Saturday 30 July 2011

Konspirasi Panas Duit Syiling Siri Ke-3 Malaysia?

HOlla Peeps,



SILA BACA SAMPAI HABIS UNTUK ELAK LOST DARI TREK SEBENAR~
SATU KONSPIRASI ATAU KEBETULAN?  




Rasanya ramai yang dah sedar dan tahu tentang Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga yang akan diedarkan awal tahun hadapan (berita lanjut di sini) mengantikan syiling yang kita telah gunakan sekarang (lebih kurang 20 tahun dengan design yang sama) Dikatakan keunikkan yang mencorak budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk duit syiling Malaysia siri ketiga ini. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', reka bentuk baharu duit syiling ini memaparkan motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Duit syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan pelbagai dengan begitu indah sekali.


SUMBER BNM
  • Sekarang, kita fokus kepada ciri-ciri syiling 10 sen sahaja (untuk maklumat dan ciri-ciri syiling lain di sini)

10 sen
Motif Orang Asli
Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.

  • Ok, clear dengan penerangan yang diberikan? Jom berkenalan dengan Puak Mah Meri pulak :


Kenal puak Mah Meri? (sumber)

Mah Meri adalah suku orang asli yang tinggal di Semenanjung Malaysia di kawasan Pulau Carey.Mah Meri bermaksud "Orang Hutan", dan puak ini dikenali sebagai "Orang Laut" kerana diorng tinggal di tepi laut dan menjadi nelayan.. Tapi menjadi nelayan bukan seni mereka, kerana kehebatan mereka adalah pada seni ukiran, ukiran mereka berbentuk dewa-dewi, manusia, alam flora fauna. Dan percya atau tidak patung-patung rekaan diorang mendapat pengiktirafan UNESCO
  • Clear dengan pengenalan ke kaum Mah Meri? (Klik mana-mana link untuk maklumat lajut)

(sumber google)

 Sumber ilham yang diabadikan dalam ciri-ciri dan reka bentuk syiling 10 sen (sumber)


Ready untuk CLIMAX??? 

Ini bukan kisah mengenai kedatangan Dajjal di Malaysia, dan sudah pasti ramai yang sedar dan dah tengok video The Arrival dan sebagainya yang berkaitan ngan konspirasi Dajjal.. Tapi ini mungkin menjadi satu konspirasi panas dalam Malaysia yang mana kita diami sekarang..

sumber
Menjadi persoalan di dalam minda semua rakyat Malaysia yang baru perasan akan tanda bendera Israel (termasuk aku yang baru perasan petang tadi) pada Duit Syiling Siri Ke-3 dan ini dikonsider ISU SENSITIVE pada rakyat Malaysia yang beragama Islam!!! 
Kenapa ada ciri-ciri bendera ISRAEL?
Ok, JIKA di SENGET kan sedikit memang betul ada lambang bendera Israel (Berkonsepkan Bintang Daud / Star of David, memang melambangkan Israel),
Bagi orang seni, kebebasan berseni sudah hilang jika isu bendera di persoalkn sebegitu rupa bukan? (Rujuk balik seni orang asli Mah Meri)
Tapi walaupun itu adalah seni, agama come 1st right??? Kita semua perlu setuju dan hormat yang agama (Agama Islam terutamaya) adalah priority dalam diri kita..
 

Ada juga satu komen panas mengenai entry dari noktahhitam berbunyi :
"praise yahweh
as a malaysian jew i love this new design. i have long waited for the Boatech and Yim.Bukkar to show their influence in malaysia
many of us work in malaysia and none of you know we control how malaysia work
long live the torah
and day now the cleansing power of elohim will rid malaysia of the fallacies of mohammed the liar
bret el yim.. yahweh bir neil
hail israel. we are the chosen people"
Menunjukkan si pengomen merupakan Jews yang tinggal dalam Malaysia (Yang aku tahu orng Israel memang tak dibenarkan masuk Malaysia, melainkan kes Benayoun pemain Chelsea dulu, Tapi bagaimana kes Jews???) dan menjadi antara tunggang kuat dalam perkembangan ekonomi kita (Mengawal kita).. Dia juga menyatakan Muhammad seorang penipu!!! dan Mereka adalah umat yang terpilih.. (Tolong jangan sentuh isu POLITIK)




