Showing posts with label futsal. Show all posts
Showing posts with label futsal. Show all posts

Sunday, 17 February 2013

Antara Sewa dan Ulang Alik - Problem Solved!

HOlla Peeps,

Dah pertengahan bulan febuari sekarang ni.. Aku masih belum buat keputusan samaada untuk menyewa bilik di kawasan berdekatan tempat praktikal ataupun hanya berulang-alik yang mengambil masa lebih satu jam setiap hari seperti yang disarankan kawan aku.

Hanya dengan elaun sebanyak 500, aku mungkin terpaksa berlapar ataupun kurangkan makan fastfood atau makanan berlauk dan hanya fokus dengan roti dan jem sekiranya aku menyewa bilik. Bukan hanya itu, aku mungkin perlu kurangkan keluar menaiki motosikal supaya boleh kurangkan penggunaan minyak dan perlu mencari rumah lebih jauh dari tempat praktikal sekiranya ingin membuat simpanan. Bill air dan elektrik juga mungkin menjadi isu dimana aku mungkin gunakan sedikit kerna banyak habiskan masa di pejabat, tetapi ada ke mesin kira percentage penggunaan tenaga elektrik? Walau bagaimanapun, aku ada kelebihan masa jika sewa bilik, kerna tidak perlu berkejaran mengejar pengangkutan awam dan mempunyai banyak masa rehat. Dan masa itu boleh digunakan sepenuhnya untuk blogging.

Jika aku mengambil langkah untuk ulang alik menaiki train, aku mungkin akan jimat separuh dari jumlah sebenar tambang pergi balik kerna kedengaran dari kawanku yang ktm akan berikan separuh harga kepada pelajar yang berulang-alik. Yang perlu risaukan adalah kadar bayaran menaiki rapid kl.. Apa yang perlu aku risaukan hanyalah makan tengah hari yang mana aku hanya keluarkan sebahagian duit untuk makan tengah hari dan boleh berjimat dengan makan malam di rumah. Kemungkinan besar, begitu banyak wang boleh di simpan jika aku berulang alik dari Solaris Dutamas ke Seremban setiap hari. Masa untuk rehat hanya ada di dalam train, dan berkemungkinan akan kurang blogging pada waktu itu.




Cuma persoalannya adalah, adakah masa akan berpihak kepada aku yang mana aku akan sentiasa dapat datang awal dan menjaga etika kerja. Aku berniat untuk menjaga prestasi dan etika kerja sepanjang praktikal dengan harapan diberi tawaran untuk bekerja di syarikat berkenaan supaya aku tidak menanam anggur di rumah untuk beberapa tempoh masa.

Persoalan seterusnya, apakah aku larat untuk berbuat demikian lima hari sehari setiap minggu selama 14 minggu? Jika tengok pada umur yang masih muda dan kesihatan tubuh badan, inshaAllah tiada masalah untuk berulang. Tapi aku harus ingat yang kita hanya mampu merancang, tetapi tuhan yang menentukan..

Ada kawan yang menasihati untuk hanya menyewa rumah supaya ada masa berehat dan buat aktiviti lain. Ada pula yang menyarankan menaiki kemudahan awam kerna lebih jimat dan ramai orang Seremban yang berulang-alik ke KL untuk mencari rezeki. Dengan berbekalkan lebih kurang 2 minggu sahaja sebelum praktikal bermula, dan solat istikharah yang aku mula amalkan untuk minta petunjuk daripadaNYA, aku harap keputusan akhir yang aku buat tidak merugikan mana-mana pihak termasuk diriku sendiri...


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: semakin lama, semakin kurang masa hangout dengan kawan-kawan. Nasib baik aku dan homies aku masih ada weekly event kitorang, iaitu futsal, setiap Jumaat malam Sabtu akan diluangkan masa dengan bermain futsal di komplex sukan paroi. Alhamdulillah, aktiviti ini masih kekal sehingga hari ini sejak kitorang tamat form 5, iaitu pada tahun 2005..


click ads to show your support (",)

Monday, 11 February 2013

Tapi Dapat La Gak Main - Futsal Tournament

HOlla Peeps,

Amaran: Sila marah di ruangan komen jika anda tidak memahami loghat nogori sombilan


Jomaat lopeh, ado kawan den ni ha dok ajak den main futsal. Dalam palo den, dia ni tak nampak ke peghot eden dan rupa bini ngandung 3 bulan, dok ajak fusal lagi.. Den tulih jo la namo ni ha, main nye den tau xde deh.. Asal ado namo dah lo~

Pehtu ahad semalam den dok training ngan kawan den.. HUh, den dah tau den tak leh lari.. Bola slow pun den tak dapek nak kojar.. Den dah pikiaq the end la tuk den.. Konpirm diorang dok frust menongeng nengok den bawak bola. Dah rupa orang tempang dah ha~




Then pagi tadi, den main la kan kek Komplex Sukan Paroi. Ramai team, ado la kot 50.. tah den pun lupo.. Tapi den ingat lagi yang sponser tu Universiti Malaysia Kelantan... Polik gak den, napo diorang sponser, mayb nak ajak orang masuk U sano la kot..

