Showing posts with label google. Show all posts
Showing posts with label google. Show all posts

Friday, 10 May 2013

Betul Ke Apa Orang Sebelah Ni Cakap? Bahana Fitnah

Salam Jumaat,


sumber gambar facebook

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."
Surah Al-Hujurat Ayat ke-6
(sumber : http://syedfadhli.blogspot.com/2011/12/hukum-percaya-sesuatu-tanpa-usul.html)

Rasanya masih belum reda bahang PRU13. Pelbagai tuduhan dikeluarkan. Ada kata tu, ada kata ni, ada kata blackout, ada kata hantu keluar siang hari, ada kata amoi dari negara cina mai undi sini. Persoalannya betul ke? Jeng jeng jeng...

google


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: Sapa dah tengok Star Trek? Best tak? Dah ada keluar download belum? hehe 


click ads to show your support (",)

Thursday, 2 February 2012

> Tech Thursday : SPAM?

HOlla Peeps,

Inspirasi entry ini dapat dari entry SPAM COMMENT? APEKAH? (Tulisan KED).

Terkejut yang ada segelintir yang tak tau atau tak perasan dengan kewujudan spam. Alright, spam adalah satu salinan mesej yang sama yang banyak dihantar di email-email (dan juga blog atau facebook) oleh spammer (pencipta spam). Senang cerita, ia menggunakan system mesej elektronik yang mana menghantarkan sejumlah besar mesej ke dalam email tanpa diminta penerima email secara sesuka hati mereka.


#justgoogleit
Kalau nampak email yang tak sedap mata memandang or email yang kita tak expect dapat, ataupun penghantar emal tu tak dikenali, boleh la konsider ia adalah spam. Biasanya spam ada selitkan link untuk ke laman web diorang..

Kelebihan untuk pengguna blogspot atau gmail (bawah google), blogspot dah sediakan satu servis untuk mengasingkan spam dan biasa. Boleh cek kat comments, dan pilih tab spam. Cara nak identify spam kat blog senang je, biasanya spam tu akan bagi komen yang langsung tak ada kaitan dengan entry yang ditulis blogger itu. Dan akan meninggalkan link dengan harapan blogger atau pembaca blog itu klik ke link yang diberi. Maaf jika entry ni lebih fokus kepada spam di blogging.

Contoh SPAM di blog

Kenapa spammer suka spamming? Sebab ia menjimatkan kos. Kos apa? Kos mengiklankan sesuatu produk mereka misalnya, jika menggunakan agent advertising, mereka mungkin perlu membayar kos yang banyak, tapi dengan spam, mereka boleh menjimatkan sejumlah besar wang.
 
Salah satu tips untuk mengelakkan spam adalah mengelakkan dari mendedahkan email anda kepada orang lain secara terbuka. Biasanya penyedia perkhidmatan email seperti yahoo dan gmail dah sediakan servis anti spam yang mengasingkan spam dan email biasa. Selain tu, captcha seperti word verification tu sangat berguna kepada blogger untuk mengurangkan spam. Banyak lagi tips mengelakkan spam di internet, #justgoogleit.


-zuan-
p.s : sori tak dapat update lagi sambungan cerita 'pertama kali sampai', kurang sumber gambar lagi.. akan di update secepat mungkin tq 

Thursday, 29 December 2011

> Connect to Google+

HOlla Peeps,

Pada yang mungkin belum mengetahui, Google+ menyediakan fungsi dimana bloggers boleh switch to Google+ account yang mana akan menggantikan Blogger Account anda. (http://www.blogger.com/switch-profile.g) Jadi pada sangkaan yang mengatakan button follower akan di-remove-kan mungkin tidak benar, ia hanya menggunakan G+ untuk memudahkan follower mendapatkan update mengenai blog anda dan merapatkan hubungan pembaca dan penulis itu sendiri. Makin menarik development google ni.. 


Anda hanya perlu tick right, dan button "switch now" jika berminat

Laman G+, About

Ia hanya mengantikan account Blog dengan account G+, dan akan menglibatkan blog anda yang lain (jika ada lebih dari satu blog) Apa yang aku nampak sekarang, Google benar-benar serius dengan pembangunan G+. Aku dah ber google plus, korang pula?


-zuan-
p.s : lappy aku sperti baru, aku restore factory balik system aku! geram sebab dah 2 minggu dia dok demam, so hello #newbornbaby.. #LOL btw study week dah bermula, aku mungkin akan kurang blogging, pada rindu and nak bertanya khabar, berteguran la di FB, Twitter atau G+ ya.. insyaAllah aku online (",)

Thursday, 29 September 2011

> Tech Thursday : Google 13


HOlla Peeps,


#justgoogleit

27 September yang lepas, iaitu hari selasa, Google telah menyambut hari lahirnya yang ke 13, congratulations Google. Tapi 27 September bukahlah tarih google di founded kan oleh Sergey Brin dan Larry Page kerana tarikh sebenar Google founded adalah 4 September 1998. 

