Friday, 9 March 2012

> Dato' Papa

Salam Jumaat,

Islam itu agama yang indah, tapi ia jadi kurang enak dipandang apabila ada dikalangan umatnya membuat perangai yang tidak enak dipandang orang lain..


Mama : Papa! Tengok muka boboi tu, merah kena lempang dengan cikgu disiplin sekolah dia.
Papa : Apa? Berani dia tampar anak kita? Nak kena ni! Dia tak tau ke aku ni sapa? Aku ni orang paling kaya dan paling berpengaruh di area Lembah Dingin Sejuk ni! Berani dia!
Mama : Go Papa go! Go ajar itu cikgu!
Papa : Boboy jangan risau, biar papa ajar itu cikgu apa itu disiplin!

*di Sekolah..

Dato' Papa : Cikgu! Kenapa lempang muka anak saya?
Cikgu Disiplin : Kerna dia tak hormat dengan cikgu lain, dia juga selalu ponteng dan malas buat kerja rumah!
Dato' Papa : Saya salurkan dana ke sekolah ini bukan untuk cikgu lempang anak saya! Bukan untuk cikgu judge anak saya ni salah ke tak. Mana cikgu tau dia tak hormat cikgu lain? Mana cikgu tau dia ponteng dan tak buat kerja rumah? Anak saya ni kat rumah sangat hormat dan sayang saya dan isteri saya, apa kitorang suruh buat dia tak bantah! Saya tak percaya apa cikgu buat ni!
Guru Besar : Cikgu Disiplin! Apa cikgu dah buat ni? Saya nak cikgu mintak maaf kat Dato' sekarang juga atau cikgu akan dipecat!
Cikgu Disiplin : Tapi cikgu...
Guru Besar : Takde tapi-tapi, minta maaf sekarang atau kamu akan dipecat!




Seringkali perkara di atas terjadi. Orang yang berkuasa dan berharta sering dipandang baik dan di pandang tinggi. Segala bentuk keadilan diutamakan kepada mereka. Ramai antara kita terlena, dan terleka dalam mengejar kemewahan dan akibatnya kita lupa satu tanda khiamat seperti yang pernah diriwayatkan ;  

Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.



Ia terjadi akibat manusia terlalu mengejar kesenangan dan kemewahan di dunia sehingga terabai ibadah, dan kewajipan lain yang perlu dilakukan. Disebabkan itu, tersebarlah penyakit akhir zaman yang menjadikan kita THE LIVING ZOMBIE!

Amar makruf nahi mungkar...


-zuan-
p.s : khamis, hari yang memenatkan, kelas dari pagi hingga malam, tapi aku brjaya siapkan entry ni..opsss ni entry ke 500 blog ni!!! alhamdulillah dah 2 tahun lebih aku bergelar blogger! Teruskan support blog ni thanks (",) 

Thursday, 8 March 2012

> Dua Aku Kenal, Lagi Satu Aku Baru Kenal

HOlla Peeps,

Part 3 entry bersiri aku.. Setelah macam macam dugaan aku hadapi dalam perjalanan sampai ke KL Sentral, akhirnya aku bertemu juga dengan jejaka di bawah ni ;




Who is this dude? Dia adalah Syafiq! Lama gak dia dok ajak aku lepak, dan aku dok memberi alasan alasan yang dikatakan adalah alasan sampailah aku rasa malas nak bagi alasan..

Syafik ni ada buat gak temu janji dengan Taufiq! Sapa pulak Taufiq? Bawah ni tengok~




So secara tak sengaja, bertemulah kita tiga orang dan ronda ronda sekeliling Sunway Pyramid




Awek mana plak aku pandang tu?




Dhiya Fariza, salah seorang blogger yang dah lama aku nak jumpa dan jumpa juga haritu.. Tapi takde la bergambar dengan dia time tu..  Maybe nextime Dhiya (",)

Dan lepas cerita dari Di Suatu Hari dan Sebab Naik Public Transport Seperti KTM, cerita tak tergantung di sini.. Sebab ada final entry yang menjawab persoalan kenapa aku ke Sunway Pyramid.. One more entry you have to wait..hehehe


-zuan-
p.s : tiada entry tech thursday untuk minggu ni, maaf atas kesulitan.. 

Wednesday, 7 March 2012

> Sebab Naik Public Transport Seperti KTM

HOlla Peeps,

sambungan daripada Di Suatu Hari.. Sedang aku berdiri melihat telatah manusia-manusia lain di dalam komuter,

#theyHaveDifferentStories

Mama : Kita dah lewat dah ni, tu la Papa, Mama suruh naik kereta, Papa taknak! Cian Boboy dalam perut ni, dia mesti tengah panas. Dah la panas dalam train ni.
Papa : Ala Mama, Mama tau kan harini hari sabtu? Jem la Mama hari sabtu, lagipun Papa malas nak drive kalau jalan jem.
Mama : Cian Boboy dalam perut ni tau. Tengok jam tu, dah pukul berapa? Kita dah lewat nak ke wedding tau.
Papa : Sabar la Mama ya, sikit lagi nak sampai.


Kesian kat si isteri dan bayinya, disebabkan suami malas nak drive terpaksa naik komuter..


-zuan-
p.s : antara mini story dalam main story yang akan di proceed with 'Satu Aku Kenal, Lagi Satu Aku Baru Kenal'..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...