![]() |
| The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 1 "Forever is only the beginning" |
Edward dan Bella melansungkan perkahwinan mereka dan kemudian pergi berbulan madu di sebuah pulau. Kemudian setelah Bella didapati hamil, puak Quileute menutup harapan kepada Edward dan Bella yang mengimpikan menjadi ibu bapa kepada anak yang belum dilahirkan kerana ia menimbulkan ancaman kepada Wolf Pack penduduk bandar Forks.
Kenapa filem ini perlu ditonton?
- Ia sebuah filem bergenre aksi + romantis + fantasi yang sangat hebat kerana mempunyai plot cerita yang tersusun dan menarik.
- Ia diadaptasi dari novel popular Twilight.
- Mempunyai 3 pelakon hebat, Kristen Stewart, Robert Pattinson and Taylor Lautner yang berjaya menghidupkan filem ini dengan watak-watak yang mencabar.
- Mempunyai mesej yang lebih kepada percintaan kepada pasangan, kesetiaan kepada yang disayangi dan pengorbanan terhadap apa yang kita sayangi. Bermaksud jika kita sayangi seseorang, kita perlulah berkorban untuk menunjukkan sayang kita.
- Pengarah filem ini, Bill Condon tidak pernah mengarah filem-filem Twilight sebelum ini, dan hanya terlibat dengan pengarahan Part1 dan Part2 ini sahaja.
- Pada yang mengimpikan honeymoon yang indah dan romantis, ini sebuah filem romantis yang perlu anda tonton.
RATING : 7/10 (Aku kurang berpuas-hati dengan penamat cerita ini, dimana dia tidak berapa menerangkan beberapa scene yang berlaku, jadi aku mengharapkan part2 memberi jawapan persoalan aku)
-zuan-
p.s : salam maal hijrah lagi kepada semua, mari berhijrah kepada insan yang lebih baik insyaAllah (",)
