Showing posts with label pirates of the caribbean. Show all posts
Showing posts with label pirates of the caribbean. Show all posts

Wednesday, 15 June 2011

> Harap Membantu

ALRIGHT, NO MORE WORDLESS WEDNESDAY!!! HEHE!!!! ;D

HOlla Bloggers,

Pada yang sudah biasa membaca Movie Review aq, hope korang berpuas hati dengan review-review yang aq buat setakat ni, setiap rating, dan komen yang aq buat berdasarkan pendapat aq sendiri dan berpandukan laman web filem itu sendiri.. Sebagai seorang yang suka tengok wayang, aq rasa best kalau share pendapat dan review aq tentang apa yang aq tengok dengan semua reader, dan suatu penghormatan kalau dapat komen mengenai review yang aq buat.. Aq masih lagi baru dalam reviewing ni, banyak lagi kena blajar, dan hope so far, review aq membantu la..



-zuan-
p.s mgu ni mungkin ada review dari aq mengenai green lantern

Tuesday, 24 May 2011

> SEGMEN FILEM KREATIF AKU BERSAMA BEN ASHAARI : Aku Seorang Pirate

Berdasarkan cebisan dari blog BEN


"Saja nak mencungkil bakat blogger blogger baru atau pertengahan.. yang lama tak join punya ... hahaha.. ok ok ...Ini cuma cerita rekaan blogger .. tak terlibat dengan yang hidup atau pon yang dok tayang kat panggung skang ni .. 
3 tajuk diberi .. sila rujuk SINI .. Kemudian , reka la cerita tu... Contoh boleh rujuk kat SINI ... Amacam ? mudah jer kan ? heheheh..
Hari ni aku nak rileks skit ..tamo pening ngan entri berat.. hahaha.. Macam la berat pon entri sebelum ni eh ? hahahaha... tak pe tak pe.. bukan selalu pon wat segmen kan ? Hehee.. 
Ok.. jom mula ..
  1. Buat satu entri... letak poster filem yang korang nak buat tu.. hehehe..
  2. Tajuk : SEGMEN FILEM KREATIF AKU BERSAMA BEN ASHAARI dan linkkan ke entri ini..
  3. Buat cerita ... menarik dan tertarik gitu.. Watak , korang leh cipta sendiri dengan amik kat SINI .. belasah je.. janji ada watak ..
  4. Siap ? Tinggalkan url entri korang kat ruangan komen ini ..
Tutup ? Kul 10 malam ini ... Lewat ? Tak diterima dah ... Senarai watak boleh"




Nama ku Jacko, menjadi "Raja Lanun" adalah cita-citaku sejak dari kecil tetapi dipangkah hebat oleh datukku dan bapaku yang merupakan salah seorang anggota penting berpangkat tinggi angkatan tentera laut, Marine. Jadi aq dipaksa menjadi Marine seperti mereka bila aq dewasa kelak, masakan impian ku menjadi raja lanun tidak kesampaian jika aq mengangotai marine.

Kisah hidupku tidak seperti Luffy (Watak Dalam Anime Popular ONE PIECE) dimana dia memperoleh kuasa menjadi budak getah dan mampu berlayar dengan bebas, kerana agak sukar untuk menjadi lanun di abad ke-22 ni, ye la mana nak ada harta karun dah kat pulau-pulau, kalau ada pun dah habis diambil oleh kerajaan. Nak beli kapal pun mahal, mana tak nya, aq nk beli kereta Kancil pun tak mampu sebab hasil kutipan blog aq pun tak pernah sampai (mane tak nye, viewer sehari pun tak sampai 50). Nak bawa kapal pada zaman ni perlukan lesen (seperti juga membawa kenderaan-kenderaan lain), jadi menjadi masaalah untuk aq mendapatkan lesen, ya la kalau nk ambek lesen perlu duit lagi. Zaman ni semua perlukan duit.

Walaupun banyk dugaan yang perlu aq hadapi, ia tetap tidak mematahkan semangat aq.. untuk menjayakan hidupku sebagai lanun, aq membeli topi jerami (Straw Hats) supaya aq boleh pakai tika panas hari, aq juga mendaptkan set pistol dan pedang mainan (kalau betul-betul punya kang, silap-silap ke penjara la aq).. Hari-hari aq diherdik kawan-kawan ku kerana mempunyai impian budak-budak, ye la, zaman pirate sudah tiada lagi, dunia sudah aman dari ancaman pirate (walaupun masih ada lanun cetak rompak)

Setiap hari aq hanya mampu memandang ke laut (sambil memetik gitar kapuk kesayangan dia memankan lagu "talking to the moon" dengan harapan moon menunaikan permintaannya menjadi lanun tegar), dengan harapan suatu hari akan datang Black Pearl yang diketuai Jack Sparrow untuk mengambil aq sebagai crew kapalnya.. dan Yeah, bukan pelan aq untuk menjadi krew, apabila aq diterima menjadi crew, akan ku HIJACK kapal tu, dan menjadi kaptain kapal itu (Saving sikit duit nak beli kapal).


p.s amacam? terhibur? ikut format yang ditetapkan x? 
also this is my latest post.. 

