Sunday, 30 October 2011

> Aktiviti Weekend Dah Selesai

HOlla Peeps,


Alhamdulillah, program anak angkat yang berlangsung selama 3 hari berakhir dengan jayanya.. InsyaAllah aku akan publish program aku ketika mengikuti program anak angkat pada entry akan datang.. As for now, i need a rest and need to study for tomorrows test.. (",)


-zuan-
p.s : i'll miss my keluarga angkat  

Saturday, 29 October 2011

> Litar Epik!

HOlla Peeps,



Siapa waktu kecik-kecik dulu suka kumpul model kereta Hot Wheels? Hujung minggu je aku akan ke giant untuk beli model kereta terbaru untuk ditambah dalam koleksi aku, dan petang-petang bawak kereta aku, lumba dengan kawan-kawan, tapi sekarang aku tertanya-tanya mana pergi model kereta aku semua??? Hmm.. Dalam kotak kot takpun dah kena humban dalam tong sampah waktu aku pindah dulu?

BTW aku nak share video litar Hot Wheels paling panjang dan epik yang dicipta oleh seorang bapa kepada anaknya.. Layan~




Gempak an? Hoho berapa banyak la duit dia dah habiskan untuk siapkan litar ni untuk anak-anak dia kan?


-zuan-
p.s : harini hari ke2 aku dekat program anak angkat, so ini alah entry auto update untuk petang sabtu..  

Friday, 28 October 2011

> Jangan..

HOlla Peeps,


#justgoogleit

Jangan mudah jatuh hati pada yang belum pasti, tak rasa bersalahkah pada bakal suami/isterimu nanti?
Jangan mudah rindu pada si dia, ada kita rindu beribadat padaNya?
Jangan mudah mengungkap ‘i love you’, tak tahukah Allah juga cemburu?
Jangan mudah tewas pada perangkap nafsu, mujahadahlah melawan perasaan itu. :)
Jangan bimbang, jangan takut, Allah ada bersamamu. sesungguhnya Allah cintakan orang yang berusaha berada dijalanNya..



-zuan-
p.s : harini lepas solat jumaat aku akan menaiki bus untuk join program anak angkat selama 3 hari.. have a happy weekend everyone (",) 

Thursday, 27 October 2011

> Tech Thursday : Alphabet Taught

HOlla Peeps,


Sekarang, banyak sekolah telah menggunakan Ipad sebagai salah satu medium untuk mengajar murid-murid sekolah merka, satu hari nanti tidak mustahil di dalam buku/ipad budak tadika diajarkan seperti di bawah..

Tech in Everyday Life

Teknologi adalah keperluan setiap hari, jadi tidak mustahil perkara seperti diatas akan berlaku..


-zuan-
p.s : esok aku ada program anak angkat selama 3 hari, tapi tak boleh nak enjoy sangat sebab ada test pada minggu hadapan..  

Wednesday, 26 October 2011

Tuesday, 25 October 2011

> Pelukis Buta

HOlla Peeps,

Entry kalini aku nak bercerita mengenai seorang individu yang hebat yang pernah aku present mengenai kehebatan beliau di hadapan pelajar kelas BEL aku.


Pernah melihat atau terjumpa dengan pelukis buta yang mampu melukis melebihi tahap imaginasi yang anda semua bayangkan? Perkenalkan Esref Armagan, seorang pelukis dai Turkish yang dilahirkan tanpa keupayaan melihat, tetapi mampu melukis sesuatu yang nyata yang tak pernah dilihatnya. Menggunakan Oil Paints sebagai alatan utama untuk melukis dia telah membuktikan kepada dunia yang orang buta mampu boleh melukis.


Berikut adalah hasil lukisan beliau : 




Kagum bukan? Dia tidak pernah mendapat latihan atau bantuan dari mana-mana pelukis profesional untuk berkarya. 


Caranya? 

Memegang / menyentuh objek yang ingin dilukisnya, kemudian menghafal dan membayangkan  bentuknya menggunakan teknik mental image (berbeza konsep dengan photographic memory kerana mental image memerlukan si pengguna membayangkan apa yang ingin diingatinya)!

