Tuesday 14 June 2011

> Movie Review : KL Gangster

HOlla Bloggers,

Dah tengok KL Gangster? Pada aq, ni salah satu filem Malaysia arahan Syamsul Yusuf yang perlu anda tonton tahun ini!!! Kenapa aq ckp macam tu? OK layan sinopsis ni dlu :


"Menceritakan kisah dari adik beradik yang terlibat dalam dunia gangsterism.Malek (Aaron Aziz) dipenjara selama lima tahun selepas dikhianati oleh geng sendiri yang dimulakan oleh Shark (Syamsul),saudara langkah dari gangster yang paling berpengaruh di Kuala Lumpur,King (Ridzuan Hashim). Malek yang menginginkan hidup normal selepas dibebaskan, ditarik kembali ke dunia yang ditinggalkannya setelah bertahun-tahun. Terutama kerana adiknya Jai (Adyputra) dipengaruhi oleh gangster dan memutuskan untuk bekerja untuk Shark membawa semuanya jadi dalam kekacauan."

Dengan durasi filem ‎selama 1 jam dan 21 minit, bergenre‎‎ Aksi, dan salah satu lagi filem produksi berjaya dari SKOP PRODUCTIONS, filem ini mampu meraih kejayaan besar dari segi kutipan dan anugerah (barangkali)! Kenapa aq cakap macam tu?

Storyline : Aq suka jalan cerita filem ni, dia tidak terlalu melalut panjang. Ia tersusun dan mudah difahami.

Humor : Komedi dah tak boleh diabaikan dalam sesebuah filem, sebab pada aq crita tu akan jd kosong tanpa komedi, dan dengan adanya Zizan, memang komedi menjadi walaupn keadaan tengah tegang.

Aksi : Aq bukanlah peminat filem aksi, tapi pada aq aksi gaduh dalam filem ni setanding dengan filem-filem aksi dari Hong Kong (Jackie Chan dan sebagainya).

Mesej : Sesuatu cerita perlu ada mesej yang ingin disampaikan kepada penonton, antaranya adalah tanggungjawab terhadap keluarga (walaupun Malik ni jahat pada awalnya, tp dia masih tak lupa akan mak dan adik-adiknya), Setia kawan, 'justice win at the end', dan banyak lagi.

Pelakon : Pilihan pelakon untuk cerita ni bagus pada aq, setiap karaktor berjaya dihidupkan, cuma pada aq, Syamsul tu patut fokus dengan directing je la, it would be better. Cuma lain kali kalau nk buat crita gangster2 macm ni, banyakkan lagi la pelakon tambahan sebab part fight tu terlalu fokus dekat main charactor dan mengabaikan pelakon tambahan (gangster kan besar? bukan patut ahli pun banyak ke?)

Lain-lain : Music untuk setiap aksi dan drama untuk crita ni sangat sesuai dan tersusun. Latar tempat shooting filem ini juga sangat baik, KL!!! Costume dan mekap pun ok, stiap karaktor nampak garang dan sepadan dengan pakain dan gaya rambut masing-masing


RATING : 8/10 (filem ni antara filem Malaysia paling best pernah aq tengok dan berbaloi tengok dua kali)


-zuan-
p.s aq slalu perbagaikan cara aq tulis movie review untuk memastikan setiap movie review aq menepati apa yang diinginkan pembaca.. next review > Super 8


13 comments:

  1. i'll be waiting for Super 8 review..=)

    ReplyDelete
  2. hehe..citer ni apik rase akan pecah dominasi ni..hehe

    ReplyDelete
  3. whoaaaa!!... Serious aku langsung tak setuju kalau nak kata aksi dia setanding dgn citer2 Jackie Chan. Jauh panggang dari api

    Jackie Chan has no equal, period

    ReplyDelete
  4. to mamu > aiikk~ tapi mmg ramai la yg ckp cite ni setanding dgn filem hongkong,.

    cett!! aku pon lom tgk lagi citer ni,.ha3

    nice review wan,.ko review dari bnyk sudut,.

    ReplyDelete
  5. hmm filem bergenre aksi? best atau tidak?

    ReplyDelete
  6. Nurul Aini : yang bagusnya diorang tak kedekut nak hancurkan kereta, etc... So mmg patut dipuji la aspect tu.

    tapi action and stunt dia langsung tak boleh compare dgn citer2 Hong Kong.

    klu citer Kongsi, yes... yang tu mungkin boleh kata ada merit stuntwork dia.

    ReplyDelete
  7. seryes best KL Gangster.. dah 2 kali tengok.. tak sengaje.. ekeke..

    ReplyDelete
  8. review kamu buat rase nk tgk

    erk takde psngn kene la cr

    yakin pde jodoh

    kawl nafsu=)

    ReplyDelete
  9. shida nak tgklah! xtgk lgi nih haiihh..

    ReplyDelete
  10. harap korang suka ngan review aq ni :D

    ReplyDelete
  11. x sempat nk g tonton aritu. tp mmg ramai yg puji movie ni
    tggu kwn d/load je la. huhu

    ReplyDelete
  12. ak pun rasa syamsul kena concentrate dgm directing je..

    ReplyDelete

Every comment worth a thousand thanks.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...