Ada beberapa pendapat aku tentang isu ini :
  • Mungkin design itu tidak disengajakan (daya imaginasi yang tinggi barangkali) kerana dah diterangkan kat atas yang ia (ciri-ciri syiling 10 sen Siri Ke Tiga Malaysia) adalah sumber ispirasi dari hasil seni orang asli.
  • Kalau betul disengajakan, apa kata korang jangan terima langsung syiling tu? Kalau orang bagi, mintak 5 sen dua keping, boleh? 
  • Mungkin juga satu konspirasi Israel dalam negara kita, jadi tak heran la sebab banyak je barangan diorang kita dah guna hari-hari. 
  • Dah banyak sangat konspirasi mengenai ini dalam negara kita, lebih baik tutup mulut atau sebarkan? Kalau kita sebarkan, ada orang ikut tak apa yang kita cakap kalau kita sendiri pun tak boleh lari dari apa yang kita jalani seharian (Terjerebak dengan konspirasi mereka secara tak sengaja seperti FACEBOOK?)?
  • Bila ditengok balik betul-betul pada syiling 10sen, ada sedikit senget pada angle bentuk seperti bendera Israel tu. Perhatikan bendera Israel pula, senget macam tu tak? Lurus je sisi dia (hasil zoom in aku)..Perhatikan balik pada gambar nenek dekat atas (Puak Mah Meri) betul-betul dekat dengan baju dia ada simbol (kraft daun berwarna kuning) sama dengan simbol pada syiling, bukan pada bendera Israel (terdapat perbezaan pada bucu dan bentuk kalau diteliti).. 

  • Apa kata kita tunggu maklum balas dari Bank Negara Malaysia sendiri berkenaan isu ini..



B
O
I
K
O
T



BOIKOT!!!
(tak pasti ini produk Israel, sumber google)

Dah menjadi barang kegunaan harian kita, nak harap anak tempatan invent sendiri, bila???Sebagai contoh KFC, fast food kegemaran majoriti rakyat Malaysia, terutama sekali yang bekeluarga.. Aku sebagai salah seorang fans Arsenal pun terkejut bila nampak badge Arsenal ada dalam gambar ni (Padahal dalam Arsenal ramai player beragama Islam)..
Pakai dengan niat yang baik, iaitu untuk keperluan.. 
Mungkin betul ia menyalurkan kepada Israel, mungkin tidak... :)


-zuan-
p.s :  total credit kepada semua link yang aku nyatakan.. Jika tiada harap maaf, dan mungkin secara tak sengaja sama dengan pihak lain.. Semua huraian aku berdasarkan sumber yang aku jumpa, thanks to google.. Tiada tokok tambah melainkan huraian dan pandangan aku sendiri
segala kritikkan dan pandangan tambahan diterima secara positive... Ini bukan satu bentuk fitnah terhadap BNM, just share information.. Dan pada aku Syiling 10 Sen Siri ke Tiga Malaysia tidak sama dengan bendera Israel sama sekali..

> Movie Review : Captain America: The First Avenger

HOlla Peeps,

Hujung-hujung minggu ni kalau tak ada majlis kawin, apa kata korang hit cinema-cinema terdekat korang.. Layan Captain America: The First Avenger!!! (jangan risau, tak ada Obama pun dalam crita ni.. #LOL) Lakonan pelakon kurus tapi transform menjadi fit Chris Evans (sebagai Captain America / Steve Rogers), dan  pelakon cun Hayley Atwell (sebagai Peggy Carter) (bahasa pasar tul entry aku kali ni).


Sinopsis : 
Bersettingkan tahun 1942 (Setting zaman Nazi) seorang remaja yang agak loozer (Steve Rogers) kerana berbadan kurus tapi ingin masuk military berterusan direject sebanyak 5 kali di 5 lokasi yang berbeza. Tetapi dia menunjukkan sikap tidak berputus asa dan berterusan menentang si pembuli. Dia kemudian volunteer untuk join Top Secret Research Project yang akan transformkan dia (menjadi Transformers!!!! Tipu!!!) menjadi Captain America!

