Showing posts with label aku seorang blogger. Show all posts
Showing posts with label aku seorang blogger. Show all posts

Friday, 8 June 2012

> Tiga Tahun

HOlla Peeps,

"OMAIII!!! DAH 3 TAHUN aku ada BLOG!!"

Well itu should be 1st shout word yang keluar dari mulut aku! Pejam celik pejam celik, yeahhh dah 3 tahun aku dalam dunia blog ni..

Dengan bilangan follower 1910, total entry yang dipublish 557 dan total komen melebihi 18k! Ia adalah satu pencapaian yang membanggakan pada aku (ditambah lagi dengan achievement lain)!


http://www.onislam.net/english/health-and-science/faith-and-the-sciences/422632-health-benefits-of-saying-qalhamdulillahq.html?the_Sciences=
Alhamdulillah

Alhamdulillah semakin banyak kawan aku dapat dari dunia blog ni..N masih tak ada musuh! Musuh? Err aku tak cari musuh, mungkin musuh carik aku..hehe.

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk share something to the world. Masih diberikan idea untuk menyampaikan sesuatu dengan cara aku.

Alhamdulillah walaupun busy dengan Student Life, aku masih diberi peulang untuk update 'regularly'.

Alhamdulillah blog ni dapat 100k hit setelah 3 tahun blogging.

Alhamdulillah walaupun aku jarang blogwalking, masih mendapat hit dan komen dari pembaca setia blog ini.


Terima kasih.. 
Hanya Allah yang mampu membalas budi korang semua :')


Harapan aku untuk tahun ke 4 ni,
"Menjadi blogger yang mampu menyumbang sesuatu kepada masyarakat, dan mampu memberi impak kepada kehidupan orang lain.. dan harap lebih murah rezeki dalam dunia blogging ni..hehe"


-zuan-
p.s : aku ada terfikir untuk tukar template blog ni, tapi nanti nanti la.. kepala masih fokus kat projek jawi je untuk masa terdekat ini..  

Tuesday, 1 November 2011

> Hello November

HOlla Peeps,


Rasanya last aku melalut dalam satu entry adalah pada bulan July dimana aku melabuhkan tirau June, atas request seorang silent readers, aku kembali melalut dalam satu entry yang aku melalut untuk cakap Hello kepada November!




Bulan lepas aku banyak Melalut Sebab Hanie dan Jue, eh tapi aku melalut sekali je wa rasa.. Amacam travel guide aku dalam segment Jejalan : Island Hopping at Langkawi dan Jejalan : Cable Car Langkawi? ok la kan? aku malas nak bagi Harapan besar kat korang, nanti spoil My Happiest Moment dan korang ingat aku nak ajak Holiday dan Bloglist ngan aku pulak, sori aku Tadaima #LOL

Bulan lepas, banyak kali gak aku tak sehat, dok fikir pasal Kesan Panadol makes me HEADACHE~!! ye la apa kaitan Faizal Tahir dan Christina Aguilera sampai jadi Faizal Aguilera?

Ops lupa Apakah Benar Perang Dah Tamat? mungkinkah akan diselitkan di alam Filem Steve Jobs? The eye of Ame Kusanagy never lies dan dia slalu shuffle lepas tengok The Cube That Cube Me, haha "It's Okay" aku pun I Miss My Old Hair dan kita adalah One Piece Nakama kan? 

Aku slelau fikir nak Bercinta Selepas Kawin ye la, nanti xde la aku cakap "Jangan Tengok Cermin Lama-Lama Sangat, Nanti Jerawat Naik" kat bini aku kan? Plus aku taknak la dok Aku Suka Sex! OPS!!! Susah wei bila fikir aku termakan Makanan Yang Membuatkan Korang Susah Nak Tidur.. oh Melayu Mudah Lupa!