Tapi den atas nama main je la. Apo namo team den? Nak den koba ke? Kang ekau semua golak pulak.. Hehe "Team Panjang dan Bosar" hahaha bak kata kawan-kawan den la, kito jadi Peoples Champion sobab dok monang sograk je lobih walaupun main ke laut~

Den dok warmup warmup... Rasonye kawan den nak dapat hidu den tak larat nak main dah.. Den dok kat bangku je.. Happy gak la den nengok team den monang 2 game dan kalah 1 game.. Haa yang kalah tu den tak main pun.. Jangan nak cakap den punco kalah~ Lompang seko seko kang~

Den secagho automatik team den dapek la masok 2nd round.. pueh kek muko masing masing den tengok.. Pueh gak la den walaupun dok kat bangku je hehehe.. Mano tak nye, klu monang dapek rm1k wooo

Then 2nd round, den dapat la kepercayaan tuk jadi starting 5 kan.. Den dah tak rasho apo dah time tu, dok rasho nak tido ado la.. yo la ponat kot.. Dok tunggu dari pagi sampai porang.. Den masuk court pun dah tak semangat.. Orang kata, kaki deh dah lama suam dah.. Main la macam mano pun, totap tak best.. Main punya main, dapat la den assist satu gol. Kitorang pun take the lead.. Then tak lamo peh tu, diorang gol balik..




Limo minit dalam tu den raso macam 60saat je.. Copek bebenor maso tu jalan.. Tau tau je dah abis maso.. Den mintak tuko sobab tak laghat dah.. Kitorang punyo key player pun kona kluar sobab team lawan dok main kaso ngan dia.. Kesian dia..Nasib baik dia budak surau, pandai kawal kemarahan dia..

2nd half tu tak yah cakap la, dalam beberapa minit je dah bolos 2.. Then.. Freeet~ Abis maso.. den kek luar tu dah tak cukup nafas.. Copek bonar pancit. Memang den nak kena joging banyak balik, kena kasi poghiut den 6pax balik..

Pehtu? Balik la..Dah kalah 3-1.. Kitorang dapek survive smpai 2nd round je.. Tapi ok la kan.. Bebudak ni pun mentaliti diorang dah kuek.. Masing-masing dah tak takut nak lawan oghang dah.. Kira baguih dah la.. Hasrat den nak bersara pun dah makin nak tercapai.. Den ingat nak main sukan lain pulak pasni.. Sukan yang sesuai tuk orang gemuk..Hehe


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: PHD sangat lambat..  Berbulu adek den tunggu delivery dia sampai..


click ads to show your support (",)

Sunday, 29 January 2012

> Aku Hanya HAHAHA

HOlla Peeps,

 "Foot Soul? Styleee~"


Itu dalam hati aku waktu diberitahu nama team futsal aku..

"Hmm jangan nama je power, main hampeh sudah~ #LOL"

First time main tournament dengan diorang, sebelum ni diorang ada join tournament tanpa aku, dan aku ada join gak tournament tanpa diorang.. So ni memang 1st time join up dengan diorng selepas hampir setiap hujung minggu main futsal sama-sama (lebih 5 tahun buat aktiviti macam ni). Harapan aku tak tinggi, cuma nak menang setiap game 3-0 je (bunyi macam senang) tapi hakikatnya bila di dalam court, lain ceritanya..

Aku tak nervous, cuma belum cukup bagus untuk bermain dengan diorang. Banyak silap aku, dan aku terlalu slow membaca perlawanan.. Banyak lagi perlu aku pelajari.. So next time beware of me, because "you have no idea of what i am capable of"..

So, bila aku gelak je, means.... KITORANG kalah la tournament tu... Rasanya team terawal kluar? #LOL

menunggu giliran untuk bermain

Well memang kalah adad perlawanan, aku dah selalu sangat MENANG (nak sedapkan hati) so kali ni bagi orang lain menang la pulak.. #LOL HAPPY WEEKEND PEEPS


-zuan-
p.s : esok (ahad) berjumpa dengan blogger hebat, MADAMMONDOQ, so siapa-siapa ada kat area damansara, roger-roger la aku kalau nak jumpa (",)

Saturday, 9 July 2011

> SAbtu Day~

HOlla Peeps,

Saturday dalam English, 
Sabtu dalam Malay, 
Saterdag dalam Afrikaans,
Sabado dalam Filipino,
Subota dalam Croatian, 
Samstag dalam German,
Saabado dalam Portuguese,
Sabato dalam Italian,
Sathairn dalam Irish,
dan
Samedi dalam French,



Semua ada satu persamaan, bermula dengan 'S',
Tapi ada perbezaan yang ketara,

Fikirkannya..
-zuan-
p.s : Jom futsal~ 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...