Thursday, 29 December 2011

> Connect to Google+

HOlla Peeps,

Pada yang mungkin belum mengetahui, Google+ menyediakan fungsi dimana bloggers boleh switch to Google+ account yang mana akan menggantikan Blogger Account anda. (http://www.blogger.com/switch-profile.g) Jadi pada sangkaan yang mengatakan button follower akan di-remove-kan mungkin tidak benar, ia hanya menggunakan G+ untuk memudahkan follower mendapatkan update mengenai blog anda dan merapatkan hubungan pembaca dan penulis itu sendiri. Makin menarik development google ni.. 


Anda hanya perlu tick right, dan button "switch now" jika berminat

Laman G+, About

Ia hanya mengantikan account Blog dengan account G+, dan akan menglibatkan blog anda yang lain (jika ada lebih dari satu blog) Apa yang aku nampak sekarang, Google benar-benar serius dengan pembangunan G+. Aku dah ber google plus, korang pula?


-zuan-
p.s : lappy aku sperti baru, aku restore factory balik system aku! geram sebab dah 2 minggu dia dok demam, so hello #newbornbaby.. #LOL btw study week dah bermula, aku mungkin akan kurang blogging, pada rindu and nak bertanya khabar, berteguran la di FB, Twitter atau G+ ya.. insyaAllah aku online (",)

Tuesday, 27 December 2011

> Movie Review : Ghost Protocol

HOlla Peeps,


Rasanya dah lama aku tak tengok Tom Cruise berlakon, hmm last filemnya apa ek? Aku hampir lupa namanya sebab dah terlalu lama dia berdiam dalam dunia lakonan ni. Dan apabila aku tengok Mission: Impossible - Ghost Protocol, masih belum berkarat mutu lakonannya! 


No Plan. No Backup. No Choice. 

Sinopsis : Ethan Hunt dan pasukannya mengejar masa untuk mengesan pengganas berbahaya, Hendricks, yang telah mendapat akses kod pelancaran nuklear Rusia dan sedang merancang serangan ke atas Amerika Syarikat. Satu cubaan oleh pasukan itu untuk menghentikan dia di Kremlin berakhir dalam bencana,dengan letupan menyebabkan kemusnahan teruk kepada Kremlin dan IMF yang terbabit dalam pengeboman, memaksa Presiden mengeluarkan Protokol Ghost, di bawah mana IMFdigugurkan, dan tidak akan dibantu atau disandaran dalam apa jua bentuk bantuan. Tanpa gentar, Ethan dan pasukannya mengejar Hendricks ke Dubai, kemudian ke Mumbai, mampukah mereka mengelakkan perang dari berlaku?

Kenapa perlu tengok filem ini?


  • Jika anda rindu akan lakonan mantap Tom Cruise, this is the movie to watch!
  • Ingin lihat keajaiban ketinggian menara yang 2 kali lebih tinggi dari KLCC? Burj Khalifa adalah menara yang mampu membuatkn anda gayat!
  • Pernah tengok Tom Cruise terhantuk?  
  • Kenal Anil Kapoor? Pelakon hindustan ini adalah pelakon jemputan untuk filem ini.
  • Plot yang tersusun dan tidak memeningkan, twist yang senang di huraikan, dan perkembangan watak yang menarik.
  • Peminat BMW sports car? Ada kereta konsep yang hebat dipandu Tom didalam filem ini. 
  • Filem ini tak banyak cakap, aksi! aksi!! aksi!!!
  • Banyak gadjet dan trick yang unik dan mengagumkan.
  • Nak belajar menyamar? MI4 adalah tempatnya.
  •  Walaupun CGI nya hanya biasa-biasa, anda akan lupakan pasal CGI tu, sebab aksi dan trick fighting  akan menutupnya. 
  • Filem ini memang kena dengan taglinenya "No Plan. No Backup. No Choice."


Rating : 8/10 (Berbaloi untuk lihat lebih dari sekali)


-zuan-
p.s : mampukah mood blogging dan study disatukan? 

Sunday, 25 December 2011

> #taknak

HOlla Peeps,


Duit free akan diberikan kepada pemenang photo contest #GayaHidupSehat anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia dan Nuffnang! Berapa banyak? Ia mungkin tak cukup untuk gunakan untuk membeli kamera yang gagal aku menangi pada contest lepas! Ia adalah contest untuk mempromosikan kempen #taknak merokok dan Smoking Kills dalam masa yang sama mengasah bakat dan skill dalam photography dan banyak lagi kelebihannya.. 