Jerawat oh Jerawat tak ingatkah dikau pada perlawanan kita di Litar Epik! dimana aku kata Jangan! Tapi engkau menunjukkan LED Watch untuk Tech Thursday, tau la Not Just A Blog, bukan Cool Blog, dan tau tak Perbezaan Manusia dan Haiwan? Kalau tak tau, manusia celebrate Pesta Cahaya dan manusia ada Pelukis Buta, kau ada?

Alhamdulillah Aktiviti Weekend Dah Selesai dan 2 Minggu Yang Akan Datang mungkin menjadi antara minggu suka dan duka aku? Who knows, aku hanya ingin mengajar Alphabet Taught kepada mereka dan membuat mereka Tech Think..


Top komentator Bulan Lepas


Alright, aku suka bab promote mempromote ni, aku nak share ngan korang top komentator blog aku bulan ni.. Sapa ek? sapa ek? Rasanya si pengomen dah sedar dia pemenang #LOL!!! Alright aku promote Top 5 je la bleh? lain-lain boleh cek dekat widget bawah, sekali Top 100 Best Commentator

  • Di #5 ada 2 pengomen tegar yang berkongsi kedudukkan, iaitu Akue Achik, penulis blog Akue Achik dan AmirFX penulis blog ting tong teko! Kalau korang ingat lagi Akue Achik ni pernah berada di #4 pada bulan lepas..
  • Siapa tak kenal Namee Roslan kan? Penulis blog mynameisnamee, she's at #4!!! 
  • Di #3 adalah Rozeeta Rashid, penulis blog A CANVAS OF MINE
  • Kemudian di #2 adalah Idzanfashila penulis blog IF blog
  • Dan yang mengondol #1 kali ni adalah Hanie_Dewpenulis blog "Let The Blog Do The Talking, Aight!", bulan lepas beliau berada di #2, bulan ni, she's at top of the list!!! 

Dimana Syara, Arisha dan Suha bulan September diorng berada di Top 5, bulan ni???


  • "Aku selalu mengingatkan diri aku supaya
  • pentingkan kualiti entry dan trafik itu akan datang dengan sendiri..


-zuan-
p.s : harini (selasa) aku ada test lagi.. Wish me SUPER GOODLUCK!!!! (",) 

Saturday, 1 October 2011

> Not Just A Blog

HOlla Peeps,

Special entry untuk bulan October.. SO boleh juga kata entry untuk 
SAYONARA SEPTEMBER, HELLO OCTOBER!!! (",)



Dengan bermulanya October, harap bilangan pembaca Saiazuan Blog makin bertambah insyaAllah dan aku berjanji akan berusaha memperbaiki dan upgrade kualiti entry-entry aku dari masa ke semasa (supaya tak ada la orang cakap blog aku semakin boring hehe)..  Entry kalini sedikit istimewa, sebab aku ditanya oleh seseorang, 


"could u explain what's mean by not just a blog??"


So another special request la (selepas entry PENINGkatan), sapa sangat yang rajin tanya tu ek? Tak lain tak bukan, Arisha (asyik Arisha je tanya, do i have skandal with Arisha??? hehe).. Tapi rasanya jawapan itu telah dijawab dengan slumber oleh Aweyn,



"saiazuan's blog is not just a blog but also very informative :)"



Hehe menarik jawapan dari Aweyn.. Bila sebut je information, should la ada sumber mana aku dapat info tu.. Ada yang tegur aku copy and paste je info tu, yes betul mostly aku copy dari sumber lain. Ada yang aku copy paste je, sebab apa? Sebab nak jaga kualiti ayat yang original tu.. So tak de la orang salah faham dengan ayat yang aku olah sendiri.. Better original words kan? Tapi ada je sedikit olahan untuk tambahakn pemahaman pembaca.. Tapi tak pe la kan, kalau ada request untuk aku olah fakta yang aku jumpa, boleh je.. 


So itu adalah point pertama yang menerangkan "not just a blog...".. Blog aku ni juga ada sedikit personal, kalau korang perasan kadang-kadang aku ada tulis kat side "p.s" tapi jarang jugak la kan aku tulis pasal personal sebab personal life aku boring je, tak ada yang menarik pun hahaha.. 


