Rezeki, setiap orang ada rezeki masing-masing, ada yang dapat rezeki rumah banglo, ada yang dapat rezeki tanah berekar-ekar, ada yang dapat rezeki menunaikkan umrah, dan ada yang dapat rezeki anak yang soleh. Semua rezeki datang dari Allah.
Jadi jangan mengeluh jika tak dapat apa yang dihajati, teruskan bersyukur dengan apa yang kita miliki hari ini.
Jadi jangan mengeluh jika tak dapat apa yang dihajati, teruskan bersyukur dengan apa yang kita miliki hari ini.
"Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu) dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji." Q.S Luqman : 12
Jika bercerita mengenaik rezeki di blog pula, ada yang dapat beribu-ribu UV sehari, ada pula yang dapat beratus-ratus komen sehari, ada yang dapat berpuluh giveaway dalam sebulan, ada juga yang mendapat berpuluh-puluh ringit (mungkin beratus) sehari. Masing-masing ada rezeki mereka di dalam dunia blog ni.
Ramai yang post memberitahu diorang dapat cek dari syarikat advertising masing-masing.
Ramai yang post memberitahu diorang dapat cek dari syarikat advertising masing-masing.
Aku pula? Alhamdulillah, banyak juga yang aku dapat, seperti gift dan event invitation. Duit? mungkin rezeki aku dalam hal duit ni masih belum banyak. Baru sekali cashout dari nuffnang (jangan tanya la berapa dapat kan hehe), dan aku cukup bersyukur dan berbangga dengan earning aku tahun lepas. Tahun ini, aku cuba dapatkan lebih lagi insyaAllah. (checkout achievement blog ni)
Berikut adalah GA yang pernah aku dapat dari kawan blog aku. Ada yang dah lama, dan ada yang masih baru ;
- Yang atas sekali (belah kiri) adalah CD Album Wyclef Jean dari Azham Vosovic penulis blog LOVEHATE. Original beb CD yang dia bagi tu, dan masih dalam plastik waktu aku dapat..hehe tanda persahabatan bloggers.
- Sebelah kanan pula adalah kad raya dan duit dari Egypt dari Dhiya Fariza! Aku dapat kad n duit (bernilai 10 pounds) ni selepas berjaya menjawab soalan dari Dhiya! Hehe aku baca kad raya tu dan aku dapati, tulisan doc sekarang ni cantik-cantik la.. (Actually ada satu lagi hadiah dari Dhiya yang aku dah dapat, tapi masih dirahsiakan apa hadiah itu..hehehe)
- Yang bawah (belah kanan) pula dari Alya Esprezzo penulis Celoteh Si Alya. Kad Raya yang ada pantun didalamnya.
- Sebelahya pula (tengah) dalah Kad Raya dari Pilot Syazwan CDM. Pandai beb si Pilot ni berpantun.. hehe
- Dan yang last sekali (bawah, kiri) adalah dua keychain dari Singapura pemberian dari penulis blog Perfectionist, Deqnoor sebab aku pernah menghuni #2 dan #3 top pengomen tegar dia.
Thanks banyak-banyak atas pemberian korang ni!!! Hanya Allah S.W.T. yang mampu membalas pemberian korang ni n moga dimurahkan rezeki, Amin.
Surah Ali Imran: 145, “Dan Kami akan memberikan ganjaran untuk orang yang bersyukur.”
-zuan-
p.s : last update hari selasa lepas ek? Lama betul :p