Tuesday, 29 November 2011

> Dinner Night : Smart and Elegant

HOlla Peeps,


Pada hari Jumaat malam Sabtu yang lepas, bersamaan 25 November 2011, berlangsung Majlis Malam Anugerah Kecermelangan Akademik FSKM 2011 di Dewan Sri Semarak UiTM Perlis bagi menghargai dan memberi anugerah kepada mereka yang mendapat 3.50 pointer keatas disamping merapatkan hibungan sesama siswa dan siswi didalam satu majilis! Hoho UiTM Dihatiku beb!! (",) Bertemakan Smart and Elegant so kena la dress ala-ala James Bond pada malam tu.. 

JOm tengok beberapa gambar yang telah berjaya disnap dari persediaan sehingga malam dinner tu,


Mr President Bersama Yang Lain Di Petang Hari Untuk Persiapan Dewan

Kepoyoan Aku Terserlah Pada Petang Tu

Berkumpul Di Luar Dewan  Pada Malam Hari, Sebelum Masuk Ke Dalam Dewan

2 Host Pada Malam Itu Yang Sangat Petah Berbicara

Ucapan Dr Naimah Ketika Perasmian Majlis

Sketch Untuk Perasmiah Majlis, BOND Melindungi Dr Daripada Dibunuh Pembunuh Upahan

Dr Menembak Ke Screen Untuk Merasmikan Majlis

Antara Tetamu VIP Yang Hadir Pada Malam Itu 

Antara Persembahan Yang Diadakan Ketika Tetamu Menjamu Selera 

Penyampaian Anugerah Kepada Mereka Yang Mendapat Anugerah Dekan

p.s bila la aku dapat merasa naik atas tu

Pemilihan Prom King dan Prom Queen

Secara Tak Sengaja, Aku Terselit Kat Atas Tu..

Dr : "Siapa Nama?"
Aku : "My Name is ......! And I'm A Terrorist!!!"

Hahahaha! Mungkin Ni Sebab Aku Tak Menang Prom King

p.s tapi aku berjaya menaik crowd sebanyak mana berjaya ditarik oleh Prom King  #LOL cuba lagi next semester

BOND Yang Menyelamatkan Dr Pada Awal Tadi Menjadi Prom King,
Untong La Dapat Patung The Smurf  Huhu

Muka Aku Frust Sebab Tak Menang Prom King #LOL

Bergambar Bersama Classmates

Candid!

Walaupun Aku Tak Menang Prom King,
Tapi Dapat Bergambar Dengan Prom Queen Pun Jadi La Kan?

Aku dan Mr Muscle Bergambar Dengan Ex Prom Queen,
Tahun Ni Dia Pun Tak Menang Prom



Konklusinya, aku sangat enjoy dinner malam tu, thanks to Mr President for a good sketch, good management, good in everything that he and other handle.. Thanks (",)


-zuan-
p.s : starting esok sampai hari sabtu, aku akan busy bersama classmate yang lain sebab kena handle Karnival ICT kat UiTM Perlis, so siapa ada kelapangan dan ada berdekatan, boleh la datang ke Karnival ICT kitorang yang akan berlangsung dari hari khamis ni bersamaan 1 December sehingga 3 December bertempat di dalam Mushroom UiTM Perlis, mai jangan tak mai.. Disamping  tu, ada gak pertandingan programming dan multimedia yang akan berlangsung di Dewan Sri Semarak yang akan disertai oleh ramai pelajar Universiti~

Monday, 28 November 2011

> Movie Review : The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 1

HOlla Peeps,


The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 1

"Forever is only the beginning" 

Edward dan Bella melansungkan perkahwinan mereka dan kemudian pergi berbulan madu di sebuah pulau. Kemudian setelah Bella didapati hamil, puak Quileute menutup harapan kepada Edward dan Bella yang mengimpikan menjadi ibu bapa kepada anak yang belum dilahirkan kerana ia menimbulkan ancaman kepada Wolf Pack penduduk bandar Forks.