Kenapa Kena Tengok :


  • Peminat filem bergenre Sci-fi, Adventure, Action, Thriller, dan Superhero jangan ketinggalan menonton filem ini.
  • Peminat superhero komik Marvel jangan ketinggalan tengok. 
  • Penggemar cerita setting classic pun digalakkan tengok.
  • Pada laki yang suka tengok awek cun2, jangan melepaskan peluang tengok aktor cun Hayley Atwell.
  • Yang style nye crita ni, setting dia, teknologi dia, berjaya bawak balik ke zaman 40an (setting kat England kot) dan ada teknologi zaman dulu (senang je nak buat zaman skrng kalau ada duit).
  • Peminat teknologi Stark, kena tengok (tapi ni bukan Tony Stark baby, bapak dia Howard Stark).
  • Rasa-rasa bulan puasa ni nak duduk rumah je, tengok la crita ni, cerita last kot sebelum puasa nak start. 
  • Jalan cerita yang flashback (tapi senang dan straight to the point nye storyline)
  • Cerita Superhero, so mesej pun berbau superhero, save your country, love your country (Malaysia!!!)
  • Aku suka mesej ketara dalam cerita ni, even kita berbadan kecil, senang dibuli, tak bermakna kita akan forever dibuli dan kalah, step up and fight!!!


Apa Yang Kureng???


  • Maybe sebab dia hero, jadi dia senang je kalahkan lawan dia.. Dia nye lawan ketara dia kena berusaha kalahkan dalam crita ni Johann Schmidt / Red Skull (lakonan Hugo Weaving).
  • Ada la beberapa CGI part yang macam kurang pada aku, tapi most of it superb CGI la..
  • 3D? No komen bab 3D ni sebab aku tgk biasa je.. Biasanya kamera tu memainkn peranan tuk 3D kan? Aku rasa ada beberapa part je yang cun tuk 3D!!
Gua tabik giler ngan editing diorng ni.. Atas tu gambar original, bawah tu selepas di edit..


RATING : 7.5 / 10 (tengok jangan tak tengok, nanti bulan puasa dah susah nk tengok movie)


-zuan-
p.s : smalam aku tengok crita ni dalam keadaan tak sehat sebenarnya.. badan panas2 je.. kena banyak rehat arini..




Friday 29 July 2011

Niat Puasa Bulan Ramadhan

Assalamualaikum (selamat sejahtera ke atas kamu semua),


Selamat Menyambut Ketibaan Bulan Ramadhan Yang Mulia 
Pada Semua Umat Islam Seluruh Dunia :)


Bulan Ramadhan didalam Islam merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan dan kedatangannya selepas dua bulan yang juga istimewa iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menguatkan dan menyuburkan rasa tanggungjawab dan keinginan menambahkan ibadat kita kepada Allah S.W.T.

Puasa iaitu menahan diri daripada melakukan sesuatu seperti makan, minum dan bercakap perkara yang tidak elok dari segi bahasa. Dan dari segi istilah syaraknya pula, puasa ialah menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga matahari terbenam dengan niat puasa.



  • Ingat lagi macam mana Niat Puasa Ramadhan?


Niat Puasa ( Harian ) :

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Niat Puasa Sebulan :

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala




  • Bagaimana pula Doa Berbuka Puasa?




Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.


credits kepada zelo55iqbalhakimiashtechal-azim tanpa mereka aku tak mampu siapkan entry ini, thanks..


-zuan-
p.s : sempena bulan puasa yang mulia ni, aku kan tuka header blog aku kepada special ramadhan version hope ya like it :D
jangan naughty2 bulan puasa ni k 

> WAJIB KE REPLY SEMUA KOMEN??

HOlla Peeps,

nak join tekan sini : WAJIB KE REPLY SEMUA KOMEN??

Komen dalam bahasa yang aku fahami adalah satu bentuk text atau satu feedback yang diberikan kepada penulis atau writer.. Dalam situasi ini, komen kepada setiap entry yang dikarang oleh blogger itu.. Ia boleh jadi positif, dan negatif.. Ia juga boleh membawa kepada bentuk persoalan yang mana si pembaca or reader tidak berapa memahami entry yang ditulis si penulis entry..