Sekali menyalakan 'lighter' untuk membakar sebatang rokok,
seperti membakar sehelai duit seringgit,
Kira berapa batang rokok dan berapa helai duit telah anda bakar?

Apa kata mereka?

"Yeah memang susah nak berhenti merokok ni, gua demam-demam sebab berhenti merokok, tak leh stop la beb~"
tapi sampai bila sahaja kau akan demam kawan?

"Hahaha macho wei hisap rokok! Kau tak rasa macam tu ke? Go get one!!"
tapi aku tak 'smoke', dan 'macho' sahaja setiap hari..

"Smoking kills? Aku tak mati pun lagi! Hahaha"
tapi ia membunuh dalam senyap..

"Katakan #taknak? Rokok patah? Haha dah terang-terang rokok yang dia tak nak tu rokok yang dah patah"
tapi itu untuk memberi mesej supaya tak merokok..

"Eh aku yang hisap, bukan kau yang hisap, sukati aku la"
tapi aku hisap apa yang kau lepaskan..

"Rokok sumber inspirasi!"
tapi banyak lagi sumber inspirasi yang jauh lebih bagus di sekitar kita..

"Duit aku, suka hati aku la"
tapi bukankah lebih baik gunakan duit itu untuk sesuatu yang lebih berfaedah?


Cegah sebelum terlambat.. Katakan #taknak! Smoking kills, anda boleh mengubahnya.. Jom sertai photo contest dan dapatkan duit free.. Jangan benci perokok, benci rokok! Sebab rokok mereka merokok..

-zuan-
p.s : minggu sibuk hampir berakhir, tapi msalah internet masih gagal diatasi.. 

Saturday, 24 December 2011

> DiGi iPhone 4SURE 4 ME

HOlla Peeps,


Always anywhere!!!

#WintheDiGiiPhone4Showdown!

There is a big question they gave me to Win the DiGi iPhone 4Showdown! (digi-iphone-4showdown),


"Why do you want the iPhone 4S???"


Hey sapa taknak benda free kan? Tambahan iphone pulak!!!! Haiya ada itu phone, sangat COOOOOOOOOOOOOOOOL!!!!!!!!!!!!!! you know cool? Haiya itu pun tak tau ka??? Itu, COOOOOOOOL lorrrrrrrrr!!! BUkan cool blog ha! COOOOOOOOOOL!!!!! 

Hadoi kena explain dengan video ka??? Sorry wa punya internet sudah kena potong, ini gua online pun ada guna itu internet orang juga.. Wa kasi explain dengan dialog boleh ka??? BOLEH HA! BOLEH!!!


One day, wa punya kawan call gua,

Kawan 1 : Heyyy lu zuan, pe cer???
Zuan : Cerita kedai kopi la.. Pe lagi.. Wahh rajin kau call aku, banyak kredit
Kawan 1 : Haha saja je call nak cakap aku beli phone baru!!!
Zuan : Waaaaaaaaa tukar phone lagi? Banyak duit kau ek!!!
Kawan 1 : Haha bukan banyak duit pun. Phone ni murah, smart, berbaloi dan ada plan best dari DiGi!!! Tu yang aku beli.
Zuan : Wahhh apa plan dia? Plan B???
Kawan 1 : Adoiiii tak pernah gi laman web DiGi ke? Pergi la cek promosi diorang! Murah gila, direkomenkan plan DiGi138, baru RM88 sebulan, dapat iPhone 4S dengan harga RM2,090, 450 minit Voice Call, 400 SMS, 40 MMS, dan 3GB data untuk internet!!! Sapa nak bagi kan??
Zuan : Kau ni dah jadi agen DiGi ke?
Kawan 1 : Bukan agen promote kawan, wa hanya mau sampaikan apa best wooo, lu tarak ambek, lu rugi.. Lu boleh tekan itu iklan nuffnang dekat belah kanan blog gua..
Zuan : ....  (menangis nak beli)

#WintheDiGiiPhone4Showdown!

