Friday, 9 December 2011

> Hari Asyura

HOlla Peeps,



Selamat Hari Jumaat kepada pembaca Saiazuan Blog yang dihormati. Pada kaum Adam, jangan lupa yang harini Solat Jumaat, so jangan nak pandai-pandai skip pulak ya hehe.. Maaf kerana terlewat post entry mengenai Hari Asyura ni, sepatutnya aku post last week sebelum 10 Muharram, tapi terlupa nak letak dalam schedule update pulak sebab busy dengan karnival ICT. Yela, niat aku nak post adalah untuk ingatkan korang dan diri aku sendiri untuk berpuasa pada 10 Muharram.

Sedikit info mengenai Hari Asyura yang dipetik dari Wiki :

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.


Berikut adalah kejadian / peristiwa besar yang berlaku dalam sejarah Islam ketika 10 Muharram :
  1. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  2. Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
  3. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  4. Allah menjadikan 'Arasy.
  5. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  6. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  7. Nabi Adam a.s. dicipta.
  8. Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
  9. Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  10. Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  11. Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  12. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
  13. Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  14. Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  15. Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
  16. Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
  17. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
  18. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  19. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
  20. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  21. Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
  22. Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid ra dari Bani Umaiyah membunuh Saiyiduna Hussain ra. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyiduna Hussain ra.


Subhan'Allah, begitu banyak peristiwa penting yang berlaku pada 10 Muharram.. Jadi untuk memperingati hari Asyura, disunatkan berpuasa Hari Asyura (dengan niat "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala") Jadi pada yang terlepas/terlupa untuk berpuasa Hari Ayura (2 hari iaitu 9 dan 10 murarram atau 10 dan 11 murarram), insyaAllah kalau dipajangkan umur, cuba dapatkan puasa 2 hari pada tahun hadapan kerana banyak kelebihan berpuasa pada Hari Asyura ini; 


Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !". (sumber)

#HadisRiwayatMuslim

Kalau korang ada masaalah untuk mengetahui tarikh sebenar kalendar islam, boleh rujuk entry ini untuk mengetahui caranya dengan mudah.. Selamat Beramal semua (",)


-zuan-
p.s : mungkin aku akan kurang blogging dan blogwalking pada bulan ini (sehingga bulan depan kerana sibuk dengan projek, assignment dan study for final), TAPI insyaAllah jika ada kesempatan masa akan aku schedule updatekan blog setiap hari aku dan blogwaling pada masa lapang walaupun aku ada 5 minit (",) 

51 comments:

  1. GOOD ENTRY
    BEST NYA KALAU DAPAT BUBURNYA

    ReplyDelete
  2. rindu suasana hari asyura kat mesia...kalo p kawasan pondok memang meriah sangat!

    ReplyDelete
  3. bubur asyura..ya Allah sdp..errr..haha

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum saiazuan

    dulu2, hari ini selalu orang buat bubur asyura, sekarang tak tedengar pula...

    Wassalam

    ReplyDelete
  5. rindu nak mkn bubur asyura..~ ^^

    xpe Zuan..prioritize ur time..smoga Allah permudahkan segalanya~=)
    do ur best for final k!~ =)

    ReplyDelete
  6. subhanallah ^^
    syukran ya akhi =]

    ReplyDelete
  7. Anonymous9/12/11 11:11

    nice entry..
    p/s : bz nye die..dhulukan yg penting ;)

    ReplyDelete
  8. Nasib baik kat sini takder yang sebat diri sendiri dengan rotan dan benda tajam...

    ReplyDelete
  9. zuan . thanks sangat2 sebab share . kadang2 bukan nya kita tak tahu kisah2 ini semua . tapi kita terlalu sibuk dengan perkara dunia . thanks again zuan . walaupun lambat post , at least kita ada peluang lagi tahun depan kan . insyaAllah . semoga Allah panjangkan umur kita untuk dapat merebut pahalanya tahun hadapan .

    fuhhh , laju ain taip ni . hee : )

    ReplyDelete
  10. perkongsian yg berguna.thanks.

