Monday, 13 February 2012

> CONTEST KAROK With Zarul Umbrella Featuring Madammondoq, Abangensem & Eyriqazz

HOlla Peeps,


Dah lama bangat gua (bahasakan diri gua sebab nak feel rock) tak join contest! Gua join pun sebab, hmm sebab apa ek? Dah lupa pulak, owh ya sebab gua suka karok~ LALALALA~ Tak caya? Please la percaya, Percayalahhhhhh~


ALRIGHT!!! I'M READY TO ROCK THE PARTY!!!


Gua Tringin Nak Jumpa Zarul Umberlla dan Eyriqaz! (Tak nak jumpa Madammondoq dan AE boleh? HEHEHE)

Lets Talk About The Price Shall We?


HADIAH CONTEST KAROK INI ADALAH :

3 PEMENANG BERTUAH yang akan disponsor oleh Madammondoq, Abangensem & Eyriqazz akan dapat join kitorang karok pada : 

Tarikh : 25 Februari 2012 (Sabtu) 
Tempat : Red Box Sunway Pyramid


Apa gua kena buat untuk dapat invitation adalah mereka dialog bagi dua gambar yang telah Madam letak di blog beliau. Dan ini adalah pertaruhan gua untuk memenangi invitation tersebut :



APA??? Tak lawak korang kata??? Ingat korang boleh buat lagi lawak ke? Huh boleh? Apa lagi? JOin cepat kontest ni kat Blog Madammondoq!HEHE kita tengok sapa berjaya dapat invitation tersebut.


 "Hadiah Contest Karok ini ditaja bersama oleh Abangensem.com dan Eyriqazz.com"


-zuan-
p.s : madammondoq tau gua minat karok trus dia buat contest ni, terharu beb hehehe :') 

Sunday, 12 February 2012

> Movie Review : Chronicle

HOlla Peeps, 

Hujung minggu duduk rumah selepas kecewa tak plan untuk mandi air panas tak jadi (disebabkan kawan bangun tidur lambat).So just spend time hangout n watching movies with homies..

Chronicle 2012
Sinopsis : Tiga kawan sekolah tinggi memperoleh superpower selepas membuat satu penemuan yang luar biasa pada satu malam. Tidak lama kemudian mereka mendapati kehidupan mereka menjadi tidak terkawal dan persahabatan mereka mula teruji. Dan mereka mula menggunakan kuasa mereka untuk tujuan tidak baik.

Kenapa perlu tonton filem ini?

  • Ia filem bergenre Sci-Fi, Thriller dan Aksi.
  • Mempunyai plot yang tidak berserabut dan perkembangan cerita yang sangat menarik dan mendebarkan.
  • Perkembangan watak filem Chronicle dari setiap scene jelas ditunjukkan. Pergolakkan watak menarik.
  • Kamera efek yang jauh lebih baik dari beberapa filem bergenre found footage yang lain (Paranormal Activity, Cloverfield dan Quarantine).
  • Menggunakan pelakon yang kurang popular untuk menghidupkan cerita ini (ada sedikit je unsur lovedan romance dalam filem ini).
  • Satu bentuk filem yang lain dari filem superhero yang ada superpower yang lain yang mana biasanya kita lihat yang baik nak selamatkan, dan yang jahat nak musnahkan.
  • Efek kamera dan CGI yang awesome!!!
  • Durasi 80 minit tak terasa sebab diisi dengan drama, lawak dan aksi yang tak membosankan.  
 
Rating : 8/10 (Make sure korang tak makan sebelum tonton filem ini kerana ia ber-genre Found Footage jadi pergerakkan kamera memang memeningkan. Cerita ni tak begitu menerangkan bagaimana diorang dapat kuasa tersebut, dan ada beberapa persoalan yang memungkinkan ada sambungan cerita ini.)


-zuan-
p.s : korang dah guna voucher rm200? 

Saturday, 11 February 2012

> We Rock The Red Box

HOlla Peeps,


Teaser Music on Monday yang lepas terjawab di entry kali ni!Alhamdulillah, plan aku dengan Jue n Hanie selama berbulan-bulan untuk jumpa dengan kawan blog yang rapat tercapai sabtu lepas, bersamaan dengan 4 Febuary 2011! Event berjalan lancar dengan main event, berkaraoke selama 4 jam!!! HOYEAHHHHH dari awal sampai akhir, we rock the room! (aku tunggu je Ezad shufflin tapi takde pulak #LOL)




Mini Gathering @Red Box Lowyat, 11am - 3pm 

Organize by:  
Saiazuan | eleventx.blogspot.com
Jue & Hanie | juestan.blogspot.com 
Participants:

Jom layan gelagat bloggers yang hadir..


Girl That rock the box dari kiri (DN, Erika, Syaz, Yui, Ira, Sal, Hanie, Meaw dan Jue)

Gambar di sebelah Kiri menunjukkan Hanie sedang berjenaka dengan DN. Sementara gambar di sebelah kanan menunjukkan Yui (tengah) sedang mendapatkan Spirit ROCK!!!

Syahiroo sedang menyanyi lagu Cinta Kristal, ditemani Ezad

Pelayan : Lu nak set apa?
Syahiroo : U nak makan apa onie? I belanje
Onie : Apa U makan, I makan

Syaz begitu feeling menyanyikan lagu kegemarannya, Doraemon. Erika sedang merajuk dengan Meaw sementara DN sedang memikirkan lagu yang ingin dia duet dengan aku..hehe

Gambar diatas menunjukkan hidangan yang disediakan dan yang bawah adalah Aku sedang melantak sehingga lupa nak berposing depan kamera.

Gambar di sebelah kiri menunjukkan Ezad terpegun dengan suara penyanyi yang tidak dapat dikenalpasti identitinya. Dan gambar di sebelah kanan menunjukkan aku sedang mengajak Hanie duet lagu Sonata Musim Salju.

Dari Kiri (Syahiroo, Aku dan Ezad)

Erika Rain menyanyikan Lagu Itik Gembo Gembo~

Thanks to both Jue & Hanie untuk cokelat yang sedap ni hehe. Sampai rumah, cair sebab letak dalam poket..

Super thanks to Jue a.k.a Miss Photographer for an awesome picture
(klik sini untuk banyak lagi gambar awesome dari Jue)


Alhamdulillah, event bermula sedikit lewat, tetapi berjalan dan berakhir dengan lancar. Best of it, sorang hanya perlu membayar Rm16.40 untuk 3+1 jam karaoke, termasuk set makan sekali.Memang sangat berbaloi, semua dapat duduk dengan selesa, karok dengan selesa dan makan tanpa tersedak.

Maaf la kalau tak terjemput blogger yang lain disebabkan event ni hanyalah berkaraoke(so faham-faham je la kapasiti bilik karaoke hehe)! But nextime we will try something bigger insyaAllah (",)


-zuan-
p.s : sampai sini sahaja event blog aku untuk cuti ni rasanya (selepas mingle dengan madammondoq di sunway giza), sekarang nak kena fokus dengan tajuk for proposal Final Year Project.. Supervisor projek pun belum cari lagi.. adeh nak buat projek pasal apa ni? 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...