satu lagi sebab, kamera gua punya phone sangat tak cantik gambarnya,

Kawan 2 : Zuan, snap gambar aku dengan awek aku
Zuan : Ok, *Snap!!*
Kawan 2 : Apa buruk gambar kat phone kau ni? Pi buang dalam longkang la phone kau ni, adoi tengok aku punya *iPhone 4S keluar dari poket dengan bersinar-sinar* LATEST AND BEST SMART PHONE IN THE WORLD MY FRIEND!!! "Snap!!!" Ha seee here!!! Clear gambar, siap nampak bilu hidung kau lagi..
Zuan : *ternganga mulut, air liur meleleh~*

dan Touch Screen Itu Cool,

Zuan : Apa benda kau tekan tekan tu?
Kawan 3 : Tekan apa nya?
Zuan : Tuu tekan pe tu???
Kawan 3 : Ni? Screen phone la..
Zuan : Aik mana button phone kau?
Kawan 3 : Ni pun tak tau ke??? Kau ni outdated betul la, ni phone touch-screen orang tekan kat skreen lor, ish, gi beli kat DiGi Store sekarang!!! Mana ada orang pakai phone ada button dah buat malu aku kawan dengan kau!!!
Zuan : ..... (totally speechless)


So are that good enough to win me iPhone??? Come on gimmi gimmi gimmi an iPhone!!! #LOL xD (U know, i never got a Xmas present)


-zuan-
p.s : minggu penuh dugaan hampir berakhir, 2 benda je lagi kena buat (sempat lagi aku curi masa masuk showdown ni..adoi phone nye pasal..) 

Thursday, 22 December 2011

> Tech Thursday : Type Fo

HOlla Peeps,

Thanks to Amanz sebab perkenalkan Type Fu, applikasi yang membantu menaip dengan lebih pantas! So Tech Thursday kalini aku nak share applikasi internet yang berfungsi sebagai pembantu atau pengajar anda menaip dengan lebih pantas dan cekap

Ia mempunyai beberapa tahap kesusahan, yang mana akan menguji dan meminta anda menaip text yang dipaparkan, kemudian selepas selesai menaip, ia akan mengira dan mengeluarkan keputusan iaitu kepantasan anda menaip, ketepatan dan masa yang ada gunakan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.

Ia mempunyai 5 jenis lesson yang anda boleh praktikkan iaitu letters, numbers, words, quotes, dan proverbs. Ia juga menyediakan graft yang akan memaparkan perkembangan atau pencapaian anda dari segi speed dan accuracy, Selamat mencuba.. (",)

Type Fu


-zuan-
p.s : Alhamdulillah kesibukkan kerja semakin berkurang..hehe (",) 

Wednesday, 21 December 2011

> WW: Jom Ganyang!

HOlla Peeps,

#NuffnangBatttlingAedes


-zuan-
p.s : masalah yang dihadapi masyarakat kita adalah suka membuang sampah merata-rata, dan sampah-sarap seperti beg plastik, periuk dan kuali adalah tempat air bertakung, jadi bila air bertakung, nyamuk pun menari riang.. 

Sunday, 18 December 2011

> Minggu Dugaan

HOlla Peeps,


Kita takkan sentiasa berada dalam kedaan senang, 
dan setiap gambar yang diambil takkan sentiasa cantik,


Semuanya bermula dengan ketiadaan internet,
aku mula kurang blogwalking,
dan semangat blogging tak seperti dulu,
 bila TM mengatakan bill aku mencecah RM1k!
trafik mula slow,
idea datang dan pergi,

tapi tak berakhir dengan itu,
projek e-commerce pula datang,
dengan research mengenai green house yang memerlukan 2000 patah perkataan,
test nihongo,
presentation network,

dan,
bermula isnin ni ada 5 test menanti aku dalam satu minggu 
dan 2 projek yang perlu di submit bersama report dalam minggu yang sama..

oh dugaan-Nya...
hadapi dengan senyuman... (",)


-zuan-
p.s : Alhamdulillah ada beberapa entry aku sudah schedule updatekan seperti tech thursday, so aku tak perlu risau sangat mengenai blog ini sepanjang aku busy dengan life sebagai seorang pelajar  

Saturday, 17 December 2011

> Sahabat


HOlla Peeps,

Sahabat, 
Ada macam-macam jenis sahabat..

Sahabat yang baik dan sebaliknya, 
Sahabat yang membantu dan sebaliknya,
Sahabat yang jujur dan sebaliknya,
Sahabat yang menyapa dan sebaliknya,
Sahabat yang tidak lupa dan sebaliknya,


Setiap hari, alhamdulillah bertambah sahabat aku, walaupun seorang, sudah mengembirakan aku, dan aku sentiasa berharap tiada pergaduhan dengan sahabatku, dan cuba mengelak sekecil-kecil masalah timbul, tapi dunia ni besar, dunia ni hebat. Sekuat mana kita cuba elak masalah timbul, akan ada masalah juga, sebanyak mana kita cuba mengekalkan persahabatan, semakin ia jauh dari kita, Allah sentiasa menguji kita..