LABELS..

Kalau korang perasan dekat side kanan ada widget "LABELS" atau "SUB CATEGORIES" yang memecahkan beberapa kategori entry yang biasa aku tulis.. Ada lebih dari 10 labels selected. Dan labels yang biasanya aku tulis adalah berkenaan "INFO", "Tech Thursday", "Movie Review", "Islam is My Religion", "Fakta Auta", "My Story" dan "Komik ATWR". Bila dah balik UiTM ni, back to Student Life la, so next time entry pasal student life? Hehe


klik Like @ Saiazuan Blog FB Page Untuk Dapatkan Update Terkini Saiazuan Blog

Alright, bulan ni je dah macam-macam perubahan aku buat untuk blog ni... Dan paling utama, perubahan tempelate blog ni (selepas dikritik hebat oleh para pengkritik jemputan) terima kasih semua.. Dan aku banyak perbaiki gaya penulisan aku.. Sofar korang satisfy? Kalau tak, KRITIK lagi.. Tarikh kritikan tak pernah tutup Hehe sebab lagi banyak kritik lagi bagus..


Entry Bulan September


Bulan lepas aku berjaya membuat rekod peribadi, iaitu menerima lebih 100 komen untuk pertama kali.. Aku dapat  136 komen untuk entry ATWR Comic : #6 Raya Raya dan Raya dan 110 komen untuk entry PENINGkatan sekaligus menjadikan entry PENINGkatan entry paling popular bulan ni.. Thanks for ur time reading that entry..

Hmm ada yang request komik ATWR.. Haritu aku ada shooting satu episod, tapi dalam masa terdekat mungkin tak akan dipublishkan.. InsyaAllah akan dipublish pada minggu-minggu akan datang.. Tunggu.. 


Top Komen


Bila cakap pasal komen kan, mesti korang nak tau sapa top komentator SAIAZUAN BLOG! Penulis blog Spread away..., Syara Mohammad mengunguli carta "100 BEST COMMENTATOR" dengan bilangan komen lebih 2 kali lagi banyak dari tempat ke2 dan ke3.. Syara banyak membaca entry-entry lama blog ni dan banyak tinggalkan komen beliau di entry-entry lepas.. Tempat ke2 dan ke3 didominasi oleh pereka header ini : 

credit to Jue dan Hanie, penulis blog Let The Blog Do The Talking, Aight!

Siapa lagi kalau bukan Jue dan Hanie! Percaya atau tidak, kalau digabungkan bilangan komen diorang berdua ni, belum dapat kalahkan bilangan komen Syara! Di tangga ke4 adalah penulis blog Akue Achik, iaitu Akue Achik! Rajin dia ni komen hehe dan tangga ke5 dikongsi Arisha(Penulis blog FARRA ARISHA) dan Suha(Penulis blog sueehaa). Apa lagi? Terjah blog diorang sekarang! Siapa tau, korang mangsa komen mereka yg seterusnya...HEHE




Sejak aku aktif blogging ni an, member mula tegur "hi abang blogger" haha korang ni memang klaka la..Tau tak aku ada dapat beberapa gelaran atau nama panggilan dari pembaca blog aku? Seperti Abang Zuan, Cikgu Zuan, Lecturer Zuan, Abang Gadjet, dan Abang Kuku (mana datang nama ni?)? Haha kelaka-kelaka je nama korang bagi.. Lepas ni apa pulak ek? 

Misi aku blogging dah lama mula, tapi kalau sebelum ni tanpa tagline, kalini dengan tagline "not just a blog.." yang telah aku gunakan untuk pertama kali pada header "Happy Ramadan" yang lepas..

