HOlla Peeps,
Blog ni dulu well known ngan Tech Technology dan Movie Review. Ada juga blogger yang pernah komen diornag rasa nak jadi baik dan insaf bila masuk blog ni sebab banyak ilmiah dan islamic yang di kongsi, dan Alhamdulillah itu lah niat aku, kongsi benda menarik kepada pembaca (dan sometime aku kongsi di SB FB Page). Pernah skali digelar Blogger Yang Suka Karok..Hehe skarang pula rasanya blogger yang suka join contest. Hehe actually join contest tanda support.. Sorry peeps, aku outdated pasal Tech untuk masa ni. Bulan puasa ni berehat dari tengok movie, so no Movie Review untuk di bulan yang mulia ini.. Alrite cukup panjang intro kali ni, dan adakah ini tanda aku ada free time? Well aku ambil keputusan untuk off kejap harini sebab dah siap bab desining untuk projek aku, so lepas ni focus untuk module dan music pula..hehe
Contest apa pula kalini? Well ia adalah
Hadiah bernilai RM200k untuk dimenangi!! Hehehe kidding, lebih RM200 untuk dimenangi sebenarnya yang mana #1 akan mendapat RM50.00, #2 RM30.00 dan #3 RM20.00! Bukan itu sahaja, 4 hadiah khas juga disediakan untuk Like Terbanyak, SEO Carian Google Tertinggi, Referral tertinggi, dan Random Pick! Menarik bukan?
#dapat bonus tak klu tolong promote? huhu
Apa kena buat?
Buat CERITA DAN GAMBAR mengenai bulan ramadhan dan tahun ini sahajadan masukkan di blog anda. Konsepnya adalah CERITA PUASA RAMADHAN 2012. Tak kisah lah anda nak cerita sepanjang mana pun asalkan ia ORIGINAL (plagiat akan automatik reject). Buka puasa, sahur, tarawikh, shopping masa puasa atau apa-apa sahaja mengenai CERITA PUASA RAMADHAN 2012. Gambar akan dimasukkan ke dalam FACEBOOK SHAKIDDO.COM
Well kalau nak diceritakan plan, memang tak terkira plan yang aku nak fulfill time puasa ni, yela cuti semester la katakan.. Tapi perlu delay kerna beberapa perkara perlu di utamakan,
1. Siapkan Projek Jawi aku! Memang top priority sekarang ni sebab naik semester bulan 9 ni supervisor mau 80% siap (sekarang ni baru siap design, lepasni nak kena coding, scripting, recording n editing). Hmm well i wanna say to her "Madam, lets present the project!!" hehe
2. Ini memang dah lama niat aku nak buat. Belajar baca balik Quran. Dah lama tak baca, so kita pun tak pasti samaada betul bacaan kita kan? Aku discover satu tempat belajar ni, Al-Baghdadi! Ia mengajar Quran melalui teknik ketukkan! Menarik bunyinya kan? Dengan bantuan alat ketukkan, kita diajar menyebut setiap tajwid dengan jelas dan lancar. Sungguh menarik, Al-Baghdadi ni dah banyak ada di setiap negeri.
3. Dan tidak ditinggalkan, nama pun bulan puasa, so Puasa dan menunaikan solat Terawih adalah salah satu priority aku juga untuk bulan Ramadhan yang mulia ini. Opss tak payah la scroll bawah carik gambar aku puasa n terawih, kerna tak sempat aku nak bergambar dengan tok imam lagi.. huhu!!!
Shopping? Dah buat beberapa hari sebelum bermula puasa! Well malas nak sesak-sesak time bulan puasa. Plus bulan puasa kan bulan beribadah? Bukannya bulan shopping..hehe
Hmm antara benda yang aku nak buat tapi tolak tepi adalaha workout! Hehe nak badan ketul ketul macam HULK! Tapi bila fikir balik, kalau workout petang, mesti penat n dahaga, tapi advantage dia, bila balik rumah dah nak berbuka puasa. Disadvantage dia pula, penat tu mungkin tak hilang di malam hari dan akan menyebabkan mengantuk~ hasilnya? Tiada la terawih di malam hari~
Alrite, rasanya ini sahaja cerita aku untuk bulan ramadhan ini.. Kisah tulis ikhlas dari Zuan Macho!!!
-zuan-
p.s: ingatkan bulan puasa ni boleh cukup tidur, tapi bila nsk tidur je otak dok running fikir pasal design..adehhh~
click ads to show your support (",)