Kemudian dia akan melakar apa yang di imaginasinya, dan ketika proses melakar ni, dia perlukan suasa tenang dan sunyi untuk mengelakkan tumpuannya lari. Kemudian selepas berpuas hati dengan sketch yang dilakukannya, dia akan mulakan proses mewarna.. Esref akan menggukanan  satu warna pada satu masa, salepas diwarnakan, dia akan menuggu sehingga 2-3 hari sehingga warna yang digunakannya tadi betul-betul kering sebelum mengenakan warna seterusnya.





Apa pengajaran yang menarik yang boleh dipelajari dari Esref?

Walaupun kurang upaya untuk melihat, dia membuktikan, kekurangan keupayaan merupakan anugerah dari Pencipta yang perlu digunakan sebaik mungkin. Dia tidak mengharapkan orang lain untuk mencari rezeki, kerana menggunakan bakat yang ada untuk dijaadikan lubuk mencari rezeki.




-zuan-
p.s : kesebukkan melanda, sorry tak dapat nak blogwalking sangat beberapa hari ini.. 

Monday, 24 October 2011

> Melayu Mudah Lupa


HOlla Peeps,

Melayu Mudah Lupa (Malays forget easily) adalah puisi yang dibicarakan bekas PM Malaysia, Mahathir Mohammad ketika UMNO Perhimpuan Agung UMNO 2001. Ia juga tajuk ucapan yang diberikannya pada tahun itu, yang kemudiannya diterbitkan sebagai sebuah buku. Sama ada ia boleh dikelaskan sebagai sastera dan bukannya politik (atau polemik) diperdebatkan. (wiki)



Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai..







Pada pendapat aku, apa yang Tun ingin sampai disini adalah mengenai manusia yang sifatnya adalah pelupa, dan beliau lebih fokus kepada melayu yang slalu lupa akan kesusahan yang pernah dilalui suatu masa dahulu sebelum kita kecapi kesenangan pada hari ini. 


Apa pandangan bernas kalian?


-zuan-
p.s : happy monday everyone.. (",) 

Sunday, 23 October 2011

> 2 Minggu Yang Akan Datang

HOlla Peeps,

Bila dah tau minggu depan bakal busy, mesti la kena siapkan dalam draft banyak-banyak untuk schedule update.. Sekurang-kurangnya 14 entry (untuk 2 minggu) perlu disiapkan di dalam schedule supaya tak bersawang blog yang dibuat..

Tu la situasi yang aku alami sekarang.. Not complicated, just a lil busy, busy with test, assignment, program anak angkat (akan diceritakan di blog mengenai kehappeningannya nanti)..


So that's it, Happy Sunday everyone (",)


-zuan-
p.s : so far aku dah backup 1 week punya update.. satu minggu lagi kena siapkan harini or esok so takde la kelang-kabut sangat nanti.. 

Saturday, 22 October 2011

> Jerawat oh Jerawat

HOlla Peeps,

#justgoogleit

Terima kasih untuk respon bernas anda pada entry lepas mengenai "Jangan Tengok Cermin Lama-Lama Sangat, Nanti Jerawat Naik". Itu lah gunanya label Fakta Auta yang aku selitkan di dalam blog ni, untuk membincangkan fakta yang biasanaya kita dengar, dan tanpa kita sedar, kadang-kadang apa yang kita dapat tau tu, auta je.. Aku suka bab Q&A ni sebab boleh dengar pendapat readers Saiazuan Blog (yang mostly dikalangan bloggers) mengenai isu yang dibangkitkan.. 


So jom baca beberapa komen menarik dari komentator blog ni mengenai Fakta Auta : "Jangan Tengok Cermin Lama-Lama Sangat, Nanti Jerawat Naik":


Komen menarik based on logic

komen menarik based on knowledge

komen sempoi dari bakal doc


dan komen lawak sempoi yang terpilih

untuk lebih komen boleh baca di sini 


Jom kita kupas mengenai Jerawat..


Apa itu jerawat sebenarnya?


Jerawat secara amnya merupakan suatu biasanya terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Sering muncul di bahagian kulit yang berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. Golongan remaja akil baligh dan dewasa biasanya mengalami masalah jerawat   disebabkan oleh perubahan hormon badan normal. (sumber)


Apakah punca jerawat naik?

