Thursday, 1 December 2011

> Well #goodByeNovember and #helloDecember

HOlla Peeps,


Dah lama aku tak buat Movie Review dan bulan ni aku berjaya review movie In Time dan The Adventures Of Tintin: The Secret Of The Unicorn! Yang tak sempat nak review mungkin movie Twilight yang aku dapat time menang contest dari nuffnang, hoho I Won Free Pass Again! Yeah it was a great time with her.. But she Need Time i guess...

Bulan November adalah bulan yang penuh dengan hujan di dalam tahun ini, yeah its a November Rain, it started with sunshine but ended up with a rain. You know, I Don't Mean To Hurt You, mayb aku tak belajar Berpegang Pada Prinsip menyebabkan aku hampir mengungkapkan perkataan "Misery, sadness, loss of faith, no reason to live... This is perfect for Me"!!! Even Hantu Burger pun taknak kawan dengan aku kalau aku buat benda mcm tu, yeah Aku Bukan 18 Tahun, dan muka aku tau aku Awet Muda siot~ Kisah cinta kita tak seindah Breaking Dawn..




Ops, ada blogger terasa pedas bila aku tulis Tips Mendapatkan Income Dari Blog, you know Buncit Itu Sexy, so relax la kan walaupun 11.11.11 dah lepas... Bulan ni gak 1st time aku lancarkan VLOG : Arigatou aku yang pertama! HOHO bangga kejap! #LOL




Apa aku bincang pada Tech Thursday bulan lepas? Mostly mengenai tips yang perlu diketahui for better living, macam Bagaimana Anda Menjawab Panggilan Telefon? Telinga kanan? Or telinga kiri? Ha, dah try QR Code yang aku tunjuk haritu? Come on la, Komputer Semakin Murah beb, so makin ramai terdedah dengan teknologi, dan penggunaan QR Code tu akan semakin meluas.. yeah look forward Future Concept! Sekarang zaman informasi!!!




Alhamdulillah, kita jumpa lagi Maal Hijrah tahun ni, Jom Berhijrah! dan kita jumpa Selamat Hari Raya Aidiladha juga pada bulan ini. Semoga kita berubah dari yang tak elok, kepada yang lebih elok, elakkan pakai pakaian yang Ketatnyeeeee~ dan janganlah melakukan Hubungan Sejenis.. Bertaubatlah anak adam, masih ada masa untuk bertaubat, hayatilah I'tiraf, dan kalau rindu ibu kamu, Go Call Her, oh Mama, Aku Ingin Pulang...




Aku perasan yang bilangan entry aku pada 2 bulan ini, iaitu November dan October tidak sebanyak entry aku pada bulan July dan August, ini Demi Nasi Kandar dan Bahang Kemenangan! Ok aku mengarut dah sebab tek tercalon dalam Nuffnang Blog Awards! #LOL tapi takpe lah, aku have fun kat OPKIM UiTM Perlis 2011 and yeah This is My Life, i love the dinner that Mr Kusanagy arrange, it was an awesome Bond Theme!!!

BTW thanks pada seorang kawan aku yang perbetulkan satu entry aku pada bulan October, iaitu mengenai Kesan Panadol, katanya "xtepat sama sekali..u should read buku pharmaco dulu b4 nk buat state ment camni.. siapa punya penelitian yg kata obat panadol tahan dalam tubuh 5 thn?? hati2 dlm menulis yg cmni sbb masyarakat mudah terpengaruh...," dia menggunakan laman rujukkan http://en.wikipedia.org/wiki/Paracetamol untuk membetulkan apa yang aku salah, dan "read this...half life paracetamol 4 hours... bukan 5 tahun" thanks sebab perbetulkan apa yang aku salah, nextime kena lebih alert mengenai hal ini..


[ ruang iklan 125*125 dibuka, ada yang berminat? ]


Siapa pula top Commentator Bulan November?


Seperti biasa, aku akan mempromote top 5 commentator blog ini pada setiap bulan, siapa berada di dalam senarai Top 5 bulan lepas?


Mana menghilang AmirFX penulis blog ting tong teko dan Namee Roslan, penulis blog mynameisnamee? Bulan lepas mereka berada di Top5! Mungkin kekurangan masa menyebabkan mereka tidak sempat singgah ke blog ini untuk memberi komen-komen mereka.


Akhir sekali aku nak ucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan korang semua, tanpa kritikan dan sokongan korang, aku tak mungkin terus menaip sehigga hari ini.. Aku tinggalkan korang dengan lagu kegemaran aku, Always dari one of greatest rock band, Bon Jovi! Enjoy it, dan Terima kasih (^_^)





-zuan-
p.s : busy sikit minggu ni, maaf kalau tak terbalas kunjungan korang, aku akan balas kunjungan korang bila aku ada free time, adios (",) 

Tuesday, 29 November 2011

> Dinner Night : Smart and Elegant

HOlla Peeps,


Pada hari Jumaat malam Sabtu yang lepas, bersamaan 25 November 2011, berlangsung Majlis Malam Anugerah Kecermelangan Akademik FSKM 2011 di Dewan Sri Semarak UiTM Perlis bagi menghargai dan memberi anugerah kepada mereka yang mendapat 3.50 pointer keatas disamping merapatkan hibungan sesama siswa dan siswi didalam satu majilis! Hoho UiTM Dihatiku beb!! (",) Bertemakan Smart and Elegant so kena la dress ala-ala James Bond pada malam tu.. 

