HOlla Peeps,
Holiday, sapa tak suka an? Dan untuk holiday yang best, kena la buat
perancangan teliti dan bajet kewangan yang mencukupi.. Jangan jadi macam aku, plan pun tak de jadi Plan B la kot. Duit pula? Ngam-ngam je untuk tambang, tiket semua, makan and buah tangan? Tak cukup duit nak beli
#LOL
Entry kalini aku nak
bercerita pengalaman menaik aku di Langkawi (
"eleh aku pn pernah gi langkawi, kecoh r mamat ni"), so dalam masa yang sama, aku perkenalkan Labels '
Jejalan' khas untuk traveling guide kepada korang..
Bila ke Langkawi, tak lengkap rasanya tanpa touring
Island Hopping! Last year aku ada ke Langkawi, tapi tak merasa Island Hopping ni, so memang rasa empty dan kurang complete je bila balik.. Last week (
holiday lagi?), dapat juga rasa Island Hopping! Yeay!!! Best? Pada pecinta alam dan yang suka mandi-manda seperti aku,
syok ar..
 |
Tempat berkumpul sebelum naik boat |
Apa pulau yang korang akan pergi semasa Island Hopping ni?
- 1st pulau yang korang akan pergi adalah Pulau Dayang Bunting (Lake of the Pregnant Maiden Island) adalah pulau yang dipercayai mempunyai kesan ajaib kepada wanita subur.
 |
Pandangan Pulau Dayang Bunting dari jauh |
 |
Sampai je ke pulau Dayang Bunting, korang akan disambut oleh
'penyambut tetamu' yang sangat suka akan makanan
p.s pegang elok-elok beg tu ya |
 |
Kena jalan (jungle tracking) selama lebih kurang 5 minit untuk sampai ke Tasik Dayang Bunting, jangan risau sebab ada tangga disediakan, dan watch your steps, nanti terjatuh pula.. |
 |
Tak ada lifeguard yang akan selamatkan atau pantau keadaan korang kalau lemas kat sini,
so pada yang tak pandai berenang tu, jangan la menggatal kaki nak berenang, untuk langkah keselamatan, pakai Life Jackets.. |
 |
Tekun membaca sejarah Pulau Dayang Bunting,
korang tau tak sejarah dayang bunting ni?
|
 |
Dipercayai sebelum ni ada Bunian Wanita dan Bunian Lelaki mempunyai hubungan dan mendapat anak, tapi selepas dilahirkan, anak itu meninggal selepas berusia 7 hari, jadi si ibu menyemadikan anaknya di dalam tasik itu, sempena memperingati peristiwa it, pulau itu diberi nama Pulau Dayang Bunting |
- Kemudian ke kawasan kepulauan kecil yang mempunyai pemangandan cantik sambil melihat burung helang beterbangan di udara mendapatkan buruanya (p.s aku angkat lengan tangan dengan harapan ada yang hinggap kat lengan tangan aku..lol tapi jangan tiru aksi aku tu, bahaya!).
 |
Abang Tour Guide kitorang yang kacak... |
 |
Kira ada berapa banyak Burung Helang? |
 |
Nampak kelajuan si helang tu menangkap mangsanya?
|
- Destinasi terakhir adalah Pulau Beras Basah, pulau tropical yang santai dan korang boleh menghabiskan masa lapang anda dengan berenang di dalam air yang jernih dan baring di pasir yang putih. Masa untuk mandi-manda adalah lebih kurang sejam.. Waktu ni, konfirm lapar, tapi jangan risau sebab ada kedai yang menjual makanan di situ.
 |
Pandangan laut dari tempat kitorang bersantai |
 |
5 daripada 6 yang terlibat dalam tour kalini |
 |
ok abaikan yang bajet tuff tu.. #LOL |
*gambar-gambar tak pakai baju semasa mandi manda banyak di Pantai Beras Basah ni, disebabkan ada readers dikalangan perempuan, jadi atas dasar hormat pada mereka gambar-gambar tu di filter..
Masa yang korang akan spend untuk Island Hopping adalah lebih kurang 3 jam.. So 3 jam tu mungkin kejap, sebab fun dan trust me, abis je trip ni, konfirm penat dan nak baring tidur di hotel..
 |
"Sampai sini dulu tour guide aku dalam Labels Jejalan untuk kalini, kita ketemu lagi di entry akan datang.. Sayonara~"
|
-zuan-
p.s : boleh jadi tour guide tak? hehe
aku perasan ramai yang masih tak tau mana satu aku pada entry lepas, hmm teka-teka je la smpai korang perasan mana satu aku huhu