    ReplyDelete
  11. xpe zuan.. lmbt / cpt ILMU ttp dpt dikongsi..hehe.. cik ana bersyukur kerje dlm felda ni.. sbb mkcik2 kat sini sllu sedekah.. masa hari asyura ritu cik ana dpt 1 tuppeware besar bubur asyura + kuih asyura tu ^___^








    luv,
    cik ana

    ReplyDelete
  12. thnks 4 da info..nice entry..bubur asyura sedapp!

    ReplyDelete
  13. wahh, menarik..
    banyak hari kejadian pulak masa 10 Muharam ni..

    ReplyDelete
  14. Study betul2.Gd luck for final.

    ReplyDelete
  15. Anonymous9/12/11 13:49

    entry yang full dengan info.bole jadi bahan rujukan.

    ReplyDelete
  16. loving all of these infos..:)
    yesterday, i was so happy sebab dapat makan pure bubur asyura made by indonesia people. it tastes good..hehe. all the best for your study and learning.

    ReplyDelete
  17. nice info.. thanks bro..
    aiseh haritu terlepas nak puasa..
    hrap2 thun dpan dpat berpuasa hari asyura.. :)

    ReplyDelete
  18. tahun ni x sempat pun mkn bubur asyura..huhu

    ReplyDelete
  19. dah get ready nak gi bertapa plak :D


    http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/interconnected-friday.html

    ReplyDelete
  20. subhanallah.. maha besar allah


    Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

    ReplyDelete
  21. ALHAMDULILLAH
    tq for sharing. Allah yubarik fik :)

    ReplyDelete
  22. sayangnya bday saya selepas 2 hari hari asyura..=]

    ReplyDelete
  23. Sungguh besar makna Hari Asyura ni kan Wan..

    Alhamdulillah aku berkesempatan rebut fadhilat puasa hari Asyura tu..

    ReplyDelete
  24. Anonymous9/12/11 17:29

    info yg sgt berguna^^

    ReplyDelete
  25. mna buburnya?hehe

    hud luck utk final exam nnt ye :)

    ReplyDelete
  26. Anonymous9/12/11 18:10

    suha suka zuan post entry macam ni. kira mengingatkan bersama. good job zuan. teruskan ya :]

    ReplyDelete
  27. thanks zuan sbb share..

    :)

    ReplyDelete
  28. banyak peristiwa yg telah berlaku.. banyak yg aku tak tahu.. nice la entry ni..

    ReplyDelete
  29. terima kasih share something yang mendatangkan pahala..
    teringat bubur asyura...:)

    ReplyDelete
  30. Thanks for this awesome entry! :D

    ReplyDelete
  31. nsb bek kwn2 ak ingtkn ak utk pose hahah

    ReplyDelete
  32. ambil iktibar
    kisah ni..


    hehe..yg baik jdikan pedoman

    ReplyDelete
  33. Nais sharing Zuan.Mesti penat nak list peristiwa-peristiwa berkenaan dengan hari mulia nikan? =)

    ReplyDelete
  34. hari yg mulia.
    nice info zuan :D

    ReplyDelete
  35. alhamdulillah, syukurlah :) thanks for the info zuan, dah save dah dlm komputer :)

    ReplyDelete
  36. thx for the info lame dah xmerase bubur as-syura dulu time sekolah lu wat secara gotong royong start dr lepas isyak smpai kesubuh buat...hehe... btw zuan gud luck for final... mudah2han dipermudahkn segala urusan..

    ReplyDelete
  37. tenkiu lah ye..

    btw..aku pon nk final dah...:(

    moga kita boleh stadi n ''blogging'' sikitlah..hahaha

    ReplyDelete
  38. tenkiu lah ye..

    btw..aku pon nk final dah...:(

    moga kita boleh stadi n ''blogging'' sikitlah..hahaha

    ReplyDelete
  39. wohhh... baru tau ada sejarah di sebalik 10 muharam T_T

    ReplyDelete
  40. banyaknya peristiwa terjadi . subhanallah .

    alhamdulillah dapat jugak merasa puasa hari asyura .

    :)

    ReplyDelete
  41. good sharing zuan :))

    ReplyDelete
  42. banyak betul kelebihan hari asyura. rugi kalau tak puasa.

    ReplyDelete
  43. tens for sharing zuan :)

    ReplyDelete

Every comment worth a thousand thanks.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...