Showing posts with label uitm di hatiku. Show all posts
Showing posts with label uitm di hatiku. Show all posts

Monday, 18 March 2013

Rutin Harian Budak Praktikal Dari Senawang - From Senawang to KL

HOlla Peeps,

Ringggggggggggg~ Bunyi alarm! Menandakan sudah pukul 5:30, dan aku perlu bangun untuk ke tempat praktikal. Sudah 2 minggu berlalu, masuk minggu ke 3. Ia menjadi rutin harian. Sudah leka dengan bunyi alarm, dan tidak lagi tangan cuba menekan snooze button untuk sambung tidur lagi 5 minit..

Keluar dari bilik, sudah nampak Umi di dapur. Ternyata Umi ingin menyediakan sarapan pagi untuk anak kesayangannya walaupun tidak pernah diminta berbuat demikian. Thanks Umi :)

Selesai mandi dan bersiap, aku ke meja makan dan makan apa yang disediakan. Breakfast Like A King they said, kerna sarapan pagi sangat penting untuk otak. Jadi makanlah, tapi berhentilah sebelum kenyang, Kerna dikuhatiri tak larat nak ke tempat kerja nanti.

Jam menunjukkan 6:10, beberapa minit lagi azan Subuh akan kedengaran. Untuk mengelakkan tertinggal Subuh, aku bangun lebih awal untuk bersiap dan sarapan supaya boleh mengerjakan solat tanpa tergesa-gesa.

Selepas selesai solat, jam menunjukkaan ada lebih kurang 15 minit sebelum train tiba di platform. Aku mengambil masa selama seminggu untuk mengira timing supaya tidak tertinggal train. Biasanya di waktu pagi, train akan ada setiap 15 minit. Thanks to KTM Komuter kerna alert dengan pekerja yang berulang-alik menaiki train. Dan thanks to Kad Komuter 1Malaysia, dapat save 50% tambang ulang alik setiap hari.




Aku biasa tunggu train pukul 6:35 di stesen KTM Senawang, kira-kira 5 minit dari rumahku.. Biasanya train awal 2 minit atau lewat 2 minit. Sangat efficient service Komuter di pagi hari. Buku sudah ada di tangan, aku tidak membaca novel atau buku-buku fantasi untuk mengelakkan mengantuk di dalam train nanti, jadi korang mungkin dah boleh figure buku jenis apa aku baca ketika di dalam train.

Kebiasaan akan tiba ke Stesen Komuter Kuala Lumpur pada pukul 8 atau 8 suku, bergantung pada keadaan. Tiada masalah padaku kerna bas Rapid KL biasanya akan tiba pada pukul 8:30. Aku biasa akan berjalan kaki dari Stesen KTM ke Pasar Seni. Ramai mengatakan ia adalah short walk, tapi sebenarnya melebihi 500 meter perjalanan dan ia adalah rutin yang bagus pada pendapat aku, kerna free exercise di pagi hari. Sangat bagus untuk jantung dan kesihatan.

Bus dari Pasar Seni ke Solaris Dutamas biasanya mengambil masa dari 15 minit ke 40 minit bergantung pada trafik. Jika nasibku baik, akan tiba awal. Boss di sini tak kesah jika pekerja datang lewat, tapi pada aku, etika kerja datang awal kena sentiasa amalkan walaupun hanya praktikal dan elaun yang diberikan tidak banyak mana.




Some ask, "tak penat ke berulang? Why tak stay dengan Faid (Salah sorang programmer di situ)?"

Yeahh its soo penat~ But kepenatan itu hilang bila dapat lihat jumlah wang yang dapat di jimatkan (banyak benda boleh dimanfaatkan dengan saving ni).

Ngantuk di tempat kerja tu biasa la, jadi selalunya jika ngantuk, aku akan bangun dari tempat duduk, dapatkan segelas air, atau ke tandas untuk mencuci muka, ataupun take a walk in Publika. Tiada masalah bagi boss-boss (overall ada 4 orang boss yang juga merupakan shareholder company software house ini) di sini. Kerna mereka lebih suka melihat pekerja dalam keadaan happy dari murung atau ngantuk.

Waktu lunch tidak menentu, ada yang turun awal, ada yang lewat. Bergantung kepada tahap kelaparan sendiri. Kadang join group, kadang solo~

Biasanya aku yang paling awal keluar office untuk balik kerna tidak ingin tertinggal bas. Bas terakhir ke Pasar Seni yang singgh Solaris adalah pukul 6, kalau lewat terpaksa naik cab. Boss tak kesah aku blah awal disebabkan keadaan aku yang tidak mengizinkan untuk kerja lewat. Masing-masing memahami, mereka pun sedar yang aku selalu datang awal, jadi tiada masalah jika aku keluar awal.

Kebiasaan bus tiba pukul 6, dan akan tiba di Pasar Seni antara 7 ke 7 lebih bergantung pada trafik. Biasanya aku turun di belakang bangunan yang terletak Stesen KTM Komuter Kuala Lumpur. Lebih dekat dan menjimatkan masa. Komuter pada waktu kemuncak ada setiap 15 minit, seperti waktu kemuncak pagi. Pada waktu-waktu biasa, akan ada setiap 30 minit.

