Monday, 24 December 2012

Husin, Mon dan Musik - Pengaruh Musik Dari Kecil

HOlla Peeps,

Musik!




Waktu kecik kecik dah di hidangkan oleh abah aku lagu Still Loving You, Love You Like a Hurricane dan banyak lagi lagi band Scorpion. Kemudian sampai ketika, melayan lagu Spoon dengan lagu berhantu mereka, Rindu Serindunya. Barangkali lagu bro Zarul pun berada di telinga aku ketika itu dengan lagu Ramalanku Benar Belaka dan banyak lagi barangkali. Ada sedikit yang aku boleh ingat, ada sedikit yang terus lupa tapi boleh recall bila terdengar musik mereka.

Di sekolah menengah, bapaku meng hadiahkan aku sebuah radio. Ketika itu Fly.fm dan Hot.fm masih belum wujud. Hits.fm dan Mix.fm menjadi kawanku.. Ketika itu, pengaruh band Linkin Park dan Limp Bizkit menjadi-jadi. Jangan terkejut kalau aku ungkapkan yang aku tak meminati Hip-hop dan seangkatan dengannya. Jadi tak hairan la jika aku katakan breakdance bukan di dalam hati aku kerna aku adalah seorang skaters. Tapi sedikit hairan Eminem menjadi artis kegemaran aku. Pantang ada album baru, mesti aku beli. Kalau takde duit, 'si-tanduk' bisik di telinga aku suruh dimasukkan sahaja di dalam poket.




Sampai satu tahap, aku mula melayan musik berat seperti dari band Deftones, Metallica, dan System of a Down. Ketika ini, masih di sekolah menengah. Aku di golongan budak yang tak gemar bersocial. Aku habiskan masa di rumah mendengar musik dan hanyak keluar di petang hari untuk 'ollie'. Kawan aku memang tak ramai, mungkin sebab tu aku tak terpengaruh dengan 'asap', 'mabuk' dan 'khayal'.

Genre punk dan grunge mula masuk dalam senarai musik kegemaran aku. Irama mereka begitu segar dan ringan. Rasa rebel di dalam diri, tetapi tiada apa yang ingin di berontak kerna tiada apa yang meragui diri aku. 

Hati senang.. 
Aku mula inginkan guitar.. 
Tetapi hanya mampu mengharap...

Tetapi, aku hairan, kenapa hanya melayan musik dari luar.. Aku tidak berminat dengan musik malaysia ketika itu.. Jika ditanyakan, aku tak dapat recall siapa di dalam carta malaysia di waktu 2000 hingga 2005. Tiada siapa yang aku kenali. 

Melangkah ke dunia Poli, aku mula ke Rock n Roll dimana The Beatles menjadi teman aku..Jika tnayakan mengenai style dress-up aku, sorry, aku tak pernah terpengaruh dengan style dress-up. Aku pakai je apa aku suka. Kalau aku suka baggy, aku pakai, kalau aku suka shorts, aku pakai. Bantai je.




Semakin lama, semakin banyak musik aku mula layan, dan aku semakin meminati musik yang sudah tahap evergreen seperti MJ, Louis Armstrong, Rolling Stones, Queen, Van Halen, Bob Marley, Jimmy Cliff, Guns n Roses, ACDC, Nirvana dan banyak lagi..

Dan aku cuba sekali lagi masuk dalam dunia musik malaysia. Dimana aku nampak band-band masa kini memperjuangkan musik mereka, seperti Meet Uncle Hussain dan HUJAN.. Yuna? Sofar, tiada yang kurang menarik mengenai musik beliau. Aku juga minat dengan pertandingn Versus yang dianjurkan yang mana beberapa band-band masa kini berentap 'merosakkan' lagu. Begitu bagus, begitu hebat, dan aku mula kagum dengan anak tempatan..