Kenapa filem ini perlu ditonton?

  • Ia sebuah filem bergenre aksi + romantis + fantasi yang sangat hebat kerana mempunyai plot cerita yang tersusun dan menarik.
  • Ia diadaptasi dari novel popular Twilight.
  • Mempunyai 3 pelakon hebat, Kristen Stewart, Robert Pattinson and Taylor Lautner yang berjaya menghidupkan filem ini dengan watak-watak yang mencabar.
  • Mempunyai mesej yang lebih kepada percintaan kepada pasangan, kesetiaan kepada yang disayangi dan pengorbanan terhadap apa yang kita sayangi. Bermaksud jika kita sayangi seseorang, kita perlulah berkorban untuk menunjukkan sayang kita.
  • Pengarah filem ini, Bill Condon tidak pernah mengarah filem-filem Twilight sebelum ini, dan hanya terlibat dengan pengarahan Part1 dan Part2 ini sahaja.
  • Pada yang mengimpikan honeymoon yang indah dan romantis, ini sebuah filem romantis yang perlu anda tonton. 
  

RATING : 7/10 (Aku kurang berpuas-hati dengan penamat cerita ini, dimana dia tidak berapa menerangkan beberapa scene yang berlaku, jadi aku mengharapkan part2 memberi jawapan persoalan aku)


-zuan-
p.s :  salam maal hijrah lagi kepada semua, mari berhijrah kepada insan yang lebih baik insyaAllah (",) 

Sunday, 27 November 2011

> Ketatnyeeeee~

HOlla Peeps,


"Cuci mata-cuci mata~"

"Perhhhhh~ mantap laaaaaa!!!!"

"kau tengok longkang dia, perghhhhh!!!!"


Ops, terbiasa dengar ayat diatas? Selalu dilafazkan lelaki yang gatal-gatal (yang jenis 'aku suka sex') ketika melihat tubuh badan yang cantik dan umphhh~ dari si gadis yg sexy-sexy.. Adoi, mak tak cukup bagi duit kat kamu ke untuk beli baju ke sampai pakai baju saiz budak-budak ni? Atau boss tak bayar gaji sampai kain pun kurang ni?


Girls, please dont dress like this!!!



Sebagai seorang abang kepada seorang adik perempuan yang masih lagi di peringkat pembesaran, aku tulis entry ni khas untuk dia dan gadis-gadis di luar sana (termasuk my future wife) untuk mengingatkan korang semua mengenai pentingnya menjaga aurat.


and boys, dont motivate girls to dress sexy


Berikut adalah beberapa petikkan dari topik yang dibincangkan oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzhilah Kamsah mengenai HUKUM MENUTUP 'AURAT - WANITA ISLAM.  
  • Berkaitan dengan hukum menutup aurat wanita secara jelasnya telah dinyatakan oleh Allah Taala dalam Al-Quran sebagai satu perintah dan kewajipan yang harus dilaksanakan oleh hambaNya yang mukminah mengikut keadaan dan situasinya yang tertentu. Adalah menjadi satu kemestian "WAJIB" bagi setiap wanita akur dengan perintah Allah untuk memakai pakaian yang menutup seluruh badan kecuali muka, tapak tangan dan tapak kaki tanpa banyak alasan yang tidak ikhlas dan jika perlu termasuk juga mukanya.
  • Sesetengah kaum wanita mungkin tidak menyedari bahawa diri mereka bersifat menggoda terhadap lelaki, Fizikal mereka yang dijadikan oleh Allah kelihatan cantik, menarik dan menawan serta merangsang nafsu syahwat lelaki. Walaupun wanita tidak pun menggoda lelaki tetapi keadaan dirinya yang istimewa itu menyebabkan lelaki tergoda . Manakala lelaki pula mempunyai berbagai peringkat dan kedudukan biologinya, ada yang kuat nafsu syahwatnya dan ada yang sederhana. Keadaan inilah mewajarkan wanita menutup aurat mereka seperti yang diperintahkan.