Dalam segment yang diutarakan oleh Wan Cikgu Muzik dia menginginkan hujah mengenai WAJIB KE REPLY SEMUA KOMEN?? Jadi perkataan wajib itu sendiri membuatkn aku curiga, jika tidak reply berdosa la jadinya kan? #LOL Pada aku harus reply komen yang berbentuk tanda soal, iaitu komen yang bertanyakan kepada si penulis mengenai sesuatu yang dia tak paham (menjadi-jadi tak paham apabila ayat berputitis seperti yang slalu aku tulis, jadi wajib la ye reply?).. Jadi si penulis perlulah reply komen trsebut untuk memahamkn si pembaca (walaupun biasanya jarang pembaca membuat 2nd visit untuk setiap entry, tapi jangan risau sebab ramai je yang buat 2nd visit untuk entry tu trutama selepas memberi komen dan inginkan komen mereka di reply) tapi bagus gak kalau buat (reply komen yang dibuat) sebab kalau sorang readers tak paham, bagaimana silent reader yang tak paham pulak? Segment WAJIB KE REPLY SEMUA KOMEN ni memang cool~



-zuan-
p.s : aku ni rajin gak join segment2 ni ek.. #LOL 

Thursday 28 July 2011

> Harimau Malaysia Boleh!!!

HOlla Peeps,


keputusan Penuh:

MALAYSIA VS SINGAPURA
( agregat 4 - 6 )

1 - 0

Safee (Malaysia) (57')
Shi Jiayi (Singapura) (71'')

-zuan-
p.s : defensive perlu dikuatkan lagi.. Mental kena kuat, jangan malas, laju lagi laju, 1 Defend 1 player, bukan 3 defend 1 player..
jagan trlalu depend pada Safee.. smpai bila dia boleh goal? Malaysia perlukan pelapis seperti Zuan Zala #LOL
MOTM is Khairul Fahmi, LOTM is.. U know Who..  #LOL
btw who is Shi Jiayi? A Shanghai player rite??? #LOL
btw Malaysia kalah dengan maruah :)






> Aku Hampir Sesat

HOlla Peeps,

Melihat salah satu papercraft ciptaan aku..
Membuatkan aku teringat sesuat yang hampir membuatkan aku menitis air mata..
Bukan kisah sedih atau simpati si hati lembut ku inginkkan..
Bukan publisiti si gedik mengadu nasib badan..
Bukan juga kisah dongeng si prejudis dengan si naif..
Buka juga kisah cendawan baru mendapat payung si pecinta kecantikkan dunia..

Kalau bukan apa dia?
Mungkin cebisan silang kata yang masih tergantung soalnya...
Mungkin juga kisah robot yang hanya menjalankn tugas yang diberikan tuannya tanpa mengenal erti penat, tanpa mengenal erti kehidupan sebenar..
Si robot ini tidak mendapat ganjaran atas apa yang dikerjakannya..
Tapi adakah dia merungut?


Adakah dia menangis kepenatan menjalankn kerjanya?
Sepanjang kerjanya tiada silap..
Tetapi akibat sedikit silap dia dipinggirkan..
Sedikit silap dia dibenci..
Mungkin kerana rupanya yang semakin hodoh dimamah usia..
Robot cendawan baru semakin mendapat tempat di hati tuannya..


Menjadi kebiasaan manusia mencintai yang cantik luaran, bukan dalaman..
Menjadi kebiasaan manusia akhir zaman mencintai yang baru dan yang merosakkan mata hati..
 Menjadi suatu kebingungan juga apabila yang kualiti disisihkan..
yang sampah dimahkotakan akibat cebisan kasihan kepada mereka..
mungkin akibat kecomelan juga mereka di hipnotasi oleh mata hati si busuk hati..



Keseronokkan dan hiburan membawa kelalaian,
Berfesyen membawa kepada pembaziran,
Keseksian si gadis melemahkan nafsu si lelaki,
dan disini mereka bertapak mempengaruh minda kita yang rapuh...