Hari ini google adalah ejen carian #1 dunia, yang invest di dalam Internet Search, Cloud Computing dan Advertising Technologies. Google mempunyai produk seperti AdSence, Blogger, FeedBurner, Youtube, Picasa Web Albums, Sketch Ups, GMails, Google Earth, Chrome, Google TV,  OS Android dan banyak lagi yang biasa diguna didalam kehidupan seharian.


  • Tahukah anda yang bilangan pekerja Google adalah 28,768 orang (30-06-2011)!!!
  • Total Aset google sehingga 2010 adalah sebanyak $57.851 billion!!!


-zuan-
p.s : kejap je rasanya dah hari khamis huhu.. kalau korang ada request untuk Tech Thursday sila informkan 

Thursday, 1 September 2011

> Tech Thursday : G+

HOlla Peeps,

Dah try pakai google+? kalau belum, aku masih ada beberapa invitation yang korang boleh gunakan.. Eh tak tau apa itu google+? Ia adalah satu rangkaian sosial atau social network, kira pesaing baru facebook! Wow? Apa yang best?




  • Kalau fb ada news feed, g+ ada stream, iaitu memudahkan perkongsian gambar dan sebagainya dengan pantas!
  • lagi? Ia ada Circles, iaitu korang boleh membahagikan rakan dan hubungan korang pada g+ mengikut kumpulan atau group. Yang coolnya pasal Circles ni, koran hanya perlu 'drag n drop' je siapa yang korang nak dalam circles tu.
  • Ada lagi, video chat! Eh normal ek? Yang coolnya, korang leh chat dalam kumpulan pada masa yang sama dengan mudah!


cool kan? nak tau lagi boleh check sini dan sini, nak join? sini


-zuan-
p.s : raya ke3.. apa plan? eh amacam logo blog aku? 'SB' ok? wat simple simple je.. hehe  

Thursday, 14 July 2011

> Tech Thursday : Anonymous di Turkey

HOlla Peeps,

Kerajaan Turkey berjaya menahan 32 Anonymous Hackers yang melancarkan DOS (Denial of Service) Attack (sumber) keatas laman sesawang (website) kerajaan Turkey! Anonymous adalah kumpulan Hacker yang membuat serangan DDoS (Distribute Denial of Service) keatas laman web milik organisasi dan ahli perniagaan dengan tujuan menjadikan laman web tersebut tidak berfungsi.

macho beb pakai topeng ni~
Anonymous memprotes perancangan penapisan laman web (Sama seperti yang berlaku di Malaysia) yang dijalankan di Turkey dimana mereka (Anonymous) menyatakan "Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah menyaksikan penapisan yang dilakukan oleh kerajaan Turki, seperti menyekat YouTube, Rapidshare, Fileserve dan beribu-ribu laman web yang lain. Baru-baru ini, kerajaan Turkey mengharamkan akses kepada perkhidmatan Google, tindakan penapisan ini tidak dapat dimaafkan."



-zuan-
p.s : Anonymous di mana-mana sekarang, aku sokong bab protes block laman web seperti youtube,  dan google sebab tu la sumber maklumat dan hiburan 

Saturday, 9 July 2011

> I Hate This

HOlla Peeps,

saiazuan blog


-zuan-
p.s : can anyone tell me how to overcome error 502? Any tips on how to avoid it? i have done clearing cookies,  relog and try different web browser 

Wednesday, 6 July 2011

> Tech : Mark Zuckerberg dan Google+

HOlla Peeps,

Google+ adalah social network terbaru keluaran Google. Aku try nak buat accout, dan dapat mesej ni

tak pe la, next time aku try lagi
Buat masa ni Google+ hanya dibuka kepada journalists, bloggers dan tech community (masih dalam proses testing iaitu ia hanya dibuka kepada pengguna terpilih) , DAN belum dibuka untuk awam. "ahhhhh~"

Percaya atau tidak, CEO Facebook, sapa lagi kalau bukan Mark Zuckerberg adalah paling banyak follower di Google+!!! Jom usya profile dia kat sini.

Excited nak try? Try demo ni.

sumber :

-zuan-
p.s : aku bukan insan terpilih google untuk try google+ ni..
sape tau lagi pasal google+ ni, sila share..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...