HOlla Peeps,
Selain dari
Island Hopping, salah satu daya penarik pelancongan di Langkawi, Langkawi Cable Car!!! Terletak di Oriental Village dan hanya mengambil masa 30 minit memandu dari pekan Kuah dan 15 minit jika dari Langkawi International Airport.. Anda boleh menaiki kable car dengan hanya RM30 (
ada my card? Boleh dapat RM15), murah kan?
 |
Sebelum ke Cable Car, korang akan lalui kawasan kedai yang jual cendera hati, kedai makan, dan banyak lagi.. |
 |
Nak jadi abang tuff? Contact dia..hehe |
 |
Jumpa di atas!!! |
 |
View dari dalam Cable Car pada sekitar pukul 10 lebih pagi |
 |
Setibanya di Station2 : Kitorang skip station1 sebab tempat view station1 kecil, view station2 lebih besar |
 |
Pemandangan dari atas jika tiada kabus
p.s malangnya hari kami ke sana, banyak kabus, jadi pemandangan bawah agak kabur |
 |
Abang tour guide dan abang tuff sedang berehat..
p.s lihat background, agak berkabus, korang akan nampak view laut dan pokok-pokok dari situ |
 |
Agak tinggi ketinggian Station2,
700 Meter dari paras air laut..
Mr Photographer sedang berbangga bergambar di notifikasi ini |
 |
Alright, dekat station2 ni ada 2 platform, untuk ke platform 2, kena melalui jambatan di gambar diatas,
Pada yang gayat dengan ketinggian, jangan risau sebab ini bukan jambatan gantung.. |
 |
Perjalanan ke platform 2 |
 |
Keadaan berkabus.. (dah tengah hari waktu ni, lebih kurang pukul 12) |
 |
Nak ke platform 2 kena bayar tol dekat Abang Kawasan dulu #LOL |
 |
Pemandangan Sky Bridge dari platform2..
p.s Dikatakan jambatan ni sangat thrill!!! Ketika berjalan diatasnya, jambatan akan bergoyang sebab dia hanya tergantung di atas tiang.. |
 |
Malangnya disebabkan berkabus dan licin, kawasan ini ditutup pada hari tersebut..
p.s motif aku ke kable car ni nak rasa thrill Sky Bridge, malangnya ditutup.. |
 |
sedikit kecewa di dalam hati aku sebab tak dapat rasa thrill dekat jambatan tu
p.s view dari dalam kable car |
 |
So, bye-bye Sky Bridge, bye-bye Cable Car..
p.s perjalanan turun ke bawah |
Sampai sini je la tour guide aku untuk korang semasa percutian aku di langkawi.. Untuk lebih info mengenai perkhidmatan Cable Car, boleh rujuk di
sini
-zuan-
p.s : banyak lagi tempat-tempat menarik untuk dilawati di langkawi, antaranya Island Hopping yang telah aku ceritakan di entry lepas