-zuan-
p.s : manusia kini begitu leka dengan maya tanpa endahkan sesuatu yang selamanya akan kita diami, ingatan untuk diriku dan dirimu.. mungkin suatu hari nanti ketika ku hembuskan nafas terakhir, baru mereka ingati apa yang aku karangi.. Selamat menyambut bulan ramadhan

> Tech Thursday : Google PageRank

HOlla Peeps,

Hari itu aku ada test PR atau PageRank blog aku melalui pagerank-check-button dan mendapat rank 3/10 (Belum sampai tahap average atau top, 0/10 paling rendah, 10/10 fantastic) dan berpuas hati dengan hasil 2 tahun blogging (Masih cetek ilmu SEO)

Contoh PageRank

What Is PR?
PageRank is a link analysis algorithm, named after Larry Page and used by the Google Internet search engine, that assigns a numerical weighting to each element of a hyperlinked set of documents, such as the World Wide Web, with the purpose of "measuring" its relative importance within the set. The algorithm may be applied to any collection of entities with reciprocal quotations and references. The numerical weight that it assigns to any given element E is referred to as thePageRank of E and denoted by PR(E).
The name "PageRank" is a trademark of Google, and the PageRank process has been patented (U.S. Patent 6,285,999). However, the patent is assigned to Stanford University and not to Google. Google has exclusive license rights on the patent from Stanford University. The university received 1.8 million shares of Google in exchange for use of the patent; the shares were sold in 2005 for $336 million. (sumber wikipedia) (translate dekat google translate kalau tak paham)

korang boleh check PR korang kat sini > pagerank-check-button
lepas PR check, boleh letak html code dalam blog korang macam aku kat bawah blog aku


What So Great About It?
  • Show our visitors the current page rank of our web pages
  • Check the page rank of our web pages while visiting our site
  • It can help with SEO, link exchange, site promotion matters
  • Impress our visitors with the high page ranking of our site
  • and many more possible reasons.. Or use it just for fun

-zuan-
p.s : Kena pandai buat entry mengenai current issues, baru boleh naik PR ni rasanya..



> Aku Seperti Di Atas Jambatan Gantung Menanti Roboh

HOlla Peeps,


-zuan-
p.s : bayangkan cendawan baru tumbuh lalui jambatan yang semakin usang.. dengan ke mentahan mereka, dengan kata-kata kurang matang mereka, mereka hanya dapat ikhsan dari mereka yang berhati lembut, mereka semakin ego dengan setiap langkah mereka tanpa sedar siapa di belakang mereka, dan apabila mereka di tengah, tanpa memandang ke bawah , mereka tidak sedar yang langkah mereka sampai disitu sahaja




Wednesday 27 July 2011

> Saiz Bukan Masaalah

HOlla Peeps,

Ramai yang merungut mempunyai saiz badan yang besar dan kurang yakin dengan keterampilan mereka.. Anda bagai mana? Saya ada penyelesaian, (dengan gaya rambut cendawan), anda akan dapat 'Baik Punya~' rawatan (sambil tunjuk tanda 'good')


INI BUKAN IKLAN MENGURUSKAN BADAN!!! (Tak ada payment pun kalau buat)



Kenal Adele? Pada yang kenal dia mesti tau kehebatan suara dan lagu-lagu gadis cantik molek ini.. Beliau membuktikan size doesn't matter!!! Membuktikan walaupun  badan bersaiz besar tidak mustahil untuk berjaya dengan bakat yang ada pada dirinya..
Rolling in the deep~


Tak semestinya luaran besar, isi nya pun besar..
Tak semestinya luarannya nampak sedap, isinya nampak sedap..

Jadi kepada pemakai baju ni, boleh simpan dalam almari ye.. #lol


Anikin juga membuktikan saiz besar tak semestinya tak  boleh bergaya


Jadi saiz bukan masaalah :)
Semua orang boleh berjaya



-zuan-
p.s :  no more wordless for today 

> Wordless Wednesday : Prejudice

HOlla Peeps,


-zuan-
p.s : Prejudge Entry Here 


Tuesday 26 July 2011

> Satu Hari Nanti Akan Ku Capai Mu

HOlla Peeps,

Tajuk yang agak kebudak budakkan, tapi tu la yang ingin aku kejari (bukan ke jari tangan LOL).. Aku Seorang Blogger selama 2 tahun, tapi pengalaman aku, knowledge aku pasal blogging ni sikit untuk dikongsi (Tanya aku macam mana nak naik trafik? Aku suruh korang ping kat twitter je la..hehe).. Skill menulis entry SEO pun kurang, entry masih belum cukup mantap..

LOL Semalam aku ada hantar application untuk innity dan harini dapat feedback dari diorng..