  • Faktor hormon testeron terutama bagi perempuan di dalam lingkungan umur subur (dalam belasan tahun dan awal 20 'an) adalah punca utama masalah jerawat.
  • Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
  • Kulit sensitif dan salah penjagaan kulit.
  • Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
  • Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
  • Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
  • Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.
 (sumber1 / sumber2 )

p.s: totally auta yang "pandang cermin terlalu lama menyebabkan Jerawat naik" auta juga jika "mengutuk atau menegur mereka yang berjerawat di muka"


Tips mengelakkan pembentukkan Jerawat :

  • Lakukan pencucian muka sekurang-kurangnya 2 kali sekali menggunakan pencuci muka. (pastikan pencuci muka yang digunakan tidak terlalu mengeringkan dan boleh mnghidratkan kulit)
  • Jangan picit jerawat yang naik di muka, kerana ia akan memburukkan lagi keadaan kulit sekiranya berlaku jangkitan.
  • Kurangkan dari terkena pancaran sinaran matahari.
  • Jangan terlalu kerap menukar produk pembersih kulit kerana ia menyebabkan alahan dan keradangan pada kulit.
  • Banyak makan makanan / minuman yang kaya dengan vitamin A (tomato, pisang, nenas, telur dan susu (sumber)).
  • Banyak minum air suam (7-8 gelas sehari) kerana air membantu mengeluarkan zat-zat yang kurang berguna di dalam tubuh.  


Harap segala persoalan terjawab dan tips-tips yang diberikan berguna untuk korang semua. Ada Fakta/Auta yang ingin dikupas?


-zuan-
p.s : enjoy your holidays (",).. 

Friday, 21 October 2011

> Fakta Auta : "Jangan Tengok Cermin Lama-Lama Sangat, Nanti Jerawat Naik"

HOlla Peeps,

Lama aku tak berfakta auta dengan korang kan? So entry kalini aku nak tanyakan mengenai masaalah yang biasa dihadapi remaja, JERAWAT~

#justgoogleit


"Ha, pandang cermin lama sangat,
tu yang naik jerawat tu.. #LOL (",)"

betul ke? Apa pendapat korang?


UPDATE : Jawapan kepada persoalan ini ada disini


-zuan-
p.s : next aku kena join satu program anak angkat yang dianjurkan Kerajaan Negeri Perlis bersama UiTM, so untuk mengelakkan daripada blog ini bersawang selama 3 hari, aku akan sediakan schedule's update untuk korang.. 

> I Miss My Old Hair

HOlla Peeps,


Bila cakap pasal rambut, aku selalu dicemburui oleh Pak Guard UiTM! Yeah, SELALU sangat.. 


"Wah cantik cambut, bak kad pelajar.. 
Balik potong rambut, dah potong rambut jumpa saya"


Apa salah rambut aku dicemburui sebegitu? Dimana hak aku untuk menjaga rambut aku? Dah degree pn nak kena macam budak sekolah? Salahkah aku rambut rambut seperti Noh Hujan? 

#LOL ini entry luahkn perasaan mengenai rambut, 
untong la jadi pompuan, pak guard takde nak mintak kad pelajar soh potong rambut.. Sobs, i miss my old hair..




-zuan-
p.s : abaikan masaalah rambut ni, apa respon korang klu tweet or komen anda di fb tidak dibalas? teka teki teka tekuk, sapa terasa, haha padan la muka.. ;p 

Thursday, 20 October 2011

> Tech Thursday : Tech Think

HOlla Peeps,

#justgoogleit

Bila nak cari info tentang sesuatu, dia ada untuk membantu..
Bila nak berkomunikasi dengan kawan, dia ada untuk membantu..
Bila nak berhibur menghilangkan bosan, dia ada untuk membantu..
Bila nak buat kerja office, dia ada untuk membantu..

Tapi bila kehabisan bateri, ada bekalan elektrik untuk cas nya semula..
Tapi, bila letrik tiada, dia pun tiada..


