Showing posts with label My Life. Show all posts
Showing posts with label My Life. Show all posts

Monday, 18 March 2013

Rutin Harian Budak Praktikal Dari Senawang - From Senawang to KL

HOlla Peeps,

Ringggggggggggg~ Bunyi alarm! Menandakan sudah pukul 5:30, dan aku perlu bangun untuk ke tempat praktikal. Sudah 2 minggu berlalu, masuk minggu ke 3. Ia menjadi rutin harian. Sudah leka dengan bunyi alarm, dan tidak lagi tangan cuba menekan snooze button untuk sambung tidur lagi 5 minit..

Keluar dari bilik, sudah nampak Umi di dapur. Ternyata Umi ingin menyediakan sarapan pagi untuk anak kesayangannya walaupun tidak pernah diminta berbuat demikian. Thanks Umi :)

Selesai mandi dan bersiap, aku ke meja makan dan makan apa yang disediakan. Breakfast Like A King they said, kerna sarapan pagi sangat penting untuk otak. Jadi makanlah, tapi berhentilah sebelum kenyang, Kerna dikuhatiri tak larat nak ke tempat kerja nanti.

Jam menunjukkan 6:10, beberapa minit lagi azan Subuh akan kedengaran. Untuk mengelakkan tertinggal Subuh, aku bangun lebih awal untuk bersiap dan sarapan supaya boleh mengerjakan solat tanpa tergesa-gesa.

Selepas selesai solat, jam menunjukkaan ada lebih kurang 15 minit sebelum train tiba di platform. Aku mengambil masa selama seminggu untuk mengira timing supaya tidak tertinggal train. Biasanya di waktu pagi, train akan ada setiap 15 minit. Thanks to KTM Komuter kerna alert dengan pekerja yang berulang-alik menaiki train. Dan thanks to Kad Komuter 1Malaysia, dapat save 50% tambang ulang alik setiap hari.




Aku biasa tunggu train pukul 6:35 di stesen KTM Senawang, kira-kira 5 minit dari rumahku.. Biasanya train awal 2 minit atau lewat 2 minit. Sangat efficient service Komuter di pagi hari. Buku sudah ada di tangan, aku tidak membaca novel atau buku-buku fantasi untuk mengelakkan mengantuk di dalam train nanti, jadi korang mungkin dah boleh figure buku jenis apa aku baca ketika di dalam train.

Kebiasaan akan tiba ke Stesen Komuter Kuala Lumpur pada pukul 8 atau 8 suku, bergantung pada keadaan. Tiada masalah padaku kerna bas Rapid KL biasanya akan tiba pada pukul 8:30. Aku biasa akan berjalan kaki dari Stesen KTM ke Pasar Seni. Ramai mengatakan ia adalah short walk, tapi sebenarnya melebihi 500 meter perjalanan dan ia adalah rutin yang bagus pada pendapat aku, kerna free exercise di pagi hari. Sangat bagus untuk jantung dan kesihatan.

Bus dari Pasar Seni ke Solaris Dutamas biasanya mengambil masa dari 15 minit ke 40 minit bergantung pada trafik. Jika nasibku baik, akan tiba awal. Boss di sini tak kesah jika pekerja datang lewat, tapi pada aku, etika kerja datang awal kena sentiasa amalkan walaupun hanya praktikal dan elaun yang diberikan tidak banyak mana.




Some ask, "tak penat ke berulang? Why tak stay dengan Faid (Salah sorang programmer di situ)?"

Yeahh its soo penat~ But kepenatan itu hilang bila dapat lihat jumlah wang yang dapat di jimatkan (banyak benda boleh dimanfaatkan dengan saving ni).

Ngantuk di tempat kerja tu biasa la, jadi selalunya jika ngantuk, aku akan bangun dari tempat duduk, dapatkan segelas air, atau ke tandas untuk mencuci muka, ataupun take a walk in Publika. Tiada masalah bagi boss-boss (overall ada 4 orang boss yang juga merupakan shareholder company software house ini) di sini. Kerna mereka lebih suka melihat pekerja dalam keadaan happy dari murung atau ngantuk.

Waktu lunch tidak menentu, ada yang turun awal, ada yang lewat. Bergantung kepada tahap kelaparan sendiri. Kadang join group, kadang solo~

Biasanya aku yang paling awal keluar office untuk balik kerna tidak ingin tertinggal bas. Bas terakhir ke Pasar Seni yang singgh Solaris adalah pukul 6, kalau lewat terpaksa naik cab. Boss tak kesah aku blah awal disebabkan keadaan aku yang tidak mengizinkan untuk kerja lewat. Masing-masing memahami, mereka pun sedar yang aku selalu datang awal, jadi tiada masalah jika aku keluar awal.