Sorry, your application is disapproved.
Dear Muhammad Syazwan Bin Norhalik, 


Thank you for your application to join Innity Performance Network. After a few rounds of review by our team, we have found that your site now does not yet meet our network criteria, due to Low Traffic. Therefore, we are unable to accept you into our network. We do believe in the potential of your site to grow substantially over the years and we are still open to future cooperation.
We have to ensure the effectiveness of Performance ads for our publishers and our advertisers. Hence, we review all publishers, and unfortunately we have to reject certain applicants.

If you need more information, please let us know.

Thank you for your understanding.

Sincerely,

The Innity Performance Network Team

HOYEAH aku nye apps di reject.. hehe dah ku agak akan direject sebab trafik pun low, pastu mengidam nak pakai Innity, memang tak dapat la, LOL!!! Takpe, fokus entry best2 dulu... klu entry best bru orng nak baca blog kita kan?

-zuan-
p.s :  hampir curang ngan nuff.. sori boss.. hehe

Monday 25 July 2011

> HOYEAH!!! MTV World Stage 2011 ROCK!!

HOlla Peeps,

Danbo try to steal my pass

Bergegas ke iCity pada pukul 5 petang dari KLCC dan tiba lebih kurang pukul 6.. Dah sampai lambat tu mesti la berasa di barisan belakang tapi tak mematahkan semangat aku dan kawanku untuk rock bersama MTV WORLD STAGE LIVE IN MALAYSIA 2011 dan kalini venue nya iCity Shah Alam. They got our very own Pop Shuvit, The k-pop BEAST, the unique NEON TREES and one of the biggest band on earth 30 Seconds To Mars

"Queue je la" cakap kawan aku yang bersemangat dari tadi.. (tension kerja, rock r!!!)

Tapi queue register tak lama pun, dalam 10 minit dah dapat tag dan leh masuk.. tapi nak masuk tu wa cakap lu, dalam 20 minit gak r.. ngam-ngam la masuk dalam pukul 6.30.. Tapi standard la kan, mana ada event mula betul-betul ikut time.. Dengan celoteh VJ menceriakan crowd, bagi goodies, yang depan untung la..

Disebabkan bateri phone aku lemah, tak banyak gambar aku ambek.. Ni ada beberapa gambar yang aku nak share ngan korang

dari registration sampai tapak concert venue

Tepat pukul 7.. Pop Shuvit mengegarkan iCity dengan lagu "Old Skool Rocka"~ 

Pop Shuvit Dengan single "oh, Shizuka"
Specia Appearance of Man Bai, dengan lagu "Seperti Syurgamu" bersama Pop Shuvit..

Lagu-lagu lain yang dinyanyikan Pop Shuvit adalah "Running away", kemunculan semula Project EAR (East Asia Revolution) dan "Marabahaya"..

Pop Shuvit ROCKS!!!

Band ke 2!! BEAST mengegarkan iCity pada pukul 8 malam dan membuatkan gadis-gadis menjadi gila sepanjang persembahan diorng!!!

Tak banyak lagu BEAST yang aku tau, tp kalau tak silap aku diorng ada menyanyikan lagu "SHOCK", "On Rainy Days", dan "Bad Girl"

ada terdengar orang berteriak
"tak minat BEAST!!!"
LOL

Kemunculan band ke3 NEON TREES tepat pukul 9
(Bateri aku dah nak habis dah time ni... Dan disebabkan kamera phone je, teruk kualiti dia)

1st time aku tengok Neon Trees, sebelum ni pernah dengar lagu "Animals" je..
dan bila dengar lagu-lagu lain,
"wow BEST gak NEON TREES ni, leh jadi duta iCity"

dan sebelum kemunculan main event 30 Seconds To Mars, VJ baling baloon ke crowd.. tapi tak sampai pulak kat aku belon tu.



"Oh oh
I want some~"

KEMUNCULAN 30 SECONDS TO MARS!!!!!
(Poor Camera Quality)
Walaupun dah 4 jam ROCKIN, semua masih bertenaga!!!
"MALAYSIA ROOOOOOCK!!!!"