Sangat bagus topik yang dibincangkan beliau, banyak isi di dalamnya, untuk petikkan penuh mengenai topik yang dibincangkan korang boleh ke sini..


You know what? 

Aku salute one of my classmate, badan dia kecil je aku nampak (aku bukan petapa gatal yang skodeng gadis-gadis), dan aku rasa she maybe good with S or M size untuk baju, last semester bila buat tempahan baju koperat for our Faculty Science Computer kan, she ask for size XL (the biggest one la senang cerita).. Dia kata "lagi besar baju tu, lagi bagus" sambil senyum (",)

Kenapa dia kata lagi besar lagi bagus? Maksudnya dia tak suka tunjukkan susuk tubuh badan dia dekat lelaki, dan dia mengikut perintah Allah iaitu menutup aurat. Selalu apabila ke kelas dia akan bertudung labuh sambil memakai sweater, she's a good girl!!!


#justgoogleit

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung". 
Surah An.Nuur (31)

#kesalahanpemakaian (klik untuk pembesaran)

#asEasyAsABCActually

Sesungguhnya Islam telah menetapkan garis panduan yang sempurna untuk umatnya, dan kita, janganlah terlalu mengikuti fesyen dari barat yang sudah tentu melanggar apa yang sepatutnya kita ikuti dan tidak menutup aurat seperti yang disarankan oleh Islam dan seperti yang diperintahkan oleh Allah S.W.T.




-zuan-
p.s : semalam kepenatan sangat selepas dinner dengan faculty, nasib baik aku dah simpan entry ni dalam draft, so aku schedulekan je harini.. insyaAllah kalau sempat, aku blogwalking ke blog-blog korang.. HAPPY WEEKEND(",) 

Saturday, 26 November 2011

> Jom Berhijrah!

HOlla Peeps,


Terbaca entry daripada "CTK : Bersedia berdepan 1 Muharram 1433H ?" dan "Onie : Awal muharam(Maal Hijrah)" membuatkan aku tertarik untuk membuat entry mengenai Awal Muharram ataupun Maal Hijrah yang akan kita sambut pada esok hari (27/11/11 bersamaan 1 Muharram 1433 Hijrah) insyaAllah. 


Salam Maal Hijrah Kepada Semua


Bagi yang non-muslim dan untuk mengingati yang lain, sambutan Maal Hijrah ini adalah untuk menandakan peristiwa penting dalam dalam Sejarah Islam, iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W. dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah. (sumber) Ia juga merupakan hari keagamaan dimana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid. 


Berikut adalah Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun : 

# Doa Akhir Tahun : Dibaca Selepas Solat Asar

# Doa Awal Tahun : Dibaca Selepas Solat Maghrib

Kalau New Year orang tanya "Apa azam kau tahun ni?", Maal Hijrah pula? Apa pengorbanan anda tahun ini dan apa yang anda sanggup berkorban untuk tahun hadapan? 

Pada wanita-wanita di luar sana, harap anda berhijrah dari segi penampilan dan pemakaian, cukup-cukup lah menyiksa mata si lelaki yang begitu lemah iman mereka dengan memakai pakaian yang ketatnyeee~ (Rujuk entry pagi tadi)

Selamat Beramal..


-zuan-
p.s : insyaAllah esok ada ceramah agama di UiTM arau mengenai Maal Hijrah, tak pasti boleh di sertai oleh orang luar atau tidak..
terima kasih kepada Rosalia Huda, penulis blog ..The End Of The Story..;), atas review anda mengenai saiazuan blog.. trima kasih banyak-banyak! Apa lagi, jOm serbu blog beliau!!! (",)  

Friday, 25 November 2011

> Tempat Makan Best : Demi Nasi Kandar

HOlla Peeps,


"Arghhhh I WANNA EAT MEAT!!!!"

Macam tu la jeritan batinku (atau lebih tepat jeritan perutku kelaparan) ketika di dalam kelas Digital Electronics petang semalam..


