Tuesday 31 January 2012

> Movie Review : Sumpahan Kum Kum

HOlla Peeps,



Sinopsis : Setelah dipujuk dan dirayu, akhirnya dukun iaitu Mak Tom, memberitahu Mila bahawa satu-satunya cara untuk memulihkan wajahnya adalah dengan meminum darah 9 gadis sunti. Mila mengekori Shima ke tandas dan membunuhnya serta meminum darahnya. Shima adalah anak kepada Mak Tom. Mak Tom bertekad untuk membalas dendam terhadap kematian anaknya dan memanggil Mila dengan mengatakan kononnya ada cara lain untuk mencantikkan kembali wajahnya. Mak Tom melibas Mila dengan cangkul dan memasukkan tubuh Mila yang nyawa-nyawa ikan ke dalam lubang yang telah digalinya. Sebelum ditimbus, Mila sempat menyumpah yang dia akan membunuh anak-anak sunti keturunan Mak Tom. Mak Tom mempunyai seorang cucu, Tini dan Mak Tom bimbang Tini akan menjadi mangsa dendam Mila maka Mak Tom sentiasa bersikap dingin terhadap Tini. Hantu Mila(hantu kum-kum) sering merayau dan menggangu orang kampung.

Pada suatu hari, Mak Tom meninggal dan wajahnya berulat dan dipenuhi lipas dan serangga. Rahsia Mak Tom terbongkar apabila Adi, anak lelaki Mak Tom pergi berjumpa Mak Leh, ibu saudaranya, untuk mendapatkan penjelasan tentang hantu Mak Tom dan hantu Shima yang menganggunya. Adi menyuruh isterinya, Nurul, membawa anak mereka pulang ke KL. Di KL, hantu Mila mengekori Tini dan Nurul sehingga dirumah. Nurul mendapat panggilan dari Adi menyuruhnya mengunci semua pintu dan tingkap. Malangnya, Mila sudah berada didalam rumah dan sedang bermain dengan Tini. Nurul mengunci dirinya dan Tini di dalam bilik.

Di kampung, orang kampung sedang mengadakan upacara pengebumian mayat Mila. Adi bergegas pulang ke rumahnya di KL dan ketika tiba, Adi mendapati Tini berada di dalam bilik bersama hantu Mila dan sedang menjerit ketakutan. Adi berjaya membuka pintu dan mendapati hantu Mila sedang mengendong anaknya yang pengsan. Sebelum sempat hantu Mila menggigit leher Tini, hantu Mila menggelupur kerana pada ketika itu, di kampung, orang ramai sudah selesai mengebumikan mayat Mila dan sedang membaca Yassin. Di kubur Mila, kelihatan sorang wanita berjubah dan berhijab sedang berdiri tunduk melihat batu nisan.





Sebab apa filem ini perlu ditonton :


  • Story line yang tidak berserabut dan memudahkn penghayatan penonton.
  • Perkembangan watak yang menarik
  • Mengajak penonton berfikir macam mana pergolakkan watak berlaku.
  • Lakonan budak kecik, Echa yang comel dan tidak kaku.
  • Lakonan Fezrul, Shima Anuar dan Wawa Zainal.
  • Mekap Hantu yang menyeramakn! 
  • Penamat cerita tidak tergantung.
  • Sound efek hantu yang mendebarkan dan menyeramkan.
  • Memberi mesej yang penggunaan susuk adalah haram dari segi agama.
  • Banyak babak-babak suspen yang menjadi seramnya.
  • Cerita hantu yang tiada lawak 'hantu kak limah'!
  • Pernah tertanya-tanya tak yang hantu boleh makan orang? Persoalan anda terjawab dalam filem ini
  • Jangan lupa tengok babak terakhir, kerana ada efek 3D pada pengakhirannya!


Rating Seram : 3/5 (cerita tempatan yang sangat berbaloi ditonton)


-zuan-
p.s : sori sebab lambat aku buat review filem ini.. 

56 comments:

  1. tp kkdg antu melayu nih kurang real,efek sound jek lebih.tp xpe lahhh akan tonton nye jugak lahhhhh

    ReplyDelete
  2. errr...review ko best tapi aku tak nak tengok. bagi tiket free pun aku tak nak tak nak tak nak. baca pun dah kecut perut.

    ReplyDelete
  3. FM sama mcm hanie.. huhuu

    ReplyDelete
  4. yke best ni u??
    ohooo..cter hantu melayu cm kaku jee biasenyee..ohooo..

    ReplyDelete
  5. tgk mcm best, tp shila still x nak tgk. erk! seram.

    ReplyDelete
  6. jgn jadik mcm cerita keramat sudahh =.=

    ReplyDelete
  7. dijamin best ke?kalo ta best cmne?
    slalunye,sy gelak kalo tgk citer hantu melayu...hantu melayu ta seram langsung,kelakar adela...hik3

    ReplyDelete
  8. wuuu~
    temerloh takde wayang..
    sobsobsob..
    hantu boleh makan orang ke tak?ngee~

    ReplyDelete
  9. tak masuk taman buaya tu pun. pegi jalan kat sekitarnya dah best. tapi nak main gokart kat international circuit tu best giler.s tapi tutup. hampeh tol

    ReplyDelete
  10. wah...si Aini buat review gak dan khabarnya kureng sikit....pandangan kau plak lain hehe....well, aku jarang tgk wayang....selalu tunggu org download then aku sedut masuk pendrive je...jahat tak?