JOm tengok beberapa gambar yang telah berjaya disnap dari persediaan sehingga malam dinner tu,


Mr President Bersama Yang Lain Di Petang Hari Untuk Persiapan Dewan

Kepoyoan Aku Terserlah Pada Petang Tu

Berkumpul Di Luar Dewan  Pada Malam Hari, Sebelum Masuk Ke Dalam Dewan

2 Host Pada Malam Itu Yang Sangat Petah Berbicara

Ucapan Dr Naimah Ketika Perasmian Majlis

Sketch Untuk Perasmiah Majlis, BOND Melindungi Dr Daripada Dibunuh Pembunuh Upahan

Dr Menembak Ke Screen Untuk Merasmikan Majlis

Antara Tetamu VIP Yang Hadir Pada Malam Itu 

Antara Persembahan Yang Diadakan Ketika Tetamu Menjamu Selera 

Penyampaian Anugerah Kepada Mereka Yang Mendapat Anugerah Dekan

p.s bila la aku dapat merasa naik atas tu

Pemilihan Prom King dan Prom Queen

Secara Tak Sengaja, Aku Terselit Kat Atas Tu..

Dr : "Siapa Nama?"
Aku : "My Name is ......! And I'm A Terrorist!!!"

Hahahaha! Mungkin Ni Sebab Aku Tak Menang Prom King

p.s tapi aku berjaya menaik crowd sebanyak mana berjaya ditarik oleh Prom King  #LOL cuba lagi next semester

BOND Yang Menyelamatkan Dr Pada Awal Tadi Menjadi Prom King,
Untong La Dapat Patung The Smurf  Huhu

Muka Aku Frust Sebab Tak Menang Prom King #LOL

Bergambar Bersama Classmates

Candid!

Walaupun Aku Tak Menang Prom King,
Tapi Dapat Bergambar Dengan Prom Queen Pun Jadi La Kan?

Aku dan Mr Muscle Bergambar Dengan Ex Prom Queen,
Tahun Ni Dia Pun Tak Menang Prom



Konklusinya, aku sangat enjoy dinner malam tu, thanks to Mr President for a good sketch, good management, good in everything that he and other handle.. Thanks (",)


-zuan-
p.s : starting esok sampai hari sabtu, aku akan busy bersama classmate yang lain sebab kena handle Karnival ICT kat UiTM Perlis, so siapa ada kelapangan dan ada berdekatan, boleh la datang ke Karnival ICT kitorang yang akan berlangsung dari hari khamis ni bersamaan 1 December sehingga 3 December bertempat di dalam Mushroom UiTM Perlis, mai jangan tak mai.. Disamping  tu, ada gak pertandingan programming dan multimedia yang akan berlangsung di Dewan Sri Semarak yang akan disertai oleh ramai pelajar Universiti~

Monday, 28 November 2011

> Movie Review : The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 1

HOlla Peeps,


The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 1

"Forever is only the beginning" 

Edward dan Bella melansungkan perkahwinan mereka dan kemudian pergi berbulan madu di sebuah pulau. Kemudian setelah Bella didapati hamil, puak Quileute menutup harapan kepada Edward dan Bella yang mengimpikan menjadi ibu bapa kepada anak yang belum dilahirkan kerana ia menimbulkan ancaman kepada Wolf Pack penduduk bandar Forks.

Kenapa filem ini perlu ditonton?

  • Ia sebuah filem bergenre aksi + romantis + fantasi yang sangat hebat kerana mempunyai plot cerita yang tersusun dan menarik.
  • Ia diadaptasi dari novel popular Twilight.
  • Mempunyai 3 pelakon hebat, Kristen Stewart, Robert Pattinson and Taylor Lautner yang berjaya menghidupkan filem ini dengan watak-watak yang mencabar.
  • Mempunyai mesej yang lebih kepada percintaan kepada pasangan, kesetiaan kepada yang disayangi dan pengorbanan terhadap apa yang kita sayangi. Bermaksud jika kita sayangi seseorang, kita perlulah berkorban untuk menunjukkan sayang kita.
  • Pengarah filem ini, Bill Condon tidak pernah mengarah filem-filem Twilight sebelum ini, dan hanya terlibat dengan pengarahan Part1 dan Part2 ini sahaja.
  • Pada yang mengimpikan honeymoon yang indah dan romantis, ini sebuah filem romantis yang perlu anda tonton. 
  

RATING : 7/10 (Aku kurang berpuas-hati dengan penamat cerita ini, dimana dia tidak berapa menerangkan beberapa scene yang berlaku, jadi aku mengharapkan part2 memberi jawapan persoalan aku)


-zuan-
p.s :  salam maal hijrah lagi kepada semua, mari berhijrah kepada insan yang lebih baik insyaAllah (",) 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...