Thursday, 27 December 2012

Tech Thursday: Cut/Copy and Paste - Sejarah Copy dan Paste

HOlla Peeps,

Seremban, seorang pelajar yang menuntut di salah sebuah instittusi pengajian tinggi yang terkenal di negara ini telah ditahan berikutan sidiket copy photocopy beberapa buah buku text akademik yang dijual di institut. Sindiket dianggotai suspek sendiri dan dibantu watak-alter egonya. Mereka ditahan ketika sedang menekan butang 'ctrl' dan dipercayai akan menekan butang 'c' sebelum meletakkannya di tempat yang lain. Sabit kesalahan beliau mungkin didenda dibuang pengajian, atau didenda membuat aktiviti ilmiah di pusat serenti, atau keduanya sekali. Mangsa dikatakan mempunyai sindrom 'kemalasan' dan 'ketagihan' yang mana beliau begitu malas untuk memikirkan idea menulis sesuatu sehingga sanggup 'copy' idea orang lain bulat-bulat tanpa memberi kredit kepada mangsa, dan 'ketagihan' dengan keuntungan kewangan yang beliau dapat. Sekian berita dari #BeritaAkuKenaTrollLOL

Cut, Copy, dan Paste... Perkataan yang 'biasa' di dengar di corong-corong telinga dan radio. Tapi adakah aktiviti Cut, Copy, dan Paste ini suatu yang normal dan tak salah dari segi etik mahupun undang-undang?

Pada awalnya, Cut dan Paste adalah aktiviti memotong sesuatu paragraph dari ketas dengan menggunakan gunting, dan kemudian menampalkannya di tempat lain menggunakan gam. Kemudian kaedah ini di digunapakai di dalam komputer, yang mana di komputer, ketika kita copy, memori di simpan di dalam buffer sebelum di-transfer ke lokasi yang dikehendaki dengan menggunakan command.

Pasti ramai tertanya-tanya siapa sebenarnya si genius di sebalik 'Cut, Copy and Paste' ini. Si pencipta telah mencipta sesuatu dengan niat asal hanya untuk 'experiment' yang mana beliau yakin ia tidak sangka akan digunapakai hari ini. Say thanks to Larrry Tesler, seorang Software Engineer yang mana juga expert di dalam HCI. Beliau adalah salah seorang engineer di dalam Xerox ketika beliau mencipta 'Cut, Copy and Paste' di sekitar tahun 70an.


http://www.designinginteractions.com/img/interviews/LarryTesler.jpg


Kemudian Apple (seperti biasa, mendiang Steve Job di sebalik tabir) telah mem-popular-kan 'Cut, Copy and Paste' dengan mengambil idea ini dan mencipta key untuk HCI ini iaitu 'x', 'c', dan 'v' didalam OS Lisa dan Macintosh. Dan beberapa tahun kemudiannya baru digunapakai di dalam Windows. Dan semakin lama, semakin mudah untuk copy dan paste.. (sumber wiki, sumber discovery)


Dan harini...



'Ala copy je la, sama je.. malas gua nak buat'

'banyak giler kerja, tak sempat la beb, copy je la'

'Klau copy benda ni, bukan orang nak tau pun! Konfirm gua dapat 'A' punya lah'

'Huh! Entry Copy paste je ni!!'



Di dunia akademik, aktiviti copy dan paste ini didefinisikan sebagai aktiviti 'meniru' hasil kerja orang lain, dan claim sebagai hasil kerja sendiri. Ia adalah aktiviti 'academic fraud' atau 'academic dishonesty' yang mana menipu didalam akademik. Ia dianggap suatu plagiarism yang mana jika ! Sesetengah pelajar bertindak 'copy' beberapa quotations secara tak sengaja atau secara sengaja tanpa memberi kredit atau citation dari mana mereka mendapat sumber berkenaan. Kebanyakkanya mereka terlalu obsessed untuk mendapatkan gred yang bagus sehingga sanggup 'copy' sesuatu kerja orang lain. Tak salah nak copy, tapi letak la citation supaya tidak disabitkan plagiarize!


