tidak dikawal. Keadaan ini merbahaya kerana orang awam tidak mendapat perlindungan polis lagi. 
6. Sudah tentu pemulihan ekonomi terganggu. Pelancong tidak kembali dan jauh sekali pelaburan oleh pelabur tempatan dan asing. Pengangguran bertambah dan yang miskin menderita bertambah. 
7. Walaupun demonstrasi diterima dalam demokrasi, ia tidak boleh diguna dengan sewenang-wenangnya. Jauh daripada memberi manfaat kepada rakyat, ia menambah masalah bagi rakyat.

dan beliau menambah :

9. Jika disemak tuntutan yang dibuat lebih merupakan tuduhan terhadap Kerajaan dan bukan tuntutan sebenar. Tujuannya ialah untuk memburukkan Kerajaan supaya meraih sokongan dalam pilihanraya akan datang.
11. Bandinglah dengan pilihanraya di Negara-negara lain termasuk jiran terdekat kita di mana parti bukan Kerajaan tidak dapat wakil dalam dewan sama sekali. Yang menang daripada parti lawan akan dituduh dengan pelbagai tuduhan dan dihadapkan ke mahkamah. Maka mahkamah pun menghukum mereka salah dan tidak dapat mengambil tempat mereka dalam dewan. Ada yang dibenar masuk tetapi tidak berani bercakap. Kalau bercakap tidak akan dilapor dalam media.
12. Ada pula diwujudkan kumpulan pembangkang dalam parti Kerajaan. Ini adalah satu sandiwara politik.

ingat akan suatu peristiwa yang kita pernah lalui :

16. Pada 1969 berkempen dibenar sepenuhnya iaitu enam minggu. Pada masa kempen, parti politik menggunakan perkauman untuk menarik sokongan. Parti-parti Kerajaan pun terpaksa menggunakan soal perkauman. Balas-membalas berkenaan isu ini dalam kempen menyebabkan ketegangan antara kaum-kaum. Dengan itu berlakulah 13 Mei yang berdarah.

dan akhir sekali

19. Di Mesir saya ditanya kenapakah pentadbiran negara Islam tidak ada yang baik. Saya terpaksa mengaku yang orang Islam mudah diperalatkan.
rindukan pemerintahan beliau

sumber :



-zuan-
p.s :  aku tak pandai dan tak minat politik (lebih lebih lagi kalau politik yang membabitkan balas dendam), tapi kalau ia membabitkan masa depan (aku, anak dan cucu), aku terpaksa la mengerakkan urat-urat aku untuk menaip sesuatu, mungkin dengan menaip sesuatu, mampu mengubah sesuatu.. Jom pecahkan tempurung kepala, jangan jadi lalang yang tau ikut angin je, orang kata salah, kita pun kata salah, buang sikap prejudge (membuat penilaian tanpa soal selidik terlebih dahulu atau cukup informasi) negara kita dah cukup aman, banyak negara nak jadikan kita ni negara contoh, jadi fikir la dengan betul sebelum memakai baju kuning.. 


peace (ini mungkin menamatkan kerjaya aku sebagai blogger, tapi aku ambil risiko ni demi masa depan, thanks)




10 comments:

  1. duduk rumah je nanti. xpayah ke mana2 sok

    ReplyDelete
  2. I would like to say thank you for your sharing.

    ReplyDelete
  3. yups betul tu
    kalau demonstrasi aman okay la
    tapi kalau demonstrasi tak dapat dikawal aku pun xsokong

    Racun Serangga Terbaru - Hansect

    ReplyDelete
  4. tak expert sgt laah dlm bab polittik...haha.
    how i wish i could read the book, mesti byk cerita dan pengalaman beliau dlm buku tuh! kannn!

    ReplyDelete
  5. tq sharing ya...............kita memang tak sokong perhimpunan bersih.negara yang aman sekarang ni pun kita dah patut bersyukur.

    ReplyDelete
  6. Betol3x!!!
    Sokong habis ayat yg last. :)
    I love TUN DR. M!!!!

    ReplyDelete
  7. Anonymous13/7/11 22:53

    This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Anonymous13/7/11 22:54

    Dunia penuh dengan PANCAROBA,manusia kian hilang pedoman,kawan makan kawan,DIMANA HARGA DIRI,perempuan,lelaki,..??DUNI​A kian 'MEMBONGKOK'...TIDAK TAHUKAH ITU....???????

    ReplyDelete
  9. bg aku, kamu sebenarnya baru sahaja memulakan kerjaya sebagai blogger yang sebenarnya. untuk masa depan diri sendiri, masa depan anak-anak dan cucu-cucu, kamu perlu sebegini.

    ReplyDelete

Every comment worth a thousand thanks.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...