Baru-baru ni, aku nampak satu group anak muda mengelarkan diri mereka SalamMusik memenangi Best Album of The Year di AIM. Aku mula tertanya-tanya apa yang best? Aku ke youtube, cuba mendengar musik mereka, 'Alamak', 'Lupakan Semalam', 'Play Some Reggae Music' dan 'Aku Pelat' menjadi siulan aku sekarang. Musik mereka, musik reggae. Bukan meletakkan kisah cinta di lirik, tapi meletakkan pengajaran, rebel di musik mereka, penuh pengisian.




Maaf jika banyak mengarut, sebab dah lama tak menaip secara kurang formal... hehe

Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s:dah nak habis 2012...2013 is coming..new ambition....? 


click ads to show your support (",)


29 comments:

  1. lagu2 cm ni la bru syok,, hahaha

    ReplyDelete
  2. perghh!! zuan kecik2 dah layan omputih terbaiklah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. meluntur buluh biar dr rebung nye. TIBE TIBE :D

      Delete
  3. wahhh lagu fav kita samalah..!
    sy pun kecik2 lagi dha minta lagu scorpion tue sebba ayah sy peminat setia kumpulan tue...ehehe..jadik sy sebagai anak tunggal nie pun ter minat sama..:)

    kalau tgah mood tak berpaa nak ok sy suka dgr lagu Linkin park in the end..eehehe..;)

    ReplyDelete
  4. nie anak mat salleh ke?? heheeee

    eh..tahun depan zuan nak tawen eh eh eh :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha bapaku bukan bernama mat salleh :P

      kawin? calon pun xde

      Delete
    2. zuan: calon tkde? ek? ala nnti jumpa la time keje ke nnti :D

      insyaAllah

      Delete
  5. waaa...x suke layan muzik yang heavy macam system of down tu. rasa sangat telinga.
    eh, header baru. ke dah lama pasang?

    ReplyDelete
  6. lagu salam musik - bangkit pon best :)

    suka dgr beetles jugak.haha

    :D

    ReplyDelete
  7. mat salih ko ni.. huhu..

    mkin dewasa, mkin kita pilih lirik yg menjana idea.. :)

    ReplyDelete
  8. aku dengar lagu ramlah ram jer.. hehe..
    xde lah....
    ekcelli, versus aku pon layan...

    ReplyDelete
  9. samalah kita bro,
    masa kecik, aku dihidangkan dengan lagu scorpions.

    aku kurang berkenan dengan lagu baru.
    tak kisahlah, melayu dan english.

    ramalanku benar belaka tu, one of my favor.


    ReplyDelete
  10. bro pon minat acdc ker?..hehe

    ReplyDelete
  11. system of down, salah satu band yang aku minat dulu..hehehe.. kepala aku turut banging dengar lagu tu masa zaman jahiliyah aku dulu...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. suatu yang mengecewakan bila dapat tau diorang dah mula ke mainstream..

      Delete
  12. I just listen to the music without first knowing its content or message.. Music is blues music is ecstacy.. lol-

    ReplyDelete
  13. Journey music through life ...kenangan hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenangan best.. time tu pakai kaset lagi

      Delete
  14. firstly, people do just go for the music, but i'm not into music that much i tell yeah. yes, whenever i click on a music video on Youtube, i click the back button within 1 minute because i just uninterested into it. :p

    in my opinion, reggae music has the ability to make people dance. Lol

    ReplyDelete
  15. perh. tak sangka zuan minat lagu-lagu cmni i mean dont get me wrong sebab tgk zuan dari luaran, ingat minat lagu yang tempo lainlah dari yg zaun ceritakan kat atas. bagusnya zuan tak terpengaruh cause most guys i've seen paling kurang pun tiru gaya pemakaian berdasarkan genre lagu yg dorg minat. good for u my friend

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe you are not the 1st saying that.. lots of my friend shocked bila dengar i layan musik2 mcm ni, tapi tak terpengaruh.. mayb coz i tak berapa socialize ngan orang.. tu yg pengaruh tu kurang :)

      Delete
  16. Aku pun layan lagu daripada negara luar....hehehe tp tak dinafikan ada lagu Malaysia sendiri yang sudah menampakkan kualitinya hehe :)

    ReplyDelete

Every comment worth a thousand thanks.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...