HOlla Peeps,
Entry kalini aku nak bercerita mengenai seorang individu yang hebat yang pernah aku present mengenai kehebatan beliau di hadapan pelajar kelas BEL aku.
Pernah melihat atau terjumpa dengan pelukis buta yang mampu melukis melebihi tahap imaginasi yang anda semua bayangkan? Perkenalkan Esref Armagan, seorang pelukis dai Turkish yang dilahirkan tanpa keupayaan melihat, tetapi mampu melukis sesuatu yang nyata yang tak pernah dilihatnya. Menggunakan Oil Paints sebagai alatan utama untuk melukis dia telah membuktikan kepada dunia yang orang buta mampu boleh melukis.
Berikut adalah hasil lukisan beliau :
Kagum bukan? Dia tidak pernah mendapat latihan atau bantuan dari mana-mana pelukis profesional untuk berkarya.
Caranya?
Memegang / menyentuh objek yang ingin dilukisnya, kemudian menghafal dan membayangkan bentuknya menggunakan teknik mental image (berbeza konsep dengan photographic memory kerana mental image memerlukan si pengguna membayangkan apa yang ingin diingatinya)!
Kemudian dia akan melakar apa yang di imaginasinya, dan ketika proses melakar ni, dia perlukan suasa tenang dan sunyi untuk mengelakkan tumpuannya lari. Kemudian selepas berpuas hati dengan sketch yang dilakukannya, dia akan mulakan proses mewarna.. Esref akan menggukanan satu warna pada satu masa, salepas diwarnakan, dia akan menuggu sehingga 2-3 hari sehingga warna yang digunakannya tadi betul-betul kering sebelum mengenakan warna seterusnya.
Apa pengajaran yang menarik yang boleh dipelajari dari Esref?
Walaupun kurang upaya untuk melihat, dia membuktikan, kekurangan keupayaan merupakan anugerah dari Pencipta yang perlu digunakan sebaik mungkin. Dia tidak mengharapkan orang lain untuk mencari rezeki, kerana menggunakan bakat yang ada untuk dijaadikan lubuk mencari rezeki.
-zuan-
p.s : kesebukkan melanda, sorry tak dapat nak blogwalking sangat beberapa hari ini..