Fuhh sepanjang bulan december ni aku semakin sibuk dengan persediaan untuk final exam (walaupun exam start bulan januari sebenarnya) haha aku busy dengan projek, assignment dan banyak lagi.. Lagi besar dugaan bila internet kena potong, dan bill TM rumah aku  cecah RM1k!!! Fuhh aku rindu dunia blogging, insyaAllah akan kembali 100% aktif next year (kiranya next month la..)!!! 

Ramai yang tegur "kemana aku menghilang" dari dunia blogging dan internet? Hmm maaf, banyak perkara duniawi yang perlu diselesaikan sampai aku tak sempat nak carik source untuk tulis entry. Thanks sebab concern mengenai kehilangan aku dari dunia blog hehe. Entry kalini aku nak share tips atau cara memilih sahabat yang yang baik yang aku jumpa dari blog Atuk PHD


#justgoogleit
Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya:

Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :

1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya) .

3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.

4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Menarik bukan? Tapi sekarang ni, bukan senang nak dapat sahabat seperti ini. Ramai yang berbaik di hadapan, tapi di belakang? Apapun, jangan la berburuk sangka dengan sahabat anda.. Happy weekend peeps (",)




-zuan-
p.s : aku diberitahu lecturer aku yang penulis blog ni adalah seorang yang berjiwa sentimental, betul ke??? 

Thursday, 15 December 2011

> Tech Thursday : Android

HOlla Peeps,


Ada pembaca request aku buat entry mengenai Andoid, hmm aku bukan pengguna android, tapi ada beberapa orang kawan yang gunakan phone yang berOSkan Android, seperti Honeycomb dan Gingerbread. So aku curi phone diorang dan cuba lihat apa yang best pasal Android ni.. Mula-mula pakai, agak janggal menggunakannya, sebab aku pengguna Symbian OS, so tak biasa dengan interface Android yang aku nampak futuristic ni.


Apa itu Android?

Android adalah Software Stack yang bertindak sebagai OS (Operating System) untuk peranti mudah alih (mobile devices) atau Smartphone dan Tablet Computer.

#justwikiit

Sebelum kita terjah apa fungsi menarik mengenai Android, jom layan Demo Android, video tahun 2007 yang mana Android masih lagi dalam Prototype Version.



Ciri-ciri / Features (diambil dari wiki dan android developer) adalah seperti ;


Banyak lagi fungsi hebat yang ada pada Android (boleh rujuk di sini, sini, sini dan sini)


kini, Android sudah mempunyai 200 million pengguna! Hebat kan?



Secara ringkasnya apa yang aku nampak semasa menggukanan Android adalah, OS Android sangat mesra pengguna, mempunyai applikasi menarik yang sangat banyak yang boleh dimuat turun dan kebanyakkannya adalah percuma, ia memudahkan web browsing, support office seperti word dan powerpoint (seperti yang sedia ada dalam Symbian). Sorry la kalau kurang informasi mengenai Android ni sebab aku bukan pengguna Android, so ada siapa-siapa pengguna Android yang nak tambah features menarik mengenai Android di sini?

anda boleh mendapatkan lebih banyak info mengenai android di sini > http://amanz.my/?s=android


-zuan-
p.s : sorry, ni schedule update je, internet aku masih gagal berfungsi dengan baik plus ada beberapa kerja yang perlu di siapkan dalam beberapa hari ni, so MIA for a while!! Miss you all!!! btw thanks to yuyu for helping me out there.. (",) 

Monday, 12 December 2011

> Music Monday : Missing In Action

HOlla Peeps,


Disebabkan internet di potong, kerja bertimbun-timbun (projek, assignment dan test), aku M.I.A. since jumaat lepas (Entry pun auto publish je) so entry aku tulis pun ala kadar je. So entry kali ni aku nak introduce MM atau Music On Monday, similar dengan Wordless Wednesday dan Tech Thursday dimana aku menulis entry istimewa mengikut hari.

Missing in Action atau M.I.A adalah lagu pilihan aku untuk MM minggu ni sebab aku dah missing dari dunia blog dan internet selama 3 hari (ni pun entry auto publish), komen-komen korang pun tak tebalas lagi, dan insyaAllah will be back once dah dapat online balik seperti biasa, blogging sperti biasa (ni pun pakai free wifi dekat kedai makan). 