-zuan-
p.s : suatu hari, dimana hari itu tiada bekalan tenaga, tiada apa-apa yang memudahkan hidup kita seperti sekarang, apa yang akan anda lakukan untuk survive? 

Wednesday, 19 October 2011

> Papercraft Collection : One Piece Nakama

HOlla Peeps,

Dah berapa lama aku tak tunduk koleksi papercraft aku? Rasanya last collection yang aku share adalah Danbo... Entry kalini aku nah share koleksi papercraft one piece aku! Ingat lagi kapal Going Merry aku?

Tak perlu menghabiskan berastusan duit untuk hobi macam aku ni, hanya perlukan kerajinan! Dan tak perlukan kreativiti sebenarnya, rajin je, serius tak tipu! Tapi koleksi ni belum cukup, misi aku lepas ni nak dapatkan kapal Thousand Sunny! hehe (",)





Amacam? InsyaAllah aku akan gantikan Wordless Wednesday dengan Papercraft Collection kalau ada koleksi baru dari aku.. (",)


-zuan-
p.s : nak beli almari kaca, letak semua koleksi model aku dalam tu.. hoho 

> My Happiest Moment

HOlla Peeps,


I haven’t win something(gadgets) for a long time,
so this time I want to win something!!!
and if i win, it would be another happy moment for me, hoyeah!!!


What the hack am i talkin about? I'm talkin about something i wanna win from a contest run by nuffnang :
1st prize – Olympus PEN Lite E-PL3 Kit
2nd Prize – Olympus PEN mini E-PM1 Kit
3rd – 5th Prize – Olympus PEN Leather carry-all bag 

Black and White, doesn't mean that happy wasn't there


This is your chance to put your photography skills to the test! Here’s what you need to do:
1. Write a blog post titled “My Happiest Moment”. 
2. Include a photo in your blog post that describes your happiest moment. It can be a pre-existing photo, or you can go out and shoot something that represents that moment! 
3. Download this file containing Olympus Happy Photography logo variations, choose one of the colour variations and include it in your blog post as well. 
4. Once you have written your blog post and taken your photo reflecting the theme of ‘Happy Photography’, submit them at http://nuffnang.com.my/olympus2011 and the best photos with stories behind them will win some awesome prizes from Olympus!



- Story of My Happiest Moment Begins - 



The smile and happiest moment i got was last year with my homies,
I don't have to fly to Hawaii to get that happiest moment,
I don't have to spend my time hopping in Caribbean Island to give a priceless smile to the camera..

coz Port Dickson got it all,
it can give me 'My Happiest Moment',
we joke,
we get wet,

we get the smile,
the moment,
and we get home together..

when we talk about happiest moment,
i got lots of it in my memory,
but not much are stored in lenses..

look at the picture,
the beach,

the evening that are shy to sleeps,
the excitement smile on the face of every person in it..

its priceless..













Deadline for submissions is 11.59 pm, 12 November 2011 (Saturday) so hurry now, start documenting stories of your fondest, most unforgettable memories. All you need is one memory to get started. Select your best work, submit it and stand a chance at winning sexy gadgets from Olympus!

Hope i win it!!!


-zuan-
p.s : i just noticed that i dont have a family camera that i can use to snap great memories with my family, hope i can win this one to make it my family camera (",)

Tuesday, 18 October 2011

> "It's Okay"

HOlla Peeps,


Di suatu hari, di waktu tengah hari, menjadi ruti pelajar disitu untuk membeli makanan dan makan disitu. Cuaca panas tidak mematahkan mood pelajar-pelajar untuk menikmati makanan tengah hari dengan lauk ayam di marinade seperti ayam kfc, lauk sayur yang nampak segar daunnya, tempe goreng menjadi pilihan ramai juga.. (alright cukup dengan ayat bajet cerpen aku #LOL)


bersama The Anikin waktu kenduri kawin member

Aku makan tengah hari semalam an, "pergh sedap nasik ni" maklumlah, 2 hari tak makan nasi, memang jakun aku bila dapat makan nasi, dengan air kosong (air kosong pun jadi la kan?