http://inqka.uitm.edu.my/index.php/home/103-anti-plagiarism-campaign-/205-title-minister-surrenders-phd-cos-of-irregularitiesq-
I found some interesting presentation about plagairism, and i want you guys to look at it just by clicking this link *bukan spam!*

Alrite, dari segi lain pula, bayangkan kita sudah siap buat suatu jurnal, or tutorial yang akan dipublish kepada public setelah bertungkus lumus menyiapkannya. Tup-tup dah publish, n beberapa hari kemudian kita jumpa benda yang sama kita dah buat dan publish, ada di publish di blog orang lain dan malagnya, dia tak creditkan pun dekat kita. Apa perasaan kita? Annoyed? Nak report? Or takpe la....? Yup yup, you can disable others by copying something dari blog korang dengan disable-kannya (aku pun tak tau macam mana korang buat). Tapi INGAT, bila orang nak buat jahat, ada je cara mereka..


http://windowsxphelpnow.com/wp-content/uploads/2012/01/1.jpg


Banyak jugak aku cerita kalini, hehe dah ada free time sikit sebelum exam, boleh la sembang pung-pang pung-pang... Alright, secara konklusinya, aktiviti copy paste adalah aktiviti tidak beretika dan tidak bermoral dan dipandang hina oleh masyarakat JIKA disalah guna. Jadi, just gunakan idea ini, untuk sesuatu kebaikkan kepada semua, bukan untuk diri sendiri sahaja.. Jadilah manusia yang bermoral dan ber-etika..


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: dulu aku rasakan word 'untongla' sangat annoying.. sekarang aku rasa word 'biasala' pun dah annoying, ia suatu word yang 'potong' kita punya mood untuk bercerita..


click ads to show your support (",)

Monday, 24 December 2012

Husin, Mon dan Musik - Pengaruh Musik Dari Kecil

HOlla Peeps,

Musik!




Waktu kecik kecik dah di hidangkan oleh abah aku lagu Still Loving You, Love You Like a Hurricane dan banyak lagi lagi band Scorpion. Kemudian sampai ketika, melayan lagu Spoon dengan lagu berhantu mereka, Rindu Serindunya. Barangkali lagu bro Zarul pun berada di telinga aku ketika itu dengan lagu Ramalanku Benar Belaka dan banyak lagi barangkali. Ada sedikit yang aku boleh ingat, ada sedikit yang terus lupa tapi boleh recall bila terdengar musik mereka.

Di sekolah menengah, bapaku meng hadiahkan aku sebuah radio. Ketika itu Fly.fm dan Hot.fm masih belum wujud. Hits.fm dan Mix.fm menjadi kawanku.. Ketika itu, pengaruh band Linkin Park dan Limp Bizkit menjadi-jadi. Jangan terkejut kalau aku ungkapkan yang aku tak meminati Hip-hop dan seangkatan dengannya. Jadi tak hairan la jika aku katakan breakdance bukan di dalam hati aku kerna aku adalah seorang skaters. Tapi sedikit hairan Eminem menjadi artis kegemaran aku. Pantang ada album baru, mesti aku beli. Kalau takde duit, 'si-tanduk' bisik di telinga aku suruh dimasukkan sahaja di dalam poket.




Sampai satu tahap, aku mula melayan musik berat seperti dari band Deftones, Metallica, dan System of a Down. Ketika ini, masih di sekolah menengah. Aku di golongan budak yang tak gemar bersocial. Aku habiskan masa di rumah mendengar musik dan hanyak keluar di petang hari untuk 'ollie'. Kawan aku memang tak ramai, mungkin sebab tu aku tak terpengaruh dengan 'asap', 'mabuk' dan 'khayal'.

Genre punk dan grunge mula masuk dalam senarai musik kegemaran aku. Irama mereka begitu segar dan ringan. Rasa rebel di dalam diri, tetapi tiada apa yang ingin di berontak kerna tiada apa yang meragui diri aku. 

Hati senang.. 
Aku mula inginkan guitar.. 
Tetapi hanya mampu mengharap...

