Skali lagi KRU Studio mengegarkan peminat-peminat filem tanah air, tetapi untuk pertama kali mempertaruhkan filem horror berdasarkan urban legend (berdasarkan cerita-cerita popular dan benar yang biasa diceritakan dari mulut ke mulut dan ke internet dan buku mengenai laluan puaka, karak).. Ia diarahkan oleh Yusri Kru, dan dibintangi Shahir AF8, Shera Aiyob, Along Eyzendy, Kilafairy dan Sidek Hussin.
"KaraK" mengisahkan 4 pelajar kolej yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuantan. Mereka mengalami kesesakan luarbiasa di lebuhraya Karak dan bernekad mencari jalan alternatif iaitu melalui jalan lama tanpa menyedari keputusan ini bakal merubah kehidupan mereka selama-lamanya.
Pada permulaan cerita, aq tengok penonton di sebelah kiri dan kanan aq tidak senang duduk dikala adaya babak-babak suspen dan sedikit unsur jenaka diletakkan, tetapi berjaya membuatkan mereka menjerit... Sementara aq hanya meletakkan tangan di dalam kocek untuk mengawal ketakukan (Dengan harapan awek disebelah melabelkan aq ni MACHO) dalam diri aq.. dan ya, permulaan cerita memang bagus dan tidak mengecewakan langsung...Jadi storyline dia, sangat menarik bagi aq, walaupun ada rakan-rakan yang kurang mengemarinya (Mungkin kerana mereka berminat dengan filem genre humor).
Antara hantu dari kisah benar (berdasarkan pengalaman individu dan tragedi kemalangan maut) ialah hantu Budak Kecik mencari ibunya, Perempuan Cantik mencari anaknya. Kereta VW Kuning yang mencucuk di belakang kenderaan dan memotong kenderaan anda, dan tiba-tiba ada di belakang lagi dan memotong kenderaan anda, dan banyak lagi..
Apa yang bagus dalam cerita ini dan perlu di beri pujian ialah, kosmetik atau makeup yang dikenakan kepada pelakon dan hantu sangat baik, mereka begitu teliti mengenakannya. Dan aq paling suka bila ada cacing bergerak-gerak di muka, sangat realistik... CGI seperti biasa la, sangat OK, means bagus dan semakin bagus (walaupun masih jauh kalau nk compare ngan CGI filem-filem luar).. Sangat realistik dan memuaskan hati, kiranya, Yusri berjaya membawa hantu itu masuk ke dalam jiwa penonton dengan makeup dan CGI mereka.
Ada pelakon yang berjaya memainkan peranan mereka dengan baik, tetapi ada yang gagal memasuki watak itu dengan baik.. Mungkin kerana kurang pengalaman berlakon, dan kekurangan bakat, kerana bakat sangat penting kalau ingin berjaya dalam bidang seni terutama seni lakonan.. Bagi aq, sekeras mana anda berusaha pun, kalau tidak ada bakat dalam seni lakonan, sukar untuk berjaya. Satu-satunya pelakon yang cemerlang dan sepatutnya menjadi hero filem ini adalah pelakon senior, Sidek Hussin dan biasalah, pengalaman mengajar kita menjadi champion..
Apa yang kurangnya bagi aq adalah Sound Effect dia.. Bagi aq, filem seram tak perlu sangat bunyi-bunyi, cukuplah dengan bunyi cengkerik dan sunyi malam, jadi dengan itu, penonton akan lebih tertanya-tanya apa yang akan berlaku, dengan soundefek yang melampau-lampau dan sangat kuat menganggu konsentrasi aq untuk masuk ke dalam filem ini.
Didalam filem seram, pada aq teknik pergerakkan kamera mestilah memainkan peranan penting. Tetapi di dalam filem ini, aq hanya mampu bagi ok je, sebab ia kurang membuat aq terkejut. Pergerakkan kamera yang berjaya pada aq ialah kamera yang sentiasa membuatkan orang terkejut dan Dup Dap Dup Dap, tetapi ternyata hanya beberapa babak sahaja berjaya.
Setiap filem yang berjaya pada aq, adalah filem yang berjaya memberi mesej kepada penonton, dan berjaya grab semua tahap umur (dari budak-budak ke atuk-nenek) dan filem ini terkandung mesej yang mungkin menyedarkan ramai orang yang tidak sedar-sedar dan leka dengan duniawi. Anda mungkin tertanya-tanya apakah mesej yang ingin disampaikan? Jadi jangan lupa saksikan karak di pawagam-pawagam tempatan.. Supportlah filem tempatan, kerana mereka tidak akan ke mana-mana tanpa sokongan anda semua.
Hmm sukar nk bagi rating tuk filem kali ni..
6/10 (Tidak rugi tengok di panggung bersama rakan-rakan)
p.s nantikan review kungfu panda malam ni
eleh..yg penonton mnjerit tu..saje je mngada2..haha
ReplyDeleteuittt..karak..dlu masa study blk kg mst ikut highway tu...winduuu
ReplyDeletekarak sempat tengok trailer dia je,tu pon gelabah semacam sebab seram! i kalau tengok kompom kaki atas kerusi sambil berpeluk tubuh,,tak ley nak bagi rating sebab tak tengok g, huhu
ReplyDeleteeh kilafairy ade? weeeee. i minat die :P
ReplyDeletemcm best la cte ni..
ReplyDeletenak tg gak la...:P
cepat2 la ke panggung berdekatan :D
ReplyDelete