Monday 18 March 2013

Rutin Harian Budak Praktikal Dari Senawang - From Senawang to KL

HOlla Peeps,

Ringggggggggggg~ Bunyi alarm! Menandakan sudah pukul 5:30, dan aku perlu bangun untuk ke tempat praktikal. Sudah 2 minggu berlalu, masuk minggu ke 3. Ia menjadi rutin harian. Sudah leka dengan bunyi alarm, dan tidak lagi tangan cuba menekan snooze button untuk sambung tidur lagi 5 minit..

Keluar dari bilik, sudah nampak Umi di dapur. Ternyata Umi ingin menyediakan sarapan pagi untuk anak kesayangannya walaupun tidak pernah diminta berbuat demikian. Thanks Umi :)

Selesai mandi dan bersiap, aku ke meja makan dan makan apa yang disediakan. Breakfast Like A King they said, kerna sarapan pagi sangat penting untuk otak. Jadi makanlah, tapi berhentilah sebelum kenyang, Kerna dikuhatiri tak larat nak ke tempat kerja nanti.

Jam menunjukkan 6:10, beberapa minit lagi azan Subuh akan kedengaran. Untuk mengelakkan tertinggal Subuh, aku bangun lebih awal untuk bersiap dan sarapan supaya boleh mengerjakan solat tanpa tergesa-gesa.

Selepas selesai solat, jam menunjukkaan ada lebih kurang 15 minit sebelum train tiba di platform. Aku mengambil masa selama seminggu untuk mengira timing supaya tidak tertinggal train. Biasanya di waktu pagi, train akan ada setiap 15 minit. Thanks to KTM Komuter kerna alert dengan pekerja yang berulang-alik menaiki train. Dan thanks to Kad Komuter 1Malaysia, dapat save 50% tambang ulang alik setiap hari.




Aku biasa tunggu train pukul 6:35 di stesen KTM Senawang, kira-kira 5 minit dari rumahku.. Biasanya train awal 2 minit atau lewat 2 minit. Sangat efficient service Komuter di pagi hari. Buku sudah ada di tangan, aku tidak membaca novel atau buku-buku fantasi untuk mengelakkan mengantuk di dalam train nanti, jadi korang mungkin dah boleh figure buku jenis apa aku baca ketika di dalam train.

Kebiasaan akan tiba ke Stesen Komuter Kuala Lumpur pada pukul 8 atau 8 suku, bergantung pada keadaan. Tiada masalah padaku kerna bas Rapid KL biasanya akan tiba pada pukul 8:30. Aku biasa akan berjalan kaki dari Stesen KTM ke Pasar Seni. Ramai mengatakan ia adalah short walk, tapi sebenarnya melebihi 500 meter perjalanan dan ia adalah rutin yang bagus pada pendapat aku, kerna free exercise di pagi hari. Sangat bagus untuk jantung dan kesihatan.

Bus dari Pasar Seni ke Solaris Dutamas biasanya mengambil masa dari 15 minit ke 40 minit bergantung pada trafik. Jika nasibku baik, akan tiba awal. Boss di sini tak kesah jika pekerja datang lewat, tapi pada aku, etika kerja datang awal kena sentiasa amalkan walaupun hanya praktikal dan elaun yang diberikan tidak banyak mana.




Some ask, "tak penat ke berulang? Why tak stay dengan Faid (Salah sorang programmer di situ)?"

Yeahh its soo penat~ But kepenatan itu hilang bila dapat lihat jumlah wang yang dapat di jimatkan (banyak benda boleh dimanfaatkan dengan saving ni).

Ngantuk di tempat kerja tu biasa la, jadi selalunya jika ngantuk, aku akan bangun dari tempat duduk, dapatkan segelas air, atau ke tandas untuk mencuci muka, ataupun take a walk in Publika. Tiada masalah bagi boss-boss (overall ada 4 orang boss yang juga merupakan shareholder company software house ini) di sini. Kerna mereka lebih suka melihat pekerja dalam keadaan happy dari murung atau ngantuk.

Waktu lunch tidak menentu, ada yang turun awal, ada yang lewat. Bergantung kepada tahap kelaparan sendiri. Kadang join group, kadang solo~

Biasanya aku yang paling awal keluar office untuk balik kerna tidak ingin tertinggal bas. Bas terakhir ke Pasar Seni yang singgh Solaris adalah pukul 6, kalau lewat terpaksa naik cab. Boss tak kesah aku blah awal disebabkan keadaan aku yang tidak mengizinkan untuk kerja lewat. Masing-masing memahami, mereka pun sedar yang aku selalu datang awal, jadi tiada masalah jika aku keluar awal.

Kebiasaan bus tiba pukul 6, dan akan tiba di Pasar Seni antara 7 ke 7 lebih bergantung pada trafik. Biasanya aku turun di belakang bangunan yang terletak Stesen KTM Komuter Kuala Lumpur. Lebih dekat dan menjimatkan masa. Komuter pada waktu kemuncak ada setiap 15 minit, seperti waktu kemuncak pagi. Pada waktu-waktu biasa, akan ada setiap 30 minit.

Pada kebiasaan akan sampai di Senawang pada pukul 8 lebih, dan paling lewat pukul 9.. Yups, this is true, this is rutin harian budak praktikal dari Senawang.