"Apa Puan ajar ni? Tak paham..."

Waktu lapar, kalau ajar 1+1 pun otak aku blank, ni la akibatnya kalau tak lunch, kelas petang confirm tak boleh nak fokus.. Habis kelas je, aku ngan Ame terus ke kedai makan untuk pekena Nasi Kandar kat Restoran Yasmin! Fuhhh Ame je tau perasaan aku time Q nak order nasi tu, 30 minit kitorang beratur semalam! 


"Awat lama sangat?"

Malangnya time kitorang ke Restoran Yasmin, nasi habis!!! Disebabkan lapar dan 'ketagih' dengan 'dadah' yang dimasukkan di dalam nasi kandar tu, aku beratur dan tunggu selama hampir 30 minit kat situ. Pada yang tak tau, Restoran Yasmin ni berkonsep mamak yang baru dibuka di Arau Perlis (Back to Student Life) dan buat masa ni fokus pada Nasi Kandar!  


Jangan main-main dengan kesedapan Nasi Kandar dekat Yasmin ni, orang beratur sebegini panjang nak pekena nasi ni

"Sodap wei~"

Ame berselera makan sampai tak perasan aku snap gambar dia pakai phone murah aku LOL


So pada yang belum pekena Nasi Kandar kat Yasmin ni, mai hit kat Arau (Kalau korang kat Mesir tu, jangan la mengada-ngada nak fly mai sini pulak)! Harga? Murah dan berpatutan! Nasi Extra + Ayam, baru RM5.20 (Air kosong sudah dah la kan?).. 

Tapi memang serius sedap la Nasi Kandar dia, aku lepas ni tak perlu ke Penang kalau nak pekena nasi kandar, sebab ia sudah ada di Arau.. 


Ops, blogger Sara kata dia ada ternampak aku tengah hari tu (time tu aku lepak minum je, tak makan) tapi, 

"awat hang tak tegur den? Nextime kalau terjumpa aku, tegur-tegur la ye, aku tak makan orang hehe"



-zuan-
p.s : malam ni aku ada dinner dengan Bits bertemakan "Smart and Elegance" so gua kena dress mcm James Bond la huhu.. Tak dapat nak online sangat malam dan petang ni, so happy Friday peeps (",) 

Thursday, 24 November 2011

> Tech Thursday : Future Concept

HOlla Peeps,


Lagi 5 tahun, atau mungkin 10 tahun akan datang, semua manusia akan bergantung dengan teknologi (di saat itu harga komputer mungkin semurah harga sesuap nasi).. Tidak mustahil semua apa yang kita lihat didalam filem animasi mahupun filem sci-fi terjadi. Ketika itu, telefon bimbit senipis kad pengenalan, kereta pula berbagai bentuk, manusia tidak lagi perlu berkejar-kejar ke mana sahaja mereka ingin pergi kerana segala urusan boleh diselesaikan di hujung jari.

Kita tak lagi perlu beratur panjang untuk membeli tiket wayang (scan je QR code tu), tak lagi perlu lagi berkejaran untuk ke meeting, tak lagi perlu menghabiskan minyak untuk membeli barang dapur, tak perlu menggunakan tenaga yang banyak untuk membuat makanan, kita tak perlu lagi menunggu keputusan medical checkup yang lama daripada doktor, tidak perlu masa yang lama untuk ke satu destinasi kerana sudah pasti kenderaan ketika itu semakin laju dan percaya atau tidak teori teleportasi mungkin sudah menjadi kenyataan.

Yang rabun tidak lagi perlukan cermin mata atau lenses, kita mungkin sudah punya sebuah robot di rumah yang akan membuat semua kerja rumah untuk kita, kita tidak lagi perlu menjaga anak kecil kita kerana robot akan mengawasi mereka, ketika ini robot adalah kawan baik kita (kanak-kanak mungkin tidak tau apa Apple yang sebenar).