"It's a beautiful lie" nyanyian Jared Leto

"I'll Attack", "Search and Destroy", "This Is War", "The Hurricane"

Jared cuba cakap melayu..
Hasilnya "Sayo Sayo Pamo"
Asalnya "Saya Sayang Kamu"

itu lah pentingnya Malay education~ lol

"The Kill" in Acoustic Version
sebelum menyanyikan lagu terakhir "Closer To The Edge"

But Guess What? 
lepas lagu Closer To The Edge ramai tak beralih dari tempat masing-masing dan menjerit

"WE WANT MORE!! WE WANT MORE!!!"

Peminat-peminat Beast dah balik time ni...

dan selepas lebih kurang 3 minint encore dari 30 Seconds To Mars
dengan lagu
"Kings and Queens"
dimana Jared ada bawak naik beberapa orang fans ke atas pentas untuk nyanyi bersama



-zuan-
p.s :  semalam ada peminat J. Bibir kot.. siap pakai wristband "i love Bibir" OMG!!! lelaki kot bkn perempuan.. lol~
banyak gambar bunga api, tapi aku tak sempat nak ambek
Thanks to nuffnang dan xpax




Sunday 24 July 2011

> Today is SUNDAY

HOlla Peeps,


TODAY I'M ON BREAK.. WHY? COZ I'M ROCKIN WITH 30 SECONDS TO MARS, NEON TREES, BEAST & POP SHUVIT!!!!


-zuan-
p.s : i have one schedule entry today.. it will be published automatically latter this evening.. 

> Prejudge in My Mind

HOlla Peeps,

Prejudge atau Prejudis dalam bahasa Melayu bermaksud menyatakan sesuatu tanpa usul periksa atau menghukum tanpa bukti kukuh.. Ia adalah sesuatu yang agak 'normal' dalam kehidupan manusia sekarang..


"Pergh layan lagu Sofea Jane siot, giler jiwang mamat ni.."


Ok dialog kat atas merupakan contoh prejudge, tapi pada asalnya adakah kawan (Assume dia adalah Seth Tan) dia ni jiwang? Macam mana perasaan Seth Tan ni bila kawan (Assume dia ni Adam) dia cakap macam tu? Mungkin Seth Tan dengar lagu tu sebab dia suka suara Black, dan mungkin juga dia minat Sofea Jane. Ada banyak kemungkinan disitu, tapi Seth Tan akan terus membuat statement yang Seth Tan adalah Jiwang..

Aku pernah membuat public speaking pasal Dangerous of Ethnocentrism. Ok apa pula ethnocentrism? Ia adalah sifat kebangaan dalam diri sendiri dengan menyatakan etnik atau culture dia adalah yang terbaik sekali, atau terlalu taksub dengan budaya sendiri.. Sebagai contoh :


"Makan pakai tangan? Kotor la kau ni!!! Pakai la sudu macam kitorang ni, kan bersih"


Ok dialog atas pula adalah kata-kata Paul (watak rekaan) kepada Wan (watak rekaan juga) apabila Wan makan nasi pakai tangan tapi adakah betul makan pakai tangan itu kotor? Dalam dialog ni ada elemen prejudge dalam ethnocentrism, dimana Paul membuat kenyataan yang makan pakai tangan (budaya melayu kita) itu kotor dan makan pakai sudu (yang mana adalah budaya mereka) adalah bersih, anda sokong statement Paul?

Ok tengok macam mana Wan dengan cool nye membalas kata-kata Paul:


"Ada sebab kenapa aku makan pakai tangan ni Paul, pertama sekali, aku rasa tangan aku ni dah cukup bersih kerana aku dah basuh tangan aku ni sendiri. Yang keduanya, aku pasti tangan aku ni bersih sebab hanya aku sorang je pakai tangan ni, dan tak ada siapa yang pernah pakai tangan aku sebelum ni. Yang ketiganya, aku pasti tangan aku ni bersih sebab tangan aku tak jatuh ke dalam longkang.."


Tengok macam mana Wan membalas kata-kata Paul dengan mengunakan logik. Dan selepas tu, Paul pun makan menggunakan tangan.. hehe..

