Online, online, online.. KOrang tau tak yang selangkah korang ke dunia maya or dunia internet, anda sudah dalam keadaan bogel? Iaitu terdedah (vulnerable) dengan pelbagai serangan jenayah cyber (cybercrimes) seperti hacking, spamming, identity theft, tabnabbing phishing dan banyak lagi malware. Setiap data korang adalah berharga kepada mereka. Lets share something in Tech Thursday;
Berikut adalah salah satu senario attacking style yang aku pernah dapat yang aku ingin share kepada semua.
Biasanya pemilik account tidak sedar yang account dia digunakan oleh spammers (jadi jangan blame si pemilik account yang beri spam kepada korang ni ya?). Biasanya spammer akan menggunakan account orang lain untuk menghantar spam kepada mangsa mereka. Mereka biasanya menghantarkan mesej yang menarik untuk menarik minat si mangsa menekan url yang telah diberikkan.
(Click untuk tumbesaran) |
Dan di sini berlaku trick yang kita kadang-kadang tidak perasan. Perhatikan URL yang aku dah bulatkan di atas. Ia tiada langsung kaitan dengan laman web twitter. Ini jenis serangan phishing iaitu dengan meminta email dan password si mangsa (ia seperti memancing korang untuk bogelkan diri korang). Salah satu cara untuk mengenali yang anda sedang di phish adalah melihat pada pangkal url korang, ada tak 'https'? https adalah "Hypertext Transfer Protocol Secure" yang mana adalah kombinasi http dan "ssl/tls" yang menghalang data korang daripada dicuri.
Jadi tips untuk elakkan diserang?
- Gunakan web browser yang menjamin security yang baik seperti google chrome.
- Pastikan korang menggunakan password yang kuat dan uji kekuatan password korang di sini.
- Pastikan korang alert dengan url yang korang nak masukkan id dan password korang.
- Jangan sesekali memberikan email dan password korang kepada orang yang tidak dikenali.
- Jangan download file dari sumber yang tidak dikenali kesahihannya.
- Pastika firewall, antivirus dan webbrowser anda up-to-date.
- Report sebarang tindakan mencurigakan di laman web kepada pihak yang bertanggungjawab.
Jom jadikan dunia maya dunia yang bersih dari cybercrimes (",)
-zuan-
p.s : maaf kalau tak dapat regularly update seperti dulu, aku cuba kekalkan update sekurang-kurangnya satu entry untuk satu minggu.