#MicrosoftVision

#AvatarScreen
Semuanya adalah konsep, tetapi secara logiknya dan secar teorinya, semuanya didalam proses pembuatan. Lihat sahaja Jepun, teknologi mereka sudah mengatasi negara-negara Eropah. Jadi tak mustahil semua ini akan terjadi bukan? Dikala teknologi semakin murah dan senang dicari, ramai semakin berkejaran mendapatkan teknologi terkini untuk dipertontonkan kepada dunia.


*search video "Productivity Future Design" di oyutube kalau tak dapat tengok video yang aku sertakan ni 



Hayati lirik ini :


Twisted Logic by Coldplay



-zuan-
p.s : ada reader yang request aku buat review mengenai android, insyaAllah akan diusahakan review itu walaupun aku bukan pengguna android.. 

Wednesday, 23 November 2011

> WW : Go Call Her

HOlla Peeps,


#love


-zuan-
p.s : call her now (if you are far away from her), go hug her, kiss her.. tell your mom that you love her.. she's our first love in this world... 

Tuesday, 22 November 2011

> Bahang Kemenangan

HOlla Peeps,


Kemenangan Malaysia ke atas Indonesia melalui sepakkan penalty pada malam tadi menganugerahkan satu pingat emas kepada skuad Malaysia pada Sukan Sea kali ini.. Tahniah skuad Harimau Malaya!!! We Are The Champions!!!

Macam biasa la kan, kalau dah bola tu memang tak sah kalau tak tengok dekat kedai walaupun ada siaran langsung di kaca tv di rumah, aku dan beberapa orang classmate aku ke Restoran Singgah Rasa Utara dekat kawasan C-Mart Arau, Perlis untuk rasakan bahang perlawanan akhir Malaysia menentang Indonesia.

Tak berapa banyak sangat gambar yang berjaya aku tangkap sepanjang perlawanan itu berlangsung (pakai kamera phone je kan.. mana la cantik gambar.. #LOL)

Jaringan kemenangan Malaysia yang dijaringkan oleh BADDROL BAKHTIAR

Aku bersama 2 daripada 4 classmate aku yang menonton bersama perlawanan ini pada malam semalam. Terpaksa pulang awal (tak de la melepak lepas match) kerana banyak kerja yang perlu diselesaikan.

Suasana di Singgah Rasa ketika meraikan kemenangan Malaysia


Keputusan penuh, Malaysia 1 (4) : Indonesia 1 (3)

Man of The Match? Seluruh pemain yang bermain bermati-matian dan bersunggunh-sungguh tanpa mengenal erti putus asa walaupun ketinggalan 1-0 di awal perlawanan, tetapi mereka kembali mengikat perlawanan sehingga masa tambahan adalah Man of the Match pada malam tadi! Terima kasih kepada mereka yang di sebalik tabir yang memberi taktikal dan training pemain-pemain kita sehingga tahap yang memuaskan! Tahniah Malaysia!!!



-zuan-
p.s : tak dapat cuti ke? malas tul nak ke kelas..hehe 

Monday, 21 November 2011

Hubungan Sejenis


HOlla Peeps,

#justGayIt


Apakah yang sebenarnya telah terjadi??? Mereka sengaja berlakon gay? Ataupun memang Gay? 

Apakah semakin kurang wanita di luar sana? Ataupun wanita sukar untuk didampingi?? 

Best sangat ke buat hubungan macam ni???


#DiambilDariFacebook

(tiada niat nak mengaibkan mereka)

Yeah dan semakin banyak persoalan yang ingin ditanyakan kepada mereka yang mempunyai hubungan songsang macam ni, "Ya Allah, pimpinlah mereka ke jalan yang benar!!!"

Masih ingatkah korang dengan apa yang terjadi pada kaum Nabi Luth A.S.?