Aku bukan nak cerita mengenai makanan yang aku makan, sebab main point entry ni bermula di sini...Alright, tengah sedap menikmati makanan tengah hari aku, tangan kawan aku terlanggar air dia dan "splash~" tertumpah ke pinggan aku.. So bayangkan pinggan aku penuh dengan air, bukan tu je, air tu terus 'melompat' terkena baju dan seluar aku (kemeja dan seluar jeans untuk aku ke kelas petang tu)..  
Cepat-cepat aku bangun dan "wei sorry wei sorry~ tak sengaja, sorry aku bayar makanan kau, ambek la yang baru, sorry" kata kawan aku.. 
"haha its ok, its ok, benda kecik je" kata aku.. 
"sorry wei, ambek la nasik lain, aku bayar, tak sengaja sorry" kata kawan aku dengan serba salah.. 
"takpe-takpe, bukan rezeki aku harini" aku tersenyum dan kembali duduk sambil lap baju aku menggunakan tisu yang diberikan salah seorang kawan aku di situ.. Selera makan aku hilang disaat melihat nasi aku menjadi sup nasi.. 

Ok, aku bukan nak mereka cerita atau riak dengan aksi yang aku lakukan, just nak selitkan sedikit moral value di sini.. Walaupun kawan kita melakukan kesalahan, dan walaupun kawan kita mengaibkan kita didepan orang ramai, jangan marah akan apa yang berlaku, 

  • sebab kesalahan itu mungkin tidak disengajakan, jadi maafkan je..
  • dan Allah sendang menguji tahap kesabaran kita, jadi be thankful.. 


Sedar atau tidak, kita ditertawakan si Syaitan jika kita gagal mengawal amarah dalam diri kita.. Jadi cool dan practice "It's okay~"


-zuan-
p.s : doakan aku menang contest ni 

> The Cube That Cube Me

HOlla Peeps,


What The Cube!


Feel exited to what that The Cube is all about?


Lets BUZZ it


When we talk about The Cube, what The Cube really is in your mind? The Cube is something that peeps have been talking about but no everyone really knew what it’s all about including me #LOL. Videos of people dancing on the streets with cubes at nuffnang sites(like the one i put on top) as heads began to pop up on the Internet makes the mystery of The Cube more attractive. In blink of the eye, people started to guesses as to what The Cube really is.



The Cube Launch 



15th September 2011, The Cube was officially revealed last month on at Red Carpet Avenue, The Strand, Kota Damansara and everyone finally know what The Cube is all about!!! 

Street parade by the Nation’s top marching bands and cheer teams were there, followed by a concert featuring the biggest names in the local music industry today such as Aizat, Joe Flizzow, Bunkface, Noh (Hujan) and more! Dont tell me that you miss that one???


The Cube is Needed! 

go to www.thecube.my

Alright lets straight thru the tunnel, The Cube is the only mobile content portal that gives you the hottest tunes, the latest buzz, the most fun games and more exciting things! Excited? Go to www.thecube.my to fix your mind.

But thats not just what it is, I won't have to worry about being left behind by my friend because new and fresh content will be continuously updated in The Cube! Cool right? Music, sports, games, wallpapers and loads of other EXCLUSIVE content for mobile will be updated and will be able to check out from The Cube from time to time! For people who lucky to win contest and movie maniac like me, there will also be contests, movie extras, sport tie-ins and more to be give! Now i can stay cool and updated with The Cube! Get your tech on the cube dude~


Check out the website at www.thecube.my or direct from your mobile at http://m.thecube.my


-zuan-
p.s : what am i babbling? it is a Xpax Nuffnang Join the Cube Craze and win the new sexy Torch! 
let me win Blackberry Torch 9860 or i'll stay with my old phone (which is tooooo slow for internet connection, darn~)!!! 

Monday, 17 October 2011

Makanan Yang Membuatkan Korang Susah Nak Tidur

HOlla Peeps,

Apa korang suka makan sebelum tidur? Dikatakan masaalah tidur diwaktu malam terutamanya disebabkan salah makan sebelum tidur, agak-agak jenis makanan kegemaran korang ada dalam senarai tak?