Tetapi, aku hairan, kenapa hanya melayan musik dari luar.. Aku tidak berminat dengan musik malaysia ketika itu.. Jika ditanyakan, aku tak dapat recall siapa di dalam carta malaysia di waktu 2000 hingga 2005. Tiada siapa yang aku kenali. 

Melangkah ke dunia Poli, aku mula ke Rock n Roll dimana The Beatles menjadi teman aku..Jika tnayakan mengenai style dress-up aku, sorry, aku tak pernah terpengaruh dengan style dress-up. Aku pakai je apa aku suka. Kalau aku suka baggy, aku pakai, kalau aku suka shorts, aku pakai. Bantai je.




Semakin lama, semakin banyak musik aku mula layan, dan aku semakin meminati musik yang sudah tahap evergreen seperti MJ, Louis Armstrong, Rolling Stones, Queen, Van Halen, Bob Marley, Jimmy Cliff, Guns n Roses, ACDC, Nirvana dan banyak lagi..

Dan aku cuba sekali lagi masuk dalam dunia musik malaysia. Dimana aku nampak band-band masa kini memperjuangkan musik mereka, seperti Meet Uncle Hussain dan HUJAN.. Yuna? Sofar, tiada yang kurang menarik mengenai musik beliau. Aku juga minat dengan pertandingn Versus yang dianjurkan yang mana beberapa band-band masa kini berentap 'merosakkan' lagu. Begitu bagus, begitu hebat, dan aku mula kagum dengan anak tempatan..

Baru-baru ni, aku nampak satu group anak muda mengelarkan diri mereka SalamMusik memenangi Best Album of The Year di AIM. Aku mula tertanya-tanya apa yang best? Aku ke youtube, cuba mendengar musik mereka, 'Alamak', 'Lupakan Semalam', 'Play Some Reggae Music' dan 'Aku Pelat' menjadi siulan aku sekarang. Musik mereka, musik reggae. Bukan meletakkan kisah cinta di lirik, tapi meletakkan pengajaran, rebel di musik mereka, penuh pengisian.




Maaf jika banyak mengarut, sebab dah lama tak menaip secara kurang formal... hehe

Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s:dah nak habis 2012...2013 is coming..new ambition....? 


click ads to show your support (",)


Saturday, 22 December 2012

Janji, Masa dan Ceritanya.. Entry Zuan dan Fifi Sazali

HOlla Peeps,

*PERHATIAN, 

Ini adalah special entry yang mana aku dan Fifi Sazali telah make a deal untuk menulis entry dengan topik yang sama pada masa yang sama. Boleh kata ia adalah Entry Challenge..*


20:00

"Mana Awie ni?" kata Lisa
"OTW la tu, jauh aku datang, dia lambat pulak" kata Najib.
"Waduhh waduhh.. lambat bangat ya dia" kata Wulan pula.

20:15

*Najib sending text "Mana lu ni awie? Show dah nak start!".
*Awie Reply "5 minit lagi, bini gua drive slow la Jib, lek tu.. "

20:30

Masing-masing dah mula tarik muka menunggu Awie sampai.
Wulan call Awie "Mu di mana sih? Begitu lambat bangat.. sudah berpeluk ketiak menunggu mu tiba.."
"Jangan nak poyo sangat, aku memang selalu datang lambat, janji Melayu memang begini" kata Awie.

20:59

"Taraaaaa! kan on time tu! hehehehehe" Awie tiba dengan senyuman kegembiraan cuba mengubati muka masam di sahabatnya.
"Janji pukul 8! Tak on tima la kau ni..." kata Lisa.

(Watak, dialog dan plot hanya rekaan semata-mata untuk isi entry ini)


Dan..... Apa terjadi seterusnya? Tunggu aku jadi direktor filem tuk ceritakan lebih lagi.. 