Eh apa misi aku blogging sebenarnya? Mesti la nak kalahkan Blog #1 Malaysia kan? Haha tak de la sangat sampai misi macaam tu, aku blog untuk tambah kenalan, share knowledge dan informasi, improve skill writing, isi masa lapang selain melepak yang tak ada faedah tu, dan dapatkan duit? Hehe mesti ada dalam hati nak dapatkan sikit duit poket bila dah blogging ni..


So sebagai konklusi, "not just a blog" adalah tagline atau moto yang aku cuba capai, iaitu cuba keluar dari kumpulan blog-blog biasa, aku cuba jadikan "saiazuan blog" satu blog yang lain dari yang lain. Tapi adakaha saiazuan blog lain dari yang lain? You guys decide it.. Happy Blogging dan Enjoy Weekend korang.. (",)


-zuan-
p.s : bajet kewangan perlu gak bila jadi student ni, sebab parent kita takkan sentiasa ada untuk support kewangan kita, apatah lagi pinjaman seperti PTPTN dan Yayasan Negeri yamg takkan aku guna semuanya sebab aku akan simpan sikit dalam ASB 

Monday, 12 September 2011

> Kritik AKU!

HOlla Peeps,

Tajuk simple dan bagitau apa yang aku inginkan.. Beberapa hari ni, aku rasakan entry di blog aku semakin kurang isinya, semakin kosong dan aku semakin kurang penghayatan.. Aku perlukan bantuan korang, aku prlukan kritikan korang... Please kritik blog ni.. Please kritik apa yang korang tak suka.. Anything, just please.. Korang je nampak apa yang kurang.. Aku nak blog aku diterima ramai, dibaca ramai... Dan aku nampak recently semakin kurang dan kurang dan kurang..


-zuan-
p.s : ini bukan entry menarik perhatian pembaca.. tak ada niat nak dapatkan trafik melalui entry ni..Aku perlukan jawapan kepada soalan yang bermain di kepala aku... lama sangat aku nak tau apa yang tak kena dengan blog aku ni.. kerjasama korang sangatttttttttttttttttttt aku hargai.. 

Monday, 29 August 2011

> 6 Blog Yang..

HOlla Peeps,

Seperti yang dijanjikan, 6 blog baru pilihan aku untuk nuffnang blog day 2011 (Rujuk entry semalam : Nuffnang dan Blog Day 2011) sedikit briefing mengenai BlogDay ni:

Blog Day was created with the belief that bloggers should have one day dedicated to getting to know other bloggers from other countries and areas of interest, and Nuffnang is proud to be celebrating the 6th Blog Day on 31st August 2011! 
On Blog Day, bloggers will post a recommendation of 6 new blogs, and this way, everyone will find themselves discovering new, previously unknown blogs thanks to the viral effect of social media. Sounds great, doesn’t it?

Here’s how you can be a part of Blog Day 2011: 
1. Spot 6 new blogs that interest you the most, preferably blogs which are different from your own culture, point of view and attitude. 
2. Share with us why you have recommended those 6 blogs – are they funny? Do they tell unusual stories? Maybe the photos are out of this world? 
3. Publish your blog post about your 6 recommendations by 11.59 pm, 31 August 2011. 
4. Fill in your details in the form below to submit your entry.


ready?





Mempunyai personaliti menarik, masih muda tapi berfikiran matang dan mampu menulis entry yang sangat menarik pembaca untuk membacanya, 1st time aku baca blog ni apa yang bermain di fikiran aku adalah "how old is she?". Seorang pelajar sekolah yang tinggal bersama keluarga di Indonesia, tapi asalnya dari Malaysia. She got a sister who also blog and have a good one, Fifiey Lychee Maration. Plus, dia ni sangat ramah, tringin nak jumpa dia secara personal.. 



Blogger yang membuatkan aku pening kepala dan tak kering gusi dengan celoteh dia.. Bukan sekadar blog personal yang menceritakan mengenai hidupnya, ia adalah blog yang berinformasi dan mempunyai banyak tips untuk dipelajari. Banyak juga aku dapat dari blog ni, dan banyak juga aku gelak bila aku baca blog ni. Jangan tertipu dengan header dia, kerana dia jauh lebih comel dari itu.. Jika anda inginkan humor + informasi, she got the package..