Hampir keseluruhan kaum Nabi Luth (rasul kepada satu kaum yang mendiami sepanjang timur laut (Dari Israel Yordania)Laut MatiIbukota Sodom terletak di Utara BasinLaut Mati) mengamalkan gaya hidup songsang, iaitu melakukan hubungan kelamin (sex) sesama sejenis iaitu lelaki dengan lelaki. Perbuatan ini merupakan sesuatu penyelewengan fitrah yang amat buruk. Nabi Luth telah menyeru mereka untuk menghentikan perbuatan tersebut disamping menyampaikan seruan-seruan Allah, tetapi mereka mengabaikannya dan malah mereka mengingkari kenabiannya. Akhirnya, kaum Nabi Luth dimusnahkan dengan bencana yang sangat mengerikan dan dahsyat. Kejadian ini berlaku pada kira-kira tahun 1800 sebelum Masihi. (wiki Nabi Luth a.s.)

#justgoogleit
Bencana yang telah diturunan keatas kaum Nabi Luth akibat mengadakan hubungan songsang

Sungguh dasyat bencana yang telah Allah turunkan kepada mereka yang ingkar apa yang ditegah oleh agama kita. Sudah banyak yang Allah telah tunjukkan, masih tidak takutkah kita dengan apa yang kita telah lakukan? Kembalilah ke pangkal jalan saudaraku, "Plenty of other fish in the sea" (quotes from 500daysofsummer) masih ramai perempuan di luar sana, tak pelu la menjalinkan hubungan sama jenis.


-zuan-
p.s : apa buat weekend haritu? 

Sunday, 20 November 2011

> Berpegang Pada Prinsip

HOlla Peeps,


Aku nak share something malam ni, ia adalah satu prinsip hidup yang dipegang oleh bekas Perdana Menteri kita Tun Dr Mahathir Mohamad, satu prisip hidup yang bagus untuk dipegang jika kita ingin menjadi seorang pemimpin yang hebat seperti dia di masa hadapan insyaAllah.



"Prinsip saya, jika nak buat sesuatu, saya tidak akan beritahu pada sesiapa pun kecuali ia betul-betul memerlukan pandangan. Ini kerana jika kita sudah berjanji tetapi tiba-tiba kita tidak dapat tunaikan maka orang akan cakap kita mungkir janji. Jadi saya tidak buat janji. Jadi kalau apa yang saya nak buat terpaksa ditangguhkan ataupun bertukar fikiran tidak mahu buat, orang tidak akan boleh mengatakan kepada saya yang saya mungkir janji. Kerana itu keputusan bersara dari jawatan Perdana Menteri itu dulu saya tidak bercerita pada orang lain. Contoh, kalau saya kata tahun depan saya hendak berhenti tetapi tidak berhenti, nanti orang sudah tidak percaya pada saya lagi. Sebab itu saya mengambil kesempatan untuk beritahu kepada semua (di hadapan semua orang secara terbuka) sebab apabila saya sudah umum begitu, saya sudah tidak boleh undur lagi dah. Dan tiada siapa pun boleh halang keputusan saya." (source)

Sangat menarik prinsip yang dipegang beliau, mampu mengelakkan janji dari dimungkiri. Ye la bukankah kita selalu mugkir janji? Kita sebagai manusia sering kali terlupa atau tidak perasan yang kita telah membuat sesuatu janji kepada beberapa pihak yang mana sering kali gagal dilaksanakan oleh kita. 


-zuan-
p.s : cerek dekat rumah sewa aku rosak, so badan aku kurang air.. adoi bergantung kat air kosong di kedai makan je.. huhu 

Saturday, 19 November 2011

> Ops

HOlla Peeps,


Merujuk kepada entry aku yang lepas, aku ada menyebut mengenai penggunaan iframe dalam blog. Aku ingatkan ramai yang sedia maklum dengan iframe, rupanya ada yang tak tahu rupanya apa itu iframe, so special request dari beberapa blogger, entry ni mengenai iframe (eh ada yang terasa dia menggunakan iframe dalam blog? Sorry, ni bukan entry menghentam blogger yang menggunakan iframe, ia entry yang berbentuk informasi. Jadi kalau terasa pedas tu, sendiri cari air la ye). 