Ada banyak cara nak atasi mentaliti Prejudis ni, salah satunya mengukana logik yang digunakan Wan tadi.. Tak perlu berdebat untuk menang, hanya main dengan logik je dah cukup.. Slalunya orang pejudis sebab dari kecik dah tertanam mentaliti negative macam tu (semuanya bermula waktu kecik, "Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya"). Why not buang sikap "Ala, gurau je la..hehe", "Memang betul pun semua tu" sebab kita tak tau pe dalam hati orang yang kira judge tu, kalau betul pun jangan la "judge book by its cover" coz the content maybe different.. Kita sebagai pelapis generasi, perlu buang sikat prejudis ni kalau tak nak berlaku permusuhan.


Open Minded salah satu solution yang aku boleh utarakan, means terima positif apa yang ada disekeliling as long as ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam kita..

So, macam mana pula jawapan Seth Tan kepada Adam


-zuan-
p.s : tertiba terlintas nak share ni dengan korang.. My personal writing, takde copy paste ok..hehe.. Ak ada buat public speaking pasal topik ethnocentrism dulu, dan prejudge ni salah satu yang terselit dalam tu..


bila fikir balik, agak bersifat kebeliaan topik kali ni, tapi tak pe la as long as it benefits others..





Saturday 23 July 2011

> Kesilapan Harimau

HOlla Peeps,

livescore.com

Sepanjang perlawanan tadi aku mengutuk perlawanan Malaysia, terutama pertahanan yang trlalu leka tidur diatas bantal yang empun tanpa menghiraukan singa-singa yang ingin membaham mereka.. Tiada semangat Malaysia Boleh dalam hati mereka, dan tak ada bersungguh-sungguh.. Terlalu mengharapkan Sali untuk gol.. Tapi sampai bila Safi boleh gol? Beliau hanya mampu menjaringkan 2 gol dari 8 gol dalam perlawanan ni.. Dengan kekalahan 5-3 aku rasa macam tengok Liverpool lwn Malaysia.. Bukan aku tak sokong Malaysia, tapi sebab aku sokong la aku kutuk, sebab kritikkan boleh membina seseorang menjadi lebih bagus.. Kalau selalu kena puji boleh membuatkan seseorng hanyut dibuai mimpi.. Harap perlawanan di Bukit Jalil lebih bagus.. See ya there peeps..

Total credits to Forward, and for the defensive, try Italian football style..Look at how they defend.. and to Singapore, is it total satisfaction to have an import player scored for you?


-zuan-
p.s :  Aaron Aziz penyokong Malaysia atau Singaura?

> BEN ASHAARI CARI BLOGGER KREATIF.. AKU UMPAMA SEBATANG PENSEL, ORIGAMI ROS DAN SEHELAI KERTAS!

HOlla Peeps,

lama tak join segmen ben10

SEBATANG PENSEL, ORIGAMI ROS, DAN SEHELAI KERTAS

"Aku umpama sebatang pensel yang akan mengarang sesuatu yang menarik untuk dibaca semua orang, semua golongan, semua budaya dengan satu bahasa yang mudah difahami.. Tapi siapa pensel tanpa sahabat karibnya sehelai kertas, aku juga sehelai kertas putih yang akan ditulis oleh pensel, tanpa aku si pensel tidak boleh menulis dimana-mana.. Tapi tanpa si Origami Ros sahabat karib pensel dan kertas, ayat-ayatku adalah baku dan bosan untuk dibaca, origami ros lah yang membungakan ayatku, ayat sebatang pensel di atas sehelai kertas.. Bersama-sama kami bekerja untuk kepuasan pembaca kami tanpa kenal penat, dan kami sentiasa terima kritikan membina untuk memantapkan lagi penulisan kami, mencantikkan gaya bahasa kami.. Terima kasih kepada pembaca kami, tanpa pembaca, siapalah pensel, origami ros dan kertas" 



-zuan-
p.s : weekend ni rehat-rehat, esok nak lompat-lompat kat MTV World Stage thanks to Nuffnang dan XPAC 

Friday 22 July 2011

> Pokok

HOlla Peeps,

 Malam ni tak ada entry aku nak post sebab aku ada game malam ni, just nak share lirik lagu Meet Uncle Hussain dan Hazama, "Pokok"~ (MP3 tidak disediakan LOL)



Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang Chorus

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok




-zuan-
p.s :  lagu yang sangat ingah.. sedap suara Hazama nyanyi lagu ni 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...