1st time kita masuk sesuatu blog, benda yang pertama kita nampak adalah header, dan bila aku tengok header blog ni, "This blog should be an interesting one!" and yes it is!!! Penulisan entry yang bersahaja dan spontan, selalu membincangkan topik menarik pembaca. Aku agak terkejut yang dia masih baru dalam blogging kerana gaya penulisan dia sangat bagus sampai aku sendiri tak terkomen apa yang dia tulis.. A blogger who can rise up to the top!



TLC Promise Me :
For the Children of Rumah Aman..




Blogger yang bagus dalam setiap hujah dia mengenai setiap isu, dan mostly current issues menjadi topik perbincangan dia.. Aku suka style interface blog ni, lebar dan menyenangkan pembaca membaca, dan untuk pengetahuan dia adalah seorang programmer yang juga menulis untuk Negative Zero, jadi kalau ada pertanyaan mengenai coding boleh tanya dia.. Banyak info berguna diselitkan di setiap entry dia.. Seorang blogger yang humble..




Satu blog berbahasa inggeris, sesuai dengan tagline dia "Interpretations for words that touches my soul" blog yang banyak menyelitkan quotes dalam setiap entry dia dan akan terjemahkan quotes tu mengikut pendapat penulis itu sendiri..  A simple simple blog with simple entry that will make people think..




Totally new blog on the block!!! Sangat rare blog yang mempunyai cerita mengenai haiwan sebab ramai yang tidak berapa ambil peduli pasal haiwan. Penulis blog ini ingin menukar pemikiran pembaca ke lebih positif terhadap haiwan, yang mana ramai tidak begitu mengambil perhatian dan menyanyangi haiwan. Blog yang menarik untuk di ikuti.. sesuai dengan tagline dia "here where we fight for their rights" blog ni mampu buka minda pembaca.


kalau nak join, sini


-zuan-
p.s : harap semua brpuas hati dengan pilihan aku.. sori la kalau tak terpilih.. 

Sunday, 21 August 2011

> Cita-cita

HOlla Peeps,


Ketika kecil dahulu ketika masih memakai baju sekolah berseluar biru sering aku ditanyakan soalan:

google it

"besar mau jadi apa?" tanya cikguku, *bukan skolah indon.

"saya nak jadi pilot cikgu" jawabku dengan malu-malu.


Tetapi setahun kemudian...

google it

"Awak nak jadi apa bila besar nanti?" tanyak cikguku.

"Saya nak jadi peguam cikgu, boleh bela orang salah" jawab ku dengan yakin.


beberapa tahun kemudian...

google it

"Cita-cita kau nak jadi apa?" tanya kawan aku.

"Aku nak jadi arkitek, sebab aku nak kalahkan KLCC" jawab aku dengan bangga.


dan aku teruskan cita-cita aku tu dengan memasuki sekolah teknik, belajar civil.. kemudian minat aku pada architectural makin kurang, tapi hatiku masih pada seni, cuma bukan senibina..

nampak tak cara aku jawab soalan-soalan tu, bermula dengan malu-malu, kepada yakin dan kepada bangga, tapi bangga tu perlu dibuang, kerana ia mampu membawa kepada riak..oh, ramai orang benci manusia riak..

google it
Dalam perlahan-lahan minatku pada komputer.. aku teruja bagaimana sesautu mesin kecil mampu membuat pelbagai benda, mampu keluarkan visual manusia bergerak, mampu mengeluarkan suara seperti kita dan mampu menyiapkan tugasan dengan masa yang cepat..

Pada yang dah lama follow blog aku mesti ingat cerita ni, Pengalaman di Simpang Jalan.. Kisah dimana aku menjadi seorang guru dan aku jatuh cinta dengan kerja itu.. Tetapi tidak lama kisahku...