Staring at the carnage, praying that the sun would never rise.
Living another day in disguise.
These feelings can't be right, lend me your courage to stand up and fight, on tonight.

Ooooo...
Stand up and fight

The fighting rages on and on, to challenge me you must be strong.
I walk your land but don't belong, two million soldiers can't be wrong

It's no fun but I've been here before
I'm far from home and I'm fighting your war.
(Not the way I pictured this, I wanted better things)
Some are scared others killing for fun, I shot a mother right in front of her son.
(Take this from my consciousness, and please erase my dreams)

Fight for honor, fight for your life
Pray to God that our side is right.
Even though we won, I still may lose
Until I make it home to you
I see our mothers filled with tears,
grew up so fast where did those years go?
Memories won't let you cry,
unless I don't return tonight

So many soldiers on the other side, I take their lives so they can't take mine.
(Scared to make it out alive now murder's all I know.)
Nobody tells me all the reasons we're here. I have my weapons so there's nothing to fear.
(Another day, another life, but nothing real to show for)

Fight for honor, fight for your life
Pray to god that our side is right
Even though we won, I still may lose
Until I make it home to you
I see our mothers filled with tears,
grew up so fast where did those years go?
Memories won't let you cry,
unless I don't return tonight

Staring at the carnage, praying that the sun would never rise.
Living another day in disguise.
These feelings can't be right, lend me your courage to stand up and fight.

Watching the death toll rise wondering how I'm alive.
Stranger's blood on my hands, I've shot all I can
There are no silent nights, watching your brothers all die
To destroy all their plans with no thought of me
No thought of me, no thought of me

Ohhhhh...

Walk the city lonely
Memories that haunt are passing by
A murderer walks your streets tonight
Forgive me for my crimes;don't forget that I was so young
Fought so scared in the name of God and Country



-zuan-
p.s : bill tertuggak internet aku sejak bulan sembilan dah dekat RM 1k, TM is joking right??? 

Saturday, 10 December 2011

> Kerjaya

HOlla Peeps,


Terbaca entry Find A Career To Match Your Personality daripada Yahoo Education, menarik perhatian aku untuk berkongsi artikel menarik ini.. Menurut apa yang aku baca, ia memfokuskan kepada mereka yang ingin memasuki alam pekerjaan, atau ingin mencuba career atau kerjaya baru terapi tidak mengetahui jenis career apa yang ingin mereka ikuti.

#justgoogleit

Apa yang tertulis adalah, tips mencari career berdasarkan personaliti dan minat kita, menarik bukan? Persoalkan pada diri kita, 

"Apa kelemahan aku?"

"Apa kelebihan aku?" dan

"Apa pekerjaan yang sesuai dengan personaliti aku?"


Berdasarkan 5 jenis personaliti, ini adalah pekerjaan yang sesuai dengan anda :

#1 Stick Atau Setia Kepada Butiran - Pekerjaan yang sesuai dengan personaliti seperti ini adalah Accountant. Accountant bekerja keras dengan nombor dan spreadsheet untuk memastikan financial company dalam turutan. 
#2 Sukakan Kerja Berpasukan - Pekerjaan sebagai seorang Nurse adalah sesuai dengan personaliti seperti ini kerana nurses bekerja dengan ramai orang untuk membantu mengobati pesakit. 
#3 Ingin Membuat Perubahan - Guru/Pengajar yang inginkan suasana dalam kelas, menyuruh pelajar membuat pembentangan, membentangkan idea, persekitaran social, mengalakkan pelajar mendapat gred bagus dan mengekalkan tahap disiplin dalam kelas. 
#4 Suka Bekerja Sendirian - Inginkan kerja bersendirian tanpa pemantauan, medical transcriptionist adalah keja yang sesuai dengan anda. (rujuk sini untuk maklumat lanjut). 
#5 Suka Memikirkan Macam Mana Ia Bekerja - Jika bermain dengan bahasa komputer atau slopy code kegemaran anda, Software Developer adalah career anda! Kebelakangan ini, pekerjaan seperti ini menjadi permintaan tinggi kerana ia memerlukan seorang hang pakar dalam maths, sains komputer untuk memudahkan masalah harian.

For now, aku fokus dalam Software Developing sebab aku dalam aliran Computer Science, so waku belajar ni la nak kena gain macam-macam supaya lebih senang menempuhi alam pekerjaan.

lets get to the top!!!