Keju - Mengandungi amino acid tyramine yang menyebabkan korang susah nak tidur

Cokelat Susu - Kebanyakkan cokelat bar mengandungi Tyrosine yang tutup dengan Dopamine, suatu perangsang yang membawa kepada kewaspadaan dan kegelisahan pada waktu malam.

Makanan Pedas - Jangan makan makanan pedas-pedas sebelum tidur, seeloknya makan pada waktu siang

Sos Tomato-Based - Peminat pasta (sos tomato) kena pekena makanan kegemaran korang tu awal sikit sebab makanan tomato-based menyebabkan refluks asid dan pedih ulu hati (heartburn).

Soy - Penggemar produk berasakan soya seperi kicap, tofu, miso, dan sos teriyaki perlu dikurangkan kerana Soya mempunyai Tyramine yang tinggi

Teh Ginseng - Tak dinafikan teh herba sangat bagus untuk tidur, tapi lain pula kisahnya dengan teh ginseng, kerana ia bertindak sebagai peransang. Mungkin ada yang tidak merasainya, tapi ia sebenarnya menyebabkan insomnia dan hypertension. 


Nasib baik makanan favourite aku tak ada dalam senarai tu, tapi kenapa still ada masaalah tidur?




-zuan-
p.s : minggu ni dan minggu depan mungkin menjadi minggu busy untuk aku, so nak elakkan blog berhabuk, kena sediakan draft banyak-banyak lol  >

Sunday, 16 October 2011

> Jejalan : Cable Car Langkawi

HOlla Peeps,

Selain dari Island Hopping, salah satu daya penarik pelancongan di Langkawi, Langkawi Cable Car!!! Terletak di Oriental Village dan hanya mengambil masa 30 minit memandu dari pekan Kuah dan 15 minit jika dari Langkawi International Airport.. Anda boleh menaiki kable car dengan hanya RM30 (ada my card? Boleh dapat RM15), murah kan?


Sebelum ke Cable Car, korang akan lalui kawasan kedai yang jual cendera hati, kedai makan, dan banyak lagi..

Nak jadi abang tuff? Contact dia..hehe

Jumpa di atas!!!

View dari dalam Cable Car pada sekitar pukul 10 lebih pagi

Setibanya di Station2 : Kitorang skip station1 sebab tempat view station1 kecil, view station2 lebih besar

Pemandangan dari atas jika tiada kabus

p.s malangnya hari kami ke sana, banyak kabus, jadi pemandangan bawah agak kabur

Abang tour guide dan abang tuff sedang berehat..


p.s lihat background, agak berkabus, korang akan nampak view laut dan pokok-pokok dari situ

Agak tinggi ketinggian Station2,
700 Meter dari paras air laut..

Mr Photographer sedang berbangga bergambar di notifikasi ini

Alright, dekat station2 ni ada 2 platform, untuk ke platform 2, kena melalui jambatan di gambar diatas,
Pada yang gayat dengan ketinggian, jangan risau sebab ini bukan jambatan gantung..

Perjalanan ke platform 2

Keadaan berkabus.. (dah tengah hari waktu ni, lebih kurang pukul 12)

Nak ke platform 2 kena bayar tol dekat Abang Kawasan dulu #LOL

Pemandangan Sky Bridge dari platform2..

p.s Dikatakan jambatan ni sangat thrill!!! Ketika berjalan diatasnya, jambatan akan bergoyang sebab dia hanya tergantung di atas tiang.. 

Malangnya disebabkan berkabus dan licin, kawasan ini ditutup pada hari tersebut..


p.s motif aku ke kable car ni nak rasa thrill Sky Bridge, malangnya ditutup..

sedikit kecewa di dalam hati aku sebab tak dapat rasa thrill dekat jambatan tu


p.s view dari dalam kable car 

So, bye-bye Sky Bridge, bye-bye Cable Car.. 


p.s perjalanan turun ke bawah

Sampai sini je la tour guide aku untuk korang semasa percutian aku di langkawi.. Untuk lebih info mengenai perkhidmatan Cable Car, boleh rujuk di sini


-zuan-
p.s : banyak lagi tempat-tempat menarik untuk dilawati di langkawi, antaranya Island Hopping yang telah aku ceritakan di entry lepas

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...