Thursday, 15 March 2012

Tempat Makan Best : Steamboat Embun Dingin Corner

HOlla Peeps,

Malam semalam bila aku post nak makan Steamboat, ramai dok mengomen nak ikut ;


Sapa kata steamboat mahal? Di embun dingin, anda boleh makan steamboat dengan harga RM10 satu kepala sahaja! So makan la sampai kenyang dan sampai arang dah tak boleh nak steam-kan makanan korang tu. Tapi jangan pula tak habis makan, sebab cas tambahan dikenakan kalau tak habis makan.. So empty your stomach, and eat! eat!! eat!!! 

Sedang menunggu makanan boleh dimakan

Selain dari Steamboat, mereka juga menyediakan Masakan Ikan, Masakan Sotong Udang, Masakkan Seafood, Sup Ekor dan Sup Tulang, Masakkan Tiga Rasa, Kerabu Sotong, Pelbagai jenis masakkan Mee/ Mihun/Koey Teaw dan pelbagai jenis Nasi Goreng.

Bro Kusanagy sedang melayan dagingnya

Apa tunggu lagi? Embun Dingin Corner jom! Ia terletak di Sri Kenangan, Jalan Padang Behon Kangar, Perlis dan dibuka dari pukul 4.30 petang sehingga 2pagi.


-zuan-
p.s : alhamdulillah, dapat jugak! Korang bila lagi? (",) 

Wednesday, 14 March 2012

> Movie Review : John Carter

HOlla Peeps,

Selepas teaser petang tadi, review yang dinantikan ;

Sinopsis : Dipindahkan secara tak sengaja dari Bumi ke Marikh,  John Carter terperangkap di dalam perang saudara yang menemukannya dengan kaum berwarna hijau setinggi 12 kaki dan kaum yang mempunyai rupa seperti manusia tetapi mempunyai teknologi yang canggih. John Carter kemudian ditangkap dan menjadi 'pet' kepada kaum ini kerana kebolehannya upayaannya melopat tinggi. Dia perlu membantu mengatasi masalah di planet itu jika ingin kembali ke bumi. Tapi secara tak sengaja jatuh cinta dengan prices of Helium, Dejah Thoris.

Kenapa Filem Ini Perlu Ditonton :
  • Filem bergenre aksi, pengembaraan, fantasi dan sfi-fi.
  • Salah satu filem produksi Disney.
  • CGI yang superb yang mana membuatkan korang kagum bagaimana pelakon boleh berinteraksi dengan makhluk setinggi 12 kaki.
  • Plot cerita yang sedikit membosankan pada permulaan dan pertengahan, tapi penuh dengan teka teki yang membuatkan anda stay on your sit.
  • Idea yang baru, dan pengembaraan yang baru yang mana hero mempunyai ability untuk melompat.
  • Penuh dengan aksi dan drama.


Rating : 7/10 (new world, new idea! A bit slow and confusing start, tapi mempunyai penamat yang memuaskan)


-zuan-
p.s : dalam usaha naikkan trafik ke 500uv.. mampukah? 

Tuesday, 13 March 2012

> Jon Kata

HOlla Peeps,

Sedang menunggu untuk menonton filem Penunggang Hantu, keluar satu trailer dimana orang melompat lompat! kemudian dia menarik batu menggunakan besi sambil dikejar monyet putih..


Pelakon Utama Jon Kata


"Apa ke movie ni?" jerit aku di dalam panggung  yang penuh dengan manusia.


JOHN CARTER! In cinema in 3D


"Owhh Jon Kata~" kata aku kemudian menoleh ke kanan di mana aku nampak Nora Danish duduk di sebelahku..


-zuan-
p.s : nantikan reviewnya tengah malam ini.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...