Dan tunai olehmu akan janji sesungguhnya janji itu sesuatu tanggungjawab (Surah Al-Esw: 34) (sumber)

Agama kita iaitu Islam juga melarang supaya tidak memungkari janji dengan berpegang pada janji.. Kita hendaklah mencuba sedaya upaya untuk menunaikan janji jika kita dah berjanji supaya kita tidak tergolong di dalam golongan orang munafik;

Tanda orang munafik itu ada tiga perkara apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mungkiri janji dan apabila dia diamanahkan dia mengkhianati’. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Astaghfirullah, semoga kita tak tergolong dalam golongan tersebut.. Jadi sebelum membuat janji, hendaklah fikir akan kemampuan kita untuk tepatinya. Jangan sebab tak tepati janji, kita hilang kepercayaan, kita hilang kawan..

Secara etika-nya pula, jika Awie tak dapat make it in time, dia sepatutnya call or mesej sahabat yang ingin ditemuinya mengenai kesulitan yang dialami Awie dalam perjalanan bertemu sahabatnya supaya tak timbul pula isu, melayu tepati janji, tak tepati masa, dan tak ada la sahabat yang bermasam muka..


Apa tips untuk tepati janji atau on time? Secara mudahya ada;
  1. Berdoa supaya tiada kesulitan pada hari yang dijanjikan
  2. Set reminder di phone/calendar/buku nota.
  3. Keep remind dalam kepala.
  4. Mintak someone tolong remind.
  5. Make sure tiada masalah pada hari yang dijanjikan, dan bersiap awal supaya boleh tiba awal.

Dan banyak lagi cara tuk tepati masa.. Semoga kita menjadi individu yang dibercayai dan boleh menepai janji InShaaAllah..



Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: sometime, bila kita baca komen di blog, vlog or apa-apa sahaja di laman social, begitu banyak komen berbentuk sindiran, cacian, dan jenaka yang dilontarkan.. adakah mereka benar-benar bermaksud dengan apa yang mereka taipkan? tak ke dorang fikir perasaan mereka yang menerima cacian tersebut? Is joke something positively accepted by all people? Think twice before you make a fun on anyone..


click ads to show your support (",)

Wednesday, 19 December 2012

Kisah Husin dan Mon Mencolek Zuan

HOlla Peeps,

*PERHATIAN, 
tajuk tiada katian dengan isi entry
mungkin berkait dengan Pengalaman Aku dicolek Alien*


Total entry bulan April > 20 
Total entry bulan May > 14
Total entry bulan June > 12
Total entry bulan August > 8

Random People: "WHAT? Semakin berkurang???"

Total entry bulan September > 12

Random People: "He's BACK!!!"

Total entry bulan October > 1

Random People: "I Have to REPORT to the nearest Police Station! Zuan is being kidnapped!!!"

Total entry bulan November > 5

Random People: "I'm glad he's still alive!"


Hehe ok done with introduction mengarut aku, harap cukup la tuk membuatkan gusi korang basah. Back to the main topic, mengapa bilangan entry semakin berkurang?

  1. Final year stud, so kena siapakan project, report, etc..
  2. Kering idea untuk mengarang.
  3. Sibuk mengayat gadis gadis tuk buat bini.
  4. Leka layan SalamMusik.
  5. Sebuk download How I Met Your Mother Season 8.
  6. Sibuk main LEGO Ferrari.
  7. Sibuk main game CityVille 2 kat Facebook :P

Solid tak alasan aku? Ok alasan ditolak! Ahahaha

Ok ok ok, serius now! Aku semakin lama semakin menyedari yang, income blog, tidak lagi menjadi aim, bilangan entry bukan lagi untuk dikira, dan apatah lagi trafik bukan lagi ukuran untuk dikejar.

Aku mula nampak matlamat aku menulis yang sebenar, iaitu berkongsi, bercerita dan berhibur.

Sebelum ni, blog merupakan kawan baik aku, tak jemu jemu aku memikirkan idea untuk update entry untuk diberi makan kepada pembaca.

Tapi blog semakin jauh dari diri aku barangkali disebabkan projek Jawi aku.

Sekarang aku kembali,
mengarang,
untuk memberi makan..


Semoga terhibur dan mendapat input dari SaiazuanBlog!