Kata-kata denaihati memberi inspirasi kuat untuk aku terus berulang seperti sekarang ;
"Alah bisa tegal biasa, mungkin kerja nanti itu pilihan yg ada, terpaksa duduk jauh dr tempat kerja. terutamanya bila dah kawin, isteri pun kerja jauh dr tempt kita kerja.http://denaihati.com/

No Sweat! No Regret! No Pain, No Gain! Kerna bagus for both my leg and financial.. Tak cukup rehat? Hehe I guess not, sebab normally akan go to sleep at 10, dan wake up at 5:30. So total sleep lebih kurang 7 jam setengah. More than enough right? Takde life? Still got 2 days break on weekend, shouldn't ask more than that..

Some said; it's a waste of time, banyak benda boleh buat kalau menyewa di sana. Bila difikir, klu duduk menyewa pun, apa aku buat is tidur jugak time balik kerja (Mungkin lebih dari 8 jam aku tidur nanti). Plus need to spend more money on eating (breakfast n dinner) & renting. 

Ada 12 minggu lagi.. Alhamdulillah, until now everything goes smoothly according to the plan  :D


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: agak lama aku tak tulis entry panjang macam ni.. Yeah! satu kepuasan... 


click ads to show your support (",)

28 comments:

  1. No pain, no gain..Bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian

    ReplyDelete
  2. kegigihan demi pengalaman!

    ReplyDelete
  3. jiayok!
    kuatkan semangat
    kentalkah jiwa
    insyaAllah boleh :D

    ReplyDelete
  4. bila da lalui benda yg sama setiap hari..takkan terasa penatnya...:D

    ReplyDelete
  5. bagus2.. exercise.. tabik!

    ReplyDelete
  6. chaiyok chaiyok sedaro

    ReplyDelete
  7. kuat gila kerja, move on

    ReplyDelete
  8. semoga berjaya hingga ke akhir :-)

    ReplyDelete
  9. gila lah bro... jauh ko berulang alik hari2..hehehe. inshaaAllah satu hari nanti dipermudahkan jalan ko :)

    ReplyDelete
  10. steady bro... aku dulu pun pernah kerja jauh tapi tak sejauh intern bro ni.. jadikan sebagai inspirasi. dalam alam kerja sebenar, macam2 lagi akan berlaku. Ingat, ramai lagi orang lain yang lebih teruk or kurang nasib baik dengan ko..

    *bersyukur*

    duduk di rumah lebih selesa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah takkan lupa orang lain yang jauh lebih susah dari kita

      Delete
  11. steady bro. kita sama2 merantau hari2.hehehe...dekat sangat rumah ngan ktm kalau 5 minit je. nanti ada pape makan2 jemput la aku ye. :)

    ReplyDelete
  12. takpe bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian...insya-Allah...

    ReplyDelete
  13. selamat berpraktikal bro. dapat juga pengalaman macam orang negara maju pi kerja, jepun ke. hari2 naik keretapi. bila lama dalam keretapi mesti mau online hilangkan boring.

    ReplyDelete
  14. Suka baca entry ni dik.. Hari tu baru je akak tanye adik napa bg awal sgt.. X per.. Bersusah2 dulu.. InsyaAllah kemudian hari kejayaan akan menunggu.. :)

    ReplyDelete
  15. Anonymous19/3/13 17:43

    Salam daripada Zalora Malaysia,

    Kami sangat meminati blog anda dan cara penulisan anda menarik perhatian kami.

    Kami ingin bertanya adakah anda pernah membeli-belah di www.zalora.com.my ? Kami berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama anda.

    Email kepada kami di zalorateam@zalora.com.my :)

    ReplyDelete
  16. Anonymous19/3/13 20:02

    karangan A++ huhu :D

    ReplyDelete
  17. zuan kalo dah tbiasa ..dah xrasa penatnye kan :)

    ReplyDelete
  18. pheewww...
    brings back all the memories..!

    terasa sungguh membaca entry nih..

    keep it up..
    jangan putus asa..!

    percayalah..
    satu hari nanti..selepas bertahun tahun..
    bila awak baca balik entry awak nih..
    awak akan makin bangga dengan diri sendiri..

    inspired..!

    sukaaaa sangat..!

    ReplyDelete
  19. salam
    apa khabar?
    sihat x?
    hrp semuanya sihat dan bahagia selalu..

    ReplyDelete
  20. zuannnn,takpe...bersusah dahulu,bersenang-senang kemudian....walaupun bos tak kisah pekerja dia datang lewat,kita sebagai pekerja kena selalu amanah dalam bekerja...



    zuannnnnnnnnnn, den perasan satu bendaaaa,thanks... ini baru betul2 thanks,hik :D

    ReplyDelete
  21. terus rasa time praktikal nanti nak duduk rumah jugak. ley nek ktm senawang pagi-pagi :)

    ReplyDelete
  22. Orang muda sepatutnya mempunyai semangat tinggi dan berkobar-kobar serta bertenaga. Ibarat penyapu baru kalau sapu tiada yang tercicir.

    ReplyDelete
  23. dulu my sis keje kat mid valley...so dia akan kejar train dlm pkl 6.15 kat stesen sg.gadut..sebab dia kena punch card sblm pukul 8..balik paling awal dia sampai umah pukul 7.00 tu dah kira awal dah tu...

    ReplyDelete
  24. FIRST nak cakap im so proud of your daily routine! this is remarkably amazing. positive things i can see from your daily life is bangun sebelum subuh, dapat tgk muka umi every morning, punctual, membaca buku sampingan lagi, berjalan 500 meters a day which means you exercise without intention but still receives huge benefits out of it. theres nothing more you can ask from all these. keep it up my friend! moga routine ni maintain selalu :D

    ReplyDelete
  25. Anonymous29/5/13 12:00

    Faiq la, bukan Faid... :P

    ReplyDelete

Every comment worth a thousand thanks.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...