Alrite, aku bukan pakar atau familiar sangat dengan iframe ni sebab ia berbau tak baik la kan, so buat apa nak get familiar with it kan? iframe ni dalam bahasa mudah, mencuri trafik orang lain menggunakan html code, ia seperti bertukar trafik dari domain utama ke subdomain yang lain dan subdomain ke domain utama (dipetik dari 2dayblogger)

Untuk lebih memahami konsep iframe ni, lihat picure yang dikepilkan dibawah,

#cikgudahlia

Untuk mendapat trafik seperti ini, memerlukan html code, macam mana bentuk code tu?


Ia biasanya dikepilkan di banner atau template. Macam mana nak prevent dari menjadi mangsa pengguna iframe? Berhati-hati ketika exchange atau meletakkan kode ke dalam blog anda, caranya adalah dengan memerhatikan kod di atas, pada src tu akan diletakkan / ada url pengguna iframe ni. Jadi elakkan dari menggunakan kode seperti diatas. iFrame juga melembabkan loading blog anda, jadi kalau blog tu load lembab je, ada kemungkinan mempunyai kode iframe (mungkin tak juga la).


Pendapat salah seorang otai mengenai penggunaan iframe ni.

#broframestone

Jadi korang dah faham kan secara umum yang penggunaan iframe ni adalah mencuri trafik(tapi ia berbalik kepada niat asal jugak, kalau niat untuk share, tak apa la kot?). Ia seperti mencuri wifi jiran tanpa pengetahuan si pemilik untuk menjual sesuatu produk secara online, jadi mengikut pengetahuan dan pendapat anda, halal atau haram income hasil jualan produk yang peroleh tu?

Untuk lebih maklumat mengenai iframe ni boleh google 'iframe' atau tanya kepada blogger yang lebih otai.. Peace..


-zuan-
p.s : tak banyak sangat knowledge aku mengenai kod iframe ni, unsyaAllah kalau ada pengetahuan tambahan akan dikongsi pada entry-entry akan datang. 

> Tips Mendapatkan Income Dari Blog

HOlla Peeps,


Tersoal, terpersoal, dan disoal mengenai income.. Begitulah diminda blogger dan readers mengenai income blogging dan cara mendapatkan income yang lumayan (Eh macam mana nak jadi jutawan internet???).. Hoyeah~ Tapi sebelum itu,

#justcashit

Apakah anda ikhlas blogging?

Apakah matlamat anda berblog? 

Apakah anda sayang pembaca blog anda? 

Apakah anda pentingkan kualiti dan ketepikan trafik?

Apakah anda 24/7 fikir pasal blog tanpa mengutamakan tanggungjawab utama anda?


Ops banyak soalan kantoi ni, macam mana aku nak share tips ni?

Ok la, pertama sekali, kena ikhlas blogblogging dulu, apa sebab korang blog? Kemudian tingatkan kualiti entry blog anda dan jangan terlalu biarkan blog anda tiada update (bersawang dalam bahasa mudah) untuk jangka masa lama. Rajin, rajin dan rajin update!!! Dapatkan target readers anda, dan biasanya pembaca ramai dikalangan pelajar diantara 18-23 tahun, means entry yang di tulis tu mesti la bersesuaian dengan mereka.

Rajin promote blog anda pada orang lain dan jangan sombong dengan blogger lain, fuhh aku pantang betul kalau ada blogger sombong yang tak reti nak tegur blogger lain. Jangan menipu untuk cepat naik, contohnya menggunakan code iframe (menjadi isu besar beberapa bulan lepas apabila ramai blogger mendapatkan trafik menggunakan taktik iframe). Nak berjaya kena la jujur kan? Kalau menipu, halal ke income yang kita dapat tu? Kena pandai dapatkan advertiser (pengiklan)! Dan lastly, banyak berdoa agar dimurahkan rezeki didalam bidang blogging ni. InsyaAllah berjaya!!!