Kebiasaan bus tiba pukul 6, dan akan tiba di Pasar Seni antara 7 ke 7 lebih bergantung pada trafik. Biasanya aku turun di belakang bangunan yang terletak Stesen KTM Komuter Kuala Lumpur. Lebih dekat dan menjimatkan masa. Komuter pada waktu kemuncak ada setiap 15 minit, seperti waktu kemuncak pagi. Pada waktu-waktu biasa, akan ada setiap 30 minit.

Pada kebiasaan akan sampai di Senawang pada pukul 8 lebih, dan paling lewat pukul 9.. Yups, this is true, this is rutin harian budak praktikal dari Senawang.




Kata-kata denaihati memberi inspirasi kuat untuk aku terus berulang seperti sekarang ;
"Alah bisa tegal biasa, mungkin kerja nanti itu pilihan yg ada, terpaksa duduk jauh dr tempat kerja. terutamanya bila dah kawin, isteri pun kerja jauh dr tempt kita kerja.http://denaihati.com/

No Sweat! No Regret! No Pain, No Gain! Kerna bagus for both my leg and financial.. Tak cukup rehat? Hehe I guess not, sebab normally akan go to sleep at 10, dan wake up at 5:30. So total sleep lebih kurang 7 jam setengah. More than enough right? Takde life? Still got 2 days break on weekend, shouldn't ask more than that..

Some said; it's a waste of time, banyak benda boleh buat kalau menyewa di sana. Bila difikir, klu duduk menyewa pun, apa aku buat is tidur jugak time balik kerja (Mungkin lebih dari 8 jam aku tidur nanti). Plus need to spend more money on eating (breakfast n dinner) & renting. 

Ada 12 minggu lagi.. Alhamdulillah, until now everything goes smoothly according to the plan  :D


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: agak lama aku tak tulis entry panjang macam ni.. Yeah! satu kepuasan... 


click ads to show your support (",)

Saturday, 9 March 2013

Sejak Dua Menjak Ini - Internship Life

HOlla Peeps,

Rich Dad's Cashflow Quadrant - Robert T. Kiyosaki

Sejak dua menjak ini,
Aku banyak habiskan masa aku dalam train, dalam bus, 
dan di stesen-stesen menuggu public transport,
untuk menuju ke destinasiku,
no sweat,
kerna peneman aku adalah buku,
i used to be someone who hates book,
but now, 
they are one of my best buddies..


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: apakah lagu kegemaran korang yang sering kali ingin didengari bila bukak radio? 


click ads to show your support (",)

Wednesday, 6 March 2013

Kojap Jew - Pengalaman Bekerja

HOlla Peeps,

Beberapa pengalaman bekerja pernah den lalui sebelum ini;


Promoter Buku Kanak Kanak

Promoter Kasut Kulit Lelaki

Promoter Seluar Dalam Lelaki

Cikgu Sandaran sekolah rendah

Tukang Buat Burger, Fries dan macam-macam lagi di restoran makanan segera


One thing in common, den TAK pernah stick in one work for more than 2 month! lol xD


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: lepas join seminar AE last week, semangat gua untuk dapatkan 1st asset semakin membuak-buak.. 


click ads to show your support (",)

Sunday, 17 February 2013

Antara Sewa dan Ulang Alik - Problem Solved!

HOlla Peeps,

Dah pertengahan bulan febuari sekarang ni.. Aku masih belum buat keputusan samaada untuk menyewa bilik di kawasan berdekatan tempat praktikal ataupun hanya berulang-alik yang mengambil masa lebih satu jam setiap hari seperti yang disarankan kawan aku.

Hanya dengan elaun sebanyak 500, aku mungkin terpaksa berlapar ataupun kurangkan makan fastfood atau makanan berlauk dan hanya fokus dengan roti dan jem sekiranya aku menyewa bilik. Bukan hanya itu, aku mungkin perlu kurangkan keluar menaiki motosikal supaya boleh kurangkan penggunaan minyak dan perlu mencari rumah lebih jauh dari tempat praktikal sekiranya ingin membuat simpanan. Bill air dan elektrik juga mungkin menjadi isu dimana aku mungkin gunakan sedikit kerna banyak habiskan masa di pejabat, tetapi ada ke mesin kira percentage penggunaan tenaga elektrik? Walau bagaimanapun, aku ada kelebihan masa jika sewa bilik, kerna tidak perlu berkejaran mengejar pengangkutan awam dan mempunyai banyak masa rehat. Dan masa itu boleh digunakan sepenuhnya untuk blogging.