    ReplyDelete
  11. kalau part terkejut2 mmg full mark la..tp bg sy crita ni slow...bukak pintu je dah abis 10 minit....

    pe2pun pelakon baru dia pndai bawa watak..bravo!

    ReplyDelete
  12. komen yg baik..tak sangka jgk filem ni ok sbb byk filem hantu skrg ni dah mengarut sgt..review cmni bgs utk org lain buat pilihan utk menonton ataupun tak... :)

    ReplyDelete
  13. Teringin nak tonton.. HUHU

    ReplyDelete
  14. aku tak minat sangat dengan cite hantu malaysia ni.
    tapi lepas baca entry ni.
    kena cari movie ni.

    ReplyDelete
  15. aku belum ade chance nak tengok lagi laa..

    ReplyDelete
  16. kat ganu susah la nak tengok wayang.

    ReplyDelete
  17. Hantu dia tak guna skateboard ker untuk bergerak? haha..

    ReplyDelete
  18. dah tengok! hehe. but i want lebih keseraman. hehehe.

    ReplyDelete
  19. esok kot p tengok. atau sabtu. huh!

    ReplyDelete
  20. aq tak tengok lagi ni...hee..macam best je nak layan...:D

    ReplyDelete
  21. nak tengok jugak..da ramai kate bes

    ReplyDelete
  22. oke... dah baca sinopsis ni.. hehe.. memadai dah kot XD

    ReplyDelete
  23. aku takut cerita hantu,kbai

    ReplyDelete
  24. ohh horror movie i love to watch it! lebih seronok ditonton jika ia lebih menyeramkan :) malay horror movie lebi best klo dibandingkan with the indo one...:D

    ReplyDelete
  25. ok.takpyh g tgk movie,.tgk sinopsis ni pon dah cukup.haha

    ReplyDelete
  26. wah da tgok ke?? sikit je bg markah

    ReplyDelete
  27. x berani nengok cite antu~ huhu

    ReplyDelete
  28. Maaf. Tak minat cerita seram. Hahaha :p

    ReplyDelete
  29. hat ni mcm seram tp xmo dh tgok cite antu kt panggung ;p

    ReplyDelete
  30. jarang layan cerita melayu. selalu bila tengok mesti dissapointed dengan jalan cerita dia. tapi macam best pulak kum kum ni.

    ReplyDelete
  31. Anonymous1/2/12 00:02

    takut nk tengok kt wayang.. tngok kt umh je la nnti =.='

    ReplyDelete
  32. tak berapa minat nak tengok citer seram ni.. huhuh

    ReplyDelete
  33. oh.. betul best ke cite ni? sbb aku kengkadang skeptikal sket pasal movie seram mlayu ni. hehe.. bukan ape, sbb dah byk kali wa kena beb!

    ReplyDelete
  34. ok rasanya patut tgk cerita ni

    ReplyDelete
  35. and ada je komen u lah, i lambat approve dia masuk spam cis.

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum Saiazuan

    sekarang ni musim crita hantu ajer...

    ReplyDelete
  37. tgh tunggu cite dari sesape yg dh download..hehe..

    ReplyDelete
  38. nie gua nak pi panggung ni..
    asik koje je..
    xde life btoi.

    ReplyDelete
  39. thanx for the sinopsis (n_n) mmg dlm perancangn nk tgk~~ hihi

    ReplyDelete
  40. Nape kah nama mak tom? Mcm kucinglah rase.. Huahuahua.. Aritu tu tgk cite china yg blakon kat KL tu.. Best tau cite tu zuan.. Ke da tgk? Kalau da tgk malu sy di sini.. :P

    ReplyDelete
  41. ak tkut tgk citer hntu hahahaha

    ReplyDelete
  42. ndak suka menonton...hehehe

    ReplyDelete
  43. sumpah menakutkan tp boleh tahan seram dr karak :)

    ReplyDelete
  44. mcm menarik. sape pengarah ek?

    ReplyDelete
  45. cerita melayu onie biasa tunggu kat youtube je,hahahaha :P

    ReplyDelete
  46. 3/5 ajer?? huhuhuhu.. lum tengok lagi

    ReplyDelete
  47. wahhh best nk tgk tq review cite ni zuan :)

    ReplyDelete
  48. kalau tengok drama kum kum nie pon dkna dah cukup seram..dkna yakin filem nie lagi seram..

    promosi kat tv pon dah nampak seram..apa pon kene tangok dulu baru boleh komen seram atau tak..

    jom p tengok wayang.. :p

    ReplyDelete
  49. 3/5 je ke ?aih macam ak best je zuan. hehehehhe

    ReplyDelete
  50. salam mister (^_^)v
    saye pon movie maniac!!!
    akan menonton cerita ini based on your reviews (:
    hoyeah~

    ReplyDelete
  51. cter hantu mmg xtgk lah kan..hahahaha

    ReplyDelete

Every comment worth a thousand thanks.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...