Income blog tu adalah bonus kepada kita, 
kalau tak dapat ia bukanlah rezeki kita la..




-zuan-
p.s : agak-agak berapa banyak income blog aku? hehe aku bukanlah blogger otai atau blogger hebat dalam blogging ni, masih muda dan mentah dalam bidang ni. So income masih lagi seciput, tapi aku bersyukur dengan rezeki yang aku dapat setakat ini.. 

Friday, 18 November 2011

> Hantu Burger

HOlla Peeps,

Bila sebut pasal makanan je, burger yang akan cross dalam kepala aku dulu kenapa? Sebab aku lah salah seorang penggemar Krabby Patty En. Crab!! Mana nak beli? Bikini Bottom la, mana lagi..hehe most of my close friends mesti dah tau dan keep in mind yang kalau keluar ngan aku, mesti aku serbu kedai burger..#LOL

#justgoogleit

aku bayangkan aku adalah si span kuning,
sedang beterbangan dengan Krabby Patty~

Bila burger je mesti ramai bayangkan McD adalah the best kan? Think again coz there is the best and biggest burger in town yang kurang diambil perhatian dan kurang diketahui oleh penggemar burger~


Carl's Jr. is The BEST One!!!

#carlsKatMid


Satu statement yang membuatkan ramai pengemar burger dari McD, Burger King dan KFC ingin membunuh aku! Hoho mesti ramai pernah rasa Carl's an? Aik tak pernah rasa? Then korang kena gak rasa, sebab all of my friend yang aku bawak pekena burger Carl's ni jatuh hati dengan kelembutan, kesedapan, keaslian, kehangatan dan kebesaran (saiz) burger tu, dan sure kenyang punya kalau makan. Dengan kentang dia yang lagi sedap dari kentang yang dibuat junkfood lain..

Tak caya? Pergi pekena sekarang, setahu aku kat Mid Valley ada, kat Mines, dan kat Pavilion.. Lain tempat tak pernah perasan lak ada..


[Ada 2 penambahan tab pada blog ni selain tab work dan movie review
iaitu achievement dan about


-zuan-
p.s : aku mengidam nak makan carls sebenarnya ni, siapa nak belanja?  

> November Rain

HOlla Peeps,

#NovemberRain

Not everything that start with sunshine will keep shining until the end of the day, because rain may fall at the middle of the day.. Just like a November Rain that fall at the middle of the month.. For those who feels the rain, here a song for you, November Rain by Guns N' Roses.. Just let the rain falls, coz its a gift from Our Creator! Be thankful..



"November Rain"

When I look into your eyes
I can see a love restrained
But darlin' when I hold you
Don't you know I feel the same

'Cause nothin' lasts forever
And we both know hearts can change
And it's hard to hold a candle
In the cold November rain

We've been through this such a long long time
Just tryin' to kill the pain

But lovers always come and lovers always go
An no one's really sure who's lettin' go today
Walking away

If we could take the time
to lay it on the line
I could rest my head
Just knowin' that you were mine
All mine
So if you want to love me
then darlin' don't refrain
Or I'll just end up walkin'
In the cold November rain

Do you need some time...on your own
Do you need some time...all alone
Everybody needs some time... on their own
Don't you know you need some time...all alone

I know it's hard to keep an open heart
When even friends seem out to harm you
But if you could heal a broken heart
Wouldn't time be out to charm you

Sometimes I need some time...on my own
Sometimes I need some time...all alone
Everybody needs some time... on their own
Don't you know you need some time...all alone

And when your fears subside
And shadows still remain
I know that you can love me
When there's no one left to blame
So never mind the darkness
We still can find a way
'Cause nothin' lasts forever
Even cold November rain

Don't ya think that you need somebody
Don't ya think that you need someone
Everybody needs somebody
You're not the only one
You're not the only one



-zuan-
p.s : i got test tomorrow, wish me luck peeps..  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...