-zuan-
p.s : happy weekend peeps (",) 

Friday, 9 December 2011

> Hari Asyura

HOlla Peeps,



Selamat Hari Jumaat kepada pembaca Saiazuan Blog yang dihormati. Pada kaum Adam, jangan lupa yang harini Solat Jumaat, so jangan nak pandai-pandai skip pulak ya hehe.. Maaf kerana terlewat post entry mengenai Hari Asyura ni, sepatutnya aku post last week sebelum 10 Muharram, tapi terlupa nak letak dalam schedule update pulak sebab busy dengan karnival ICT. Yela, niat aku nak post adalah untuk ingatkan korang dan diri aku sendiri untuk berpuasa pada 10 Muharram.

Sedikit info mengenai Hari Asyura yang dipetik dari Wiki :

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.


Berikut adalah kejadian / peristiwa besar yang berlaku dalam sejarah Islam ketika 10 Muharram :
  1. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  2. Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
  3. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  4. Allah menjadikan 'Arasy.
  5. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  6. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  7. Nabi Adam a.s. dicipta.
  8. Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
  9. Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  10. Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  11. Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  12. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
  13. Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  14. Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  15. Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
  16. Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
  17. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
  18. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  19. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
  20. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  21. Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
  22. Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid ra dari Bani Umaiyah membunuh Saiyiduna Hussain ra. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyiduna Hussain ra.


Subhan'Allah, begitu banyak peristiwa penting yang berlaku pada 10 Muharram.. Jadi untuk memperingati hari Asyura, disunatkan berpuasa Hari Asyura (dengan niat "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala") Jadi pada yang terlepas/terlupa untuk berpuasa Hari Ayura (2 hari iaitu 9 dan 10 murarram atau 10 dan 11 murarram), insyaAllah kalau dipajangkan umur, cuba dapatkan puasa 2 hari pada tahun hadapan kerana banyak kelebihan berpuasa pada Hari Asyura ini; 


Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !". (sumber)

#HadisRiwayatMuslim

Kalau korang ada masaalah untuk mengetahui tarikh sebenar kalendar islam, boleh rujuk entry ini untuk mengetahui caranya dengan mudah.. Selamat Beramal semua (",)


-zuan-
p.s : mungkin aku akan kurang blogging dan blogwalking pada bulan ini (sehingga bulan depan kerana sibuk dengan projek, assignment dan study for final), TAPI insyaAllah jika ada kesempatan masa akan aku schedule updatekan blog setiap hari aku dan blogwaling pada masa lapang walaupun aku ada 5 minit (",) 

Thursday, 8 December 2011

> Tech Thursday : Samsung Flexible Tablet

HOlla Peeps,




Sapa tak kenal jenama Samsung? Jenama yang popular dari Korea ini terkenal dengan pengeluaran skrin dan sekarang popular dengan pengeluaran Smart Phone sekali lagi bakal mengegarkan dunia dengan teknologi mereka! Mereka telah mengeluarkan video mempromosikan konsep skreen fleksible dan berkemungkinan akan memperkenalkannya dalam masa terdekat. 



"Teruja", "WOW", "tak tekata".. Hampir tak percaya yang syarikat dari asia seperiti samsung mampu mengeluarkan teknologi sehebat ini.. Walaupun ia hanya konsep, tetapi sudah cukup meyakinkan aku yang semua teknologi yang kita pernah tengok di dalam filem seperti Avatar dan Tron tak mustahil akan ada di tangan kita suatu hari nanti. Nantikan update mengenainya..


-zuan-
p.s : teknologi semakin banyak dan semakin murah, apa pendapat anda mengenai kesan teknologi kepada manusia? 

Wednesday, 7 December 2011

> WW : Fast

HOlla Peeps,

#fastOnAsyuraDay


-zuan-
p.s : Alhamdulillah, harini hari ke2 aku berpuasa (insyaAllah jumaat ni aku post mengenai Hari Asyura).. 

Tuesday, 6 December 2011

> Dunia Orang Takde Awek

HOlla Peeps,


#LOL dah lama sangat aku tinggalkan game dari hidup aku, rasanya dah dekat setahun aku stop main game, kalau main pun PES, Angry Bird dan beberapa game ringan di facebook untuk kurangkan tekanan dan relax. Tapi semalam, aku kembali menyentuh game yang pernah membuatkan aku tak cukup tidur, ponteng kelas, lambat hantar assignment iaitu DOTA!!!