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s:  rata rata ramai yang kurang berminat dengan filem The Hobbit. Mengapa sih? Ia adalah pengenalan, yang mana mencerikan bagaimana The One Ring ditemui, jika tengok balik LOTR, memang banyak scene yang mana tempat pernah dikunjung Bilbo, dikunjungi Frodo. Lookin forward to see second and 3rd part of the epic adventure ;)


click ads to show your support (",)

Tuesday, 18 December 2012

The Hobbit: An Unexpected Journey - Movie Review

HOlla Peeps,

Setelah mendengar Peter Jackson (pengarah LOTR) mengumumkan untuk buat filem The Hobbit pada tahun 2005 selepas beliau mengeluarkan cerita King Kong, aku terus menantikan filem ini. Tetapi sayangnya, menyepi sehingga 2010 yang mana beliau mengeluarkan statement akan kembali mengeluarkan watak middle earth. The Hobbit akhirnya berjaya menemui semua peminat karya Peter Jackson dan LOTR.

the hobbit wallpaper http://www.thehobbit.com/

Berdebar-debar aku menunggu saat hujung minggu untuk menonton filem ini, dan ternyata, tidak sia-sia perjalanan dari Arau ke Alor Star semata-mata untuk tonton filem ini (Jitra Cinema hanya tayangkan filem berformat 3D).

Seperti biasa, tiada spoiler akan didedahakn di dalam review ini. Hanya sinopsis ringkas dan alasan mengapa perlu filem ini ditonton.

the hobbit wallpaper http://www.thehobbit.com/

Sinopsis: Bilbo Baggins, seorang Hobbit yang  tinggal di Shire di pilih oleh Gandalf the Grey untuk mengikuti pengembaraan bersama 13 Dwarf yang diketuai pahlawan lagenda, Thorin Oakenshield untuk claim semula istana mereka daripada Smaug. Perjalanan membawa mereka ke Wild; iaitu melalui treacherous lands swarming dengan Goblins dan Orcs, deadly Wargs, Giant Spiders, Shapeshifters dan tak terkecuali Sorcerers. Walaupun destinasi mereka terletak ke Timur dan Wastelands of Lonely Mountains, pertama mereka mesti melaui Goblin Tunnels, di mana Bilbo bertemu makhluk yang akan mengubah hidupnya selama-lamanya ... (sumber)

Kenapa Filem Ini Berbaloi Ditonton?

  • Smeagol kembali di dalam filem ini yang mana ia menceritakan bagaimana Bilbo Baggins ditemukan dengan 'The One Ring'.
  • Filem arahan pengarah hebat Peter Jackson (King Kong, LOTR) yang dilakonkan lineup yang tidak mengecewakan seperti Martin Freeman dan Ian McKellen.
  • Filem bergenre fantasi yang mana seekor naga menjadi main antagonist.
  • Kebanyakkan tempat-tempat di dalam LOTR ada di dalam filem ini yang mana Bilbo pernah ceritakan beberapa pengembaraannya kepada Frodo.
  • Pada yang belum tengok LOTR, dinasihakan tengok filem ini untuk mendapatkan feel melayan trilogi LOTR.

Rating: 9/10 (Super-duper adventure menanti anda di sana yang mana setiap scene sangatlah rugi jika ditinggalkan)



-zuan-
p.s: aku cuba lain kan style review untuk kali ni.. hope gettin better than before sebab inginkan pembaca review yang setia daripada anda ;) 


click ads to show your support (",)

Saturday, 8 December 2012

Cinta Laman Social? Dr Fadzilah Kamsah, Johan dan Zizan

HOlla Peeps,

Takde benda nak update recently.. Got lots of things to submit by nextweek.. So weekend-weekend ni tengah ada free time, apa kata layan Talk Fadzilah Kamsah dengan 2 pelawak undangan mengupas mengenai bahana laman social.. layan~

Walaupun di atas pentas nampak gila-gila, tapi diorang ni memang pro bila berbincang mengenai isu seperti ini.




-zuan-
p.s: dah berapa banyak koleksi lego ferrari korang? 


click ads to show your support (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...