Rasanya dah lama aku tak tulis review filem. Mungkin sebab kurang luangkan masa untuk blogging dan hangout menonton wayang lately. Bond. Menurut salah seorang kawan aku, dia seorang agent 007 yang pervert dan membosanan dan hanya digemari orang tua. Jadi tak hairanlah yang waktu aku tonton Skyfall, purata di dalam panggung adalah orang dah berumur dan begitu sedikit bilangan remaja. Aku tak begitu familiar dengan watak dan cerita 007, tapi kisah kalini membuat aku tertarik untuk menonton 2 filem bond yang lepas lakonan Daniel Craig iaitu Casino Royale (2006) dan Quantum of Solace (2008).
Sinopsis (English) : After an operation in Istanbul ends in disaster, James Bond is missing and presumed to be dead, the identities of every active undercover MI6 agent are leaked onto the internet, and M becomes the subject of a government review over her handling of the situation. When the service itself is attacked, Bond's sudden reappearance gives M the pretext she needs to seek out Raoul Silva, a dangerous villain claiming a personal connection to both of them - but as he follows a trail from London to the South China Sea, Bond soon finds his loyalty to M challenged over secrets from her past. (sumber)
Kenapa Perlu Tonton Filem Skyfall?
- Sebuah filem penuh aksi dan drama lakonan Daniel Craig (James Bond), Javier Bardem (Silva) dan Judi Dench (M).
- Bond sering dikaitkan dengan Super Gadgets, tapi di dalam movie ini, hanya skill berlawan dan pistol menjadi senjata.
- Adele diberikan sandaran menyanyikan ost filem ini dengan tajuk lagu Skyfall.
- Lakonan selamba dan cool Daniel menjadikan filem ini lebih menarik. Dan watak psyco yang dibawa Javier di dalam filem ini sungguh hebat.
- Kemelut menimpa MI6 menjadi tulang belakang cerita ini, menjadikan plot cerita untuk filem ini sangat menarik dan tidak membosankan.
- Filem kali ini lebih fokus pada watak M daripada watak Bond.
- Bagi yang minat filem berdurasi lebih 2 jam, ia filem yang tidak membosankan dan amat berbaloi untuk tahan diri dari pergi ke tandas.
- Aksi kejar mengejar di dalam kereta api, aksi letupan bangunan dan bayak lagi begitu realistik dan mengagumakan.
Rating: 8/10 (penuh dengan aksi dan tidak membosankan.)
Video Clip OST Skyfall, Skyfall oleh Adele.
Persembahan vocal mantap daripada Adele dibantu music yang sangat menyegarkan
menjadikan OST ini sangat bagus.
Persembahan vocal mantap daripada Adele dibantu music yang sangat menyegarkan
menjadikan OST ini sangat bagus.
-zuan-
p.s: jika sebelum ni aku rasa The Avengers dan Dark Knight Rises adalah to be considered movie of the year, kini aku letakkan Skyfall di dalam senarai. But aku expect Twilight dan The Hobbit bakal berada di dalam senarai aku untuk tahun ini.
click ads to show your support (",)