Game ni memang pernah hampir merosakkan hidup aku ketika di Politeknik dulu.. Aku sanggup lewat makan, tidur tak cukup semata-mata nak memasterkan diri dengan game ni, dan pernah gaduh dengan kawan sebab game.. Adoi bila di ingat balik, "awat la aku sanggup buat perkara-perkara tak elok tu semata-mata untuk satu game?" #LOL

#justgoogleit

Tapi siapa kata main game ni tak bagus? Ia bagus sebab merehatkan minda dan dalam masa yang sama menguji tahap berfikir kita (Jadi, normal la kalau main game) sebab waktu main game ni, perlukan strategi untuk menang bukan? Tidakkah ia membuatkan anda berfikir? Tapi kalau 24/7 bermain, apa jadi pulak? Adoi macam mana la aku boleh tersentuh balik game ni? Harap tak addict macam dulu, so nak kena motivatekan diri aku supaya tak lost macam dulu.. 


-zuan-
p.s : korang puasa Asyura tak harini? 

Monday, 5 December 2011

> Personaliti

HOlla Peeps,


Individu yang cemerlang bermula dari rumah! Eh betul ke? Tapi cemerlang tu bukan satu yang objektif, dan hanya tertumpu pada satu perkara sahaja.. Cemerlang dalam akademik, cemerlang dalam kokurikulum dan cemerlang dalam agama serta kehidupan.. Penting tuk cemerlang dalam semua bidang ni, jadi dapat C tu cemerlang la? Eh mana ada, kena la dapat A.. Tapi kalau cemerlang mana pun, kalau personaliti korang teruk, teruk gak jadinya kan?

#justgoogleit

Manusia yang cemerlang,

  • Tidak membandingkan kehidupan dia dengan orang lain. Jangan sesekali mengatakan yang kehidupan anda lebih malang atau lebih hebat dari orang lain, bersyukur (ingat lagi kisah si miskin dan si kaya?) la dengan apa yang anda dapat dalam kehidupan ini.
  • Selalu berfikiran positive. Untuk berjaya, kena selalu berfikiran positive, walaupan anda ditimpa malapetaka, anggap ia satu ujian dan ada hikmah disebaliknya.
  • Ketahui tahap anda! Setiap orang ada limitasi mereka, tiada yang benar-benar hebat sehingga mampu membuat extraordinary things mengalahkan superhero di dalam komik. Jadi ketahui limitasi anda, jangan terlalu menguji sejauh mana kemampuan anda.
  • Jangan membuang masa dengan bergosip! Huhu rata-rata menghabiskan masa melepak di kedai mamak dan berborak mengenai artis, dan begosip seperti makcik-makcik yang tiada kerja nak buat selepas memasak di rumah.
  • Jangan terlalu berkeras kepala untuk memenangi setiap perkara! Memang bagus untuk memberi pendapat sendiri dan cuba memenangi apa yang anda sokong, tetapi kadang-kadang adalah perlu untuk step back a lil step dan agree to disagree.
  • Kehidupan kita ni terlalu singkat, jadi jangan singkatkan ia dengan membenci. Agama kita melarang kita membenci manusia lain, walaupun mereka melakukan perkara tidak baik keatas kita, jangan benci atau berdendam dengan mereka! (sekali lagi diinspirasi dari aku dan sesuatu)


Banyak lagi sebenarnya, ciri-ciri personaliti yang perlu ada dalam diri kita, tapi kalau banyak sangat aku imputkan dekat korang, takut overload memory pulak kan? Jadi pelajari sedikit dahulu untuk entry kali ni, insyaAllah akan dikongsi lagi pada entry-entry akan datang, tapi dengan cara yang lain.. 

Jadi apa yang korang dapat dari entry kali ni? Sesuatu yang kita dah tau sebenarnya, tetapi sering kali terlupa untuk melaksanakannya. Ingatkan yang lain, dan insyaAllah kita tak terlupa untuk ingatkan diri kita..


-zuan-
p.s : kembali kepada kehidupan normal aku sebagai seorang student selepas penat menjaga booth dari khamis hingga sabtu lepas 

Sunday, 4 December 2011

> Ahad

HOlla Peeps,


Harini hari Ahad, atau dalam bahasa inggeris, Sunday.. Kawanku di Jepun pula sebut Nichiyōbi.. Lain negara, lain bahasa dan lain cara diorng spend time on Sunday.. Nasib baik di perlis ni, Ahad bukan hari bekerja sebab aku sangat perlukan rehat... Jaga Karnival ICT sangat memenatkan..


