Showing posts with label Dugaan menghadapi hari hari mendatang. Show all posts
Showing posts with label Dugaan menghadapi hari hari mendatang. Show all posts

Sunday, 17 February 2013

Antara Sewa dan Ulang Alik - Problem Solved!

HOlla Peeps,

Dah pertengahan bulan febuari sekarang ni.. Aku masih belum buat keputusan samaada untuk menyewa bilik di kawasan berdekatan tempat praktikal ataupun hanya berulang-alik yang mengambil masa lebih satu jam setiap hari seperti yang disarankan kawan aku.

Hanya dengan elaun sebanyak 500, aku mungkin terpaksa berlapar ataupun kurangkan makan fastfood atau makanan berlauk dan hanya fokus dengan roti dan jem sekiranya aku menyewa bilik. Bukan hanya itu, aku mungkin perlu kurangkan keluar menaiki motosikal supaya boleh kurangkan penggunaan minyak dan perlu mencari rumah lebih jauh dari tempat praktikal sekiranya ingin membuat simpanan. Bill air dan elektrik juga mungkin menjadi isu dimana aku mungkin gunakan sedikit kerna banyak habiskan masa di pejabat, tetapi ada ke mesin kira percentage penggunaan tenaga elektrik? Walau bagaimanapun, aku ada kelebihan masa jika sewa bilik, kerna tidak perlu berkejaran mengejar pengangkutan awam dan mempunyai banyak masa rehat. Dan masa itu boleh digunakan sepenuhnya untuk blogging.

Jika aku mengambil langkah untuk ulang alik menaiki train, aku mungkin akan jimat separuh dari jumlah sebenar tambang pergi balik kerna kedengaran dari kawanku yang ktm akan berikan separuh harga kepada pelajar yang berulang-alik. Yang perlu risaukan adalah kadar bayaran menaiki rapid kl.. Apa yang perlu aku risaukan hanyalah makan tengah hari yang mana aku hanya keluarkan sebahagian duit untuk makan tengah hari dan boleh berjimat dengan makan malam di rumah. Kemungkinan besar, begitu banyak wang boleh di simpan jika aku berulang alik dari Solaris Dutamas ke Seremban setiap hari. Masa untuk rehat hanya ada di dalam train, dan berkemungkinan akan kurang blogging pada waktu itu.




Cuma persoalannya adalah, adakah masa akan berpihak kepada aku yang mana aku akan sentiasa dapat datang awal dan menjaga etika kerja. Aku berniat untuk menjaga prestasi dan etika kerja sepanjang praktikal dengan harapan diberi tawaran untuk bekerja di syarikat berkenaan supaya aku tidak menanam anggur di rumah untuk beberapa tempoh masa.

Persoalan seterusnya, apakah aku larat untuk berbuat demikian lima hari sehari setiap minggu selama 14 minggu? Jika tengok pada umur yang masih muda dan kesihatan tubuh badan, inshaAllah tiada masalah untuk berulang. Tapi aku harus ingat yang kita hanya mampu merancang, tetapi tuhan yang menentukan..

Ada kawan yang menasihati untuk hanya menyewa rumah supaya ada masa berehat dan buat aktiviti lain. Ada pula yang menyarankan menaiki kemudahan awam kerna lebih jimat dan ramai orang Seremban yang berulang-alik ke KL untuk mencari rezeki. Dengan berbekalkan lebih kurang 2 minggu sahaja sebelum praktikal bermula, dan solat istikharah yang aku mula amalkan untuk minta petunjuk daripadaNYA, aku harap keputusan akhir yang aku buat tidak merugikan mana-mana pihak termasuk diriku sendiri...


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: semakin lama, semakin kurang masa hangout dengan kawan-kawan. Nasib baik aku dan homies aku masih ada weekly event kitorang, iaitu futsal, setiap Jumaat malam Sabtu akan diluangkan masa dengan bermain futsal di komplex sukan paroi. Alhamdulillah, aktiviti ini masih kekal sehingga hari ini sejak kitorang tamat form 5, iaitu pada tahun 2005..


click ads to show your support (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...