Dan selepas beberapa tahun aku minat pula pada bidang penulisan blog, ia menarik, anda bebas menyampaikan apa yang anda ingin luahkan.. Dalam blog boleh kenal macam-macam orang, dan macam-macam gaya penulisan dengan macam-macam idea..


Tapi dengan blog mampu ke aku milik rumah ditepi pantai? Sebuah kereta vw beatles? Dan sebuah ipad? Set hometheater untuk aku layan astro first? Menikmati makan malam di hotel sambil mendengar ahli musik bermain musik untuk aku? Memakai pakaian berjenama dan mampu menghantar ibu bapaku ke haji dan umrah pada bila-bila masa mereka nak? Menderma tanpa limit kepada mereka yang memerlukan?

Tapi aku percaya tiada yang mustahil jika anda percaya anda boleh buat!!! HOYEAH!!!!!


-zuan-
p.s : 3 hari yang memenatkan untuk aku.. maaf kalau aku gagal lawat ke blog korang beberapa hari ni 

Tuesday, 26 July 2011

> Satu Hari Nanti Akan Ku Capai Mu

HOlla Peeps,

Tajuk yang agak kebudak budakkan, tapi tu la yang ingin aku kejari (bukan ke jari tangan LOL).. Aku Seorang Blogger selama 2 tahun, tapi pengalaman aku, knowledge aku pasal blogging ni sikit untuk dikongsi (Tanya aku macam mana nak naik trafik? Aku suruh korang ping kat twitter je la..hehe).. Skill menulis entry SEO pun kurang, entry masih belum cukup mantap..

LOL Semalam aku ada hantar application untuk innity dan harini dapat feedback dari diorng..

Sorry, your application is disapproved.
Dear Muhammad Syazwan Bin Norhalik, 


Thank you for your application to join Innity Performance Network. After a few rounds of review by our team, we have found that your site now does not yet meet our network criteria, due to Low Traffic. Therefore, we are unable to accept you into our network. We do believe in the potential of your site to grow substantially over the years and we are still open to future cooperation.
We have to ensure the effectiveness of Performance ads for our publishers and our advertisers. Hence, we review all publishers, and unfortunately we have to reject certain applicants.

If you need more information, please let us know.

Thank you for your understanding.

Sincerely,

The Innity Performance Network Team

HOYEAH aku nye apps di reject.. hehe dah ku agak akan direject sebab trafik pun low, pastu mengidam nak pakai Innity, memang tak dapat la, LOL!!! Takpe, fokus entry best2 dulu... klu entry best bru orng nak baca blog kita kan?

-zuan-
p.s :  hampir curang ngan nuff.. sori boss.. hehe

Wednesday, 20 July 2011

> Aku Seorang Blogger

HOlla Peeps,

Dah pertengahan bulan July baru aku mengada nak masuk contest SEO ni, "Memang tengah tak ada kerja la ni"

"Contest apa ni?" contest SEO..
"Contest apa?" contest SEO..
"Contest apa?" contest SEO yang dianjurkan 2dayblogger la..

"Apa itu?" Klik sini, atau mau kena sengat? hehe xD
Ada 3 kategori yang dipertandingkan iaitu :


  1. Buat Duit Dengan Blog
  2. Tip Blogging Terbaik
  3. Aku Seorang Blogger
dan kontest SEO Jun 2011 bermula

Ok yang 1 dan 2 memang aku tak tau nak tulis apa.. Nak bagi tips? Jauh sesat semua bloggers nanti.. Buat duit? Ermm... tak banyak nak share (tak ada pun sebenarnya). Thanks to 2DayBlogger dan rakan-rakan sponsor yang lain kerana sudi bagi peluang kat blogger-blogger join contest ni dalam masa yang sama menambah semangat untuk bertanding, semangat berusaha untuk sesuati dan yang penting pengalaman.. Apa contest SEO ni? Ia adalaha kontest dimana mencari top 3  bagi setiap keyword yang dipertandingkan di search carian google akan dikira sebagai pemenang. Syara-syarat kontest SEO 2DayBlogger Jun 2011 ada di sini..