Krew sedang membetulkan Subwoofer yang rosak

Waktu lengang tiada pelanggan
"bosan wei"



-zuan-
p.s : zzZZzzzzzz.. 

Saturday, 3 December 2011

> Hari Terakhir Karnival

HOlla Peeps,


Sapa kata jaga booth tak penat, tambah tambahan melayan si gadis-gadis comel (ayat lelaki solo) dan jejaka bajet macho tampan tapi si gadis comel juga la yang membuatkan penat aku hilang (pervert!!!), arigatou~ 

duduk menuggu pelanggan


Harini hari last aku kena jaga booth (sempat lagi update blog) dan sure last day ni, sale dia kena make sure sampai target, berapa target? sure la RM10k!!! haha kidding, dengan menjual aksesori komputer, agak sukar untuk sampai target macam tu.. 

Alrite peeps, just nak update pasal progress aku jaga booth karnival ict je.. So pada yang ada area kedah or  perlis, mai la UiTM Arau dan hit booth BITS, beli barang komputer dekat booth aku, special price punya.. #LOL so aku tinggalkan korang dengan lagu masyuk dari Project Pistol, Wanita Seluruh Dunia.. Enjoy your weekend (",)



Wahai wanita..
Wanita yang berada di seluruh dunia
Tak kira bangsa, umur atau rupa
Oh..asalkan kau wanita..
Kau buat ku gila..
Bila kau menggoda
Bila kau mengada-ngada
Oh..lirikan mata senyuman manisnya
Oh..kau buat aku tergoda..
Wanita seluruh dunia ku ingin kau tahu
Yang aku cinta kamu semua wahai permaisuriku
Dan walaupun ku tak mampu membahagikan diriku
Kepada wanita seluruh dunia
Lagu ini lagu cinta untuk kamu semua
Untuk kamu semua..

Wahai wanita..
Adakah kau mengerti apa yang aku kata
Kamu semua adalah inspirasiku bila ku berkarya
Ku tuliskan lagu hanyalah untukmu
Untuk buat hari kau ceria
Dan aku tak kisah mana kau berada
Ku ingin kau dengar ku berkata..


-zuan-
p.s : harap harini tak demam la, semalam balik rumah je trus aku tidur sebab penat sangat plus suhu badan pun dah naik waktu tu.. 

Friday, 2 December 2011

Kehidupan Yang Normal

HOlla Peeps,

#justgoogleit

Its not like i'm not having a normal life recently, but i forgot what i should, and shouldn't do.. Manusia senang benar lupa akan macam-macam perkara, walaupun perkara itu sekecil semut.. Untuk kesihatan, sebagai contoh, kita selalu lupa untuk :

  • Minum air suam (mineral sebaiknya) yang mencukupi, sekurang-kurangnya 7 gelas sehari.
  • Mengambil sarapan seperti santapan seorang raja, mengambil makanan tengah hari seperti seorang putera dan makan malam seperti seorang pengemis.
  • Manusia juga lupa untuk mengambil makanan yang berkhasiat, iaitu makanan yang diambil dari pokok, bukan memakan makanan yang diperbuat dari hasil yang pokok itu berikan.
  • Bermain game (atau permainan) yang menguji minda atau bermain permainan yang santai yang mampu merehatkan minda.
  • Membaca buku untuk menambah pengetahuan, tips dan banyak lagi (baca blog pun okay right?).
  • Tidur yang mencukupi sekurang-kurangnya 7 jam sehari. Aku selalu headache kalau kurang atau terlebih tidur.
  • Berjalan kaki lebih kurang 10-30 minit setiap hari. 
  • Bersolat dan berdoa. Sebagai seorang islam, solat adalah rukun Islam yang wajib dipatuhi. 

Ha buat tak apa yang aku senaraikan kat atas? Sebenarya memang normal la kalau dapat laksanakan apa yang disenaraikan di atas, tapi masih ada yang gagal sempurnakannya. Apa yang aku selalu gagal untuk laksanakan ialah tidur yang cukup, bila dah jadi pelajar ni, memang kurang tidur tu perkara normal. Membaca pula? Kalau tak ada masa sangat, baca je saiazuan blog ni, hehe! (diolah dari aku dan sesuatu : change you can)

Sorry la, aku hanya mampu publish short entry untuk kebelakangan ni sebab busy dengan karnival ICT, assignment, preparation for test, etc.. 


-zuan-
p.s : semakin hari semakin sebuk. aku cuba menyibukkan diri aku supaya aku tak terlalu rindukannya..the chapter ends, time to start a new chapter.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...