Friday 8 February 2013

Husin, Mon dan Mamat Khalid - Review Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit

HOlla Peeps,

Agak lama aku tak menonton wayang, filem terakhir yang aku berjaya tonton dan review di sini adalah The Hobit arahan Peter Jackson. Semalam diberi kelapangan masa untuk menonton filem yang paling ditunggu ramai peminat filem tanah air, khususnya peminat penduduk kampung pisang, iaitu filem Husin , Mon dan Jin Pakai Toncit. Hati agak curious untuk melihat keadaan Husin (Awie), Kak Limah (Delimawati) dan penduduk kampung pisang yang lain..

Jika di dalam filem Zombie Kampung Pisang, penduduk kampung Pisang terkena serangan penyakit zombie. Kemudian mereka diganggu Hantu Kak Limah di dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah. Kalini didapati mereka dibelengu masalah lain pula. Bala ni bala~

Masalah bermula apabila beberapa orang teruna di dalam Kampung Pisang termasuk Husin hilang secara mengejut. Apakah kaitannya dengan kehilangan Wahab B (Afdlin Shauki) pada tahun 1967? Siapakah pula Jin Pakai Toncit? Begitu banyak persoalan yang ada di dalam kepala dari sebelum melihat cerita ini, sehinggalah pengakhiran cerita ini.. Begitu banyak yang ingin diceritakan Mamat Khalid.



Seperti yang semua tahu Mamat Khalid adalah seorang director! Ye dia seorang director~ Director ni mengarah filem.. Haaaa begitulah ceritanya~ #LOL


Jika ingin dibandingkan dengan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang merupakan filem box office, filem ini kelihatan kurang seri tanpa Abi (Johan) yang dibawa lari ke Jawa. Kelihatan begitu banyak mesej yang ingin disampaikan tetapi kurang jelas untuk difahami penonton. Filem ini sedikit suram berikutan masalah yang dihadapi Husin. Beberapa babak seram juga dilihat kurang menjadi, mungkin kerna sudah terbiasa dengan Hantu Kak Limah, jadi babak seram kalini dilihat seperti di recycle semula.

Ramai yang tergelak didalam panggung dari awal cerita, mungkin kerna mereka rindukan lawak santai Mamat Khalid dan penduduk kampung pisang.. Tapi lama kelamaan, bunyi riuh rendah didalam panggung semakin kurang volumenya.. Ramai sudah kelihatan mula muak dengan lawak yang dihidangkan. Mungkin Mamat Khalid cuba untuk mengekalkan trademark setiap penduduk kampung dengan lawak mereka tersendiri, tetapi dilihat tidak lagi menjadi impak. Kelihatan di dalam filem kalini, lawak kampung pisang sudah mula mual~

Walaubagaimanapun, kekuatan filem ini adalah pada lakonan Awie, Ezlynn, dan Rashidi Ishak yang kelihatan begitu menjiwai watak mereka. Beberapa babak romantis dan sedih berjaya dijiwai Awie, jiga dibantu dengan pengalamannya berlakon untuk beberapa lama. Kekuatan pada CGI juga tidak kurang hebatnya walaupun ada beberapa scene dan scene climax yang agak tidak masuk akal. Apabila di lihat di credit, nama-nama anak muda melayu di dalam senarai disebalik seni filem ini. Pilihan lagu untuk filem ini juga sangat bagus, tetapi lagu tema Lamunan Terhenti nyanyian Awie dan Ezlynn kedengaran kurang menyegat seperti Cinta Kristal di dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Disebabkan ramai terlalu mengharapkan yang terbaik dari Mamat Khalid berikutan kejayaan filem sebelum ini, filem ini di kira early-rated, tetapi gagal menyengat disebabkan expectation yang tinggi dari penonton. Apapun, goodluck kepada Mamat Khalid untuk filem Rock 2: Rimba Bara Kembali.

Rating : 7/10 (Kelihatan filem ini kurang memberi impak seperti yang sebelumnya, tetapi ia adalah sebuah filem yang bagus dengan plot, mesej dan jenaka kampung pisang)



Al-Fatihah kepada Arwah Zami Ismail


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: agak bosan dengan gaya review yang sama, jadi kalini aku karang lebih sikit atas sebab concern dan sayang dengan industri filem tempatan.. 


click ads to show your support (",)

18 comments:

  1. Ramai kata jalan cerita Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit ni kurang..cuma lebih pada efek-efek saja.

    ReplyDelete
  2. Husin, Mon & Jin Pakai Toncit tak berapa nak menyengat la...bila tgk trailer mcm gempak je...byk lawak yg dikitar semula dari Hantu Kak Limah...ketiadaan Abi satu lagi punca movie ni mcm suram je...tapi bab CGI boleh tahan la...tp da mcm tgk Harry Potter pun ada...makhluk tu pun da mcm dementor Azkaban...huhu~

    ReplyDelete
  3. hurm......tunggu kawan download je la hahaha!

    ReplyDelete
  4. johan takde, kurang lawak

    ReplyDelete
  5. aku tak rasa begitu

    lawak suma bodoh bodoh belaka


    :)

    ReplyDelete
  6. Kalau banyak lawak di-recycle semula..
    Dah boleh agak dah kehambaran filem ni.
    Akan cuba luangkan masa menonton minggu depan

    ReplyDelete
  7. Tak berapa nak best ye. Tapi masih berbaloi tak tuk tgk jugak atau tunggu je download kt internet nanti?

    ReplyDelete
  8. ok memang rase mcm cite ni dah kurg kick.. rindu zombie kg pisang. ehehe

    ReplyDelete
  9. mungkin la kot... tapi ianya boleh mengubat rindu aku untuk dengar perbualan bicara dan lawak dan bahasa perak.... #YOB FOREVER

    ReplyDelete
  10. ramai juga yang kurang suka tgk citer terbaru mamat khalid nih yer...

    ReplyDelete
  11. taknak tengok sebab dapat agak lawak repeat je. hehe . asyik yang sama je. cite hantu mama best ! :D

    ReplyDelete
  12. alaaaamaaaakkk... baru nak tengok, tapi ramai lak kata kurang ummpphhh..

    ReplyDelete
  13. tak tengok lagi.. best tak?

    ReplyDelete
  14. know what, few days before kak limah 2 ni keluar, saya baru tgh hantu kak limah sbb takut nak tgk mula-mula. haha. yg baru ni, taktaulah bila pulak nak tgk.

    ReplyDelete
  15. Tak tengok lg movie nie.. cuba saiazuan tgk wawa semput.. lawak2

    ReplyDelete
  16. kurang best dri cte zombi kmpung psang n hantu kak limah blik rumah.. tapi ok.la layan !!

    ReplyDelete
  17. Anonymous14/6/13 12:44

    On can buy these online as well as form the retail stores as well.
    The basic add-ons that can be considered include carry cases,
    belt clips, batteries, chargers, travel adapters and many more.
    i - Phone application developers and Apple app store still holds unmatchable number of apps
    in terms of quality.

    Feel free to surf to my web blog: samsung s4

    ReplyDelete

Every comment worth a thousand thanks.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...