Pada kebiasaan akan sampai di Senawang pada pukul 8 lebih, dan paling lewat pukul 9.. Yups, this is true, this is rutin harian budak praktikal dari Senawang.




Kata-kata denaihati memberi inspirasi kuat untuk aku terus berulang seperti sekarang ;
"Alah bisa tegal biasa, mungkin kerja nanti itu pilihan yg ada, terpaksa duduk jauh dr tempat kerja. terutamanya bila dah kawin, isteri pun kerja jauh dr tempt kita kerja.http://denaihati.com/

No Sweat! No Regret! No Pain, No Gain! Kerna bagus for both my leg and financial.. Tak cukup rehat? Hehe I guess not, sebab normally akan go to sleep at 10, dan wake up at 5:30. So total sleep lebih kurang 7 jam setengah. More than enough right? Takde life? Still got 2 days break on weekend, shouldn't ask more than that..

Some said; it's a waste of time, banyak benda boleh buat kalau menyewa di sana. Bila difikir, klu duduk menyewa pun, apa aku buat is tidur jugak time balik kerja (Mungkin lebih dari 8 jam aku tidur nanti). Plus need to spend more money on eating (breakfast n dinner) & renting. 

Ada 12 minggu lagi.. Alhamdulillah, until now everything goes smoothly according to the plan  :D


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: agak lama aku tak tulis entry panjang macam ni.. Yeah! satu kepuasan... 


click ads to show your support (",)

Tuesday, 29 November 2011

> Dinner Night : Smart and Elegant

HOlla Peeps,


Pada hari Jumaat malam Sabtu yang lepas, bersamaan 25 November 2011, berlangsung Majlis Malam Anugerah Kecermelangan Akademik FSKM 2011 di Dewan Sri Semarak UiTM Perlis bagi menghargai dan memberi anugerah kepada mereka yang mendapat 3.50 pointer keatas disamping merapatkan hibungan sesama siswa dan siswi didalam satu majilis! Hoho UiTM Dihatiku beb!! (",) Bertemakan Smart and Elegant so kena la dress ala-ala James Bond pada malam tu.. 

JOm tengok beberapa gambar yang telah berjaya disnap dari persediaan sehingga malam dinner tu,


Mr President Bersama Yang Lain Di Petang Hari Untuk Persiapan Dewan

Kepoyoan Aku Terserlah Pada Petang Tu

Berkumpul Di Luar Dewan  Pada Malam Hari, Sebelum Masuk Ke Dalam Dewan

2 Host Pada Malam Itu Yang Sangat Petah Berbicara

Ucapan Dr Naimah Ketika Perasmian Majlis

Sketch Untuk Perasmiah Majlis, BOND Melindungi Dr Daripada Dibunuh Pembunuh Upahan

Dr Menembak Ke Screen Untuk Merasmikan Majlis

Antara Tetamu VIP Yang Hadir Pada Malam Itu 

Antara Persembahan Yang Diadakan Ketika Tetamu Menjamu Selera 

Penyampaian Anugerah Kepada Mereka Yang Mendapat Anugerah Dekan

p.s bila la aku dapat merasa naik atas tu

Pemilihan Prom King dan Prom Queen

Secara Tak Sengaja, Aku Terselit Kat Atas Tu..

Dr : "Siapa Nama?"
Aku : "My Name is ......! And I'm A Terrorist!!!"

Hahahaha! Mungkin Ni Sebab Aku Tak Menang Prom King

p.s tapi aku berjaya menaik crowd sebanyak mana berjaya ditarik oleh Prom King  #LOL cuba lagi next semester

BOND Yang Menyelamatkan Dr Pada Awal Tadi Menjadi Prom King,
Untong La Dapat Patung The Smurf  Huhu

Muka Aku Frust Sebab Tak Menang Prom King #LOL

Bergambar Bersama Classmates

Candid!

Walaupun Aku Tak Menang Prom King,
Tapi Dapat Bergambar Dengan Prom Queen Pun Jadi La Kan?

Aku dan Mr Muscle Bergambar Dengan Ex Prom Queen,
Tahun Ni Dia Pun Tak Menang Prom



Konklusinya, aku sangat enjoy dinner malam tu, thanks to Mr President for a good sketch, good management, good in everything that he and other handle.. Thanks (",)


-zuan-
p.s : starting esok sampai hari sabtu, aku akan busy bersama classmate yang lain sebab kena handle Karnival ICT kat UiTM Perlis, so siapa ada kelapangan dan ada berdekatan, boleh la datang ke Karnival ICT kitorang yang akan berlangsung dari hari khamis ni bersamaan 1 December sehingga 3 December bertempat di dalam Mushroom UiTM Perlis, mai jangan tak mai.. Disamping  tu, ada gak pertandingan programming dan multimedia yang akan berlangsung di Dewan Sri Semarak yang akan disertai oleh ramai pelajar Universiti~

Monday, 7 November 2011

> OPKIM UiTM Perlis 2011


HOlla Peeps,

Minggu lepas, iaitu pada 28-30 October aku dan beberapa classmate di UiTM Perlis telah terpilih untuk mengikuti program OPKIM UiTM Perlis 2011, di Kampung Sungai Padang yang terletak di daerah Sanglang, dekat-dekat dengan Kuala Perlis... Program OPKIM telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis pada petang jumaat, bersamaan 28 Oktober 2011. 