Monday, 23 May 2011

> Movie Review : Pirates of The Caribbean - On Stranger Tides

Captain Jack Sparrow crosses paths with a woman from his past, and he's not sure if it's love -- or if she's a ruthless con artist who's using him to find the fabled Fountain of Youth. 
When she forces him aboard the Queen Anne's Revenge, the ship of the formidable pirate Blackbeard, Jack finds himself on an unexpected adventure in which he doesn't know who to 
fear more: Blackbeard or the woman from his past.


HOlla Bloggers,

Selepas 3 pengembaraan menakjubkan di dalam dunia Pirates of The Caribbean (POTC), Johnny Depp kembali dengan watak Jack Sparrow di dalam POTC : On Stranger Tides bergandingan dengan Penélope Cruz dalam filem terakhir POTC barangkali (hope tak berakhir di sini, "i want more pirates life, GIVE ME MORE!!!" Dengan mengekalkan Barbosa lakonan Geoffrey Rush, jackie masih ada teman lawaknya (musuh utama di POTC1).. Watak Blackbeard lakonan Ian McShane diperkenalkan dalam filem ni.. 

Bagi aq CGI filem Hollywood seperti ini tidak pernah mengecewakan, dan semakin menarik.. cuma ad kurang sesuatu pada filem ni yang aq nampak pada pengakiran filem ni.. Jack jumpa kembali ex lama nya, Angelica, so di situ elemen ROMANCE banyak diterapkan, tetapi tidak sehebat kisah cinta 3 segi dalam filem sebelum ni (POTC 1-3).. ADVENTURE kali ni pn tak sepanjang dan sehebat sebelum ni, jadi aq amat kecewa kerana panjang filem ini cuma 137 minit (sangat kecewa, spatutnya sampai 3 jam..bru layan~) 

Yang menariknya REVENGE, dimana rivalry antara Barbosa dan Blackbeard, kerana apa? hehe kena la tengok sendiri cerita ni kalau nak tau kenapa diorng bermusuh dan Barbosa nak sangat balas dendam dengan Blackbeard.. Skill berlawan dan trick menipu Jack juga sangat bagus dalam filem ni dimana banyak trick LAWAK dalam ni, tetapi bila kita dah banyak sangat tengok filem lawak, semakin jemu untuk gelak...

Aq sangat kecewa dengan perkembangan watak Blackbeard, sebab watak dia tak sekejam yang disangka, dan dia tak la menakutkan seperti Davy Jones (POTC 2-3).. Kalau tak silap aq, Blackbeard merupakan salah satu pirates paling digeruni pada zaman dia (betul-betul wujud, dan bukan watak ciptaan) tapi ia gagal ditunjukkan dalam filem ni..Blackbeard adalah selfish dalam movie ni, dimana dia sanggup mengorbankan nyawa anaknya, Angelica untuk hidup kekal abadi, tetapi ditipu Jack, macam mana dia ditipu? Tengok la sendiri.. hehe

Owh ya, selama ni kita ingat mermaid ni lawa, baik n innocent berdasarkan cerita-cerita urban kan? hehe tengok macam mana mermaid ni dalam imaginasi cerita ni.. Zombies, hehe ad gak dalam crita ni, tapi bukan version zombie kampung pisang la, sebab ni zombie versi ganas punya~

OPS sebelum trlupa, jangan keluar dari panggung pas abis ctira tu, tgu kredit abis.. sebab ad Post-Credit Scene.. :D

~> Overal Rating bagi filem ni 7/10 (Berbaloi tengok wayang tapi jangan tgk 3D la, macam rugi je.. Filem kali ni tak sehebat yang sebelum ni..)

p.s banyakk filem-filem menarik bulan ni.. banyak aq tak sempat nak tengok.. 

Thursday, 28 April 2011

> Coming This May

HOlla Bloggers!!!

Sure rite now ramai student-student still busy dengan study weeks sebab Minggu Peperiksaan telah bermula (For UiTM student), and ad yang dah nak habis exam, ada juga yang masih belum mula exam.. Gambatte to all of  you!!! Jom DL sememester ni!!! hehe tu la yang aq slalu cakap dekat diri aq and kawan-kawan aq yang lain..

Movie-movie.. Alright, bulan 5 ni sure banyak cerita-cerita menarik yang akan ditayangkan kat TGV, GSC, MBO dan cinema-cinema tempatan yang lain.. Antara cerita-cerita yang bakal aq tak kan miss is

  • Fast And Furious 5
  • Kongsi
  • Kung Fu Panda 2 
  • Pirates Of The Caribbean : On Stranger Tides
dan banyak lagi la.. tapi dalam list ni paling aq tak nak miss.. So kalau sapa-sapa yang nak tengok wayang, tapi tak de teman, jangan lupe ajak aq skali.. hoho jom meriahkan wayang (bukan kena senyap ke dalam panggung??)

p.s bile la aq ada peluang nak buat filem ni..  8->
ok pada yang belum join churpchurp, apa kata tekan kt bawah nie




SOCIAL SHARINGRM 1.00 per signup

ARE YOUR FRIENDS ON CHURPCHURP?

Ready to burst out all the latest awesome news to your friends? Get rewarded by doing so!

Bring your friends to sign up today and get rewarded RM 1.00 per friend invited.

The more, the merrier!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...