“Contest SEO ini telah dianjurkan oleh Blog 2DayBlogger.Com dengan kerjasama blog upprofits,  lepak dan broframestone. Manakala hadiah telah disponsor oleh 2DayBlogger,upprofits,broframestone , MJ,MySuperKids,Muje Puan BeeEllen, DenaiHatik-worldshairulazniummihaniednsblog“.


AKU SEORANG BLOGGER

Bila dicedok kembali detik permulaan aku blogging, aku mula terfikir(adakah aku seorang blogger?), waktu tu "kenapa aku blogging?" sebab tak pernah ada sebab pun kenapa aku blogging time tu, sampai la aku sedar yang blog ni Boleh Buat Duit.. Ok, aku tak tau pun boleh buat duit sebelum ni, sampai la Desember tahun lepas, waktu tu kawan aku kenalkan aku dengan Nuffnang.. "Pe tu?" memang banyak tanda soalan kat atas kepala aku, tu belum dalam kepala lagi.. Ok, niat asal aku blogging SEBELUM kenal nuff ni, dan SELEPAS aku dapat idea mengenai apa konsep blog yang aku nak buat, iaitu, KOMIK, HIBURAN, TEKNOLOGI, dan PERSONAL.. Dan setakat ni, aku rasa aku dapat capai semua ni (Teknologi je belum kuat lagi) Tapi tak apa la kan "pelan-pelan kayuh" bak kata Umi aku.. 

Selepas 2 tahun blogging (Sejak Jun 2009), Alhamdulillah aku dah ada 670 kawan-kawan blogging (Aku suka panggil kawan-kawan daripada follower), dan lebih kurang 269 entry aku dah tulis.. Satu pencapaian yang membanggakan pada aku, Seorang Blogger (Maaf, aku tak ada tips blogging terbaik)..Ops, lupa nak cerita pasal nama blog, Saiazuan Blog nama diberi.. Hmm.. tak banyak yang istimewa sebab url blog ni lain sebenarnya http://eleventx.blogspot.com/ lain kan? Saiazuan tu nama aku (Aku tuka ejaan nama tu supaya ia unik.. ejaan nama aku yang sebenar, Syazwan).. Eleventx pulak?? Ok, aku suka nombor 11, jadi aku letak eleven, tapi eleven tu simple dan tak unik, aku suka unik, aku letak tx kat belakang... Kenapa tx? Entah la, nampak cool je.. hehe

Sepanjang blogging ni, aku pernah dapa Tiket Premiere Screening Transformers 3, awal bulan lepas pula aku dapat Bloggers Sports Gathering di City Golf anjuran Nuffnang.. Dan semalam aku dapat pass untuk ke MTV World Stage pada ahad ni di iCity.. Lets Rock, dan di situ aku semakin kuat mengatakan yang aku seorang blogger.

Seronok bila ada ramai yang baca blog aku, komen blog aku, dan sokong blog aku dari semasa ke semasa, jadi dari situ aku mula hargai semua kawan-kawan blogging... Aku adalah aku, jadi dalam dunia blog dan dunia sebenar, ini lah aku.. Tak ada sikap hipokrit, talam dua muka atau sebagainya (Puji diri sendiri pulak) Tapi ini la hakikat diri aku yang sebenar.. Aku selalu luahkan pendapat aku tentang dunia sekarang di blog aku dan cuba mendapat respon dari pembaca-pembaca dikalangan kawan-kawan aku.. Walaupun aku kenal di dunya nyata sahaja, aku percaya mereka.. Sebab Aku Seorang Blogger.. 



-zuan-
p.s :  join contest ni untuk pengalaman dan tambah kenalan, kalau menang pun, itu adalah rezeki dari Allah S.W.T.  :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...