Selepas perasmian, pelajar kemudian diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing.. Setiap keluarga mendapt 2 anak angkat, siapa keluarga angkat aku? Nanti aku ceritakan di sini.

Sepanjang 3 hari di sana, banyak aktiviti-aktiviti bersama orang Kampung terutama Kampung Sungai Padang dijalankan.. Antaranya, ceramah oleh Prof Izzi, Aktiviti Sukaneka, Bergotong-royong, dan Berjalan keliling kampung untuk mengenali lebih dekat cara hidup orang nelayan dan petani.


Di dalam Sekolah Menengah Kebangsan Sanglang Perlis, ketika perasmian program 

Sedang menunggu nama disebut sebelum diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing


Ceramah Prof Izzi di Sek Keb Dato Ahmad Musa memberi ceramah memfokuskan golongan belia yang tinggal di kampung untuk menuntut ilmu di menara gading
Berjalan mengelilingi kampung pada petang hari


Pernah tengok sawah padi dan laut dipisahkan oleh jalan raya?

Memang besar kampung ni, dikelilingi sawah padi

Apakah nasib mereka pada Raya Qurban?

Selepas penat berjalan mengelilingi kampung, pekena la laksa kampung, memang awesome laksa kat sini!!! 

Aktiviti Sukaneka bersama orang kampung - Lari Menggunakan Tempurung Kelapa

Aktiviti sukaneka paling cepat berakhir, cari gula dalam tepung, aku dapat #3 dalam acara ni.

Pengadil : "pakcik, acara timbang bola takraw ni untuk orang muda je.."
Pakcik : "saya ni nampak berumur sangat ke? hey, saya mampu timbang  100x kali waktu saya muda dulu la"

Aku dan classmate aku selepas sukaneka, menunggu penyampaian hadiah

"Aku dilahirkan untuk jadi Juara!" Word tu yang bermain dalam kepala aku time aku ambil hadiah ni hehe

Aku bersama keluarga angkat aku, keluarga En Roslan atau Nyan

Kitorang diminta bercerita mengenai pengalaman kitoang bersama keluarga angkat pada waktu malam.
Waktu ni, perlawanan akhir piala malaysia dimana Negeri Sembilan menentang Terengganu,
and guess what? Kawan sebelah aku tu dari Terengganu, so kitorang bertaruh la sapa yang menang malam tu, dan of cos la aku wakil dari Negeri Sembilan, Hobin Jang Hobin!

Pada petang hari sebelum berangkat pulang ke UiTM, bid farewell to keluarga angkat dan orang kampung yang lain.. InsyaAllah ada rezeki, di lain hari akan ketemu mereka lagi (",)

Warga UiTM Perlis dan beberapa orang Kampung Sungai Padang yang terlibat dengan program ni 


Program yang berlangsung selama 3 hari ni memang memenatkan, tapi banyak pengalaman menarik aku dapat dari program OPKIM ni

Apa yang aku pelajari dari program ini?
  • Mengingatkan aku dengan asal-usul kita, iaitu asalnya kita dari keluarga nelayan dan petani.
  • Mempelajari cara hidup orang kampung yang hidup besederhana.
  • Amalkan sikap tolong-menolong dan dan bergotong-royong.
  • Beramah-mesra dan jadi seorang yang ramah dengan sesiapa sahaja walaupun kita tak kenal mereka.  


Sampai sini sahaja rasanya cerita aku mengenai pengalaman aku join OPKIM, jika diberi peluang lagi, aku  nak rasa hidup Orang Asli pula (",)

-zuan-
p.s : amacam raya  korang? best? 

Friday, 5 August 2011

> Segmen cx's : geng UiTM by campus

HOlla Peeps,

segmen ni kelolaan oleh
Aye
Seriusly dah lama giler tak kena tag-tag ni (sebab aku lebih fokus ngan entry-entry brbentuk sharing information, tak ada masa tuk segment-segment ni, tapi member nye pasal, WA SUPPORT la..) smpai aku dah lupe function tag ni.. #LOL!!! Dan thanks to Ayie, aku nak cakap aku kena TAG!!! (nama di pengelola dan si tag pun dah dekat sama, ada jodoh la ni #LOL)

Apa soalan???

Campus : UiTM Arau
Course : Degree in Sains Comp 
Parts : Part 3 (2nd Year)

ok, dia ada soh tag sapa-sapa.. Aku tak ada mangsa nak tag, sebab takut ada yang dah kena tag, macam ni je la, aku buat open tag!! Sapa nak buat entry ni, buat then linkkan ke Aye tu, bkn Ayie tau.. #LOL

UiTM di hatiku~ PLUG IN BABY!!! 


-zuan-
p.s : tengah-tengah ngantuk kena lak tag.. haha layan je la #LOL... 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...