Jika aku mengambil langkah untuk ulang alik menaiki train, aku mungkin akan jimat separuh dari jumlah sebenar tambang pergi balik kerna kedengaran dari kawanku yang ktm akan berikan separuh harga kepada pelajar yang berulang-alik. Yang perlu risaukan adalah kadar bayaran menaiki rapid kl.. Apa yang perlu aku risaukan hanyalah makan tengah hari yang mana aku hanya keluarkan sebahagian duit untuk makan tengah hari dan boleh berjimat dengan makan malam di rumah. Kemungkinan besar, begitu banyak wang boleh di simpan jika aku berulang alik dari Solaris Dutamas ke Seremban setiap hari. Masa untuk rehat hanya ada di dalam train, dan berkemungkinan akan kurang blogging pada waktu itu.




Cuma persoalannya adalah, adakah masa akan berpihak kepada aku yang mana aku akan sentiasa dapat datang awal dan menjaga etika kerja. Aku berniat untuk menjaga prestasi dan etika kerja sepanjang praktikal dengan harapan diberi tawaran untuk bekerja di syarikat berkenaan supaya aku tidak menanam anggur di rumah untuk beberapa tempoh masa.

Persoalan seterusnya, apakah aku larat untuk berbuat demikian lima hari sehari setiap minggu selama 14 minggu? Jika tengok pada umur yang masih muda dan kesihatan tubuh badan, inshaAllah tiada masalah untuk berulang. Tapi aku harus ingat yang kita hanya mampu merancang, tetapi tuhan yang menentukan..

Ada kawan yang menasihati untuk hanya menyewa rumah supaya ada masa berehat dan buat aktiviti lain. Ada pula yang menyarankan menaiki kemudahan awam kerna lebih jimat dan ramai orang Seremban yang berulang-alik ke KL untuk mencari rezeki. Dengan berbekalkan lebih kurang 2 minggu sahaja sebelum praktikal bermula, dan solat istikharah yang aku mula amalkan untuk minta petunjuk daripadaNYA, aku harap keputusan akhir yang aku buat tidak merugikan mana-mana pihak termasuk diriku sendiri...


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: semakin lama, semakin kurang masa hangout dengan kawan-kawan. Nasib baik aku dan homies aku masih ada weekly event kitorang, iaitu futsal, setiap Jumaat malam Sabtu akan diluangkan masa dengan bermain futsal di komplex sukan paroi. Alhamdulillah, aktiviti ini masih kekal sehingga hari ini sejak kitorang tamat form 5, iaitu pada tahun 2005..


click ads to show your support (",)

Wednesday, 3 August 2011

> Sahabat Lama

HOlla Peeps,

Selepas aku selesai menunaikan solat Tarawih (تراويح), mataku terarah ke seorang lelaki yang sedikit rendah dariku, berbadan gempal, memakai songkok berbaju hijau.. Setelah diamati, baru aku sedar beliau adalah salah seorang sahabatku ketika di sekolah dahulu...Alangkah lama tidak ku temu dia.. Sudah semakin naik berat badannya barangkali.. Aku tergurnya, lama dia tenung aku kembali dengan muka curiga..

"La, engkau.. Lama tak nampak, muka dah lain" katanya kepadaku.. Tanda soal bersaiz XL keluar di atas kepalaku, apa yang sudah lain di mukaku? Seperti Aaron Aziz barangkali, hidungku sedikit kembang selepas membayangkannya.. "Kau buat apa sekarang?" aku mula terfikir soalan yang slalu ditanyakan, adalah menjadi kebiadaban kalau aku cakap "sedang bercakap dengan kau la" jadi aku dengan baik menjawab sedang cuti semester menanti panggilan semester ke empat insyaAllah..

Alhamdulillah sahabatku sudah bekerja, jadi tidak sia-sia dia menyambung pelajaran ketika tamat SPM dahulu... Dan aku? Masih memerah otak mudaku untuk mendapatkn segulung ijazah sebelum aku jaja ijazahku di tempat orang.. Dengan masa yang sedikit, aku sudah cukup puas, puas dan gembira melihat salah seorang sahabatku sudah berjaya..


-zuan-
p.s : Alhamdulillah, malam ke 3 aku bertarawih di surau taman ku.. eh, ada orang tegur aku ni Indonesia ke? Ops, kena perkemas bahasa #LOL

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...