HOlla Peeps,
Ringggggggggggg~ Bunyi alarm! Menandakan sudah pukul 5:30, dan aku perlu bangun untuk ke tempat praktikal. Sudah
2 minggu berlalu, masuk minggu ke 3. Ia menjadi rutin harian. Sudah leka dengan bunyi alarm, dan tidak lagi tangan cuba menekan snooze button untuk sambung tidur lagi 5 minit..
Keluar dari bilik, sudah nampak Umi di dapur. Ternyata Umi ingin menyediakan sarapan pagi untuk anak kesayangannya walaupun tidak pernah diminta berbuat demikian.
Thanks Umi :)
Selesai mandi dan bersiap, aku ke meja makan dan makan apa yang disediakan.
Breakfast Like A King they said, kerna
sarapan pagi sangat penting untuk otak. Jadi makanlah, tapi berhentilah sebelum kenyang, Kerna dikuhatiri tak larat nak ke tempat kerja nanti.
Jam menunjukkan 6:10, beberapa minit lagi
azan Subuh akan kedengaran. Untuk mengelakkan tertinggal Subuh, aku bangun lebih awal untuk bersiap dan sarapan supaya boleh mengerjakan solat
tanpa tergesa-gesa.
Selepas selesai solat, jam menunjukkaan ada lebih kurang 15 minit sebelum train tiba di platform. Aku mengambil masa selama seminggu untuk mengira timing supaya tidak tertinggal train. Biasanya di waktu pagi, train akan ada setiap 15 minit. Thanks to
KTM Komuter kerna alert dengan pekerja yang berulang-alik menaiki train. Dan thanks to
Kad Komuter 1Malaysia, dapat
save 50% tambang ulang alik setiap hari.
Aku biasa tunggu train pukul 6:35 di stesen
KTM Senawang, kira-kira 5 minit dari rumahku.. Biasanya train awal 2 minit atau lewat 2 minit. Sangat efficient service
Komuter di pagi hari. Buku sudah ada di tangan, aku tidak membaca novel atau buku-buku fantasi untuk mengelakkan mengantuk di dalam train nanti, jadi korang mungkin dah boleh figure buku jenis apa aku baca ketika di dalam train.
Kebiasaan akan tiba ke
Stesen Komuter Kuala Lumpur pada pukul 8 atau 8 suku, bergantung pada keadaan. Tiada masalah padaku kerna bas
Rapid KL biasanya akan tiba pada pukul 8:30. Aku biasa akan berjalan kaki dari
Stesen KTM ke
Pasar Seni. Ramai mengatakan ia adalah short walk, tapi sebenarnya melebihi 500 meter perjalanan dan ia adalah rutin yang bagus pada pendapat aku, kerna free exercise di pagi hari. Sangat bagus untuk jantung dan kesihatan.
Bus dari
Pasar Seni ke
Solaris Dutamas biasanya mengambil masa dari 15 minit ke 40 minit bergantung pada trafik. Jika nasibku baik, akan tiba awal. Boss di sini tak kesah jika pekerja datang lewat, tapi pada aku, etika kerja datang awal kena sentiasa amalkan walaupun hanya praktikal dan elaun yang diberikan tidak banyak mana.
Some ask, "
tak penat ke berulang? Why tak stay dengan Faid (
Salah sorang programmer di situ)?"
Yeahh its soo penat~ But kepenatan itu hilang bila dapat lihat jumlah wang yang dapat di jimatkan (
banyak benda boleh dimanfaatkan dengan saving ni).
Ngantuk di tempat kerja tu biasa la, jadi selalunya jika ngantuk, aku akan bangun dari tempat duduk, dapatkan segelas air, atau ke tandas untuk mencuci muka, ataupun take a walk in
Publika. Tiada masalah bagi boss-boss (
overall ada 4 orang boss yang juga merupakan shareholder company software house ini) di sini. Kerna mereka lebih suka melihat pekerja dalam keadaan happy dari murung atau ngantuk.
Waktu lunch tidak menentu, ada yang turun awal, ada yang lewat. Bergantung kepada tahap kelaparan sendiri. Kadang join group, kadang solo~
Biasanya aku yang paling awal keluar office untuk balik kerna tidak ingin tertinggal bas. Bas terakhir ke
Pasar Seni yang singgh
Solaris adalah pukul 6, kalau lewat terpaksa naik cab. Boss tak kesah aku blah awal disebabkan keadaan aku yang tidak mengizinkan untuk kerja lewat. Masing-masing memahami, mereka pun sedar yang aku selalu datang awal, jadi tiada masalah jika aku keluar awal.
Kebiasaan bus tiba pukul 6, dan akan tiba di
Pasar Seni antara 7 ke 7 lebih bergantung pada trafik. Biasanya aku turun di belakang bangunan yang terletak
Stesen KTM Komuter Kuala Lumpur. Lebih dekat dan menjimatkan masa. Komuter pada waktu kemuncak ada setiap 15 minit, seperti waktu kemuncak pagi. Pada waktu-waktu biasa, akan ada setiap 30 minit.
Pada kebiasaan akan sampai di
Senawang pada pukul 8 lebih, dan paling lewat pukul 9.. Yups, this is true, this is rutin harian budak praktikal dari Senawang.
Kata-kata
denaihati memberi inspirasi kuat untuk aku terus berulang seperti sekarang ;
"Alah bisa tegal biasa, mungkin kerja nanti itu pilihan yg ada, terpaksa duduk jauh dr tempat kerja. terutamanya bila dah kawin, isteri pun kerja jauh dr tempt kita kerja." http://denaihati.com/
No Sweat! No Regret! No Pain, No Gain! Kerna bagus for both my leg and financial.. Tak cukup rehat? Hehe I guess not, sebab normally akan go to sleep at 10, dan wake up at 5:30. So total sleep lebih kurang 7 jam setengah. More than enough right? Takde life? Still got 2 days break on weekend, shouldn't ask more than that..
Some said; it's a waste of time, banyak benda boleh buat kalau menyewa di sana. Bila difikir, klu duduk menyewa pun, apa aku buat is tidur jugak time balik kerja (Mungkin lebih dari 8 jam aku tidur nanti). Plus need to spend more money on eating (breakfast n dinner) & renting.
Ada 12 minggu lagi.. Alhamdulillah, until now everything goes smoothly according to the plan :D
Till then, Adiós peeps ;)
-zuan-
p.s: agak lama aku tak tulis entry panjang macam ni.. Yeah! satu kepuasan...
click ads to show your support (",)